sejarah. Persoalan seperti ini sebenarnya banyak di utarakan oleh sarjana-sarjanabarat yang mempertikaikan sastera sejarah melayu. Contohnya pandangan
Prof.Hoesein Djajadiningrat, Branders Rasser dan Pigeaud
umpamanya mengangap
Sejarah Melayu
sebagai buku dongeng kerana tidak mempunyai penanggalan.
Winstedt
pula menganggap
Hikayat Merong Mahawangsa
sebagai cerita khayal yangdisadur daripada Ramayana, Khatha Sarit Sagara dan Jataka. Oleh itu, sarjanatempatan perlu mengubah pandangan sarjana barat yang hanya pandai berhujah tetapitidak pandai memandang.
2.0 TUJUAN KAJIAN
Sastera sejarah merupakan karya-karya sastera melayu lama. Karya-karya sasterasejarah mestilah mempunyai unsur-unsur sejarah dalam karya tersebut. Oleh itu, kajianini ingin melihat unsur sejarah dan juga unsur sastera yang terdapat di dalam karyaagung Sejarah Melayu atau
Sulalatus Salatin
. Setelah unsur-unsur sejarah dan unsur-unsur sastera dikenalpastikan, perbincangan akan dibuat untuk melihat sejauhmanakahkebenaran karya agung
Sulalatus Salatin
sebuah karya sastera sejarah. Karya agungini juga turut dibandingkan dengan karya sastera sejarah lain seperti Hikayat Raja-RajaPasai. Dengan kajian ini, diharap dapat mengungkai persoalan sejarah dan sasteradalam Sejarah Melayu.
3.0 KAEDAH KAJIAN
1
Sanusi Samid, “
Sejarah Melayu
Sebagai Satu Sumber Sejarah”, Dewan Bahasa, Mei 1967,hlm. 204.
3