You are on page 1of 33

SOALAN 3

Ejaan
se-Malaysia antidadah prokerajaan 50-an anti-Rusia kuetiau mi goreng sosioekonomi Aidilfitri juruukur

3(a)BINA AYAT 3(b)SINTAKSIS 3( c) BETULKAN EJAAN DAN IMBUHAN 3(d)BETULKAN TATABAHASA DAN ISTILAH/KOSA KATA 3(e)PERIBAHASA

(6 MARKAH) (6 MARKAH)

(6 MARKAH)

(6 MARKAH) (6 MARKAH)

Tulis dua ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan kata nama khas.

Diam Tanggal Tawar

i. Masyarakat orang asli kebanyakannya diam di kawasan hutan.

ii. Semua pelajar yang sedang berbual-bual itu diam apabila mendengar pengumuman melalui pembesar suara.

iii. Adik diam apabila emak datang. iv. Tolong diam!

Analisis Soalan Bina Ayat


Kata majmuk 2005 Imbuhan pinjaman sanskrit 2006 Kata dasar dan sisipan 2007 Kata terbitan muka 2008 Kata ganda berentak bebas dan frasa 2009(u) Kata majmuk 2009 Kata ganda berima 2010(u) Kata pinjaman asing (Inggeris)

Sambung ayat Pisahkan /cerakinkan ayat Tukar ayat cakap ajuk Tukar ayat cakap pindah Tukar ayat pasif Analisis ayat (jenis-jenis ayat) dll

Bina satu ayat bagi setiap ayat perintah berikut: i- ayat suruhan ii- ayat silaan iii-ayat permintaan

(6 markah)
Spm ulangan 07

i- ayat suruhan Awak siapkan kerja itu sekarang. ii- ayat silaan Sila buat laporan tentang peristiwa itu di sini. iii-ayat permintaan Tolong hantarkan kerja sekolah kamu esok.

Analisis soalan sintaksis(3b)


2004 2005 2006 2007 2008(u) 2008 2009(u) 2009 2010 (u) Tukar ayat cakap ajuk Tukar ayat pasif kepada ayat aktif Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif Tukar ayat biasa kepada ayat songsang Pola Ayat FN/FK/FA/FS Sambung 2 ayat menggunakan kata hubung yang sesuai Subjek dan predikat Cakap ajuk kepada cakap pindah

3(b)Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksudnya
(i) Kanak-kanak berumur lima tahun itu sungguh petah bercakap.
Sungguh petah bercakap kanak-kanak berumur lima tahun itu. (ii) Masyarakat kita terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa. Terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa masyarakat kita. (iii) Sektor hartanah mencatatkan perkembangan positif setelah mendapat galakan daripada kerajaan. Setelah mendapat galakan daripada kerajaan , mencatatkan perkembangan positif sektor hartanah .

3(b)Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut.Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata,ayat tanya,ayat perintah atau ayat seru.
(i) Istana di atas bukit itu cantik? ayat tanya (ii) Wah,hebatnya nyanyian awak malam ini! ayat seru (iii) Tengoklah barang-barang antik yang baru kami beli. Ayat perintah (iv) Para pemain bola sepak itu sedang beraksi di padang. ayat penyata (v) Sekarang jugakah ayah hendak membaca akhbar semalam? ayat tanya (vi) Dana PNB dijangka mencecah RM100 bilion tiga tahun lagi. ayat penyata

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan .Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula .

(i) Munir berasa kecewa kerana nombor talipon yang didailnya tidak didapati dalam perkhidmatan . (ii)Kerajaan hendak mengehadkan kemasukan buroh asing ke negara ini demi mensejahterakan rakyat dan kestabilan ekonomi. (iii)Pamiran artifak budaya yang menganjurkan oleh Muzium Negara Malaysia .

[ 6 markah ]

3(c)Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah.Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.

KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN


(i) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ. (ii) Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat sahaja. (iii) Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
(spm 2006)

CONTOH MEMBETULKAN KESALAHAN

SALAH
Rakyat mensyorkan e-mail menyampai anti-dadah dilancar

BETUL
rakyat mengesyorkan e-mel menyampaikan antidadah dilancarkan

Contoh kesalahan ejaan dan imbuhan naskah pelancung progrem gantirugi ketrampilan profesyen efisyen eko-pelancongan sendiket naskhah pelancong program ganti rugi keterampilan profesion efisien ekopelancongan sindiket

3(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sebagai intensif kepada para atlet negara yang berjaya di peringkat antarabangsa, mereka akan diberi ganjaran yang setimpal berdasarkan pada pencapaian mereka. (ii) Semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Seri Bayu berkumpul di dewan sekolah bagi mendengar ceramah pengetua pada hari persaraan beliau. (iii)Oleh kerana dia memandu keretanya terlalu laju , keretanya terhempas ke dalam longkang. [ 6 markah ]

(i) Sebagai intensif kepada para atlet negara yang berjaya di peringkat antarabangsa, mereka akan diberi ganjaran yang setimpal berdasarkan pada pencapaian mereka. (ii) Semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Seri Bayu berkumpul di dewan sekolah bagi mendengar ceramah pengetua pada hari persaraan beliau. (iii)Oleh kerana dia memandu keretanya terlalu laju , keretanya terhempas ke dalam longkang. [ 6 markah ]

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA


(i) Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan. (ii) Stesen minyak-stesen minyak di bandarbandar utama negara kita mengamalkan konsep layan sendiri. (iii) Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan martabat mereka.
(spm 2006)

Contoh kesalahan istilah dan tatabahasa


Salah i.Selain daripada kelulusan Betul i.Selain kelulusan

perlawanan
ii.Stesen minyak-stesen minyak layan sendiri iii.di dalam menambahkan

persaingan
ii.Stesen minyak layan diri iii.dalam meningkatkan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Semangat kerjasama telah menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisi. Dalam kenduri-kendara misalnya, jiran tetangga lebih diharapkan untuk membantu daripada saudaramara yang tinggal berjauhan . Semangat kerjasama dan saling membantu ini dapat menjadikan sesuatu kerja yang sukar itu menjadi mudah dan hubungan mesra dapat dijalin . Dalam hal ini , anggota masyarakat yang suka membantu dengan ikhlas , sentiasa bersedia melakukan sesuatu pekerjaan tanpa diminta ,sangat dihormati oleh orang lain.Sumbangan orang yang seperti ini sentiasa dihargai oleh anggota masyarakat. Namanya menjadi sebutan orang ramai sepanjang masa.

i.Bagai aur dengan tebing ii.Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing iii.Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.

Baca dialog di bawah dengan teliti,kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong. Amir: Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi. Sofea: Yalah,bukan itu sahaja!Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul. Amir: Jika kita sayang akan bahasa,kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana ____________(i)__________ Sofea: Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguhsungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik,bak kata pepatah __________(ii)_____________ Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu.Media massa menyalurkan idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana _________(iii)______ (spm 2006)

Jawapan peribahasa
i-bahasa jiwa bangsa ii-hendak seribu daya tak hendak seribu dalih iii-mata pena lebih tajam daripada mata pedang

Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Tiada rotan akarpun berguna.


(ii) Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

(iii) Kerbau dipegang talinya,manusia dipegang janjinya.


[6 markah]
(spm ulangan 2009)

Jawaban
(i)sementara menunggu yang lebih baik,yang kurang baik pun berguna. (ii)mendedahkan aib sendiri. (iii) orang percaya selagi kita menepati janji

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like