You are on page 1of 6

SIMEN FERRO CCSC KUCHING

Oleh : Leyah Ak Ampor, CCSC Daerah Kuching Kuching , 16 Oktober : Cure and Care Service Centre (CCSC) dengan kerjasama Pusat Giatmara Bandar Kuching telah mengadakan Kursus Jangka Pendek (Simen Ferro) di Pusat Giat Mara Bandar Kuching pada 25 28 September lalu. Kursus telah dihadiri seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 11 orang klien inpatient, dua pembimbing rakan sebaya serta tujuh kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuching. Perjalanan kursus di selia oleh dua tenaga pengajar daripada Pusat Giatmara yang meliputi pembelajaran secara teori dan praktikal. Para peserta terlebih dahulu mempelajari teori simen ferro untuk memberi sedikit sebanyak gambaran kursus berkenaan. Antara modul yang dipelajari ialah pengenalan simen ferro, peralatan yang digunakan, langkah-langkah keselamatan yang perlu ambil, proses melakar rekabentuk yang meliputi ukuran projek dan sebagainya. Peserta telah dibahagi kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada enam ahli setiap kumpulan untuk membina set meja bulat dan kerusi. Manakala kumpulan kedua ditugaskan untuk membuat set meja segiempat ala Jepun beserta kerusi dan kumpulan ketiga membuat set untuk memanggang. Secara keseluruhannya kursus Jangka Pendek (Simen Ferro) telah diadakan dengan jayanya dan mencapai matlamat yang telah disasarkan. Menerusi kursus ini, peserta sedikit sebanyak mendapat pengetahuan dan kemahiran seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari ilmu keusahawanan bagi menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki setelah tamat menjalani program pemulihan di CCSC. Selain itu kursus ini juga dapat memupuk semangat kerja secara berpasukan di kalangan peserta di samping meningkatkan disiplin peserta.

PESERTA MENGIKUTI KELAS TEORI SEBAGAI PENGENALAN KEPADA SIMEN FERRO

PROSES MEMBUAT REKABENTUK PROJEK

MERATAKAN MOTAR DIPERMUKAAN PROJEK

MENGECAT HASIL KERJA

HASIL KERJA YANG TELAH SIAP

Kum

Kumpulan 1 : Set meja bulat dan kerusi

Kumpulan 2 : Set meja segiempat ala Jepun dan kerusi

Kumpulan 3 : Set memanggang

Peserta bergambar beramai-ramai bersama tenaga pengajar dihadapan hasil projek

You might also like