You are on page 1of 27

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/1

UNIT 8 : BEKALAN KUASA


Objektif am : Objektif khusus : Mengenal litar dan mengesan kerosakan yang berlaku pada bekalan kuasa. Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat : Menerangkan kendalian litar bekalan kuasa Melukis & melabel litar bekalan kuasa Menganalisa bahagian bekalan kuasa untuk Pengatur Transistor, Mengesan sesuatu kerosakan pada bekalan kuasa Mengenal jenis unit bekalan kuasa komputer seperti Universal &

Litar Bersepadu (uA723 ) dan Pensuisan Mod.

Pensuisan.

8.0

PENGENALAN
Bekalan kuasa yang ideal ialah bateri, kerana kestabilan voltan yang di hasilkannya. Tetapi hanya digunakan untuk kuasa yang kecil dan mudahalih. Untuk bekalan yang tahan lama dan mudah, unit bekalan kuasa arus terus (a.t), bekalan arus ulangalik(a.u) adalah pilihan yang wajar. Fungsi utama bekalan kuasa a.t ialah membekalkan arus dan voltan a.t yang tertentu, dengan aras riak yang kecil serta kestabilan pengatur. Sesetengah bekalan kuasa a.t masa kini mempunyai penghad arus dan pengesan voltan lampau iaitu yang melindungi beban melebihi nilai maksima. Dalam hal ini, kita akan membincangkan tentang dua cara bekalan kuasa a.t di perolehi dari bekalan a.u iaitu :

BEKALAN KUASA i. ii. Bekalan kuasa a.t linear Bekalan kuasa a.t mod pensuisan

E3005/UNIT 8/2

8.1

KEROSAKAN PADA UNIT BEKALAN KUASA

Kerosakan peringkat awal masukan bekalan kuasa mudah di kesan, kerana ia terdiri dari palam, kabel, suis, fius dan pemuat faktor kuasa. Kerosakan yang mungkin di dapati disini ialah palam yang longgar, sentuhan terganggu (intermittent), suis longgar-tidak sentuh (terbuka) dan fius putus. Jika fius di dapati putus (terbuka), kerosakan yang mungkin berlaku adalah litar bahagian hadapan terpintas. Contohnya pengubah, penerus, penapis atau pengatur. Asas bekalan kuasa a.t linear terdiri dari bahagian-bahagian seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. Pelindung Pengubah kuasa Penerus ( terusuai ) Penapis Pengatur

Lihat Rajah 1 turutan sambungan blok litar bekalan kuasa.

Rajah 8.1 : Blok unit Bekalan Kuasa.

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/3

Pelindung

Rajah 8.2 : Litar Pelindung

Rajah 2 diatas menunjukkan litar pelindung piawai iaitu digunakan dalam bekalan kuasa mod-pensuisan. Bagi pelindung bekalan kuasa linear biasanya terdiri dari suis, fius dan pemuat sahaja. Bagaimana pun dalam bahagian ini, kita bincangkan fungsi dan operasi keseluruhan litar ini. Suis berfungsi sebagai pemutus litar manual. Masukan bekalan a.u boleh dikawal oleh pengguna agar bekalan kuasa tidak terus berkerja. Fius berfungsi sebagai pelindung beban lampau iaitu memutuskan litar apabila arus keluaran melebihi had ampiar tertentu. Pemuat berfungsi dalam dua keadaan iaitu sebagai pelindung voltan fana (transient) dan penstabil faktor kuasa. Ia juga menyerap hingar yang dibawa bersama oleh bekalan utama. *V ialah verister atau varactor, guna untuk menghad puncak voltan masukan utama dimana, kadang-kadang terdapat bekalan yang berubah menjadi lebih tinggi dari normal. Jika terjadi demikian,verister akan menghadkan puncak kepada nilai asal, contohnya 240 V. Rujuk Rajah 3.

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/4

Rajah 8.3: Gelombang Arus Ulangalik *Choke voltan fana (transient ) biasanya berlaku dengan cepat. Ini bererti voltan ini mempunyai frekuensi yang tinggi bagi pearuh jika frekuensi tinggi melaluinya ia akan bertindak sebagai rintangan tinggi seterusnya menghalang arus masuk ke bahagian berikutnya. Contoh : XL = 2 fL f XL Begitu juga fungsi C1 sebagai pelindung voltan fana, apabila frekuensi tinggi melaluinya, regangannya menjadi rendah seterusnya memintas arus ke bumi. Contoh : XC = 2 fC f XC

*C2 seperti C1, ia berfungsi membetulkan faktor kuasa dan mengurangkan hingar. *Perintang bleeder Biasanya nilai rintangan rendah dan mempunyai watt( kuasa ) yang lebih tinggi tujuannya adalah sebagai beban semasa beban sebenar terpintas. Ia boleh juga menghad voltan dan berkerja sebagai fius sekunder (secondary fuse ).

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/5

8.1.1 Pengubah: Kerosakan berlaku samaada terbuka atau pintas di bahagian primer. Kebanyakan pengubah (Rajah 4) bekalan kuasa a.t rendah,mempunyai dawai lilitan yang halus dan kerintangan yang agak tinggi dibahagian primer. Jika arus yang digunakan berlebihan, pengubah menjadi panas dan mencairkan penebat lilitan. Saiz wayar prima boleh menentukan arus maksima pengubah. Jika arus tinggi lilitan boleh terputus.

Rajah 8.4: Binaan Pengubah

Rajah 8.5: Simbol Pengubah

Fungsi asas pengubah kuasa ialah : i. ii. i. Penurun atau penaik voltan a.u Pengasing litar masukan dan keluaran ( isolation transformer ) Penurun atau penaik voltan Fungsi ini terdapat dalam banyak bekalan kuasa rendah seperti dalam penerima radio, osiloskop janakuasa gelombang dan sebagainya. Pengubah penurun voltan bekalan utama 240V au kepada 6,9 atau 12V au. Kadang-kadang terdapat juga penurunan yang lebih tinggi seperti dalam bekalan kuasa televisyen hitam/putih, iaitu dari 240V au ke 120 atau 180V au.Tetapi jarang sekali kita lihat pengubah bekalan kuasa digunakan untuk menaikkan voltan kecuali dalam pengubah bekalan kausa tinggi dalam televisyen.

BEKALAN KUASA ii. Pengasing litar ( isolation )

E3005/UNIT 8/6

Pengubah pengasing diperlukan apabila kita ingin menyentuh titik ujian ( test point ) alat dengan prob bumi alat pengukur seperti osiloskop.Ini sangat penting kerana prob bumi alat pengukur biasanya bergabung dengan bumi bekalan utama. Jika prob disentuh kecasis alat yang hendak diukur, kemungkinan alat Neutral atau Live bergabung dengan casis. Ini seolah-olah kita memintaskan alur Neutral atau Live ke bumi bekalan utama. Berpandukan Rajah 6,litar menunjukan pengubah digunakan dalam bekalan kuasa, litar peralatan(beban) akan terasing dari bekalan utama.

8.1.2

Rajah 8.6: Litar Blok Bekalan Penerus: Terdiri dari diod kuasa yang mempunyai ciri-ciri ketahanan yang

terhad. Misalnya voltan pincang balik sesebuah diod kuasa ialah 50V.Jika terdapat voltan fana (kejutan) yang lebih besar dari voltan maksima, ia akan terputus atau terpintas. Faktor arus juga diambil kira. Katakan diod bergantung kepada had terima arus pincang depan. Jika arus beban yang digunakan melebihi tahap maksima arus diod, ia boleh merosakkan diod. Tugas utama penerus ialah menukar voltan au ke voltan at. Rekabentuk litar menentukan fungsi dan kecekapan kerjanya. Rekabentuk litar biasa terbahagi kepada 3 iaitu : i. ii. iii. i. Diod tunggal Diod kembar ( tap tengah ) Diod titi (bridge ) Diod tunggal

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/7

Merujuk Rajah 7, diod tunggal akan menghasilkan keluaran separuh gelombang dan voltan puratanya agak rendah,iaitu 0.318 Vp.Ia juga mempunyai riak yang lebih tinggi berbanding dengan penerus gelombang penuh.Penerus ini kebanyakannya digunakan untuk voltan au yang mempunyai frekuensi lebih tinggi seperti keluaran daripada pengubah voltan tinggi (Flyback transformer FBT ) dalam litar televisyen atau keluaran pengubah bekalan modpensuisan kerana ia lebih mudah dan murah.

Rajah 8.7: Gelombang masukan dan keluaran litar penerus ii. Diod kembar Bagi diod kembar pula boleh menghasilkan gelombang penuh. Tetapi rekabentuk litar seperti Rajah 8 mesti digabungkan dengan pengubah bertap tengah.

Rajah 8.8: Litar penerus gelombang penuh.

iii.

Diod titi

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/8

Penerus diod titi sangat popular, bagi menghasilkan keluaran gelombang penuh. Selain mudah dipasang ia juga menjimatkan ruang. Kadang-kadang terdapat juga dalam bentuk padu seperti yang terdapat dalam Rajah 9. Ia tidak memerlukan pengubah tap tengah.

Rajah 8.9 : Litar diod titi

8.1.3 Penapis: Biasanya komponen penapis ialah pemuat.Jika didapati penapis pintas ia akan memutuskan fius pelindung.Pemuat yang terbuka boleh memberi kesan gangguan riak di keluaran.Jika beban dikeluaran memerlukan arus yang agak tinggi seperti amplifier kuasa audio, ia boleh membuatkan voltan keluaran berayunan atau motoboting atau humming. Selain dari pintas dan terbuka, penapis kerap juga berlaku bocor. Ini akan menyebabkan arus tidak stabil. Berpandukan Rajah 10, penapis berfungsi sebagai pelicin voltan at yang telah diterusuai bagi menghasilkan keluaran lebih tulin. Ia juga akan meninggikan aras voltan at hingga hampir kenilai puncak.Selain dari itu,voltan riak juga menjadi kecil.Penapis yang paling mudah ialah penapis kapasitor tunggal.

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/9

Rajah 8.10: Litar penapis kapasitor berserta gelombang keluaran 1 level voltan at tanpa penapis 2 level voltan at dengan penapis Untuk mendapatkan keluaran yang kurang gangguan hingar seperti dalam Rajah 11, penapis L direkabentuk. Ia mengandungi peraruh dan kapasitor. Contohnya seperti supressor dalam bekalan kuasa radio/kaset kereta.

Rajah 8.11: Litar penapis LC

Satu lagi penapis yang selalu digunakan untuk menghindarkan gangguan dan hingar ialah penapis jenis T atau seperti Rajah 12 . Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama,hanya rekabentuk sahaja yang membezakan nya.

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/10

Rajah 8.12: Litar penapis LC jenis T dan

8.1.4 Pengatur: Pengatur yang pintas,boleh menyebabkan tiada keluaran atau memutuskan fius pelindung. Dalam litar pengatur, terdapat transistor siri yang mengawal arus keluaran. Jika beban berlebihan ia boleh membuatkan transistor pintas atau buka.Kerosakan di bahagian kawalan pengatur, misalnya 723 boleh merendahkan atau memutuskan voltan keluaran. Tugas asas pengatur ialah untuk menetapkan aras voltan atau menstabilkannya ke aras voltan at yang tertentu.Dalam banyak bekalan kuasa at, pengatur di letakkan sebelum punca keluaran.Oleh itu setengah pengatur di rekabentuk agar dapat menghad arus dan ada yang voltan keluarannya bolehubah.Terdapat beberapa jenis pengatur yang sering di gunakan dalam bekalan kuasa at linear: i. ii. iii. Pengatur diod tunggal Pengatur transistor Pengatur litar bersepadu ( IC )

BEKALAN KUASA Pengatur diod tunggal

E3005/UNIT 8/11

Rajah 8.13: Litar pengatur diod tunggal Dengan ciri-ciri zener diod yang sedemikian, voltan keluaran tetap pada aras yang sama, misalnya + 12V, walaupun voltan masukan berubah-ubah. Litar mudah serti Rajah 13 ini biasanya boleh membekalkan arus yang rendah. Jika pengatur digunakan untuk arus yang lebih tinggi, transistor perlu digunakan bagi mengelakkan dari diod zener rosak.Rekabentuk pengatur yang menggunakan transistor ini dinamakan pengatur transistor.

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/12

8.2 ANALISA KEROSAKAN KOMPONEN BEKALAN KUASA


Jika berlaku kerosakan pada unit bekalan kuasa maka analisa mestilah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Contohnya bermula dengan pengubah kemudian diikuti dengan penerus dan seterusnya. 8.2.1 Pengatur transistor Pengatur transistor terbahagi kepada dua rekabentuk iaitu pengatur transistor siri dan pengatur transistor selari. Dalam hal ini, kita hanya membincangkan pengatur jenis transistor siri sahaja kerana pengatur transistor selari sangat jarang di gunakan, ia juga kurang praktikal disebabkan pembaziran arus. Dalam pengatur jenis transistor siri, beberapa rekabentuk litar dapat kita lihat.Ia bergantung kepada keperluan dan fungsi masing-masing.Berikut beberapa rekabentuk pengatur transistor siri : i. ii. iii. iv. i. Transistor siri mudah Transistor siri penstabil keluaran Transistor siri boleh ubah Transistor siri penghad arus Transistor siri mudah

Rajah 8.14: Litar transistor siri mudah Dalam Rajah 14 transistor TR bertindak sebagai pengawal arus, bergantung pada pincang yang diberikan oleh R. Dz pula sebagai pengawal voltan dititik A ialah +16V dan di titik B ialah 12.7V (mengikut voltan zener ), kita tahu beza voltan antara base(b) dan emitter(e) transistor jenis silikon ialah 0.7V.Mengikut konfigurasi rekabentuk litar transistor NPN, voltan di b lebih besar dari e. Jadi

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/13

keluaran adalah +12V. Voltan ini tetap stabil walaupun masukan berubah-ubah. Ini di panggil penstabil masukan. Jika beban yang dibekalkan menggunakan arus yang tinggi yang melebihi had pengatur, ini akan memberi kesan kepada kestabilan voltan keluaran iaitu voltan keluaran menjadi kurang dari rujukan dan tidak stabil. Olah itu satu rekabentuk pengatur yang boleh menstabilkan keluaran diperlukan. ii. Transistor siri penstabil keluaran

Rajah 8.15: Litar transistor siri penstabil keluaran

Rekabentuk litar ini adalah berasaskan litar transistor siri mudah seperti litar rajah 15. Disini TR2 digunakan untuk mengawal voltan keluaran. Ia dinamakan amplifier ralat (error amp) . R2 dan R3 sebagai pemincang voltan. Katakan voltan keluaran kurang dari +12V disebabkan oleh beban yang lebih. Voltan di R3 tetap. Tetapi voltan di R2 menjadi kurang dan arus yang melaluinya juga kurang. Ini akan membuatkan arus pincang ke TR2 juga menjadi kurang. Seterusnya voltan yang susut merintangi pemungut dan pengeluar TR2 menaik.Ia membuat keluaran menaik semula dan menjadi stabil. Ini dipanggil penstabil keluaran.

BEKALAN KUASA iii. Transistor siri bolehubah

E3005/UNIT 8/14

Rajah 8.16: Litar Transistor Siri Bolehubah Setengah bekalan kuasa memerlukan pengatur yang bolehubah atau dilaraskan voltan keluarannya. Ini boleh dibuat seperti dalam litar Rajah 16 . Di sini TR2 digunakan sebagai pengubah voltan. Katakan Dz ialah 5.7V. Jika Rv di laras kepada maksima (keatas ), TR2 berkerja dan seolah-olah pintas. Voltan BE TR1 ialah 0.7V, secara kasar minimakan dan TR2 tidak voltan keluaran menjadi +5V. Manakala Rv di berkerja, voltan pemungut TR2 menjadi tinggi

menghampiri nilai voltan masukan. Katakan voltan pemungut TR2 15.7V ( 16 VR1 ), jadi voltan keluaran ialah 15V. R2 adalah penyuap voltan agar voltan diod tidak jatuh keparas bawah dari voltan zener.

iv.

Transistor siri penghad arus

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/15

Rajah 8.17: Litar Transistor Siri Penghad Arus Rajah 8.17 menunjukkan gambarajah litar transistor siri penghad arus .Dengan menambah TR3 dan Rs, kita bolah menghadkan arus maksima yang keluar dari pengatur atau bekalan kuasa. Ia juga berfungsi sebagai pelindung arus lampau. Rs sebagai pengesan arus, adalah rintangan bernilai rendah dan berkuasa tinggi. Arus yang tinggi melalui Rs akan menyusutkan voltan merintanginya. Voltan ini adalah sama dengan voltan b-e TR3. Apabila VRs melebihi BE, transistor TR3 mula berkerja. Arus Ib untuk TR1 akan tertarik ke TR3 dan membuatkan TR1 berhenti berkerja. Arus yang tinggi tadi akan terhad.Rs boleh di kira jika mahukan nilai arus tertentu.Contohnya jika arus maksima ialah 2 A dan transistor yang digunakan ialah silicon,jadi : Rs = Vbe /Imak = 0.7/2 = 0.35

8.2.3 Pengatur litar sepadu

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/16

Pengatur litar sepadu terdapat dalam berbagai rekabentuk dan jenis. Ia berasaskan pengatur transistor siri.Untuk lebih mudah memahami pengatur jenis ini,kita bincangkan seperti berikut : i. ii. iii. Pengatur litar sepadu tetap Pengatur litar sepadu Op-Amp Pengatur litar sepadu 723

Pengatur litar sepadu uA 723 Berasaskan pengatur transistor siri dan Op Amp, satu rekabentuk yang lebih padu telah di buat iaitu pengatur voltan 723 seperti Rajah 8.18. Ia sangat popular digunakan dalam litar bekalan kuasa at rendah, kerana ia mempunyai ciri-ciri boleh ubah, litar pelindung dan boleh ubah suai untuk arus yang tinggi.

Rajah 8.18: Pakej Sepadu uA723 Dari litar dalaman litar sepadu ini, kita perhatikan semua blok-blok yang terdapat di dalamnya mempunyai tugas tertentu. Diod zener sebagai voltan rujukan mempunyai ciri penstabil jitu walaupun suhu berubah. Ini di bantu dengan punca arus tetap (constant current source). Op Amp di gunakan sebagai amplifier voltan rujukan ( Vref Amp). Amplifier ralat pula dibuat dari Op Amp yang mempunyai kecekapan yang tinggi di mana perubahan voltan keluaran dapat di stabilkan dengan cepat. Ia juga mempunyai litar penghad arus dan Freq Compensation sebagai peredam hingar. Sebagai pengatur arus rendah transistor siri ini di bina didalamnya. Ini untuk kegunaan pengaturan voltan yang arusnya tidak melebehi 400 mA. Jika memerlukan arus yang lebih tinggi, ubahsuai transistor siri luaran perlu di tambah seperti dalam rajah 8.19.

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/17

Rajah 8.19: Litar Dalaman uA723

Contoh litar aplikasi pengatur voltan 723 seperti Rajah 8.20 di bawah: Contoh 1

Rajah 8.20 : Litar Aplikasi Pengatur Voltan uA723 Keluaran bagi litar ini bergantung kepada Vref dan rintangan R1 dan R2.Keluaran boleh di kira jika R1 dan R2 di tentukan nilainya. Untuk rekabentuk ini, voltan keluaran boleh didapati antara +7V hingga +37V.

BEKALAN KUASA Vo = Vref R1 + R2 R2 Isc = V23 / Rsc

E3005/UNIT 8/18

dimana Vref standard ialah 7.15 V di mana V23 ialah tapak pengeluar bagi transistor penghad arus ( current limit ) iaitu 0.65 V

Jika kita ingin mencari nilai rintangan Rsc pada arus maksima yang tertentu, kita boleh gunakan formula ini.Katakan arus maksima yang di hadkan ialah 2 A; Rsc = 0.65/ 2 = 0.325 Dalam kebanyakan bekalan kuasa linear, arus yang lebih besar di perlukan.Bagi pengatur litar sepadu ini,arus maksima yang di bekalkan hanya 400 mA. Jadi transistor siri luaran di kenakan untuk memacu arus yang lebih besar. Contoh 2

Rajah 8.21: Litar Aplikasi Pengatur Voltan uA723 Dengan cara ini, arus keluaran boleh di naikkan.Ini bergantung kepada ciri-ciri transistor siri TR1 dan arus yang di bekalkan oleh pengatur.Dengan cara lain, Rb di kenakan untuk menentukan arus pincang TR1.

BEKALAN KUASA Contoh 3

E3005/UNIT 8/19

Rajah 8.22 : Litar Aplikasi Pengatur Voltan uA723 Bagi litar ini voltan keluaran bergantung kepada R1 dan R2.Keluaran voltan di sekitar +2V hingga +7V. Vo = Vref R2 R1 + R2 8.2.4 Pensuisan mod ( switch mode )

Bekalan kuasa jenis ini banyak di gunakan dalam alat-alat elektronik dan digital masa kini.Seperti bekalan kuasa untuk komputer,televisyen,pemain video dan berbagai-bagai lagi.Ini kerana ia mempunyai kebaikan-kebaikan : i. ii. iii. iv. v. vi. Boleh membekalkan voltan dan arus yang tinggi Tidak memerlukan pengubah masukan Mempunyai pengayun yang boleh memutuskan pensuisan jika terdapat pintas di beban. Penerusuai dan penapis keluaran yang mudah Voltan keluaran yang stabil Mempunyai isyarat suapbalik.Seperti dalam bekalan kuasa at komputer bekerja apabila ada isyarat power good dari komputer.

BEKALAN KUASA Bagaimanapun terdapat juga kelemahan bekalan kuasa jenis ini: i. ii. Ia tiada pengasing dengan bekalan utama.

E3005/UNIT 8/20

Memerlukan kemahiran cukup dan sangat teliti apabila membaiki kerosakannya.

Rajah 8.23: Rajah blok mudah bekalan kuasa mod-pensuisan

Rajah 8.24: Litar skematik mudah

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/21

Litar Rajah 8.23 di atas boleh menghasilkan arus yang tinggi dan kelicinan voltan boleh di dapati kerana freq yang tinggi ( i.e 20 kHz ). Untuk memudahkan perbincangan kita perhatikan bekalan kuasa mod-pensuisan komputer peribadi sebagai contoh.

Rajah 8.25 : Rajah blok bekalan kuasa komputer peribadi

Rajah 8.25 : Litar Pelindung S suis kuasa F fius ( pelindung beban lampau) V Nerister ( pelindung /penstabil voltan masukan utama yang berubah-ubah ) C1 kapasitor faktor kuasa pelindung voltan kejutan (transient ) mengubah faktor kuasa menyerap kebisingan (hingar ) yang boleh menganggu alat elektronik yang lain Choke melindungi ayunan freq sesat dari bekalan utama C2 berfungsi sama seperti C1 diatas Bleeder berfungsi sebagai fius

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/22

Rajah 8.26 : Litar Terusuai Terusuai utama dalam litar ini seperti dalam Rajah 8.26 terdiri dari diod titi yang menghasilkan voltan at keluaran maksima iaitu : 1.414 x 240 V = 340 V at Ini bermakna diod yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri kuasa yang tinggi. Kita perhatikan, setiap diod mempunyai pemuat bernilai kecil guna untuk melindungi voltan kejutan merintangi diod tersebut.Misalnya 47nf 1kv.Ia juga berfungsi sebagai penyerap bising (hingar ). Untuk mendapatkan voltan at yang lebih licin dan stabil, penapis kapasitor dikenakan. Nilai kapasitor biasanya besar,contohnya C1 = 2200 uf 400V, C2 = 200uf 400V. Bekalan sementara ( starter ) Bekalan voltan kecil pada permulaan, diperlukan untuk menghidupkan pengayun.

Rajah 8.27: Litar Bekalan Sementara

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/23

Rajah 8.28 : Litar Bekalan Sementara Dari dua rajah skematik di atas, bekalan sementara 12V dihasilkan. Dalam rajah 8.27 di atas pengubah di gunakan untuk menurunkan voltan. R1 biasanya bernilai rendah guna untuk melindungi pengubah. Kapasitor C di letakkan bersiri agar voltan keluaran at utama tidak terus membekalkan arus kepada pengubah. Begitu juga dalam rajah 28 di atas, rintangan R2 330 k di gunakan sebagai penghad voltan at agar menghasilkan keluaran +12V sementara.

BEKALAN KUASA 8.3 JENIS-JENIS UNIT BEKALAN KUASA KOMPUTER

E3005/UNIT 8/24

Bekalan kuasa yang stabil pada sistem komputer adalah perkara yang perlu di titik beratkan apabila menggunakan komputer.Mungkin sebahagian pengguna tidak menghiraukan ,tetapi kejadian ini mungkin kan menyebabkan kehilangan data .Masalah bekalan kuasa harus dititik beratkan dan perlu di utamakan. Unit bekalan kuasa komputer berfungsi sebagai penerima bekalan elektrik 240/110 V ac daripada punca bekalan utama dan menukarkan ke beberapa bentuk voltan dc serta mengagihkannya ke bahagian-bahagian utama sebuah komputer. Jika sebuah komputer tidak berfungsi langsung, antara sebab utamanya adalah kerana masalah pada unit bekalan kuasa ini, samada ia tidak menerima bekalan utama atau ia tidak dapat berfungsi dengan baik. 8.3.1 Paras voltan dc bekalan kuasa Voltan +5V -5V +12V -12V Beban 4.8A 0.5A 1.5A 0.5A Kegunaan Bekalan untuk IC TTL, Mikropemproses IC TTL,Op Amp,Speaker IC CMOS, Motor Drive, Communication IC Op-Amp,Motor Drive, Communication IC Wayar Hitam adalah untuk Ground Wayar oren untuk Power Good Biru Putih Kuning Warna wayar Merah

BEKALAN KUASA Jenis jenis unit bekalan kuasa komputer : i. ii. Universal Pensuisan

E3005/UNIT 8/25

8.3.2 Unit Bekalan Kuasa Universal Bekalan kuasa jenis ini adalah linear/tetap keluarganya.Di mana perubahan beban tidak akan mempengaruhi keluaran.Waalaupun beban yang banyak (sepatutnya boleh di bekalkan ) tetapi ia tidak boleh mengawal keluarannya dengan baik atau sebaliknya,ini yang menyebabkan litar pintas dan pembaziran tenaga.Di mana bekalan kuasa jenis ini kecekapannya adalah 50% dari pada masukan. Antara fungsi setiap blok ialah: Transformer : Penerus : Penapis: Pengatur : Berfungsi menurun atau menaikkan nilai voltan bekalan 240V ke nilai yang lebih rendah, contohnya +12 dan 12V. Berfungsi menukarkan voltan ulangalik ke bentuk voltan arus terus (dc). Di dalam bahagian ini diod-diod digunakan. Berfungsi mendapatkan nilai voltan dc yang tetap dan tulin. Komponen utama ialah kapasitor. Bahagian ini menetapkan nilai voltan keluaran yang di kehendaki supaya ia benar-benar berada pada nilai tetap yang di perlukan walaupun terdapat perubahan pada lain-lain bahagian masukan. Pembahagi voltan : Menetapkan keluaran-keluaran voltan yang di perlukan seperti +12V, -12V,+5V dan 5V.

BEKALAN KUASA 8.3.3 Unit Bekalan Kuasa Pensuisan

E3005/UNIT 8/26

Litar bekalan kuasa pensuisan adalah lebih kompleks,tetapi tujuannya adalah untuk mengesan voltan pada beban,membandingkan dengan nilai rujukan dan menjanakan pulse untuk pensuisan.Pada kebanyakan litar elemen pensuisan yang di gunakan adalah high power transistor yang terletak pada sebelah primer atau sekunder pengubah. Bekalan kuasa pensuisan adalah lebih popular disebabkan kecekapannya. Kebanyakan rekabentuk kecekapannya mencapai sehingga 85%.Ia kurang berlaku kehilangan tenaga secara haba,jadi bekalan kuasa adalah lebih sejuk dan menggunakan komponen yang kecil untuk menukarkan jumlah kuasa yang sama dengan linear. Keburukannya semakin cekap sesuatu sesuatu bekalan kuasa pensuisan itu,maka ia boleh menghasilkan noise interference pada litar.

Rajah 8.29 : Gambarajah Blok Unit Bekalan Kuasa Pensuisan

BEKALAN KUASA

E3005/UNIT 8/27

Rajah 8.30 : Gambarajah Blok Litar Pengatur Bersuis

You might also like