You are on page 1of 10

Unit 3 Litar Tetimbang

LITAR TETIMBANG

Pengenalan

Tetimbang ialah satu alat yang digunakan untuk mengukur galangan bagi perintang,
kapasitor dan induktor melalui kaedah perbandingan atau lebih dikenali kaedah
penunjukan nol. Tetimbang digunakan apabila penentuan yang begitu tepat dan jitu bagi
sesuatu parameter seperti rintangan, kemuatan (kapasitan) atau kearuhan (induktan)
diperlukan. Tetimbang yang akan dibincangkan adalah:
i. Tetimbang a.t. iaitu Tetimbang Wheatstone
ii. Tetimbang a.u. iaitu Tetimbang Maxwell, Hay dan Schering.

Tetimbang Wheatsone asalnya telah direka dan diperkenalkan pada asalnya oleh
Samuel Christie dalam tahun 1833 tetapi telah diperbaiki keupayaannya untuk kegunaan
komersal oleh Charles Wheatstone ppda tahun 1847.

Tetimbang Wheatstone telah digunakan lebih awal daripada kebanyakan alatan


mengukur elektrik yang lain dan masih merupakan alatan yang boleh dipercayai dari segi
ketepatan dan kejituannya. la berkeupayaan melakukan pengukuran rintangan dengan
kejituan yang tinggi antara unit milliohm dan megaohm sehingga 0.1%, berbanding
dengan ralat dalam alat meterohm bagi pengukuran rintangan antara 3% hingga 5%.

Konsep asas operasian bagi tetimbang a.t. dan a.u. adalah sama dan ini akan
dibincangkan di bahagian tetimbang a.t. iaituTetimbang wheatstone sahaja.
Perbezaannya bagi tetimbang a.t. cuma melibatkan komponen R (perintang) sahaja
tetapi bagi tetimbang a.u. R boleh digantikan dengan Z (galangan) yang mewakili R,L
atau C atau gabungannya, samada secara siri atau selari bergantung kepada jenis
tetimbang..

KONSEP ASAS TETIMBANG WHEATSTONE


Tetimbang Wheatstone adalah tetimbang arus terus yang digunakan untuk mengukur
rintangan suatu perintang atau bahan yang mengalami kesan perubahan rintangan yang
tidak diketahui nilainya. Pengukuran dilakukan dengan menggunakan kaedah
penunjukan nol atau konsep perbezaan keupayaan antara dua cabang dalam suatu litar.

Kaedah ini berasaskan bahawa tidak akan ada sebarang pesongan pada jarum meter
penunjuk jika tiada perbezaan keupayaan antara dua cabang litar tetimbang yang selari.
Apabila tiada perbezaan keupayaan maka tiada arus mengalir melalui meter penunjuk,
dan penunjuk akan menunjukkan bacaan sifar. Keadaan Ini menunjukkan bahawa
tetimbang berada dalam keseimbangan.

22
Instrumentasi 1/2008
Unit 3 Litar Tetimbang

Binaan Tetimbang Wheatstone.


Binaan litar tetimbang Wheatstone ditunjukkan dalam rajah di bawah. la dibina dari empat
buah perintang yang disusun sebegitu rupa.
A
I1 I2
R1 R2

B G C
R3 RX

I3 I4
D
Cabang 'ABD' selari dengan 'ACD' yang mana setiap cabang ini mengandungi dua
elemen perintang yang disambung sesiri. Cabang 'ABD' mengandungi elemen perintang
R1 siri dengan R3 dan cabang 'ACD' mengandungi elemen perintang R2 siri dengan Rx.

Sumber bekalan kepada litartetimbang disambung antara punca 'A' dan 'D', iaitu bekalan
kuasa arus terus (E). Metergalvano digunakan sebagai meter penunjuk (M) dalam
tetimbang dan disambung diantara punca 'B' dan 'C'.

PRINSIP KESEIMBANGAN TETIMBANG WHEATSTONE

Berdasarkan kepada rajah di atas, tetimbang dikatakan berada dalam keseimbangan


iaitu tiada pesongan pada penunjuk metergalvano, keupayaan pada punca B sama
dengan keupayaan pada punca C: iaitu

VAB = VAC atau VDB = VDC

Dari rajah di atas,

RX - Rintangan yang tidak diketahui nilainya.


R1, R2 - Perintang yang mempunyai nilai yang tetap (lengan nisbah)
R3 - Perintang bolehubah (lengan piawai)
G - Meter galvano yang berkepekaan tinggi
E - Sel bateri

Cara kerja Titi Wheatstone adalah bergantung kepada pengaliran arus pada meter
galvano. Ia dikatakan dalam keadaan seimbang apabila tidak ada arus yang mengalir
melalui meter galvano (Ig = 0) iaitu apabila :

VAC = VAB atau VDC = VDB

23
Instrumentasi 1/2008
Unit 3 Litar Tetimbang

VDB = VDC
RX X E = R3 X E
RX + R2 R3 + R1

R3 ( RX + R2 ) = R X ( R 3 + R1 )

R 3 RX + R 3 R2 = RX R3 + RX R1

R3 R2 = RX R1

RX = R3 R2
R1

RX = R3 X R2
R1

lengan piawai lengan nisbah

Ketepatan dan kepekaan adalah maksima apabila R1 = R2 iaitu nisbah

R2 /R1 = 1. Untuk keadaan tersebut RX = R3. Jika R3 adalah kotak rintangan

decade yang amat tepat, nilai RX = R3 boleh dibaca terus dari skala kotak

rintangan apabila litar dalam keadaan seimbang.

Tetapi syarat R2 / R1 = 1 akan menghadkan julat ukuran RX hanya


kepada nilai ukuran R3 sahaja. Untuk mengatasi masalah ini suis julat
digunakan. Untuk memilih nilai lengan yang berlainan. Sebagai contoh,
jika nisbah R2 / R1 = 3 nilai maksima RX yang boleh diukur adalah
RX = 3 X R 3 .

Kegunaan Titi Wheatstone

1. Mengukur nilai rintangan :


i. Rintangan rendah iaitu kurang dari 1
ii. Rintangan sederhana iaitu 1 < RX < 100K
iii. Rintangan tinggi iaitu lebih besar dari 100K
*Paling sesuai digunakan untuk mengukur rintangan sederhana.

2. Mengesan kerosakan litar pintas.

3. Mengesan kerosakan litar bumi.


24
Instrumentasi 1/2008
Unit 3 Litar Tetimbang

Contoh 3.1

Rajah dibawah merupakan satu litar tetimbang wheatstone, dapatkan nilai RX apabila
tetimbang seimbang.

200 800

G E

750 RX

Penyelesaian :

RX (200) = 800 (750)


RX = 800 (750)
200
= 3K

Tetimbang Arus Ulangalik

Pada asasnya tetimbang arus ulangalik adalah sama dengan tetimbang arus terus.
Tetimbang arus ulangalik adalah digunakan untuk mengukur nilai kemuatan dan
kearuhan.
Tetimbang Schering
Tetimbang Maxwell
Tetimbang Hay

25
Instrumentasi 1/2008
Unit 3 Litar Tetimbang

Tetimbang Schering (untuk mengukur nilai kemuatan)

Rajah di bawah merupakan litar sambungan titi schering . Sila perhatikan kedudukan
komponen pada setiap lengan titi tersebut.

Rx

Cx C2

~
G
R4
R3
C4

j
Z1 = Rx -
WCx
-j
Z2 =
WC2
Z3 = R3
1 1
= + jWC4
Z4 R4

Semasa keadaan seimbang


Z1Z4 = Z2Z3
1
Z1 = Z2Z3 x
Z4
j -j 1
Rx - = x R3 x + jWC4
WCx WC2 R4

Rx j/wCx = -jR3 /WC2R4 j2wR3C4 / wC2


Rx j/wCx = -jR3 /WC2R4 +R3C4 /C2

Samakan bahagian sahih :


Rx = R3 C4 /C2

Samakan bahagian khayal : -j / wCx = -jR3/wC2R4

Cx = C2R4/R3
26
Instrumentasi 1/2008
Unit 3 Litar Tetimbang

Titi Hay (untuk mengukur nilai kearuhan)

Rajah di bawah merupakan litar sambungan titi Hay . Sila perhatikan kedudukan komponen pada
setiap lengan titi tersebut.

R1 R2

C1
~
G
Lx
R3
Rx

Kenalpasti galangan pada setiap lengan titi :

Z1 = R1 - j / wC1
Z2 = R2
Z3 = R3
Z4 = Rx + jwLx

Dalam keadaan seimbang :

Z1Z4 = Z2 Z3
Z1Z4 = Z2Z3
(R1 - j / wC1)( Rx + jwLx) = (R2R3)
R1 Rx + jwR1Lx jRx/wC1 +wLx / wC1 = R2R3

Samakan bahagian sahih : R1Rx + LxC1 = R2R3 per .1 1

Samakan bahagian khayal : jwR1Lx = jRx / wC1


Rx = W2C1R1Lx 2

2 1 : R1 (w2C1R1LX) + LX / C1 = R2R3
LX [w2C1R12 + 1/C1] = R2R3
LX [ ( w2C12R12 + 1)/C1] = R2R3
LX = ( C1R2R3) / (1 + w2C12R12)

Rx = w2C1R1 [ (C1R2R3) / (1+w2C12R12) ]


= (w2C12R12R1R2R3) / (1 + w2C12R12)

27
Instrumentasi 1/2008
Unit 3 Litar Tetimbang

Contoh

Bagi litar di bawah, kirakan nilai Lx dan Rx

R1 R2

C1
~ f = 50Hz
G
Lx
R3
Rx

R1 = 880
R2 = 1000
R3 = 16.5K
C1 = 1.4F

Penyelesaian :

28
Instrumentasi 1/2008
Unit 3 Litar Tetimbang

Titi Maxwell (untuk mengukur nilai kearuhan)

Rajah di bawah merupakan litar sambungan titi Maxwell . Sila perhatikan kedudukan
komponen pada setiap lengan titi tersebut.

LX
R2
RX

~
G
R4

R3 C4

Kenalpasti galangan pada setiap lengan:

Z1 = RX + jwLX
Z2 = R2
Z3 = R3
1/Z4 = 1/R4 + jwC4

Dalam keadaan seimbang : Z1Z4 = Z2Z3


Z1 = Z2 . Z3. 1/Z4
RX + jwLX = (R2)(R3) (1/R4 + jwC4)
RX + jwLX = R2R3/R4 + jwR2R3R4

Samakan bahagian sahih : RX = R2R3/R4


Samakan bahagian khayal :jwLX = jwR2R3R4
L X = R 2 R3 R4

Contoh

Bagi litar di atas, kirakan nilai Lx dan Rx

R2 = 600
R3 = 400
R4 = 1K
C4 = 0.5F

Penyelesaian :

29
Instrumentasi 1/2008
Unit 3 Litar Tetimbang

Latihan

1. Nyatakan tiga perbezaan di antara tetimbang AT dan AU


2. Nyatakan tiga jenis tetimbang AU
3. Nyatakan tiga kegunaan titi wheatstone
4. Litar di bawah adalah satu litar titi AU

i. Namakan litar titi AU tersebut


ii. Dapatkan ungkapan untuk Rx dan Lx semasa titi seimbang
iii. Sekiranya R1 = 2K, R2 = 10K, R3 = 1K, C1 = 1F, Kirakan nilai-nilai Rx
dan Lx

5. Litar di bawah adalah satu litar titi wheatstone

i. Apakah bacaan galvanometer semasa titi seimbang


ii. Dapatkan nilai Rx apabila titi seimbang

30
Instrumentasi 1/2008
Unit 3 Litar Tetimbang

6. Berdasarkan gambarajah di bawah, dapatkan persamaan untuk Rx supaya tetimbang


dalam keadaan seimbang

7. Dapatkan persamaan seimbang untuk tetimbang schering di bawah

31
Instrumentasi 1/2008

You might also like