You are on page 1of 1

Jenis-jenis tulisan khat:

Ketamadunan Islam terserlah dengan perkembangan tulisan khat ke seluruh dunia. Sehingga kini, terdapat enam jenis tulisan khat yang popular dan sering digunakan dalam dunia percetakan serta hiasan. Berikut merupakan jenis-jenis tulisan khat yang dikagumi di Malaysia dan penerangannya: 1. Khat Kufi Tulisan terawal dan dimasyurkan di Kufah dan diperluas di seluruh Tanah Arab. Ia digunakan untuk menulis al-Quran dan hiasan seni pada tenunan kain, tembikar, wang syiling, batu nisan dan banggunan. Seni Khat Kufi bercirikan: Kaku dan bersegi Nisbah huruf jawi yang melintang melebihi huruf yang menegak Tulisan kelihatan lebih lebar ke kanan dan kiri tetapi berketinggian tetap. 2. Khat Nasakh Tulisan yang mengalami proses pengindahan sehingga ia digunakan sebagai tulisan utama dalam dunia penulisan Islam kini. Nasakh berperanan dalam pembukuan atau menaskhahkan al-Quran dan pelbagai naskhah ilmiah. Ia merupakan tulisan yang paling asas digunakan bertujuan untuk pembelajaran kanak-kanak di seluruh dunia Islam selain Riqah. Seni Nasakh digunakan secara meluas dalam bahan ilmiah dan percetakan serta media elektronik.
3. Khat Thuluth

Tulisan yang digelar Raja Segala Khat kerana dianggap seni yang paling indah tetapi sukar untuk dikuasai. Kaedah yang mendalam dan terperinci membuatkan seni Khat Thuluth menjadi pilihan utama dalam dunia perhiasan. Seni ini terbahagi kepada dua:
Thuluth Biasa Ia digunakan untuk penulisan pada permukaan yang bersaiz kecil seperti buku, majalah dan sebagainya. Thuluth Jali

Ia digunakan untuk penulisan pada permukaan yang besar seperti hiasan di dalam masjid, bangunan, papan kenyataan, batu jalan dan sebagainya.

You might also like