You are on page 1of 24

KEPERLUAN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN

Written by AHMAD KAMAL BIN RAMTAN Thursday, 17 January 2013 01:52

1.0 Pengenalan Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid - murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti muridmurid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi ini perlu diterapkan secara terancang untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah. 1.1 Latar Belakang Didik Hibur Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Keputusan ini dibuat berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan 12 langkah bagi maksud berkenaan selain transformasi kurikulum di sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan. Penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu,Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum di sekolah rendah dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Manakaladi peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum akan memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek penyampaian pengajaran. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami. 1.1.1 Apa Itu Didik Hibur ? Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara

terancang dan bersistematik. 1.1.2 Ciri-Ciri Didik Hibur

i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.Justeru muridmurid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu - tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. iii) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. iv) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti berbahasa. v) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai. vi) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi. vii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. viii) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal. ix) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

1.1.3 Bagaimana Pelaksanaannya ? Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu keadaan. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu: i) ii) iii) Pelbagai bidang ilmu serta tema, Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia, Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.

Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu penyerapan pelbagai bidang ilmu serta tema. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan ilmu melalui pelbagai aktiviti secara santai dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu

subjek di sekolah rendah dan menengah. 1.1.4 Objektif Didik Hibur

Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran di sekolah rendah dan menengah, iaitu: i) Mengguna dan memahami sesuatu pelajaran secara didik hibur;

ii) Mengguna dan memahami bahasa yang indah atau bahasa badan dalam aktiviti; dan iii) hibur. 1.1.5 Mengguna dan memahami sesuatu kemahiran yang ditunjukkan secara didik

Apa Itu Bahasa Badan ?

Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada proses komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam menunjukkan sesuatu aktiviti sama ada positif ataupun negatif. Ia boleh membabitkan apa jua anggota badan seperti mata, kening, bibir, tangan ataupun lengan. Walaubagaimanapun pengguna perlu beringat ketika melakukan gerak badan bagi mengelakkan reaksi tidak selesa. Dalam konteks didik hibur bahasa badan merupakan bahasa gerak badan yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika menjalankan aktiviti. 1.1.6 a. Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur

Guru

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru adalah segalagalanya (Pullias & Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah (Syed Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu: i) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid-murid. ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid. Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak. Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik. Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti. Guru boleh membuat pelbagai suara. Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik. Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian. Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.

b.

Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu: i) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

ii) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama. iii) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel. iv) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesai bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan. v) vi) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid. Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.

vii) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

Selamat mencuba.

http://www.moe.gov.my/jpnmelaka/spa/index.php? option=com_content&view=article&id=122:keperluan-didik-hibur-dalampengajaran&catid=41:sektor-pengurusan-akademik DIDIK HIBUR oleh: Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar Pengenalan. Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan Latar Belakang Didik Hibur Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran be rmula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali

diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Seko lah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid. Definisi Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang. Ciri-Ciri Didik Hibur Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:

(i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

(ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.

(iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

(iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang

penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(v) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.

(vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

(vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

(viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

(ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.

(x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur. Guru: Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:

( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid

( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.

(iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.

(iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.

(v)

Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.

(vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.

(vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.

(viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.

(ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak

(x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel Aktiviti Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu: ( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.

( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama.

( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.

( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.

( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.

( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.

( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid. Penutup Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dala m siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan Fun Learning yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran http://kssr.bpk.my/berita/didik_hibur

JAN

25

PERBEZAAN KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU DAN MURID

Kaedah Main Peranan - melatih pelajar menjadi kreatif dan

belajar menghadapi tekanan serta dapat menambah keyakinan diri

Kaedah pengajaran adalah merupakan satu proses guru mengajar di mana ia merangkumi cara dan strategi yang akan digunakan untuk mengajar. Guru akan menggunakan sama ada pendekatan penyampaian maklumat/berpusatkan guru atau pendekatan perubahan konsep/berpusatkan pelajar. Kaedah pembelajaran yang dipilih juga akan mempengaruhi strategi yang akan digunakan oleh guru atau murid bagi memperolehi maklumat yang berlainan dan menyesuaikan diri dalam situasi pembelajaran yang berlainan. Definisi A) Kaedah pengajaran berpusatkan guru Melalui kaedah ini, boleh dikatakan guru mempunyai kuasa dan mengawal sepenuhnya kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Gambaran kasar bagi kaedah ini seolah-olah guru memberi kuliah di hadapan kelas dan pelajar mendengar syarahan guru di meja masing-masing. Kaedah ini tidak menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka sendiri walaupun mereka berkemungkinan besar mmpunyai lebih pengetahuan sedia ada dalam diri mereka melalui pemerhatian atau pengalaman hidup mreka sendiri. Berpusatkan guru, maklumat, pengetahuan, contoh dan perkembangan topik adalah bergantung sepenuhnya pada guru. Jika luas pengetahuan guru mengenai topik ini, maka luas dan panjanglah penerangan guru. Jika tidak, ia terjadi sebaliknya. Kaedah ini juga dikenali dengan jolokan kaedah tradisional. Ini adalah kerana kaedah ini banyak digunakan dalam bidang pendidikan terutama pada era sebelum merdeka kerana kebanyakan pelajar tidak mempunyai banyak pengetahuan sendiri dan mengharapkan guru menyampaikan maklumat sepenuhnya. Keadaan capaian maklumat yang terhad kerana sumber yang terhad, maka kaedah ini amat sesuai digunakan oleh guru. Begitu juga jika ianya berlaku pada era selepas merdeka, masih terdapat sekolah yang tidak mempunyai banyak kemudahan bagi capaian maklumat seperti di pedalaman seperti televisyen dan internet, maka kaedah ini lebih sesuai digunakan oleh guru. B) Kaedah pengajaran berpusatkan murid Kaedah ini memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu. Guru memberi pilihan kepada pelajar, pengetahuan dan apa yang ingin mereka pelajari, mewujudkan kolaborasi dengan membina pengetahuan dan

persekitaran positif. Penilaian yang dilakukan juga melibatkan pelajar secara berterusan dan guru lebih banyak mendengar pandangan guru. Pelajar juga akan melibatkan diri secara terus dalam perancangan pembelajaran mereka sendiri. Bagi kaedah ini pelajar digalakkan meluahkan segala pengetahuan yang mereka sedia ada. Pengetahuan tersebut mungkin datang dari pengalaman hidup, pemerhatian atau pembacaan daari sumber selain buku pelajaran. Dalam era pmbangunan moden ini, capaian maklumat yang tiada sempadan menjadikan pelajar era kini bukan pelajar kosong. Sebelum sesebuah topik itu diperbincangkan, guru terlebih dahulu akan menimbangkan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan topik itu. maklumat yang salah atau salah faham akan diperbetulkan melalui perbincangan dan sumbang saran. Kaedah ini lebih mudah digunakan jika guru mahu menegur sesuatu fakta yang negatif yang sering disalah ertika oleh pelajar yang masih belum matang pemikirannya. Kaedah ini juga membenarkan komunikasi dua hala berlaku antara guru dan pelajar seterusnya dapat membina satu hubungan yang erat antara guru dan pelajar. Guru lebih mudah mendekati pelajar dan pelajar lebih mudah bertanyakan kepada guru mengenai perkara yang mereka tidak fahami atau keliru serta persepsi mereka akan sama dan tidak berlainan daripada logik akal biasa. Banyak sumber dalam bidang pendidikan telah menitik beratkan isu mengenai kaedah pembelajaran paling berkesan bagi menarik minat pelajar untuk ke sekolah mahupun menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Selain belajar untuk lulus periksa, guru perlu menimbangkan strategi bersesuaian agar pelajar dapat mengalami satu pengalaman pembelajaran menarik yang tidak berlaku di luar sekolah sekaligus mengukuhkan ingatan mereka terhadap pembelajaran yang mereka pelajari. Kaedah tradisional telah banyak ditolak oleh kebanyakan guru kerana ia didapati tidak berkesan dalam proses P&P bagi murid kini yang rata-rata lebih mendahului pengetahuan guru dan mempunyai daya keyakinan yang tinggi. Kebanyakan murid merasa bosan berada di dalam kelas jika mereka tidak dapat menyertai atau melakukan apa-apa dan semata-mata mendengar sahaja. Cara ini boleh menyebabkan mereka mudah bosan, mereka lebih tahu banyak dan bolh mendorong mereka ponteng kerana bagi mereka sekolah adalah tempat yang bosan kerana semua topik telah mereka pelajari dan boleh diperolehi melalui sumber lain selain dari guru. Bagi menarik perhatian pelajar untuk ke sekolah, guru terlebih dahulu haruslah menimbangkan strategi berpusatkan murid agar guru dan murid mempelajari sesuatu yang baru setiap hari. Menggunakan kaedah ini kedua pihak guru dan murid

akan memperolehi pengalaman yang baru kerana proses pembelajaran berasaskan pengetahuan dan maklumat yang berlainan bagi setiap murid. Pembelajaran berpusatan murid melatih pelajar agar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Ini adalah kerana mereka terlibat secara terus dalam menemui pengetahuan, menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Kaedah ini juga melibatkan interaksi sosial yang tinggi menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber rujukan serta menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran. Strategi Pengajaran A) Kaedah pengajaran berpusatkan guru Kaedah ini boleh juga disebut sebagai strategi pengajaran langsung atau disebut dalam Bahasa Inggeris sebagai Direct Instruction. Berdasarkan kaedah ini strategi yang digunakan ialah guru memainkan peranan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala murid pula berperanan untuk menerima pengajaran secara pasif atau boleh juga disebut sebagai komunikasi satu hala (guru sahaja bercakap). Strategi tradisional ini meletakkan guru sebagai pakar dalam mata pelajaran dan sumber utama ilmu pengetahuan. Maka tujuan utama murid hadir ke kelas adalah bagi mendapatkan maklumat yang telah ditetapkan oleh guru kepada mereka. Murid hanya perlu mengulangi, menghafal serta mencurahkan kembali apa yang telah diajarkan kepada mereka. Berdasarkan strategi ini beberapa ahli akademik berpendapat bahawa pengajaran berpusatkan guru adalah: Tujuan murid belajar adalah untuk mencapai objektif kurikulum yang membolehkan mereka berfikir secara kritikal Murid menyempurnakan aktiviti yang telah ditentukan oleh guru untuk mencapai kejayaan akademik. Murid bertindak balas kepada jangkaan-jangkaan positif yang ditetapkan oleh guru dalam proses perkembangan berperingkat melalui aktiviti yang telah ditetapkan Motivasi ekstrinsik seperti ganjaran atau gred penilaian diberi kepada murid di mana ia akan memotivasikan mereka untuk memahami maklumat serta menunjukkan kefahaman tentang konsep yang telah diajarkan. Segala hasil kerja murid akan dinilai sepenuhnya oleh guru. Sebelum strategi ini digunapakai dalam pengajaran, guru terlebih dahulu harus memastikan murid-murid telah diajarkan perkara-perkara asas sebelum masuk ke konsep yang baru. Sebagai contoh, sebelum guru masuk ke tajuk tayammum, guru harus memastikan murid telahpun diajarkan tajuk bersuci dan berwudhu supaya pelajar lebih dapat memahami konsep tayammun dengan lebih tepat dan mendalam.

Perbentangan hasil perbincangan - melatih pelajar berani dan sentiasa peka dengan pembelajaran dalam kelas

B) Kaedah pengajaran berpusatkan murid Strategi bagi kaedah ini lebih dikenali sebagai strategi pengajaran tidak langsung. Berbeza dengan strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid mengalih peranan guru daripada tenaga pengajar kepada pemudahcara atau fasilitator. Semasa proses pembelajaran dalam kelas, murid akan terlibat secara aktif dan sepenuhnya dalam aktiviti berfikir, mencari maklumat, merumus, membentang, menilai, berkolaborasi, bekerjasama dan membuat refleksi pembelajaran. Secara automatiknya, murid akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang telah disediakan sebagai asas (teknik scaffholding) secara hands-on dan minds-on dan bekerja secara koperatif dan kolaboraasi dengan rakan atau orang lain. Penekanan tersebut membuatkan murid dapat melaksanakan pembelajaran terarah kendiri dan mengikut kada kemampuan kendiri. Bagi melaksanakan strategi ini, guru harus menitikberatkan beberapa perkara berikut :Apa yang murid ingin tahu tentang sesuatu topik atau konsep Guru perlu mengambilkira tentang keperluan individu murid seperti tahap intelektual dan emosi Keperluan sosial murid : bolehkah mereka berkolaborasi, berkomunikasi sesama mereka dan penerimaan rakan sebaya dalam proses pembelajaran mereka. Aplikasi strategi ini tidak bermakna murid dapat menentukan apa yang mereka ingin pelajari atau lakukan. Apabila strategi ini diinterpretasikan kepada murid, mereka lebih cenderong memilih tajuk, kaedah dan aktiviti mereka sendiri dan selalunya berakhir dengan situasi yang berada luar dari kawalan guru. Sepatutnya strategi ini akan menjadikan tumpuan murid lebih kepada pembelajaran yang akan memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid. Guru

dinasihatkan agar tidak hanya menjadi fasilitator yang duduk menunggu murid mendatanginya. Selain memerlukan pelajar aktif melibatkan dalam aktiviti P&P, guru juga harus menjadi fasilitator dan pembimbing yang aktif. Beberapa rumusan boleh dikupas dari strategi pengajaran berpusatkan murid iaitu:Pembelajaran lebih bersifat aktif dan bukan pasif Penekanan kepada pembelajaran dan pemahaman lebih mendalam Meningkatkan tanggungjawab murid Meningkatkan autonomi murid Saling bergantung antara guru dan murid Saling menghormati antara guru dan murid Pendekatan P&P lebih refleksif untuk guru dan murid. Strategi berpusatkan murid ini digunakan secara meluas di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Semua guru yang terlatih wajib untuk mengetahui perkara-perkara asas yang digunakan semata-mata untuk memastikan kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas ialah pengajaran berpusatkan murid. Kebanyakan sumber maklumat yang diperolehi rata-rata menolak kaedah pengajaran berpusatkan guru yang dianggap ketinggalan zaman dan hanya digunakan oleh guru yang tidak mampu menarik perhatian murid. Jadual berikut merupakan perbezaan ketara yang boleh dilihat antara kaedah pembelajaran berpusatkan guru dan pembelajaran berpusatkan murid.

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID

- Guru sebagai penyampai utama - Guru sebagai fasilitator maklumat berkenaan bidang tertentu - Mewujudkan pengalaman pembelajaran - Pengetahuan sedia ada pelajar tidak yang dapat menarik minat pelajar serta dipertimbangkan sebagai sesuatu yang menggalakkan penglibatan mereka dalam penting proses pengajaran dan pembelajaran. - Pelajar tidak perlu aktif dalam proses - Memberi peluang kepada pelajar belajar pengajaran dan pembelajaran. secara individu, kumpulan dan kelas. - Guru bertanggungjawab sepenuhnya - Melibatkan pelajar dalam membentuk ke atas bahan bantu mengajar yang proses pembelajaran melalui rundingan akan digunakan dalan P&P. berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.

- Guru menentukan sendiri tatacara membuat penilaian terhadap prestasi - Memberi pelajar kebebasan membuat pelajar pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. - Komunikasi satu hala. Hanya guru yang bercakap di dalam kelas. - Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa - Pendapat dan pandangan pelajar tidak yang mereka pelajari. diambil kira. - Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar. - Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif - Pelajar bebas memberi pendapat mereka dengan pantauan dan panduan guru.

Contoh kaedah yang digunakan oleh guru: Contoh kaedah yang boleh digunakan dalam kelas : 1. Kuliah masteri, demonstrasi, bercerita, latih tubi dan 1. Sumbang saran dan debat kerja lapangan dan

2. Catatan nota guru menulis, pelajar 2. Main Peranan, mendengar dan menyalin dalam buku projek. 3. Satu sumber rujukan buku teks

3. Pelbagai sumber rujukan ensiklopedia, internet, pemerhatian

4. Lokasi pembelajaran terhad di dalam kelas 4. Lokasi pembelajaran yang pelbagai makmal komputer, padang sekolah, dewan 5. Penerangan dan membuat latihan 5. Penerangan dan praktikal 6. Memberikan dan menyampaikan maklumat 6. Pengajaran oleh rakan sebaya 7. Mengajarkan prosedur (SOP) 8. Membina kemahiran langkah demi langkah 7. Guru mencapai setiap pelajar dalam aktiviti berkumpulan kecil

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PENGAJARAN A) Pembelajaran Berpusatkan Guru Kebaikan Jika guru menggunakan secara bijak pengajaran secara berpusatkan guru, ia membolehkan guru menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid. Melalui stategi ini, guru menyampaikan maklumat yang tidak dapat dicapai oleh murid kerana ia tidak ada di tidak terdapat dalam mana-mana sumber walaupun cuba diakses oleh pelajar, contoh pengalaman guru. Ia bagus untuk meningkatkan keghairahan dan minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu topk tersebut. Strategi ini boleh juga digunakan secara langsung untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada kandungan pelajaran yang relevan agar pelajar dapat mengaitkan pengetahuan yang baru dengan maklumat sedia ada dan pengalaman lalu. Kelemahan Salah satu kelemahan utama kaedah ini ialah penyalahgunaan strategi iaitu ramai guru gagal untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan guru. Guru perlu mengakui bahawa keupayaan pengajaran secara terus sebenarnya terbatas untuk membolehkan murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal sekaligus membataskan keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan. Oleh itu pengajaran kaedah ini hanya boleh dilihat dan diterima sebagai salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar. B) Pembelajaran berpusatkan murid Kebaikan Kaedah ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka. Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksakan oleh murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator. Strategi ini dapat menggalakkan daya kreativiti pelajar seterusnya membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah. Pembelajaran cara ini membolehkan berlakunya pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan luas. Kelemahan Antara kelemahan strategi atau kaedah ini adalah ia lebih bersifat tumpuan pembelajaran. Maka, tempoh berlaku pembelajaran yang optima akan mengambil

masa yang panjang jika dibandingkan dengan pengajaran secara langsung. Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk mengawa pembelajaran murid-muridnya dan kemungkinan ini mungkin boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan murid. Selain itu, lebih banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksanaannya untuk membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Melatih pelajar berani memberi pendapat. Bukan hanya statik di tempat duduk masing-masing. Kemungkinan ada pelajar yang 'diulit mimpi' - kaedah berkumpulan

Penutup Pertikaian penggunaan kedua kaedah ini banyak dilakukan di kalangan ahli-ahli akademik. Jika pencarian sumber pengajaran berpusatkan gur, perlu diakui bahawa kaedah ini dianggap ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi digunakan pada masa kini. Walau bagaimanapun, bukan semua mata pelajaran sesuai menggunakan sepenuhnya kaedah pengajaran berpusatkan murid. Menurut seorang pakar dalam matapelajaran Pendidikan Islam iaitu Shamsina Shamsudin dalam blog perkongsian ilmunya, menyatakan tidak semua topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya topik ibadah (contoh tayammum). Beliau ada mencadangkan bahawa gabungan kaedah antara keduanya (berpusatkan guru dan berpusatkan murid) adalah lebih dominan bagi mencapai objektif domain kognitif, afektif dan psikomotor murid. Antara kaedah yang dicadangkan adalah kaedah penerangan (berpusatkan guru), tunjukcara (berpusatkan guru), sumbangsaran (berpusatkan murid), amali (berpusatkan murid), simulasi ((berpusatkan murid), dan penyelesaian masalah (berpusatkan murid). Penggabungan kedua kaedah ini menjadikan kedua pihak guru dan murid dapat sama-sama memperkuat dan menambah pengetahuan dan pengalaman yang baru setiap kali selesai pembelajaran. Mahupun begitu jika diperhatikan guru-guru yang sudah berpengelaman lama dalam P&P, dan merupaka seorang guru cemerlang,

mereka banyak menggunakan penggabungan kedua kaedah ini. Meskipun begitu, secara amnya, pengajaran berpusatkan murid lebih diiktiraf pada masa kini. Terdapat banyak artikel, jurnal dan buku-buku rujukan latihan perguruan dan pedagogi telah menekankan penggunaan kaedah berpusatkan pelajar jika seseorang guru itu mahu proses pengajaran dan pembelajarannya berlaku dengan lancar dan berjaya memberi pemahaman yang mendalam kepada muridnya. Seperti kajian daripada Dr. Abdullah Ibrahim dari Kolej Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) yang mengaitkan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan pembangunan diri dan peluang pekerjaan. Hasil dari kajiannya didapati kaedah berpusatkan murid berjaya menjana dan mampu menyediakan murid dengan pelbagai kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam sektor pekerjaan. Di dalam kajian ini juga mendapati senario murid cemerlang di peringkat sekolah lalu berjaya memasuki institusi pengajian tinggi tetapi tenaga pengajarnya masih mengamalkan kaedah tradisional dan mengulangi kaedah yang sama untuk belajar, belum benar-benar dapat menguasai kebolehan mereka yang sebenar. Akhirnya peajar hanya lulus peperiksaan semata-mata tanpa menyedari bahawa masih belum memadai untuk mereka menempuh alam pekerjaan kerana tidak memiliki kemahiran yang diperlukan selain hanya pengetahuan di bidang yang dipelajarinya. Maka, guru seharusnya sedar dan bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran dan daya kreatif mereka bagi merealisasikan perbezaan hasil yang diperolehi pelajar jika guru menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid bagi melahirkan murid yang benar-benar berkualiti dan mencapai matamat Falsafah Pendidikan Negara.

Pelajar seronok apabila dapat menyertai aktiviti pembelajaran secara langsung merapatkan hubungan dan menarik minat mereka untuk belajar

Posted 25th January by great.neddy.

http://www.slideshare.net/impianhati/rancangan-pengajaran-dan-pembelajaransejarah-tingkatan-4?from=embed

You might also like