You are on page 1of 8

Persekutuan Hoki Antarabangsa(FIH)

Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH ) adalah organisasi sukan antarabangsa untuk sukan hoki. FIH(International Hockey Federation) telah ditubuhkan pada 7 Januari 1924 di Paris oleh Paul Leautey dan seterusnya menjadi sebagai Presiden pertama FIH Perkembangan sukan ini telah juga menularkan kepada penglibatan wanita di serata negara di peringkat antarabangsa sehingga mencetuskan penubuhan Hoki Antarabangsa Wanita(IFWHA) pada tahun 1927.

Kini,FIH dipengerusi oleh seorang presiden ,setiausaha agung dan bendahari yang juga bekerjasama dengan Lembaga Eksekutif , Majlis FIH dan pelbagai jawatankerja. FIH terdiri daripada lima persatuan kebenuaan dan 127 ahli persatuan, di dalam kerjasama untuk mempromosi dan membangunkan sukan berkenaan. Secara geografinya, terdapat 17 dari Afrika, 20 dari Asia, 45 dari Eropah, 9 dari Oceania dan 26 dari benua Amerika.

Selaras dengan hoki sebagai salah satu sukan yang dimainkan di Sukan Olimpik, terdapat pelbagai kejohanan yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Antaranya ialah: Sukan Olimpik dengan kerjasama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Hoki Kelayakan Sukan Olimpik Hoki Piala Dunia Hoki Kelayakan Piala Dunia Hoki Piala Dunia Remaja Hoki Liga Dunia Trofi Juara-Juara Cabaran Juara-Juara I Cabaran Juara-Juara II Hoki Dewan Piala Dunia

Seperti bola sepak, terdapat dua anugerah hoki yang diberikan dari 1998, lelaki dan wanita. Dari 2001, dua anugerah lagi diperkenalkan untuk para pemain hoki junior (under-21) bagi lelaki dan wanita, dinamakan Lelaki Remaja dan Wanita Remaja.

You might also like