You are on page 1of 2

JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG JALAN BUKIT GAMBIR 11700 PULAU PINANG Tel : 04-657 5500, Faks : 04-658

2500 http://jpnpp.edu.my

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj.Kami : JPNPP(NPT)600-5/(S)/1 ( 42 ) Tarikh : 7 Februari 2013 Semua Ketua Sektor Semua Ketua Penolong Pengarah / Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Pegawai Pelajaran Daerah Timur Laut / Barat Daya / Tengah / Utara / Selatan Semua Pengetua / Guru Besar Sekolah Menengah / Rendah Negeri Pulau Pinang Tuan / Puan, SURAT SIARAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) TAHUN 2013 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2 Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia BPSM), KPM akan menjalankan urusan kenaikan pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Gred DG41 ke Gred DG44 secara Khas Untuk Penyandang (KUP), Gred DG44 ke Gred DG48(KUP), Gred DG48 ke Gred DG52(KUP) dan Gred DG52 ke Gred DG54(KUP) tahun 2013. Surat daripada Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(PP) 0017/18/6/30 Jld.2 (5) bertarikh 31 Januari 2013 adalah berkaitan. 3. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak tuan adalah dipohon untuk mengenalpasti PPPS yang telah memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat secara TBBK dan seterusnya memperakukan pegawai-pegawai tersebut untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). 4. Maklumat dan dokumen-dokumen bagi perakuan tersebut boleh didapati dilaman Web JPN di alamat http://www.jpnpenang.edu.my. Perakuan, senarai semak dan dokumendokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang pada atau sebelum 20 Februari 2013. Sekian, terima kasih. PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ( HAJI AHMAD TARMIZI BIN KAMARUDDIN ) Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang

ATK/RMA/rbm/unp/2013

You might also like