You are on page 1of 4

Faktor yang Mempengaruhi Pelbagai Jenis Tumbuhan Semula Jadi

Di negara kita, tumbuh-tumbuhan semula jadi dipengaruhi oleh iklim, bentuk muka bumi dan jenis tanih.

i. Iklim Iklim mempengaruhi pertumbuhan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Contohnya, hutan hujan tropika memerlukan jumlah hujan tahunan sebanyak 2600 mm. Suhu tahunan pula ialah 27 darjah Celsius.
ii. Bentuk Muka Bumi Jenis tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut bentuk muka bumi. Di puncak gunung yang bersuhu sederhana terdapat tumbuhan seperti lumut dan paku pakis. Di kawasan cerun pula terdapat pokok renek dan tumbuh-tumbuhan berdaun tirus. Selain itu, dikawasan tanah pamah terdapat hutan hujan tropika.

iv. Tanah-tanih Antara jenih tanih termasuklah aluvium, laterit, liat dan pasir. Tanih aluvium dan laterit sesuai bagi pertumbuhan hutan hujan tropika. Tanih laterit sesuai untuk pertumbuhan pokok seperti belukar dan paku pakis. Selain itu, tanih liat dan berpasir pula ditumbuhi oleh pokok bakau dan pokok ru. iii. Saliran Di kawasan yang mempunyai saliran yang baik, tumbuh pokok seperti jelutung, ramin, tembusu dan penaga. Kawasan tanah pamah yang bersaliran tidak baik pula akan mewujudkan kawasan air bertakung. pokok yang tumbuh di kawasan ini seperti nipah dan mengkuang.

Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi Tumbuh-tumbuhan semula jadi banyak kepentingannya. Mari kita kaji.
i. Flora dan Fauna Hutan hujan tropika negara kita kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Kepelbagaian ini menarik pelancong luar negara datang ke negara kita. Contohnya, bunga terbesar di dunia, iaitu bunga rafflesia telah menarik kunjungan pelancong ke Sabah. Selain itu, flora dan fauna ini juga menjadi bahan penyelidikan oleh penyelidik tempatan dan luar negara. Penyelidikan ini penting untuk menjamin warisan kepada generasi akan datang. Info Murid Di negara kita terdapat beberapa kawasan hutan yang tidak boleh ditebang atau diterokai. Kawasan ini dikenali sebagai kawasan Hutan Simpan. ii. Tempat Perlindungan Hidupan Liar Hutan menjadi tempat pembiakan dan tempat tinggal secara semula jadi kepada hidupan liar. Haiwan memperoleh makana seperti buah-buahan dari hutan. Di hutan Sipilok di Sabah, kerajaan mewartakan hutan simpan tersebut sebagai tempat perlindungan hidupan bagi orang utan. iii. Sumber Perhutanan Di hutan negara kita terdapat pokok-pokok seperti damar, rotan dan buluh. Pokokpokok ini penting sebagai sumber industri kayu-kayan. Selain itu, hasil hutan juga boleh dijadikan sumber perubatan seperti asam jawa, inai, kacip fatimah dan tongkat ali. Hasil hutan seperti petai, jering, kerdas dan buah-buahan dijadikan makanan.

iv. Kawasan Tadahan Hutan penting untuk mengekalkan lembapan dan memperlahankan kadar aliran air hujan. Air hujan yang turun di kawasan tadahan akan diserap dan tidak mudah disejat. Air ini akan terkumpul dan membentuk alur. Alur-alur ini pula menghasilkan anak sungai. Air yang mengalir melalui sungai akan dirawat dan dibersihkan untuk kegunaan harian kita. v. Mencegah Hakisan Tumbuh-tumbuhan semula jadi di lereng bukit berfungsi sebagai tutup bumi dan mencegah hakisan. Akarnya mencengkam dan mengikat tanah daripada longgar. Apabila hujan lebat turun, tanah yang dicengkam kuat oleh akar sukar dialirkan oleh air hujan. Oleh itu, hakisan tanah tidak berlaku.
vi. Pembiakan Hidupan Laut Tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan hutan paya dapat memecahkan ombak dan memperlahankan arus air laut. Keadaan semula jadi ini dapat melindungi haiwan seperti siput, lokan, udang dan ikan. Selain itu, akar pokok pula dapat melindungi telur ikan dan ketam daripada serangan haiwan pemangsa yang lain.

You might also like