You are on page 1of 25

KUMPULAN 5

AMINAH BT MOHD SALIKIN D20112051780

AZAMIAH BT AHMAD D20112051796

`AZIAH BT ZAINI
D20112056166

NORASHIKIN BT ABDULLAH D20112051791

RUHAIZAH BT MOKHTAR D20112051798

TOKOH : IBRAHIM HAJI YAAKOB

BIODATA PENDIDIKAN SUMBER IDEA DAN PENGARUH YANG DITERIMA MENJADI GURU DAN WARRTAWAN SAMBILAN MENJADI PENGARANG MAJLIS MEMBANGUNKAN KESATUAN MELAYU MUDA ( KMM ) BEKERJASAMA DENGAN JEPUN KEGIATAN DI INDONESIA KESIMPULAN

BIODATA

Ibrahim Haji Yaakob dilahirkan pada 27 November 1911 di kampung Sebelah, Mukim kertan, Temerloh Pahang. Ayahnya bernama Haji Yaakob dan ibunya bernama Hawa binti Hussain. Berketurunan Bugis dari daerah Silo, Sulawesi Indonesia. Moyang Ibrahim Haji Yaakob telah berhijrah dari Sulawesi ke Riau dan kemudian ke Pahang. Beliau turut dikenali dengan nama Dr. Iskandar Kamel. Berkahwin dengan seorang perempuan bernama Mariaton Siraj. Dikenali ramai sebagai seorang Tokoh Nasionalis yang menjadi pencetus kepada gerakan nasionalis. Ibrahim Haji Yaakob mengaku beliau dan Tun abdul Razak adalah dari keturunan yang sama.

IBRAHIM HAJI YAAKOB

PENDIDIKAN

Pada tahun 1918 ketika berusia tujuh tahun Ibrahim haji Yaakob memulakan pelajaran di sekolah Melayu di kampungnya. Setelah menamatkan pengajian di sekolah Melayu beliau menjadi guru sementara di kampungnya. Beliau terpilih mengikuti latihan perguruan di pusat latihan perguruan di Kuantan, Pahang. Enam bulan selepas itu, Ibrahim Haji Yaakob terpilih mengikuti pengajian di SITC ( Sultan Idris Training College ) yang merupakan menara gading dan menjadi impian para pelajar sekolah Melayu ketika itu. Ibrahim Haji Yaakob memasuki SITC pada tahun 1928 dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1931.

SAMBUNGAN

Ibrahim Haji Yaakob memasuki SITC pada tahun 1928 dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1931.

Ketika berada di SITC beliau merupakan seorang pelajar yang rajin membaca serta gemar berbahasa dan bersyarah.
Syarahannya amat digemari oleh rakan-rakannya. Selepas menamatkan pengajian di SITC, Ibrahim Haji Yaakob ditempatkan di sekolah Melayu Bentong, Pahang. Setelah tiga tahun mengajar di Bentong, pada tahun 1939, Ibrahim Haji Yaakob ditukarkan ke kuala Lumpur untuk mengajar bahasa Melayu di Pusat Latihan Polis bagi negeri-negeri Melaytu Bersekutu. Semasa menjadi guru di Kuala Lumpur beliau mengambil kesempatan meningkatkan ilmu pengetahuan dengan mengikuti kelas malam dan mempelajari bahasa Inggeris, ilmu perniagaan dan perakaunan.

SUMBER IDEA DAN PENGARUH YANG


DITERIMA
Ibrahim haji Yaakob terpaksa menghabiskan pengajian di SITC selama lima tahun berbanding penuntut lain yang mengambil masa tiga tahun sahaja. Beliau bukanlah seorang penuntut yang cerdik. Penulisannya di akhbar banyak memaparkan kesalahan tatabahsa sehingga membuatkan karangannya agak janggal dan tidak tersusun. Namun begitu Ibrahim Haji Yaakob merupakan seorang yang gemar membaca. Beliau telah membaca sebuah buku yang dihadiahkan oleh cikgu Muhammad yang bertajuk Al-Manak. Buku ini mendedahkan kepada beliau tentang Indonesia.

Melalui majalah Panji Pustaka yang diperkenalkan oleh cikgu Muhammad , beliau dapat mengetahui mengenai pemberontakan Parti komunis Indonesia ( KLI ) pada penghujung tahun 1926.

SAMBUNGAN

Semasa belajar di SITC beliau kerap memerhatikan peta gugusan Kepulauan Melayu yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa dan Borneo.

Buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh cikgu Abdul Hadi Haji Hasan merupakan rujukan penting yang digunakan oleh Ibrahim Haji Yaakob dalam menanamkan semangat dan cintakan bangsa dan tanahair. Akhbar-akhbar Indonesia juga menjadi bahan bacaanya termasuklah Persatuan Indonesia, Pewarta Deli, Pertja Selatan, Pedoman Masyarakat, Fikiran Rakyat, Soeloeh Indonesia, Semangat Islam, Seruan Azhar, Bintang Timur dan Bintang Hindia. Beliau juga membaca Sumpah Pemuda Indonesia yang diisytiharkan pada tahun 1928. Sumpah Pemuda telah menjadikan Ibrahim haji Yaakob sedar tentang matlamat perjuangan seorang nasionalis.

SAMBUNGAN
Berlandaskan maksud perjuangan seorang nasionalisme itu, beliau dikatakan mula mengorak langkah membina diri dan semangatnya sebagai seorang pencinta bangsa dan negara. Perasaan kebangsaan ini dipupuk sedikit demi sedikit melalui pembacaannya dan dilahirkan dalam tulisan-tulisan berbentuk rencana yang disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Beliau tidak menggunakan nama samaran seperti penulis-penulis yang lain kerana Ibrahim mahu orang ramai tahu siapa beliau yang sebenarnya.

MENJADI GURU DAN WARTAWAN SAMBILAN

Ibrahim mula mengajar di Sekolah Melayu Bentong , Pahang selepas menamatkan pengajian di MPSI pada tahun 1931.

Majlis adalah sebuah akhbar yang diterbitkan di kuala Lumpur pada tahun 1931 yang menjadi penampung idea dan pendapat Ibrahim.
Beberapa isu penting yang disentuh oleh Ibrahim ialah : 1. mendesak penyatuan dan kesedaran kebangsaan bangsa Melayu 2. kemunduran pelajaran orang Melayu

Penglibatannya dalam akhbar telah menjadikan beliau terlibat dalam kegiatan nasionalisme Melayu yang didokong oleh golongan guru dan wartawan akhbar.

MENJADI PENGARANG MAJLIS

Kehidupan di luar bandar menjadikan Ibrahim berasa bosan dan mendorong Ibrahim meninggalkan Bentong. Terdapat satu sebab yang mendorong Ibrahim meninggalkan bentong kerana beliau ingin mendekatkan diri dengan akhbar majlis. Oleh sebab itu pada tahun 1935, Ibrahim Haji Yaakob telah memohon menjadi guru Bahasa Melayu di Pusat Latihan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu di Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Tugasnya di Pusat Latihan Polis itu hanya sebagai batu lonjatan sahaja. Minatnya dalam bidang kewartawanan telah menyebabkan beliau meninggalkan kerjaya itu pada tahun 1936.

SAMBUNGAN

Hubungannya yang rapat dengan sidang pengarang Majlis, telah memudahkan Ibrahim diterima menjadi wartawan sepenuh masa kepada akhbar majlis. Ibrahim telah dilantik sebagai Penolong Pengarang pada bulan Mei 1936. Setahun kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarang .

Dengan kedudukan itu, Ibrahim dapat menggunakan akhbar dengan berkesan.


Akhbar itu dijadikan sebagai landasan untuk beliau mencurahkan idea dan pendapat dengan bebas.

MEMBANGUKAN KESATUAN MELAYU MUDA (KMM )

Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) adalah merupakan pertubuhan politik berhaluan kiri yang pertama sekali muncul di Tanah Melayu. Ditubuhkan pada tahun 1938 kerana pada tahun itu Ibrahim Yaakob telah dilantik menjadi pemeriksa Kira-kira Persatuan Melayu Selangor yang ditubuhkan pada 31 Jun 1938. Penubuhan KMM bukanlah idea Ibrahim. KMM adalah sebuah persatuan yang berasal daripada sebuah penubuhan pemuda yang ditubuhkan oleh sekumpulan pelajar Sekolah Teknik Kuala Lumpur.

SAMBUNGAN

Nama KMM diberikan oleh Sultan Djenain bukanlah daripada Ibrahim. Ramai pengkaji menyatakan KMM mempunyai dasar perjuangan yang tegas iaitu anti-British, antifeudalis dan ingin menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kata lain, KMM adalah sebuah persatuan pemuda Melayu yang berusaha untuk melahirkan kesedaran cintakan bangsanya dan bekerja untuk kebaikan bersama. Terdapat satu perkara yang sangat menarik yang cuba diatasi oleh Ibrahim iaitu menegakkan kuasa rakyat bawahan dalam menentukan nasib hidup bangsa Melayu. Akhbar majlis menjadi alat rasmi KMM. Dalam akhbar ini, Ibrahim cuba mencari pengaruh untuk memajukan KMM.

SAMBUNGAN

Dalam rencananya pada 16 November 1939, beliau mendesak orang Melayu menghapuskan semua perasaan perkauman dan kenegerian yang telah menyebabkan perpecahan bangsa Melayu yang berjumlah 65 juta di seluruh Kepulauan Melayu. Pada tahun 1940 , Ibrahim meletakkan jawatan dalam akhbar Majlis akibat perselisihan dengan pihak pengurusan. Ini memberi peluang sepenuhnya kepada Ibrahim untuk memajukan KMM. Beliau mengadakan lawatan sambil berceramah untuk menambah ahli KMM.

MENJADIKAN KMM SEBAGAI TALAM DUA MUKA

Ibrahim telah bermain politik dalam usaha untuk menjadikan dirinya sebagai pemimpin dan KMM sebagai pertubuhan yang penting dalam politik Tanah Melayu. Beliau sanggup menjadi perisik British dan Jepun dalam masa yang sama demi mencari apa yang diinginkan. Dalam bukunya yang berjudul Sedjarah Perdjuangan Di Malaya yang ditulis pada tahun 1951, beliau menggunakan suasana peperangan dan pertelingkahan politik antarabangsa yang melibatkan Britain dan Jepun untuk kepentingan politik dan nasib orang Melayu Semenanjung. Akhbar Warta Malaya adalah sebuah akhbar yang sangat berpengaruh sejak diterbitkan pada tahun 1930. Ibrahim mendapati kahbar ini berguna untuk propaganda Jepun.

SAMBUNGAN
o

Ibrahim bersetuju menjadi ejen Jepun di Tanah Melayu dan berjanji untuk menjadikan akhbar itu sebagai alat menentang British dengan menaikkan semangat bencikan penjajah secara terbuka dan keras di kalangan pembacanya. Penangkapan Ibrahim pada 7 dan 8 Disember 1941, telah menjadikan Ibrahim sebagai seorang penyokong Jepun secara bulat. British mendapati Ibrahim telah menjadikan KMM sebagai anggota KAME. Ibrahim, Ishak Haji Muhammad dan dua orang yang lain telah ditahan di penjara Outrem Road, Singapura.

BEKERJASAMA DENGAN JEPUN

Ibrahim dan kawan-kawannya telah dibebaskan oleh tentera British pada 12 februari 1942, tiga hari sebelum Singapura jatuh ke tangan Jepun. Pembebasan ini membolehkan Ibrahim memainkan semula peranannya sebagai pemimpin KMM dan bersedia menerima kedatangan Jepun sebagai penaungnya. Ibrahim telah menjalankan dasar politik sederhana dengan Jepun. Beliau menjadi seorang yang menghormati penjajahan Jepun.

Semasa pemerintahan Jepun, Ibrahim, Dr. Burhanuddin , Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan ramai lagi telah di ambil bekerja dengan Jepun.

SAMBUNGAN

Kesemuanya menjawat jawatan yang bercanggah dengan dasar imperialismenya.

tidak

Mereka hanya dilantik menjadi penasihat hal ehwal orang Melayu, agama Islam, pegawai propaganda, pengarang akhbar dan polis tenterta Jepun.
Ibrahim tidak mendapat balasan yang setimpal dengan kerja-kerjanya selama ini. Walaupun beliau banyak membantu Jepun tetapi penghargaan Jepun kepadanya terlalu kecil. Ibrahim kecewa dengan Jepun dan membuat strategi baru iaitu menggunakan KMM sebagai penentang Jepun.

SAMBUNGAN

Ibrahim telah mengubah pendekatan politiknya dengan menerima golongan bangsawan di dalam kegiatan politiknya. Pada bulan Disember 1943, Ibrahim telah dilantik menjadi ketua pasukan tentera sukarela yang dikenali sebagai Giyu-gun dan Giyu-tai, tetapi di kalangan ahli KMM pasukan ini dikenali sebagai Pembela Tanah Air (PETA ). Ibrahim menjadikan kedua-dua itu sebagai pasukan tentera sukarela pemuda melayu.

KEGIATAN DI INDONESIA

Kegiatan Ibrahim di Indonesia mempunyai dua bentuk: 1. Ibrahim cuba terus menjadi pejuang politik dngan membantu kawan-kawannya dalam gerakan politik tanah Melayu selepas tahun 1945. 2. Beliau melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan politik Indonesia dengan menjadi anggota parti dan menjawat kedudukan penting. Beliau di jaga baik oleh Sukarno dan seorang petugas khas yang bernama Winoto Danuasmoro telah diarahkan untuk menjaga keperluan Ibrahim dan keluarganya yang mendarat di Jogjakarta. Ibrahim mengambil nama baru iaitu Iskandar Kamel. Pada akhir bulan November 1946, Ibrahim menjadi anggota tentera Indonesia dengan pangkat Leftenan Kolonal di Markas Besar tentera Indonesia di Jogjakarta.

SAMBUNGAN

Hubungan baik Ibrahim dengan Sukarno telah membolehkannya mengecap hidup yang selesa di Indonesia. Peranan Ibrahim dalam politik Indonesia sangat menonjol. Dalam tahun 1951 sehingga tahun 1954 beliau telah dilantik menjadi petugas khas oleh Jaksa Agung Republik Indonesia bagi menjaga kepentingan awam.

Ibrahim terus menabur baktinya kepada Indonesia. Beliau terus diberi jawatan penting oleh Sukarno.
Kerinduan Ibrahim kepada Semenanjung Tanah Melayu sentiasa berakar. Sebagai buktinya beliau telah menulis beberapa buah buku yang menceritakan peranannya dalam politik Tanah Melayu. Antara bukunya ialah sedjarah dan perdjuangan di Malaya, Sekitar Malaya Merdeka, Melihat Tanah Air.

SAMBUNGAN

Pada pertengahan tahun 1973, Ibrahim dibenarkan melawat Semenanjung. Pada bulan disember , sekali lagi Ibrahim datang ke Malaysia dan lawatan ini merupakan lawatannya yang terakhir. Ibrahim telah meninggal dunia pada 8 Mac 1979. Dato Hamzah Abu Samah, bekas Menteri Kehakiman Malaysia, telah menerima berita tentang kematian Ibrahim Haji Yaakob dengan tenang. Tiada pengumuman tentang kematiannya tetapi akhbar-akhbar berbahasa Melayu telah menyiarkan berita itu dengan meluas. Sepuluh hari kemudian Utusan Malaysia telah melaporkan pengebumian Ibrahim Haji Yaakob di Makam Pahlawan Indonesia di Kalibata.

KESIMPULAN

Ibrahim haji Yaakob adalah seorang tokoh radikal Melayu yang menepati maknanya sebelum Perang Dunia Kedua meletus. Penubuhan KMM telah menunjukkan satu sikap politik yang mengkritik penjajahan dan golongan pembesar Melayu yang dilihatnya sebagai menindas masyarakat Melayu.

Kerjasama Ibrahim dengan Jepun telah mencacatkan perjuangannya di mana beliau telah dikawal oleh Jepun dan KMM diharamkan.
Usaha Ibrahim untuk merdeka bersama Indonesia melalui KRIS bukanlah suatu usaha kemerdekaan yang jitu dan tidak perlu dibanggakan.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like