Professional Documents
Culture Documents
KERTAS PENERANGAN
SAINS KEJURUTERAAN 1
( ELEKTRIKAL / ELEKRONIK / MEKANIKAL / BUKAN LOGAM / SIVIL )
TERHAD
Cetakan Kedua Mac 2011 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia http ://www.jtm.gov.my/kurikulum
Hak Cipta Terpelihara. Dokumen ini diklasifikasikan sebagai TERHAD. Tidak dibenarkan mengeluar mana-mana bahagian dalam kandungan Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) dalam apa jua bentuk tanpa keizinan daripada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Bahan Pembelajaran SEMESTER SATU ini dibangunkan bagi kursus sepenuh masa di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) oleh Ahli Jawatankuasa
Pembangunan WIM dan disemak serta diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Kurikulum untuk tujuan gunapakai bagi semua ILJTM yang terlibat.
KANDUNGAN
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM ................................................ i SENARAI SINGKATAN ...................................................................................................... i KERTAS PENERANGAN MODUL 1 .................................................................................1 SK 1021 SAINS KEJURUTERAAN 1 ............................................................................1 GROUP CLUSTERING MODULE 1 ..............................................................................3 LE1 ASAS FIZIK 3 LE2 STATIK 17 LE3 ASAS ELEKTRIK 39
Ahli Jawatankuasa : 1. 2. 3. 4. Ainin Nisak binti Ahmad Asnawi (Pengerusi Kluster Subjek Umum) Mohamad Hisam bin Mohd Adam (Penolong Pengerusi Kluster Subjek Umum) Azmi Bin Mohamad (Ketua Penyalaras) Normahazan Bin Mohamed ADTEC Shah Alam ADTEC Kulim ILP Bukit Katil ILP Pedas
Urusetia : 1. 2. 3. 4. 5. Pn. Norpisah binti Jumin En. Norhasni bin Dakie Cik Norida binti Othman En Ismail bin Taha Cik Sazurani binti Abdul Zabil BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat
: :
SENARAI SINGKATAN
IS WS AS INFORMATION SHEET WORK SHEET ASSIGNMENT SHEET
SK
1 01 LE1 IS
ii
ASAS FIZIK
Pengenalan fizik Kuantiti fizik (Unit SI) sistem unit antarabangsa Unit dan simbol SI Pertukaran unit Pengukuran
STATIK
MUKASURAT 2
KERTAS PENERANGAN
NAMA KLUSTER KOD DAN NAMA MODUL PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO. TUGASAN BERKAITAN SUBJEK UMUM - SAINS KEJURUTERAAN 1 SK1021 SAINS KEJURUTERAAN 1
FAHAM ASAS-ASAS FIZIK, KEJURUTERAAN STATIK DAN ELEKTRIK DENGAN MENGGUNAKAN SAINS KEJURUTERAAN SUPAYA:1. OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) KUANTITI ASAS, UNIT SI DAN DIMENSI DIIKUTI.
DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :MENGETAHUI KONSEP DAN PRINSIP KUANTITI ASAS, UNIT SI DAN DIMENSI DIIKUTI.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 3
1.0
ASAS FIZIK 1.1 Pengenalan fizik Fizik ialah cabang sains yang mengkaji kejadian-kejadian dan fenomena-fenomena di alam sekeliling. Untuk memudahkan kajian, ilmu fizik telah dikategorikan kepada beberapa bidang seperti ; a. b. c. Ukuran Mekanik Gelombang Kajian alat-alat Pengukuran Kajian gerakan Kajian bunyi, penghantaran
maklumat dan telekomunikasi d. e. f. Optik Nuklear Elektrik & Elektromagnetan g. Elektronik Kajian cip-cip elektronik dan sistem komputer Kajian cahaya Kajian tindak balas dalam nukleas atom Kajian penggunaan elektrik dan magnet
Bidang fizik telah banyak menyumbang ke arah kemajuan dan mengubah dunia kita.Antara teknologi fizik telah diaplikasikan termasuk pengangkutan, sistem komunikasi, internet, industri perubatan, pertanian, penerokaan angkasa lepas dan sebagainya. Daripada hukum fizik yang diterbitkan ahli fizik, pelbagai alat dapat dicipta seperti termometer gas, motor, telefon, laser dan banyak lagi. Melalui kajian fizik juga pelbagai kerjaya yang berorentasikan sains dan teknologi telah terbuka luas seperti bidang kejuruteraan, penyelidikan, pendidikan, perindustrian, perubatan dan
sebagainya. 1.2 Kuantiti fizik Kuantiti fizik ialah kuantiti yang boleh diukur. Contohnya laju, panjang, jisim, momentum, suhu, arus elektrik dan sebagainya.Kuantiti Bukan Fizik ialah sesuatu yang tidak boleh diukur. Contoh kecantikan, kesetiaan, perasaan dan sebagainya. Setiap kuantiti fizik mesti terdiri daripada Nilai Berangka (Magnitud) dan Unit. Kuantiti fizik terbahagi pula kepada 2 iaitu Kuantiti Asas dan Kuantiti Terbitan.
SK 1021-LE1-IS (semua bidang) PINDAAN : 1 MUKASURAT 4
Fizik melibatkan pemerhatian yang teliti, termasuk pengukuran tepat.Kuantiti yang boleh diukur dikenali sebagai kuantiti fizik.Kuantiti asas ialah kuantiti fizik bukan gabungan seprti dalam jadual 1-1.
BIL 1 2 3 4 5
SIMBOL UNIT UNIT ASAS ASAS l m t T I (Unit S.I) Meter Kilogram Saat Kelvin Ampere
SIMBOL UNIT SI m kg s K A
Jadual 1-1
1.2.2 Kuantiti terbitan Kuantiti terbitan ialah yang bukan kuantiti asas seperti jadual 1-2. Suatu kuantiti terbitan boleh diungkap dalam sebutan kuantiti-kuantiti asas contoh laju ialah kuantiti terbitan. Ungkapan yang menghubungkan laju kepada kuantiti asas panjang dan masa.
BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6.
KUANTITI TERBITAN Daya Tenaga Cas Elektrik Kuasa Halaju (v) Momentum RUMUS Jisim x pecutan Daya x Sesaran Arus x Masa Kerja / Masa Jarak / masa Jisim x Halaju
Jadual 1-2
PINDAAN : 1
MUKASURAT 5
Kuantiti Asas
Kuantiti Terbitan
Tidak boleh ditakrif oleh kuantiti asas yang Diungkapkan daripada kuantiti2 asas secara lain pendaraban/pembahagian/kedua-duanya
Unit hanya terdiri daripada unit2 asas Unit bukan sahaja terdiri daripada unit asas sahaja tetapi unit2 yang kompleks dengan nama khas
Jadual1-3: perbezaaan kuantiti asas dan terbitan 1.3 (Unit SI) sistem unit antarabangsa Penyelarasan unit antarabangsa bermakna bahawa satu sistem unit oleh semua negara untuk kegunaan sains, perdagangan, dan komunikasi. Pada tahun 1960 dalam persidangan Berat dan Ukuran Antarabangsa di Paris, negara-negara yang menghadiri persidangan itu telah mempersetujui bahawa System antarabangsa, SI digunakan sebagai unit antarabangsa seumpamanya N,J,Pa,W, dan lain-lain. Kelebihan-kelebihan ialah: i. ii. Untuk memudahkan urusan perdagangan dan perindustrian import-eksport di antara negara Membolehkan pertukaran dan pemindahan teknologi. Contoh teknologi dalam industri berat di Jepun dan Jerman boleh digunakan di Malaysia iii. Membolehkan pertukaran data dan maklumat sains antara badan-badan penyelidik. Contoh pertukaran formula atau ramuan sesuatu jenis ubat yang komposisi kandunganya dalam unit tertentu. Kerja atau penyiasatan saintifik seseorang ahli sains dapat dikongsi oleh ahli-ahli sains yang lain. iv. Memudahkan komunikasi antarabangsa seperti ketinggian kapal terbang di langit, pergerakan ombak dan angin, telekomunikasi telefon bimbit dan gelombang radio.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 6
1.4 Unit dan simbol SI 1.4.1 Bentuk piawai Nilai berangka sangat besar ditulis dalam bentuk piawai A X 10n dimana 1 A 10 dan n ialah intiger positif atau negatif. Penggunaan bentuk piawai adalah untuk mewakili data supaya kelihatan kemas, ringkas dan mudah dibuat perbandingan. Magnitud kuantiti fizik biasanya dibundarkan kepada 3 atau 4 angka bererti. Contoh tinggi gunung = 8,848 m dalam bentuk piawai 8.848 X 103 m. (A=8.848, n=3) 1.4.2 Imbuhan
Imbuhan digunakan untuk mewakili kuantiti fizik sangat besar atau sangat kecil. Jadual 1-4 menunjukkan senarai imbuhan dan faktor pendaraban masing-masing. Contoh 1,000 m boleh dinyatakan sebagai 1 km. 1 cm dapat dinyatakan sebagai 0.01 m atau dalam bentuk piawai 1 X 10-2 m.
Imbuhan Tera Giga Mega Kilo Hekto Deka Desi Senti Mili Mikro Nano Piko
Simbol T G M K h da D C m n p
Nilai 1 000 000 000 000 1 000 000 000 1 000 000 1 000 100 10 0.1 0.01 0.001 J a d u a
Contoh 1 Tm = 1 x 1012m 2.2 GW = 2.2 x 109W 1.6 MJ = 1.6 x 106J 5 kg = 5 x 103g 4 hg = 4 x 102g 3 dag = 3 x 10g 2 dm = 2 x 10-1m 100cm = 1 x 10-2m 3.2 mg = 3.2 x 10-3g 7 m = 7 x 10-6m 8 nm = 8 x 10-9m 2 pm = 2 x 10-12m
PINDAAN : 1
MUKASURAT 7
1.5
Pertukaran unit Apabila imbuhan ditukar kepada unit asas, faktor pendaraban setara digunakan.
Contoh 1 ;
Pertukaran imbuhan kepada unit asas, nyatakan jawapan dalam bentuk piawai a). 0.07 cm tukar kepada unit (m) b). 0.43 ns tukar kepada unit (s)
Penyelesaian ;
Imbuhan
x Faktor Pendaraban a). 0.07 cm = 7 X 10-2 cm = 7 X 10-2 X 10-2 m = 7 X 10-2 X 10-2 m = 7 X 10-4 m
Unit Asas
Contoh 2 ;
Pertukaran unit asas kepada imbuhan, nyatakan jawapan dalam bentuk piawai (a) 4350 m dalam unit kilometer (km) dan (b) 79 A dalam unit TA.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 8
Unit Asas
Faktor Pendaraban
1.5
1.6
X Faktor Pendaraban
Imbuhan
Asas
Faktor Pendaraban
1.6
Pengukuran Semua ukuran dalam sains merupakan anggaran nilai yang sebenar. Apabila mengunakan satu alat pengukur untuk mendapatkan suatu anggaran yang munasabah, beberapa bacaan diambil. 1.6.1 Pembaris Apabila pembaris meter digunakan, ralat paralaks dapat dielakan dengan menegakan pembaris supaya skalanya bersentuhan dengan objek.Pembaris meter adalah lebih peka daripada satu pita pengukur sebab nilai sengatan terkecil pembaris, 0.1 cm adalah lebih kecil daripada ilai sengatan terkecil pita pengukur, 0.5 cm.Contoh pembaris seperti rajah 1-1.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 9
1.6.2 Tolok mikrometer Mikrometer merupakan alat pengukur jitu, lazimnya digunakan dalam bengkel mesin kerana ia dapat mengukur ukuran-ukuran yang paling kecil dengan tepat. Mikrometer boleh didapati dalam unit metrik dan inci. Biasanya ukuran paling kecil yang boleh dibaca oleh mikrometer ialah 1/100 milimeter (0.01 mm). Terdapat juga mikrometer yang dilengkapi dengan skala vernier dan ia boleh memberikan bacaan yang lebih kecil iaitu 1/1000 milimeter (0.001 mm). Mikrometer inci pula boleh membaca sehingga 1/1000 inci (0.001 inci) dan 1/10 000 inci (0.0001 inci) seperti di rajah 1-2
PINDAAN : 1
MUKASURAT 10
1.6.3 Angkup Vernier Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat sehingga kepada ukuran sama ada 0.05 mm atau 0.02 mm.Alat ini lazimnya digunakan didalam bengkel mesin.Angkup Vernier mempunyai dua skala utama dan skala Vernier.
Badannya berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai senggatan dalam unit metrik atau inci.Senggatan ini dinamakan skala utama.Panjang badan ini menentukan saiz angkup Vernier. Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan disepanjang badan. Rahang terdiri daripada rahang tetap dan rahang gelangsar.Rahang tetap merupakan sebahagian daripada badan yang
bengkok,manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada plat vernier yang boleh bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan rahang tetap.Permukaan diantara kedua-dua rahang ini merupakan muka ukuran bagi angkup vernier.Apabila muka ukuran ini bersentuh,bacaannya ialah sifar dan angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka sifar pada skala tetap. 1.6.4 Jam Randek Jam randek dignkan untuk mengukur selang masa yang singkat. Terdapat beberapa jenis jam randek, umpamanya jam randek meja, jam randek tangan jenis analog dengan 30 saat dalam satu pusingan atau 60 saat dalam satu pusingan, dan jam randek tangan jenis digital. Sebelum menggunakan setiap jenis jam randek, tekan
SK 1021-LE1-IS (semua bidang) PINDAAN : 1 MUKASURAT 11
tombol atau tuas kembali ke sifar untuk memulangkan jarum atau bacaan jam sifar.Jam randek seperti Rajah 1-4
Rajah 1-4:Jam randek 1.6.5 Termometer Termometer merkuri yang biasanya digunakan dalam makmal sekolah. Ia mengunakan prinsip pengembangan dan pengecutan merkuri dengan perubahan suhu. Skalanya adalah daripada -10oC hingga 110oC.Kepekatan termometer ini adalah hingga 1oC.Suatu termometer dapat bertindak balas engan cepat jika dinding bebuli kaca adalah nipis.Termometer seperti di Rajah 1-5
PINDAAN : 1
MUKASURAT 12
1.6.6 Alat penimang Alat penimbang digunakan untuk menimbang bahan. Alat penimbang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu jenis dacing, scale dan digital. Alat penimbang yang sekarang banyak digunakan adalah berbentuk digital. Penimbang secara manual jarang digunakan kerana alat penimbang secara digital lebih tepat bacaannya. Sekarang zaman sains dan teknologi mempunyai pelbagai jenis alat penimbang. Alat penimbang yang digunakan adalah jenis digital. Di mana bacaan akan dipaparkan diskrin alat penimbang tersebut. Ianya mudah, cepat dan tepat dari bacaanya seperti rajah 1-8.
1.6.7
Multimeter
Meter digunakan sebagai alat ukur dan alat uji. Ia digunakan untuk menyukur sesuatu kuantiti seperti arus, voltan dan rintangan pada satu-satu litar elektronik. Kuantitikuantiti tersebut diukur dengan menggunakan tiga alat ukur yang berlainan seperti meter volt, meter ampere dan meter ohm.Terdapat pelbagai jenis meter mengikut kegunaannya : i. Ohm Meter ( ) menyukat kerintangan pada perintang menyukat kuantiti voltan bekalan menyukat kuantiti arus yang mengalir pada sesuatu litar
PINDAAN : 1
MUKASURAT 13
PINDAAN : 1
MUKASURAT 14
LATIHAN
1. Takrifkan Kuantiti Fizik dan Kuantiti Bukan Fizik. 2. Takrifkan Kuantiti Asas dan Kuantiti Terbitan. 3. Nyatakan perbezaan diantara Kuantiti Asas dan Kuantiti Terbitan. 4. Berikan simbol kuantiti [ ] Dimensi bagi 6 Kuantiti Asas. 5. Antara ukuran berikut, manakah yang paling panjang ? (a) 6.91 X 107 mm (b) 6.91 X 1031 m (c) 6.91 X 1012 m (d) 2.91 X 104 cm
6. Terbitkan unit-unit SI bagi kuantiti terbitan berikut berdasarkan rumus yang diberi (a) Laju (b) Pecutan (c) Momentum (d) Daya
i. 5.67 Gm = _________________ m ii. 39.2 km = _________________ m iii. 7.91 ms = _________________ ns iv. 14.64 Ms = ________________ ds
9. Tukarkan ukuran berikut dalam unit yang dinyatakan i. ii. iii. iv. 25 km2 = _________________ m2 440 mm3 = ________________ m3 37 g cm-3 = ________________ kg m-3 12 km minit-1= ______________ m s-1
PINDAAN : 1
MUKASURAT 15
RUJUKAN:
1.
Lim Ching Chai, Chia Song Choy, Poh Liong Yong; (Tahun 1999) ; FIZIK SPM SIRI PELANGI FOKUS JINGGA; Pelangi Sdn. Bhd.
2.
Lim Ching Chai, Lim Ching Chai, Toh Kim Kau;(Tahun 2004); FIZIK SPM MASTER STUDI SASBADI; Sasbadi Sdn. Bhd.
3.
Pang Kah Heong ; (Tahun 2005); FIZIK TINGKATAN 4 SIRI PRAKTIS KENDIRI; Peorsan Malaysia Sdn. Bhd.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 16
KERTAS PENERANGAN NAMA KLUSTER KOD DAN NAMA MODUL PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO. TUGASAN BERKAITAN SUBJEK UMUM - SAINS KEJURUTERAAN 1 SK1021 SAINS KEJURUTERAAN 1
LE2 STATIK 2.0 STATIK ZARAH & STATIK BADAN TEGAR DIAPLIKASIKAN.
FAHAM ASAS-ASAS FIZIK, KEJURUTERAAN STATIK DAN ELEKTRIK DENGAN MENGGUNAKAN SAINS KEJURUTERAAN SUPAYA:1. OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PRINSIP STATIK DIAPLIKASIKAN. ZARAH & STATIK BADAN TEGAR
DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :MENGETAHUI KONSEP DAN PRINSIP STATIK ZARAH & STATIK BADAN TEGAR DIAPLIKASIKAN.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 17
2.1
STATIK ZARAH 2.1.1 Pengenalan Statik merupakan cabang sains fizikal yang menerangkan keadaan sesuatu jasad atau sistem yang berada dalam keadaan keseimbangan atau pegun apabila dikenakan daya-daya. Sebenarnya statik menyamai kes yang khusus bagi dinamik, iaitu apabila pecutan sifar. Sesuatu jasad tidak akan mengalami anjakan atau putaran apabila dayadaya yang bertindak padanya berada dalam keadaan keseimbangan. Ini bermakna daya-daya luar yang dikenali sebagai daya tindakan, diimbangi daya tindak balas yang diwujudkan pada sokongan jasad tersebut.
2.1.2
i) Konsep Asas a) Panjang ialah ukuran kedudukan satu titik dalam ruang sama ada dua atau tiga dimensi untuk menerangkan saiz fizikal sistem berkenaan. b) Masa ialah pengukuran terhadap kejadian-kejadian yang berlaku secara berturutan. c) Jisim sesuatu badan dianggap sebagai milik kuantitatif bahan berkenaan yang digunakan untuk mengukur rintangan bahan terhadap perubahan halaju. d) Daya ialah tindakan satu badan (menolak atau menarik) ke atas badan lain. e) Zarah ialah satu badan yang tersangat kecil apabila jisim atau dimensinya tidak diambil kira dalam analisis sesuatu masalah. f) Badan tegar merupakan cantuman rangkaian zarah-zarah yang banyak, apabila semua zarah ini berada pada jarak yang tetap antara satu sama lain sama ada sebelum atau selepas badan itu dikenakan daya.
a. Hukum Pertama : Jika daya paduan yang bertindak pada sesuatu zarah adalah sifar, zarah tersebut akan berada dalam keadaaan pegun (jika ia berkeadaan pegun pada asalnya) atau akan bergerak dengan halaju malar mengikut garis tindakan daya (jika zarah bergerak pada asalnya).
PINDAAN : 1
MUKASURAT 18
b. Hukum Kedua : Jika daya paduan yang bertindak pada suatu zarah tidak sifar, jasad tersebut akan mengalami pecutan dan bergerak menngikut arah daya paduan tersebut. Pecutan ini berkadaran dengan magnitud daya paduan. Secara ringkasnya, hukum ini dinyatakan sebagai F = ma dimana F ialah daya paduan yang bertindak keatas zarah, m ialah jisim zarah dan a ialah pecutan zarah yang sama arah dengan F. Daya ditakrifkan sebagai sebab yang akan mengakibatkan pergerakan satu jasad yang berkeadaan diam atau perubahan halaju bagi jasad yang berada dalam pergerakan seragam.
c. Hukum Ketiga : Daya tindakan (daya yang dikenakan) dan daya tindak balas (iaitu daya yang mengimbangkan daya tindakan) mempunyai magnitud yang sama, garis tindakan yang sama tetapi bertentangan arah (Rajah 2.1). F dalam rajah ini ialah daya tindakan dan R ialah daya tindak balasnya. F
(F = R)
Skalar terdiri daripada kuantitikuantiti yang mempunyai magnitud sahaja. Ia tidak mempunyai arah.Kesan kuantiti skalar terhadap analisis bersandar kepada
magnitudnya semata-mata. Contoh- contoh kuantiti skalar ialah jisim, masa, isipadu dan luas.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 19
ii) Vektor Vektor terdiri daripada kuantitikuantiti yang mempunyai magnitud dan arah serta mematuhi hukum penambahan segiempat selari, secara trigonometri atau melukis mengikut skala. Contoh-contoh vektor ialah daya, anjakan, momen, halaju dan pecutan.
2.1.4 Unit pengukuran i) Sistem Unit Antarabangsa (SI) Sistem unit yang akan digunakan dalam subjek ini ialah Sistem Unit Antarabangsa (SI). Dalam sistem ini, terdapat empat kuantiti asasi, iaitu panjang, masa, daya dan jisim akan diambil kira. Tiga daripadanya adalah unit asas dan satu unit terbitan. Contoh 1:
Satu Newton (N) ditakrif sebagai daya yang menyebabkan jisim 1 kg mengalami pecutan 1 m/s2. ( Rajah 2-2 )
Oleh itu unit Newton (N) adalah terbitan daripada gabungan unit-unit asas iaitu kg, m, dan s. Walaupun begitu unit Newton ini juga digolongkan sebagai unit asas (SI).
Rajah 2-2
PINDAAN : 1
MUKASURAT 20
Atau juga dalam bentuk berat badan yang dihuraikan dalam Newton. Lihat Rajah 2-3.
Rajah 2-3
PINDAAN : 1
MUKASURAT 21
Contoh 2
Satu troli berjisim 1 kg bergerak dengan halaju 0.6 ms-1 dan berlanggar dengan satu troli lain yang statik dan berjisim 2 kg. Selepas perlanggaran, troli-troli itu bergerak bersama-sama. Berapakah halaju troli-troli selepas pelanggaran? Jawapan:
Jumlah momentum sebelum pelanggaran = Jumlah momentum selepas perlanggaran M1U2 + M2U2 = (M1 + M2)V = (1 + 2) V
Sebuah kereta dari keadaan statik dan memecut secara seragam. Selepas 12 saat, halaju adalah 6ms-1. Berapakah pecutanya? Jawapan:
Halju awal, u = 0 Halju akhir, v = 6ms-1 Masa, t = 12 s Pecutan, a = (v-u)/t = (0-6)/0.5 = 1.2 ms-2
SOALAN:
1. Apakah yang anda faham mengenai statik ? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan daya ? 3. Sebutkan tiga hukum yang menjadi asas kepada sains mekanik ? 4. Berikan definasi skalar dan vektor.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 22
2.2 PADUAN DAYA BAGI STATIK ZARAH 2.2.1 Pengenalan Daya ditakrifkan sebagai sebab yang akan mengakibatkan pergerakan satu jasad yang berkeadaan diam atau perubahan halaju bagi jasad yang berada dalam pergerakan seragam. Daya ialah tindakan satu badan (menolak atau menarik) ke atas badan lain. Daya ialah hasil darab jisim dengan pecutan.
Tindakan daya F pada titik A adalah seperti Rajah 2-4(a) dan (b).
Rajah 2-4
i) Titik tindakan, A Daya F yang bertindak ke atas satu zarah atau badan ( Rajah 2-4(a)) mempunyai satu titik tindakan di A. ii) Magnitud, F
Magnitud menerangkan kuantiti jumlah atau banyaknya daya yang ditindak pada A. Contohnya daya bermagnitud, F = 10 N ( Rajah 2-4(a) dan (b)). iii) Arah, Arah daya menerangkan kedudukan atau sudut dari garisan rujukan. Garisan rujukan tidak semestinya mendatar. Garisan a-a di mana daya bertindak sepanjangnya dikenali sebagai garisan tindakan seperti dalam rajah 2-5
PINDAAN : 1
MUKASURAT 23
Rajah 2-5 2.2.3 Percampuran dan penolakan vektor day i) Percampuran Daya Jika terdapat beberapa daya bertindak pada satu zarah pada arah yang sama sepanjang garis tindakan yang sama, paduan vektor daya, R, yang bertindak ke atas zarah itu boleh dinyatakan oleh jumlah algebra vektor daya-daya yang bertindak ke atasnya. Rajah 2-6, menunjukkan dua daya P dan Q bertindak ke atas satu zarah pada arah yang sama sepanjang garis tindakan yang sama. Paduan vektor daya R yang bertindak ke atas zarah tersebut adalah R = P + Q.
Zarah
Jika terdapat beberapa daya berlawanan arah yang bertindak pada satu garis tindakan yang sama, paduan dua vektor daya, R yang bertindak ke atas zarah itu dinyatakan oleh perbezaan algebra di antara vektor daya-daya tersebut. Rajah 2-7, menunjukkan dua daya P dan Q bertindak pada satu zarah dengan keadaan bertentangan arah di antara satu sama lain. Maka paduan vektor daya ke atas zarah itu diberikan oleh R = Q P.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 24
Zarah
Q Rajah 2-7
Zarah
R=Q-P
Contoh 4: 10 N Zarah 15 N
(b)
2.2.4 Paduan daya Sekiranya lebih daripada satu daya yang bertindak ke atas satu zarah, daya-daya ini boleh digantikan dengan satu daya yang memberi kesan yang sama ke atas arah itu. Daya ini dikenali sebagai paduan daya. Oleh kerana, daya ini ialah kuantiti vektor, maka daya ini merupakan campuran vektor bagi kesemua daya yang bertindak ke atas sesuatu zarah. Tiga kaedah yang akan diberikan keutamaan di sini untuk mendapatkan paduan daya iaitu : a. b. c. Kaedah segi empat selari Kaedah segi tiga Kaedah leraian daya @ komponen daya
(Perhatian : Kaedah a dan b sesuai digunakan untuk masalah yang melibatkan tiga daya sahaja)
SK 1021-LE2-IS (semua bidang) PINDAAN : 1 MUKASURAT 25
Terdapat 2 cara yang boleh digunakan iaitu cara melukis mengikut skala dan cara pengiraan menggunakan trigonometri. Kita mulakan dengan cara pengiraan. Cara 1= pengiraan,
Jika daya P dan Q pada rajah dibawah diwakili oleh sisi OA dan OB sebuah segi empat selari mengikut magnitud dan arahnya, maka daya paduan, R, diwakili dalam magnitiud dan arah oleh pepenjuru OC
Jika ialah sudut di antara OB dan OA , maka magnitud bagi daya paduan OC boleh didapati dengan menggunakan Hukum Kosinus ke atas segitiga OAC = R iaitu ; [OC] = [OA] + [AC] - 2 [OA] [AC] kos 180 - Diketahui bahawa AC = OB = Q OA = P OC = R
PINDAAN : 1
MUKASURAT 26
AC Sin AC Sin
.: Q Sin
R Sin
Dengan cara ini magnitud dan arah daya boleh diperolehi dengan menggunakan persamaan di atas.
i)
O ii)
B Q P O A
iii)
Lengkapkan segi empat selari OACB dengan melukis garis BC yang selari dengan garis OA dan garis AC yang selari dengan garis BO
PINDAAN : 1
MUKASURAT 27
B Q P O iv) A
Lukis pepenjuru OC. OC mewakili daya paduan daya-daya P dan Q. Magnitud daya paduan dapat ditentukan dengan menyukat panjang OC. Arah daya paduan dapat ditentukan dengan mengukur sudut
R B
O Contoh 5 :
Dua orang pelajar menarik sebuah gerabak dengan halaju seragam diatas satu landasan ufuk. Setiap pelajar mengenakan daya 100 N pada sudut 30 dengan lintasan yang dilalui oleh gerabak seperti gambarajah dibawah. Dengan menggunakan kaedah lukisan berkala, tentukan daya paduan yang bertindak keatas gerabak itu. 100 N
30 30
PINDAAN : 1
MUKASURAT 28
Penyelesaian : Cara melukis mengikut skala Lukiskan berskala dengan skala 1cm : 25 N, mengikut kaedah segi empat selari adalah seperti gambarajah dibawah. Daya paduan diwakili oleh garis AC Panjang AC Daya Paduan, R = 6.9 cm = 6.9 x 25 N = 173 N D
4 cm
30
6.9 cm C
A
30
b) Kaedah Segitiga Daya. Kaedah ini juga memerlukan kemahiran dan kefahaman untuk melukis rajah daya mengikut skala dan cara pengiraan menggunakan penyelesaian trigonometri iaitu hukum sinus, hukum kosinus dan penggunaa teorem phytogoras Cara pengiraan, Teorem Pythagoras, Gunakan persamaan ini,
OB = AO + AB A B
Rajah 2-11
PINDAAN : 1
MUKASURAT 29
i) Hukum Sinus,
Q R Rajah 2-12
Dengan itu merujuk Rajah 2-12 P , Q dan R adalah dalam keseimbangan dan dua arah pada titik O adalah pegun. Keputusan ini dinyatakan sebagai segitiga daya. Analisis daya bagi segitiga daya boleh dilakukan dengan menggunakan hukum sinus, iaitu: R Sin ( 180 - ) = P Sin ( 180 - ) = Q Sin ( 180 - )
Atau
P Sin
Q Sin
Katakan sudut di antara daya R, P dan Q diketahui. Maka persamaan di bawah boleh dipertimbangkan dengan merujuk Rajah 8.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 30
Andaikan dua daya F1 dan F2 bertindak ke atas satu zarah A. Magnitud F1 dan F2 serta arahnya diketahui.( Rajah 2-13)
Rajah 2-13
Mulakan dengan mengambil satu daya yang magnitud dan arahnya diketahui.Rajah 214a Diikuti oleh daya yang satu lagi, dimulakan dari kepala anak panah daya yang pertama tadi. Rajah 2-14b Semua penyambungan mengikut urutan. Paduan daya adalah sambungan ekor anak panah yang pertama tadi ke kepala anak panah yang terakhir.Rajah 2-14c Ukur panjang dan sudut untuk mendapatkan sifat paduan daya ini.
Rajah 2-14
PINDAAN : 1
MUKASURAT 31
Contoh 6:
Sebuah kapal laut ditunda pada halaju seragam oleh dua buah bot penunda A dan B yang masing-masing mengenalkan daya 2,400 N dan 3,000 N masing-masing mengikut arah yang ditunjukkan pada rajah dibawah. Berapakah magnitud dan arah daya paduan kapal laut itu?
2,400 N
90
Kapal Laut
3,000 N
Penyelesaian :
Soalan ini dapat diselesaikan sama ada dengan kaedah lukisan berskala atau kaedah kiraan. Lukisan berskala dengan skala 1 cm : 600 N mengikut kaedah segi tiga adalah seperti berikut:Cara melukis mengikut skala, Daya paduan diwakili oleh garisan OB Panjang OB Daya paduan R = 6.4 cm = 6.4 x 600 N = 3,840 N
A 4 cm O
5 cm
PINDAAN : 1
MUKASURAT 32
Gunakan cara pengiraan, Mengikut Teorem Pythagoras, OB = AO + AB = (2400) + (3000) = 5,760,000 + 9,000,000 = 14,760,000 OB = 14,760,000 = 3, 841.87 N 3000 N A 2400 N B
Rajah 2-16: Cara pengiraan 2.2.5 Leraian Daya @ Komponen Daya Sebelum ini, cara untuk mendapatkan satu daya paduan daripada dua daya atau lebih daya yang dikenakan pada satu zarah. Dengan kaedah ini, satu daya diberikan dan dikehendaki pula mendapatkan komponen-komponen daya pada paksi-paksi yang ditentukan. Kebiasaannya paksi menegak,y dan mendatar,x diberi keutamaan. Sila lihat Rajah 2-17 untuk melihat kaedah leraian yang boleh dipertimbangkan.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 33
Rajah 2-17
Leraian pada paksi x dan paksi y yang boleh digunakan sepertimana Rajah 2-18. Daya Fx yang diwakili dan garis OA disebut komponen mengufuk daya F. Daya Fy yang diwakili oleh garis OB disebut komponen mencancang daya F.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 34
Rajah 2.18 Contoh 7 : Seorang pekerja menolak sebuah mesin penggelek dengan daya 120 N mengikut arah pemegang yang membuat satu sudut 30 dengan garis mengufuk seperti Rajah 2-19
F = 120 N
30
Rajah 2-19
a. Hitungkan komponen daya tolakan yang membolehkan mesin itu bergerak ke hadapan. b. Hitungkan komponen daya tolakan yang membantu memampatkan tanah di bawah mesin itu.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 35
Penyelesaian :
Fx 30
Fy
F = 120 N
a) Komponen daya tolakan yang menolak mesin kehadapan ialah : komponen mengufuk daya tolakan itu. .: komponen mengufuk daya tolakan ialah :-
b) Komponen daya tolakan yang membantu memampatkan tanah di bawah mesin ialah komponen menegak daya tolakan itu :.: komponen menegak daya tolakan ialah :-
PINDAAN : 1
MUKASURAT 36
SOALAN : 1. Apakah kaedah yang boleh digunakan dalam mencari paduan daya. Huraikan. 2. Apakah yang membezakan kaedah leraian daya dengan kaedah paduan daya yang lain.
3. Tentukan magnitud dan arah paduan daya R yang diukur dari paksi x bagi komponen daya P dan Q.
4. Tentukan magnitud daya Q supaya paduan daya bagi kedua-dua daya P dan Q bertindak di sepanjang garisan paksi x.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 37
RUJUKAN:
1) Md Nor bin Yusof, Abdul Rahman bin Mohammad. Nota Panduan Politeknik Malaysia, Sains Kejuruteraan Jentera.. Oktober, 1987. 2) Mohd Imran Ghazali.Mekanik Kejuruteraan: Statik. Teori, Contoh Penyelesaian dan Masalah. Jilid 1. Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
3) Ferdinand P.Beer & E.Russell Johnston,Jr. Mechanics of Engineers- Statics. McGraw Hill. 1987.
4) Wan Abu Bakar Wan Abas. Mekanik Kejuruteraan Statik . DBP 5) Poh Liong Yong . Fizik Jilid 1 STPM.. Penerbit Pelangi
PINDAAN : 1
MUKASURAT 38
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN NAMA KLUSTER KOD DAN NAMA MODUL PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO. TUGASAN BERKAITAN SUBJEK UMUM - SAINS KEJURUTERAAN 1 SK1021 SAINS KEJURUTERAAN 1
LE3 ASAS ELEKTRIK 3.0 PRINSIP LITAR ELEKTRIK DAN LITAR ASAS
FAHAM ASAS-ASAS FIZIK, KEJURUTERAAN STATIK DAN ELEKTRIK DENGAN MENGGUNAKAN SAINS KEJURUTERAAN SUPAYA:2. OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PRINSIP LITAR ELEKTRIK DAN LITAR ASAS DI APLIKASIKAN
DIAKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :MENGETAHUI KONSEP DAN PRINSIP LITAR ELEKTRIK DAN LITAR ASAS DI APLIKASIKAN
PINDAAN : 1
MUKASURAT 39
Diketahui bahawa setiap jasad terdiri daripada atom-atom. Setiap atom mempunyai elektron yang bercas negetif (-), proton yang bercas positif (+) dan neutron yang bersifat neutral. Dalam keadaan biasa, atom mempunyai bilangan elektron dan proton yang sama, maka ia adalah bersifat neutral. Apabila sebatang rod politena digosok dengan kain lembut, politena akan menarik elektron-elektron dari kain lembut tersebut. Bilangan elektron pada rod politena bertambah, maka rod politena akan bercas negatif manakala kain lembut akan bercas positif. Apabila sebatang rod perspeks digosok dengan kain lembut, elektron-elektron pada rod perspeks akan tertarik ke kain lembut tersebut. Bilangan elektron pada rod perspeks berkurang, maka rod perspeks akan bercas positif manakala kain lembut pula akan bercas negatif seperti di rajah 3-1
Rajah 3-1: Penghasilan cas Cas-cas pada bahan yang bergeser boleh menjadi positif atau negatif bergantung kepada bahan yang mana satu yang lebih mudah menerima atau melepaskan elektron. Bahan yang membina elektrik statik (elektrostatik) ialah kaca, amber, getah keras, sutera, nilon, kain kapas yang berbulu dan lilin.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 40
ii) Atom Atom ialah perkataan Yunani yang bermakna tidak boleh dibahagikan.Suatu atom terdiri daripada tiga zarah asas iaitu elelktron, proton dan neutron.
a)
Struktur atom Semua bahan samaada pepejal, cecair atau gas adalah terdiri daripada zarah-zarah yang dinamai molekul yang terbentuk daripada beberapa zarah yang dikenalisebagai atom.
b)
Setiap atom mengandungi i. Satu pusat tengah dikenali sebagai Nukleus.Ia mengandungi 2 jenis zarah iaitu proton bercas positif dan neutron yang neutral.
ii. Terdapat zarah-zarah halus dalam orbit yang mengelilingi nuklleus dinamai elektron. Elektron elektron ini bercas negatif yang memainkan peranan penting didalam elektrik
3.1.2 CAS ELEKTRIK Tedapat 2 jenis cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif, suatu jasad dikatakan i. Bercas positif apabila cas positif didalamnya melebihi cas cas negatif ii. Bercas negatif apabila cas negatif didalamnya melebihi cas positif iii. Neutral apabila bilangan cas positif dan cas negatif didalamnya sama
Unit bagi cas ialah Coulomb , C Cas pada satu Elektron = - 1.60 x 10 Cas pada satu Elektron = +1.60 x 10
-19 -19
Daya yang bertindak diantara cas-cas yang sama jenis ialah daya tolakan seperti rajah 3-2
_
Rajah 3-2: Daya tolakan
Daya yang bertindak diantara cas-cas berlawanan ialah daya tarikan seperti rajah 3-3.
SK 1021-LE3-IS (semua bidang) PINDAAN : 1 MUKASURAT 41
+
Rajah 3-3: Daya tarikan
1 1.6 10 19
n = 1/e =
1 1.6 10 19
= 6.25 x 1018
Contoh 2 Suatu bahan ditambah dengan 1.25 x 1019 elektron.Hitungkan cas bersih yang berada dalam bahan itu dalam unit coulomb. Penyelesaian Diketahui bahawa 6.25 x 1018 elektron menyumbangkan cas -1C, maka 1.25 x 1019 elektron akan menyumbangkan Satu electron bercas -1.60 x 10-19 C
PINDAAN : 1
MUKASURAT 42
Contoh 3 1.875 x 1019 elektron disingkirkan daripada suatu bahan yang bercas +2C.Hitungkan cas yang bersih yang berada dalam bahan itu dalam unit coulomb. Penyelesaian : Satu electron bercas -1.60 x 10-19 C
Contoh 4 Satu mentol bernyala apabila dibekalkan dengan bekalan arus terus. Jika arus yang mengalir melalui mentol dalam masa seminit adalah 1.5 A,
a) b)
Berapakah cas elektrik yang telah mengalir dalam tempoh masa seminit Hitungkan bilangan elektron yang mengalir melalui mentol tersebut dalam tempoh masa seminit
[Diberi magnitud cas satu elektron ialah 1.6 x 10-19C] Penyelesaian a) 1 minit = 60 s Daripada Q = It = 1.5 x 60 = 90 C b) Katakan bilangan elektron yang mengalir melalui mentol dalam masa seminit ialah n ne = 90 C n =
90 1.6 10 19
PINDAAN : 1
MUKASURAT 43
3.1.3 Pengalir, penebat dan separuh pengalir i) Pengalir Bahan yang boleh mengalir elektrik. Kebanyakan konduktur elektrik mempunyai elektron bebas yang akan bergerak mengikut arah tertentu apabila beza keupayaan dikenakan melintang bahan itu. Digunakan untuk wayar dan kabel elektrik. Contoh:- Kuprum, perak, dan aluminium (iaitu bahan logam) ii) Penebat Bahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik kerana bahan-bahan ini tidak mempunyai elektron bebas atau hanya mempunyai mempunyai sedikit elektron bebas. Digunakan untuk penebat wayar dan kabel elektrik. Contoh:- Getah, kaca dan mika ( iaitu bahan bukan logam) iii) Separuh Pengalir Bahan yang bukan pengkonduksi atau penebat yang baik. Digunakan untuk komponenkomponen elektronik: transistor dan diod. Contoh:- germanium, silikon. 3.1.4 Unit elektrik Arus elektrik iailah kadar pengalir cas. Apabila cas Q mengalir melalui satu konduktor dalam masa t, arus I yang mengalir di beri rumus berikut: I=Q/t Q = It
Volt (V)
membawa arus tetap 1A apabila kuasa dilesapkan diantara titik-titik ini dan ia adalah sama dengan 1 watt. Ohm ( ) - ialah rintangan diantara dua titik pengkonduksi apabila perbezaan keupayaan tetap 1 volt dibekalkan pengkonduksi arus 1 Ampiar. Coulomb - ialah unit asas bagi kuantiti cas elektrik. Satu coulomb menggambarkan diantara titik-titik ini menghasilkan dalam
kuantiti cas elektrik dibawa 6.24 x 1018 elektron.Simbol bagi cas elektrik ialah Q.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 44
3.1.5 Hubungan antara arus dengan beza keupayaan i) Daya Gerak Elektrik Suatu arus elektrik tidak boleh mengalir didalam suatu pengkonduksi sehingga suatu sumber luar berbentuk tenaga seperti bateri dibekalkan kepada pengkonduksi. Sumber ini memberikan tenaga kepada elektron-elektron didalam pengkonduksi supaya elektron mengalir sepanjang pengkonduksi tersebut.
ii) Beza Upaya Dalam suatu medan elektrik atau litar elektrik cas akan bergerak (mengalir) dari suatu titik ke titik yang lain jika terdapat beza keupayaan diantara dua titik itu. Cas positif akan mengalir dari satu titik ke titik yang berkeupayaanlebih tinggi ke suatu titik yang berkeupayaan lebih rendah. Unit bagi perbezaan keupayaan ialah volt Simbol bagi perbezaan keupayaan ialah V
Perbezaan keupayaan elektrik (V) ditakrifkan sebagai kerja (W) yang dilakukan untuk menggerakkan 1 coulomb cas (Q) antara dua titik dalam satu medan elektrik, iaitu V=
W Q
Kerja yang dilakukan itu disimpan sebagai tenaga keupayaan elektrik dalam medan elektrik iii) Pengukuran Arus Arus diukur dengan menggunakan jangkampiar yang disambung dalam keadaan bersiri dengan beban. Jangkampiar mestilah mempunyai rintangan yang sangat rendah supaya ia tidak mengurangkan arus melalui beban.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 45
Rajah 3-4: Titik berkeupayaan Arus ( bercas positif ) mengalir dari titik berkeupayaan elektrik lebih tinggi ke titik yang berkeupayaan elektrik lebih rendah seperti rajah 3-4.
Contoh 5 Rajah 3-5 menunjukkan arus 0.4 A mengalir melalui satu lampu selama 5 minit dengan keupayaan elektrik pada titik X dan Y masing-masing ialah Kirakan a) beza keupayaan antara titik X dan Y. b) Rintangan lampu c) kuantiti cas yang dipindahkan d) tenaga elektrik yang dibekalkan 4.5 volt dan 10.5 volt.
Rajah 3-5 Penyelesaian a) Beza keupayaan , V = 10.5 4.5 = 6.0V b) Rintangan lampu, R =
V I
PINDAAN : 1 MUKASURAT 46
6.0 0.4
3.1.6 Kuasa Elektrik Kuasa elektrik, P ditakrifkan sebagai tenaga elektrik yang dibekalkan (atau kerja yang dibekalkan). Kuasa = Tenaga elektrik yang dipindahkan Masa P=
W t
Unit SI bagi kuasa elektrik ialah watt W. 1 W = 1 J s-1. Unit kilowatt (kW) juga digunakan bagi pengukuran kuasa. 1 kW = 1000 W. Daripada W = Vlt P=
Vlt t
kerana V= IR, P = I2R
P = VI
Alat elektrik biasanya dilabelkan dengan kadar voltan dan kadar kuasanya. Apabila alat elektrik itu disambungkan kepada bekalan dengan nilai voltan yang sama dengan yang ditandakan, kuasa elektrik yang digunakan adalah sama dengan yang ditandakan. Misalnya, pemanas yang ditandakan 240 Volt. 8 W akan menggunakan tenaga elektrik pada kadar 80 J sesaat jika disambungkan kepada bekalan dengan 240 V.
SK 1021-LE3-IS (semua bidang) PINDAAN : 1 MUKASURAT 47
Contoh 6 Anggapkan mentol dilabelkan dengan 12V, 36 W i. Apabila mentol ini disambungkan kepada bekalan elektrik 12V, mentol itu akan menyala dengan kecerahan normal. Kuasa yang digunakan oleh mentol itu ialah 36W.
ii.
Jika mentol itu disambungkan kepada bekalan 9V, mentol itu akan menggunakan kuasa yang lebih rendah daripada 36 W. Mentol itu mungkin akan menyala tetapi dengan malapnya.
iii. Jika mentol disambungkan dengan bekalan elektrik 24V, mentol itu akan menggunakan kuasa yang lebih tinggi daripada 36 W. Mentol itu akan menyala terlalu cerah sehingga filamennya menjadi terlampau panas dan mungkin putus dalam masa yang singkat. Oleh itu mentol dikatakan terbakar. Contoh 7 Sebuah seterika dilabel 240 V, 750 W. Hitungkan: a) b) c) Arus pengendalian normal seterika itu Rintangan unsure pemanas Tenaga elektrik yang digunakan jika seterika itu digunakan selama 2 jam
Penyelesaian : a) P = VI
750 = 240 x I
I =
750 240 V I
= 3.125A b) R = =
240 3.125
= 76.8
SK 1021-LE3-IS (semua bidang) PINDAAN : 1 MUKASURAT 48
d)
Contoh 8
P V
Q A
Rajah 3-6 Rajah 3-6 menunjukkan perintang P dan Q yang masing-masing bernilai 3 disambung kepada bateri 12V, bacaan voltmeter itu ialah 10V. Hitungkan Dan 2
a) b) c) d)
Arus dalam litar itu Rintangan dalam bateri 12V itu Tenaga elektrik yang dibebaskan oleh P dalam masa 1 minit Kehilangan kuasa dalam bateri 12V
Penyelesaian a) Jumlah rintangan perintang = rintangan P + rintangan Q = 3 + 2 = 5 b) Voltan bekalan pada bateri = 10V
V 10 = = 2A R 5
2
c) Beza upaya yang hilang dalam bateri, V = 12 10 = 2V d) Tenaga elektrik, W = I 2 Rt = 2 x 3 x 1 x 60 = 720J e) Kehilangan kuasa dalam bateri = I 2 r = 2 2 x 1 = 4W
SK 1021-LE3-IS (semua bidang) PINDAAN : 1 MUKASURAT 49
Contoh 9 Sebuah penyaman udara dengan kuasa 1500 W dipasang selama 20 jam. Berapakah unit elektrik yang digunakan? Jika bayaran sebanyak RM0.23 dikenakan bagi setiap unit elektrik, berapakah kos penggunaan penyaman udara itu? Penyelesaian Diberi kuasa penyaman udara = 1500W = 1.5kW Tenaga elektrik yang digunakan = 1.5kW x 20j = 30kW j atau 30 unit elektrik Diberi kadar bayaran = RM0.23 bagi satu unit elektrik Maka kos penggunaan penyamanan udara = 30 unit x RM0.23 = RM6.90
SOALAN SOALAN 1. 2. Apakah takrif elektrostatik ? Satu cas ialah -3.2-19 x 10 C. Berapakah elektron yang terkandung dalam cas 1 Coulomb 3. 2.234 x 1019 elektron disingkirkan daripada suatu bahan yang bercas
+2C.Hitungkan cas bersih yang berada dalam bahan itu dalam unit coulomb 4. 5. 6. 7. Berikan 3 contoh jenis bahan pengalir Apakah unit yang digunakan dalam Teknologi Elektrik ? Satu kilat yang membawa cas 20 C terkena konduktor kilat pada satu bangunan tinggi Tenaga yang dihasilkan daripada pemindahan cas adalah sebanyak 2 x 109 J. Hitungkan beza keupayaan di antara awan bercas dan konduktor kilat tersebut. [Gunakan formula V = E/Q]
PINDAAN : 1
MUKASURAT 50
3.2 LITAR ASAS 3.2.1 HUKUM OHM Hukum Ohm menyatakan bahawa beza keupayaan V yang merentasi satu konduktor logam adalah berkadar terus kepada arus I, jika suhu dan sifat fizik lain adalh tetap maka:
Formula
R I
Nisbah beza keupayaan V terhadap arus I dikanal sebagai rintangan R sesuatu bahan.
V1
V2
V3
PINDAAN : 1
MUKASURAT 51
Dalam litar sesiri, arus mempunai satu laluan sahaja. Nilai arus yang mengalir melalui setiap komponen dalam litar ini adalah sama.Beza keupayaan yang merentasi setiap perintang bergantung kepada perintang itu.Jumlah beza keupayaan merentasi perintang-perintang sesiri dalah sama dengan voltan bekalan, V. a) Daripada hukum Ohm: V = V1 + V2 + V3 + ..... = IR1 + IR2 + IR3 + ..... = I [= R1 + R2 + R3 + .....] = I RT RT = R1 + R2 + R3 + .....
RT
R2
V2
R2
V2
Dalam litar selari dua atau lebih perintang disambung merentasi sumber voltan yang sama, maka beza keupayaan, V merentasi setiap perintang adalah sama. V1 = V2 = V3 = V
PINDAAN : 1
MUKASURAT 52
Arus yang mengalir menerusi setiap perintang bergantung kepada rintangan bagi perintang itu. Arus, I yang mengalir dari sumber voltan adalah sama dengan jumlah arus yang mengalir menerusi setiap perintang. I = I1 + I2 + I3 + .............. Iaitu V RT Atau I = RT I + I + I + ........... R1 R2 R3 = V R1 + V R2 + V R3 + ...........
a)
Jika arus yang mengalir melalui mentol itu ialah 0.5A, berapakah rintangan filamen mentol itu?
b)
Jika bateri 4.5V digunakan untuk menyalakan mentol, berapakah arus yang akan mengalir melalui mentol itu?
Penyelesaian a) b) R=V I= V
= 3.0V = 4.5V
0.5 A 6.0
= 6.0 = 0.75A
PINDAAN : 1
MUKASURAT 53
Contoh 11 Jika arus yang mengalir pada sebiji perintang yang bernilai 10 ialah 1 Ampere.Hitungkan nilai voltan yang dibekalkan pada litar elektrik tersebut? Penyelesaian Rintangan total RT = 10 Arus total Voltan total IT = 1 A VT = IR = 1 A x 10 = 10Volt
Contoh 12
Daripada rajah 3-9, dapatkan nilai-nilai a) b) RT IT
R1 = 50
V = 10V
R2 = 100
R3 = 50
Rajah 3-9: Litar Sesiri
PINDAAN : 1
MUKASURAT 54
R3=50 20 V
R4=150
R6=200
R5= 2K
Daripada rajah 3-10 di atas, dapatkan nilai-nilai a) b) c) d) e) RT IT Voltan merentasi setiap perintang Kuasa setiap perintang Jumlah Kuasa
b) IT
VT RT
20V 4K
= 5mA
PINDAAN : 1
MUKASURAT 55
VR5 = IT X R5 = 5mA X 2k = 10 V
e)
PINDAAN : 1
MUKASURAT 56
Contoh 14
V=5
R1 20 K
R2 5 K
Rajah 3-11 : Litar Sesiri Daripada rajah 3-11 di atas, dapatkan nilai-nilai
a) b)
RT IT
PINDAAN : 1
MUKASURAT 57
Contoh 15
R1 = 8 V = 12 Volt R2 = 12
R3 = 15
Rajah 3-12
c) Jumlah Kuasa..
Penyelesaian : [Permudahkan penyelesaian dengan menggunakan kalkulator saintifik] a) Gunakan formula berikut 1 RT = 1 + R1 1 + R2 1 . R3
1 . == 1 . + 1 . + 1 . RT 8 12 15 = 0.275 RT b) IT IT = 3.64
PINDAAN : 1
MUKASURAT 58
c)
PT
Contoh 16
R1 10
R2 20 K
R3 30
R4 40 K
RT = 1 + R1 RT = 1 + 10 K
. 1 .+ R3 1 . R4 . 1 . 40 K
1 1 + 1 .+ 20 K 30 K
Selesaikan masaalah diatas dengan menggunakan Kalkulator Sainstifik seperti berikut . 10 EXP 3 X-1 + 20 EXP 3 X-1 + 30 EXP 3 X-1 + 40 EXP 3 X-1 = X-1 =ENG RT = 4.8 K
PINDAAN : 1
MUKASURAT 59
3.2.5 Pemuat / kapasitor Pemuat ialah suatu alat penyimpan tenaga elektrik yang boleh mengecas dan menyahcas. Seperti perintang, pemuat ialah salah satu daripada komponen elektronik penting yang terdiri daripada dua pengalir yang diasingkan oleh satu penebat yang dinamakan dielektrik. Dielektrik ini boleh terdiri daripada udara, wax terpadat seramik, maka, atau kertas terpadat dengan elektrolit yang berkimia.
Plat
Apabila voltan dibekalkan kepada satu pemuat melalui suatu litar yang lengkap, maka elektron akan mengalir dari terminal negatif bekalan untuk memberi elektron yang berlebihan kepada satu plat.Elektron tersebut terus mengalir ke plat yang bertentangan dengannya dan terus ke terminal positif bekalan dengan meninggalkan plat tersebut sebagai kekurangan elektron. Oleh itu arus mengalir di dalam wayar litar tetapi ada arus yang mengalir menembusi dielektrik pemuat. Setelah pemuat mengecas sepenuhnya, arus tidak akan mengalir lagi.
PINDAAN : 1
MUKASURAT 60
i) Sifat kapasitor Jika voltan yang melintang plat itu ditambah, maka pemuat akan menyimpan lebih cas. Bagi sebarang pemuat, jumlah cas yang disimpan (Q coulombs) berkadaran dengan voltan bekalan (V). Perkadaran malarnya dinamakan kemuatan pemuat,C. Oleh itu.
Tenaga yang disimpan didalam satu pemuat yang bercas sebagai medan elektrik diberi seperti berikut Tenaga = Kuasa x Masa = (V/2)I x t = (VQ) / 2 = 1 / 2 VQ = CV2 Joule
ii) Unit Kemuatan Unit asas kemuatan ialah farad (F). Pemuat mempunyai kemuatan satu farad apabila arus pengecas satu ampere atau cas satu Coulomb per saat menyebabkan cas voltan bagi satu volt antara kedua-dua plat. Unit farad adalah terlalu besar untuk kegunaan praktik. Oleh itu unit ini dibahagi-bahagikan kepada unit-unit yang kecil seperti microfarad (F) dan pikofarad (pF). = 1 000000F atau 106 F = 1 000000 pF atau 106 pF Atau 1pF 1pF 1 F = 0.000001 F atau 10-6 F = 0.000000000001F atau 10-12F = 0.000001F atau 10-6F
1F 1 F
PINDAAN : 1
MUKASURAT 61
ii) Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Kemuatan Faktor-faktor yang mempunyai kemuatan dalam satu pemuat ialah luas permukaan plat,jarak antara plat dan pemalar dielektrik. a) Luas Permukaan Plat Apabila luas permukaan (A) bagi suatu plat bertambah, kemuatan akan meningkat. Perningkatan ini disebabkan plat yang lebih besar boleh menyimpan lebih banyak elektron. Hasilnya cas yang lebih besar boleh disimpan. CA b) Jarak Antara Plat Apabila jarak (d) antara kedua-dua plat meningkat, kemuatan akan menurun. Penurunan ini disebabkan oleh daya elektrik yang menarik telah menjadi lemah. C 1/d
C1
C2
C3
Rajah 3-14: Kapasitor sesiri a) Dalam rajah 3-14 Jumlah kemuatan (capacitance) CT 1/CT = 1/C1 + 1/C2 + 1/C3 + . b) Jumlah cas Qt Qt = CTXV c) Qt = Q1 = Q2 = Q3 =.= Qn d) Tenaga , Et = E1 + E2 + E3 En
PINDAAN : 1
MUKASURAT 62
C2
a) Jumlah kemuatan Ct = C1 + C2 + C3 + . Cn b) Voltan adalah sama pada pada setiap pemuat selari dengan punca voltan c) Jumlah cas, Qt = Q1 + Q2 + Q3 + Qn d) Jumlah tenaga, Et = E1 + E2 + E3 + . + En
Contoh 17
C1 200 F
C1 100 F
C1 100 F
Rajah 3-16
PINDAAN : 1
MUKASURAT 63
Penyelesaian Gunakan formula berikut: 1 CT 1 CT 1 CT 1 CT CT = 1 + 1 C1 C2 = 1 + 0.000200 . = 1 + 0.000200 . = 5 0.000200 . = 40 F + 1 . . C3 1 + 1 . 0.000100 0.000100 2 . . 0.000100 . .
Contoh 18 Cari jumlah nilai kapasitor yang disambung secara bersiri 50 pF dan 100pF. Penyelesaian Gunakan formula berikut CT = C1 x C2 C1 + C2
CT = 33.3 Pf Contoh 19 Dari Rajah 3-17 dapatkan nilai CT Penyelesaian Gunakan formula berikut CT = CT = CT = C1 + C2 2 F + 4 F 6 F C1 2 F C1 4 F
Rajah 3-17
PINDAAN : 1
MUKASURAT 64
Contoh 20 Berapakah jumlah nilai kapasitan bagi 3 kapasitor 270 pF, 500 pF dan 150 pF yang disambung selari.
Penyelesaian
CT = CT = CT =
SOALAN
1. 2.
Apakah takrif Hukum Ohm Didalam litar siri diberi nilai perintang 1 K dan nilai arus 15 mA, Berapakah nila i Voltan
3.
Diberi 2 perintang yang disambung secara selari seperti berikut R1=10 K, R2=20 K dan bekalan kuasa 5 V dapatkan a. b. RT IT
5. Berapakah nilai Kapasitan bagi 2 Kapasitor 10 pF, 50 pF yang di sambung secara selari.
RUJUKAN: 1) Electric Circuit In SI Unit by Joseph a Edminister, MSE, McGraw-Hill International Book Company, 1981 2) 3) 4) 5) Asas Elektrik Buku 2 oleh Van Valkenburg, IbsBUKU, 1982 Sukses Fizik SPM oleh Sia Yong Soob, Fajar Bakti, 2003 NIDA Lab Text Manual DECEMBER 1998 CR Roobert Son, Fundamental Electrical & Electronic Pricipple Second Edition 2001. http// www.newnespress.com
PINDAAN : 1
MUKASURAT 65