You are on page 1of 7

http://cikgusazali.blogspot.

com

MODUL GATEH PMR CSL2012


(KAEDAH PENULISAN KARANGAN SECARA TERANCANG)
Oleh:
M.A (BM) Malaya PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI

SAZALI BIN IBRAHIM

KARANGAN BAHAGIAN B (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN)


Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang kepentingan mengamalkan perpaduan kaum di Malaysia. Panjang huraian hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan Isi 1 Isi 2 Isi 3 : : : Mewujudkan masyarakat harmoni Meningkatkan keamanan negara Menarik kedatangan pelancong : : : kepentingan mengamalkan perpaduan kaum di Malaysia perpaduan kaum kepentingan (alternatif : kebaikan/manfaat/faedah) Kait dengan semasa Tema Sasaran Prioriti

Tugasan Tema Kata kunci PENDAHULUAN

Akhir-akhir ini/Pada masa ini/Belakangan ini/Mutakhir/Mayapada/Marcapada isu berkaitan dengan.....................(sebutkan tema) dalam kalangan pelajar/remaja/masyarakat/belia saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Ayat 2 : Persoalannya, apakah...( salin selepas perkataan tentang dalam soalan) TUGASAN dan berakhir dengan tanda soal (?) Belakangan ini, isu berkaitan dengan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat saban waktu diwarawarakan dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah kepentingan mengamalkan perpaduan kaum di Malaysia? Ayat 1: TEMA ISI PERTAMA Rumus Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO Ayat 1 Rumus Ayat 2 Pada pandangan saya, KATA KUNCI + ialah ISI 1 Pada pandangan saya, kepentingannya ialah mewujudkan masyarakat harmoni. Hal ini dikatakan demikian kerana + Isi + Contoh + Impak Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Malaysia seperti Melayu, Cina dan India harmoni dapat hidup bersama walaupun berlainan bangsa dan agama.

CSL2012 MODUL GATEH PMR KERTAS 2 BAHAGIAN B

http://cikgusazali.blogspot.com

ISI KEDUA Rumus Ayat Topik + Huraian GAPO + BAKPO ISI KETIGA Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO KESIMPULAN Rumus Saranan + Harapan Ayat 1 Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk meningkatkan/menangani + Tema + Harapan Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan perpaduan kaum supaya kehidupan rakyat lebih sejahtera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2 Kata kunci + yang berikutnya ialah + Isi 3 Faedah yang berikutnya ialah menarik kedatangan pelancong.. Pasifkan Isi + impak Kedatangan pelancong dapat ditingkatkan apabila pelancong domestik dan antarabangsa berasa selamat dan selesa semasa berkunjung ke negara kita. Ayat 1 Selain itu + ISI + Contoh + Impak Selain itu, meningkatkan keamanan negara seperti semua kaum saling menghormati dan bersatu padu antara satu sama lain dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara ini.

Karangan Contoh: Belakangan ini, isu berkaitan dengan perpaduan kaum saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah kepentingan mengamalkan perpaduan kaum di Malaysia? Pada pandangan saya, kepentingannya ialah mewujudkan masyarakat harmoni. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Malaysia seperti Melayu, Cina dan India dapat hidup bersama walaupun berlainan bangsa dan agama. Selain itu, meningkatkan keamanan negara seperti semua kaum saling menghormati dan bersatu padu antara satu sama lain dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara ini. Faedah yang berikutnya ialah meningkatkan kedatangan pelancong. Kedatangan pelancong dapat ditingkatkan apabila pelancong domestik dan antarabangsa berasa selamat dan selesa semasa berkunjung ke negara kita. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan perpaduan kaum demi kesejahteraan masyarakat kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! (120 patah perkataan)

CSL2012 MODUL GATEH PMR KERTAS 2 BAHAGIAN B

http://cikgusazali.blogspot.com

Soalan Contoh 1: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan kempen kepada rakyat di negara ini. Panjangnya ulasan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 : : : : Kempen Keselamatan Jalanraya Kempen Tak Nak Merokok Kempen Kitar Semula Kempen Membaca

Persediaan untuk mengarang: Tugasan Tema Kata kunci Isi : : : : kebaikan kempen kepada rakyat di negara ini kempen kebaikan (Alternatif: manfaat/faedah) 1. 2. 3. 4. Mengelakkan tragedi mengelakkan penyakit meningkatkan kebersihan menambahkan maklumat (Pilih tiga isi) (Gambar 1) (Gambar 2) (Gambar 3) (Gambar 4)

Karangan Contoh: Mutakhir, isu berkaitan dengan kempen saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah kebaikan kempen kepada rakyat di negara ini? Pada pandangan saya, kebaikannya ialah mengelakkan tragedi. Hal ini dikatakan demikian kerana tragedi seperti kematian dan kecederaan dapat dielakkan jika rakyat menghayati kempen keselamatan jalanraya. Selain itu, mengelakkan penyakit seperti lemah jantung, paru-paru dan sebagainya juga merupakan manfaat yang diperoleh sekiranya rakyat dapat mematuhi kempen tak nak merokok yang dijalankan oleh kerajaan.. Faedah yang berikutnya ialah meningkatkan kebersihan alam sekitar. Kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan apabila setiap anggota masyarakat bersama-sama menyokong kempen kitar semula. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk melaksanakan kempen yang diadakan supaya kempen tersebut mencapai objektifnya kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! (118 patah perkataan)

CSL2012 MODUL GATEH PMR KERTAS 2 BAHAGIAN B

http://cikgusazali.blogspot.com

Soalan Contoh 2: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Panjangnya ulasan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 : : : Bergotong-royong Amalan ziarah-menziarahi Rumah Terbuka

Persediaan untuk mengarang: Tugasan Tema Kata kunci Isi : : : : usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia semangat kejiranan usaha-usaha (Alternatif: cara-cara/langkah-langkah) 1. 2. 3. Bergotong-royong Amalan ziarah-menziarahi Menganjurkan majlis rumah terbuka (Gambar 1) (Gambar 2) (Gambar 3)

Karangan Contoh: Marcapada, isu berkaitan dengan semangat kejiranan saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia? Pada pendapat saya, usahanya ialah bergotong-royong. Hal ini dikatakan demikian kerana bergotongroyong seperti membersihkan kawasan kejiranan dapat memupuk semangat kerjasama. Selain itu, amalan ziarah-menziarahi seperti menziarahi jiran yang uzur dan sebagainya dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran tetangga sama ada di bandar atau di desa. Langkah yang berikutnya ialah menganjurkan majlis rumah terbuka. Majlis rumah terbuka yang dianjurkan dapat melahirkan perasaan muhibah dan saling menghormati lebih-lebih lagi dalam kalangan jiran yang berlainan kaum. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan semangat kejiranan supaya kehidupan masyarakat lebih harmonis kerana jiran sepakat membawa berkat! (116 patah perkataan)

CSL2012 MODUL GATEH PMR KERTAS 2 BAHAGIAN B

http://cikgusazali.blogspot.com

Soalan Contoh 3: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya gejala merokok dalam kalangan remaja. Panjangnya ulasan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 : : : Pengaruh rakan sebaya sikap ingin mencuba pengaruh media massa

Persediaan untuk mengarang: Tugasan Tema Kata kunci Isi : : : : punca-punca berlakunya gejala merokok dalam kalangan remaja gejala merokok punca-punca (Alternatif: faktor-faktor/sebab-sebab) 1. 2. 3. pengaruh rakan sebaya sikap ingin mencuba pengaruh media massa (Gambar 1) (Gambar 2) (Gambar 3)

Karangan Contoh: Akhir-akhir ini, isu berkaitan dengan gejala merokok saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya gejala merokok dalam kalangan remaja? Pada hemat saya, puncanya ialah pengaruh rakan sebaya. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan sebaya seperti rakan sekelas yang merokok dapat mempengaruhi remaja untuk cuba merokok. Selain itu, sikap ingin mencuba seperti ingin mengetahui kenikmatan pada sebatang rokok dapat menjadikan seseorang remaja itu ketagihan bahan nikotin yang terdapat di dalam rokok. Faktor yang berikutnya ialah pengaruh media massa. Media massa dikatakan mempengaruhi remaja kerana merokok digambarkan oleh media cetak dan elektronik sebagai lambang kedewasaan dan kematangan. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menangani gejala merokok supaya kesihatan remaja akan terjamin kerana mencegah lebih baik daripada merawat! (120 patah perkataan)

CSL2012 MODUL GATEH PMR KERTAS 2 BAHAGIAN B

http://cikgusazali.blogspot.com

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan membeli barangan buatan tempatan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 Latihan 2: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk meningkatkan penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah . Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Latihan 3: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 Latihan 4: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya jerebu di negara ini. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Latihan 5: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha menggalakkan pelancongan di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 : : : menambahkan pusat-pusat pelancongan mempromosikan tempat-tempat menarik mempopularkan kebudayaan tempatan : : : pembakaran hutan secara terbuka pelepasan asap kenderaan asap dari kilang : : : : mematuhi peraturan jalan raya memperketat syarat pengambilan lesen memandu kempen keselamatan jalan raya penguatkuasaan undang-undang : : : mewujudkan suasana yang kondusif mengadakan pertandingan banyak membaca memperbanyak bahan rujukan dan bacaan : : : : menjimatkan perbelanjaan keluarga menyemai semangat patriotisme meningkatkan imej negara memajukan industri tempatan

CSL2012 MODUL GATEH PMR KERTAS 2 BAHAGIAN B

http://cikgusazali.blogspot.com

Latihan 6: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mengadakan majlis rumah terbuka. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Latihan 7: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah merealisasikan buli sifar di sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 Latihan 8: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara meningkatkan amalan membaca dalam kalangan remaja di negara ini. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 Latihan 9: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan sungai di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 Latihan 10: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah amalan bergotong-royong. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 : : : memupuk semangat perpaduan menjimatkan kos penyelenggaraan mewujudkan persekitaran yang bersih : : : : sumber bekalan air perhubungan dan pengangkutan sumber makanan dan pendapatan tempat rekreasi dan pelancongan : : : : peranan ibu bapa kempen galakan membaca Program NILAM harga buku yang berpatutan : : : : pendidikan agama peraturan yang tegas peranan media massa kempen kesedaran : : : mengeratkan silaturahim dan kasih sayang memahami adat dan budaya pelbagai kaum mewujudkan perpaduan pelbagai kaum

CSL2012 MODUL GATEH PMR KERTAS 2 BAHAGIAN B

You might also like