You are on page 1of 10

LAPORAN PROJEK AGRO SAINS ( PROSES PENANAMAN BAWANG )

Projek agro sains ini teleh dilaksanakan pada 9 januari 2013 yang lepas. Projek ini telah dibimbing oleh pensyarah mata pelajaran sains iaitu Pn. Alijah Binti Ujang. Beliau telah membimbing saya bagaimana cara untuk menanam bawang. Beliau juga menunjukkan bagaimana cara untuk meletakkan tanah ke dalam pasu. Menurut beliau, tanah yang dimasukkan ke dalam pasu hendaklah tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Ini adalah sebagai langkah untuk memudahkan bawang tersebut untuk mendapatkan sinaran matahari sebagai proses tumbesaran. Dalam masa yang sama, bawang yang hendak ditanam mestilah dibersihkan terlebih dahulu dan bahagian akar yang telah keluar hendaklah dipotong.

Antara alatan yang digunakan semasa proses tersebut adalah; 1. Pisau 2. Serampang tangan 3. Pasu bunga 4. Serpihan pasu ( untuk menutup lubang yang terdapat di bahagian bawah pasu )

Antara bahan-bahan yang digunakan adalah; 1. Bawang ( 2 biji ) 2. Tanah 3. Air 4. Batang pengukur

Senarai alatan yang digunakan beserta gambar Alatan Kegunaan

Pisau digunakan untuk membuang kulit bawang yang telah mati dan juga akar yang telah keluar.

Pisau

Serampang digunakan untuk menggembur tanah. Tanah yang telah mendap hendaklah digemburkan untuk mengelakkan daripada dihinngapi parasit.

Serampang tangan

Bekas yang digunakan untuk proses penanaman bawang. Tanah akan diletakkan ke dalam pasu.

Pasu

Bawang yang akan ditanam. Bawang tersebut telah dibersihkan sebelum proses penanaman dilakukan.

Bawang

Tanah yang diisi ke dalam pasu hendaklah disukat dengan baik. Sebaik0baiknya pasu.

Tanah

Langkah-langkah proses penanaman bawang Langkah Pelaksanaan

Sediakan 2 biji bawang atau lebih. Ikut kesesuaian dan saiz pasu. Bawang hendaklah dibersihkan terlebih dahulu.

Pasu yang akan digunakan hendaklah dibersihkan dahulu. Lubang yang terdapat di bawah pasu mestilah ditutup bagi mengelakkan tanah daripada terkeluar.

Tanah akan dimasukkan ke dalam pasu yang telah dikemaskan. Tanah yang dimasukkan mestilah dimasukkan sedikit demi sedikit supaya tidak terlalu padat.

Tanah yang dimasukkan mestilah tidak terlalu penuh. Sebaik-baiknya pasu tersebut.

Langkah

Pelaksanaan

Bawang akan ditanam dengan cara meletakkan daripada badannya ke dalam tanah. Ini adalah langkah untuk memudahkan proses melihat perkembangan bawang tersebut.

Setelah disemai. Bawang mestilah disiram sebaik-baiknya 2 kali sehari. Tanah yang kelihatan padat mestilah digemburkan.

Ambil ukuran pokok 3 kali sehari untuk mencatat perkembangan bawang tersebut.

Catatkan perkembangan bawang. Perkara yang mesti dicatat adalah bilangan bunga dan juga ketinggian bunga bawang.

Dapatan Projek Agro Sains (Bawang) Hari Ketinggian Bilangan daun Rabu Proses menanam pokok bawang Jumaat 0.3cm 2 Melihat perkembangan tanaman, menyiram dan menggembur tanah. Isnin 0.6cm 2 Melihat perkembangan tanaman, menyiram dan menggembur tanah. Rabu 1.0cm 3 Melihat perkembangan tanaman, menyiram dan menggembur tanah. Jumaat 1.8cm 4 Melihat perkembangan tanaman, menyiram dan menggembur tanah. Aktiviti Catatan

Isnin

2.4cm

Melihat perkembangan tanaman, menyiram dan menggembur tanah.

Rabu

3.1cm

Melihat perkembangan tanaman, menyiram dan menggembur tanah.

Jumaat

3.7cm

Melihat perkembangan tanaman, menyiram dan menggembur tanah.

Isnin

4.4cm

Melihat perkembangan tanaman, menyiram dan menggembur tanah.

Rabu

5.2cm

Melihat perkembangan tanaman, menyiram dan menggembur tanah.

jumaat

5.8cm

Melihat perkembangan tanaman, menyiram dan menggembur tanah.

GRAF KETINGGIAN DAN BILANGAN DAUN POKOK BAWANG


8

Ketinggian Bilangan Daun

**ketinggian bunga bawang yang dicatatkan adalah berdasarkan bunga bawang yang tertinggi
sahaja.

Berdasarkan graf di atas, dapatlah disimpulkan bahawa proses perkembangan bawang tersebut adalah sangat kurang memuaskan. Berdasarkan pemerhatian dan juga kajian yang telah saya lakukan bermula daripada hari pertama bawang tersebut ditanam iaitu pada 9 januari lepas. Saya mendapati bahawa bawang tersebut kurang mendapat sinaran cahaya matahari. Itu adalah faktor penting yang menyebabkan bawang tidak dapat berkembang dengan baik. Cahaya adalah punca tenaga diperlukan bagi mengekalkan proses hidupan di dalam ekosistem. Bagi tumbuhan, cahaya matahari merupakan komponen utama dalam menjalankan fotosintesis. Fotosintesis adalah satu proses di mana tenaga daripada cahaya matahari ditukar menjadi tenaga kimia. Fotosintesis melibatkan penggunaan proses karbon dioksida, air dan pengeluaran molekul-molekul gula yang kompleks serta gas oksigen. Dalam proses ini, tenaga cahaya matahari ditukar menjadi atom-atom di dalam molekul gula. Karbohidrat (gula, kanji, glukosa) disintesiskan dan tenaga tenaga dihasilkan. Akhir sekali, tumbuhan memerlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis dan hasilnya digunakan untuk proses respirasi dan tumbesaran. Tumbuhan yang membesar mengalami pertambahan berat dengan kehadiran karbohidrat yang disintesiskan.

You might also like