You are on page 1of 15

Jadikan Ujian

Jadikan soalan-soalan di kertas ini sebagai ujian bagi murid-murid

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | Markah: 0% | Progres: 0/40 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | Masa: 00:00:01/00:50:00 | End 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Penyalahgunaan dadah merupakan satu gejala sosial dan masalah kepada masyarakat dan negara. Dadah telah menjadi punca utama maksiat dan kepincangan dalam masyarakat. Jika masalah ini tidak diambil perhatian, sudah tentu masyarakat tidak akan dapat dibina dengan baik. Pada tahun 1993, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara. Oleh yang demikian, pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasinya. Semua pihak disaran untuk memerangi dadah. Jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah diminta menerangkan bahaya dadah dengan sejelas-jelasnya. Setelah banyak usaha dijalankan, masalah ini tidak juga berkurangan. Pada setiap masa, ada saja penagih dadah yang dapat dikesan. Hal inilah yang selalu menghairankan pihak kerajaan. Oleh itu, setiap individu harus berfikir secara bijaksana. Bagi golongan remaja, mereka mesti tahu membezakan antara kaca dan permata. Janganlah menjadikan dadah sebagai teman setia. 1 Dadah dianggap berbahaya kerana
(ID:1111317351052)

A B C D

dadah boleh mengkhayalkan. dadah boleh mencederakan seseorang apabila disentuh. dadah terlalu mahal dan boleh menjadikan seseorang itu papa. dadah merupakan punca utama maksiat dan kepincangan masyarakat. [Atas]
Jaw ab

Apakah pandangan kerajaan terhadap dadah?(ID:1111317351321)


Jaw ab

A B C

Dadah merupakan musuh utama negara Dadah agak berbahaya kepada kanak-kanak Dadah tidak dapat mendatangkan keburukan

Dadah sama dengan komunis dan penjenayah [Atas]

Siapakah yang perlu memerangi dadah?(ID:1111317351591) A B C D Guru-guru Semua orang Pegawai kerajaan Pegawai kerajaan dan guru [Atas]
Jaw ab

Kerajaan menjadi hairan apabila(ID:1111317351801) A B C D dadah semakin banyak. ada penagih dadah yang mati. banyak orang yang menjual dadah. sentiasa ada penagih baru yang terlibat. [Atas]
Jaw ab

Penulis menasihati remaja agar(ID:1111317352003) A B C D membezakan antara perkara yang baik dan buruk. membezakan penagih dengan pengedar dadah. menjadikan penagih dadah sebagai kawan. berhati-hati ketika memilih kawan.
Jaw ab

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Di negara kita, musim hujan berlaku pada bulan November hingga Mac dan bulan Mei hingga September. Pada masa ini, hujan turun melebihi paras normal. Kali ini, musim tengkujuh negara kita akan dipengaruhi oleh fenomena yang dikenali sebagai La Nina. La Nina dijangka berlaku mulai bulan Oktober. Untuk menghadapi fenomena ini, beberapa langkah tertentu yang melibatkan kerajaan dan orang ramai perlu diambil. Bagi kawasan yang sering ditenggelami air, penduduknya dinasihatkan supaya menyediakan bekalan makanan dengan secukupnya. Banjir yang melanda kawasan ini mengakibatkan perhubungan terputus. Penduduk yang terlibat juga perlu berpindah terutamanya bagi

penduduk di kawasan perumahan di lereng-lereng bukit, tanah rendah dan yang berhampiran dengan sungai. Kerajaan telah menyediakan pusat-pusat pemindahan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya fenomena alam ini. Kerja-kerja membersih dan melebarkan sungai, parit, saliran air serta membaiki benteng juga dilaksanakan. Sistem pengaliran air yang tersumbat boleh memburukkan lagi keadaan. Selain persiapan dalam bentuk harta benda, kerajaan juga memperuntukkan bantuan dalam bentuk wang ringgit. Ini merupakan bantuan kecemasan bagi menghadapi banjir besar. Fenomena La Nina ini akan dapat ditangani dengan adanya kerjasama daripada semua pihak. Langkahlangkah persediaan awal dapat menghindarkan kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kelak. 6 Apakah bantuan kecemasan yang telah diambil oleh kerajaan bagi menghadapi ancaman La Nina?(ID:1111232112402) A B C D Memperuntukkan bantuan kewangan kepada mangsa Mengarahkan penduduk supaya berpindah ke tempat selamat Membaiki sistem pengaliran air yang tersumbat supaya air dapat mengalir deras Menyediakan pusat-pusat pemindahan, bekalan, membaiki saliran air, dan mengarahkan penduduk supaya berpindah
Jaw ab

[Atas] 7 La Nina dijangka berlaku pada(ID:1111232116001) A B C D bulan Mac. bulan Jun. bulan Oktober. bulan November. [Atas] 8 Mengapakah penduduk di kawasan yang sering ditenggelami air dinasihatkan supaya menyediakan bekalan makanan secukupnya?(ID:1111232119481) A B C D Hujan yang turun melebihi paras normal Sistem pengaliran air yang tersumbat akan dibaiki Mereka akan berpindah ke pusat-pusat pemindahan Penduduk di kawasan tersebut akan terputus hubungan [Atas]
Jaw ab Jaw ab

Fenomena La Nina boleh dihadapi(ID:1111232123351) A B C D oleh pihak kerajaan. dengan kerjasama semua pihak. dengan bantuan pasukan sukarela. oleh mangsa-mangsa pemindahan. [Atas]
Jaw ab

10

Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai petikan di atas.(ID:1111232127061) A B C D Pada bulan Januari, hujan turun melebihi paras normal Musim tengkujuh berlaku pada bulan November dan Mac Keadaan akan menjadi bertambah buruk akibat daripada sistem air yang tersumbat Orang ramai perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi menghadapi fenomena ini
Jaw ab

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Burung hantu, walaupun datang daripada keluarga burung tetapi berbeza daripada burung-burung lain. Burung hantu mempunyai kepala dan muka yang hampir-hampir sama dengan ukuran bidang badannya. Biji matanya sebesar buah guli. Mukanya pula seakan-akan muka kucing. Keluarga burung hantu mempunyai lebih daripada 130 jenis. Antara burung hantu yang biasa ditemui ialah Burung Hantu Carik Kafan, Burung Hantu Pungguk Api, Burung Hantu Dogan dan Burung Hantu Sawah. Semua jenis burung hantu ini terdapat hampir-hampir di seluruh benuaAsia, Afrika, Australia dan Eropah. Burung Hantu Sawah datangnya dari Tanjung Karang, Selangor. Biasanya burung hantu ini terdapat di sawah atau di ladang. Di sinilah burung hantu ini mendapat makanannya seperti tikus, ular, katak dan sebagainya. Dengan ini, secara tidak langsung, Burung Hantu Sawah banyak berbakti kepada para petani. Burung Hantu Sawah membuat sarang di dalam lubang-lubang pokok atau di bangsal-bangsal di kawasan sawah. Kadang-kadang tempat ini disangka berhantu jikalau tidak dipastikan dengan teliti. Bunyi yang dikeluarkan oleh burung hantu ini amat menggerunkan. Bunyinya seperti orang sedang mengoyakkan kain dan ada kalanya seperti orang sedang bertukang. Sekali-sekala bunyinya seperti orang mengerang kesakitan. 11 Apakah yang membezakan antara burung hantu dengan burung-burung yang lain?
(ID:1109093300438)

Jaw ab

A B C

Burung hantu membuat sarang di lubang-lubang pokok Bunyi yang dibuat oleh burung hantu amat menggerunkan Burung hantu mendapat sumber makanan dari kawasan sawah dan ladang

Burung hantu mempunyai kepala dan muka yang hampir-hampir sama dengan ukuran bidang badannya [Atas]

12

Sarang atau tempat tinggal Burung Hantu Sawah kadang-kadang disangka berhantu kerana(ID:1109094740911) A B C D membuat lubang-lubang pada pangkal pokok yang besar. mendiami bangsal-bangsal kosong di tengah-tengah sawah. bunyi yang dikeluarkan oleh Burung Hantu Sawah amat menggerunkan. terdapat sisa-sisa dan bangkai binatang seperti katak, ular dan sebagainya.
Jaw ab

[Atas] 13 Mengapakah Burung Hantu Sawah mendiami kawasan ladang dan sawah?
(ID:1109095120821)

A B C D

kerana Burung Hantu Sawah mahu berbakti kepada petani kerana di kawasan ladang dan sawah banyak terdapat sumber makanan kerana Burung Hantu Sawah ingin membuat bunyi-bunyi yang menggerunkan kerana di kawasan ladang dan sawah mempunyai bangsal-bangsal yang ditinggalkan

Jaw ab

[Atas] 14 Burung hantu banyak terdapat di benua ...(ID:1109095440671) A B C D Asia. Afrika. Eropah. Australia. [Atas] 15 Antara berikut yang manakah tidak benar tentang burung hantu?(ID:1109095630931)
Jaw ab

A B C D

Biji mata burung hantu sebesar buah guli Terdapat sebanyak 130 jenis keluarga burung hantu Burung hantu mempunyai muka yang seakan-akan muka kucing Burung-burung hantu datangnya dari Tanjung Karang, Selangor
Jaw ab

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya Taufan terburuk pernah dicatatkan berlaku ialah pada tahun 1970 apabila melanda Pakistan Timur (kini Bangladesh) yang mengorbankan 200,000 nyawa manakala 100,000 orang lagi dilaporkan hilang. Banjir besar akibat perubahan tekanan air laut di Teluk Benggala itu telah menyebabkan kehilangan nyawa kira-kira 300,000 orang. Kejadian ini juga merosakkan hampir keseluruhan harta benda termasuk tanam-tanaman yang menjadi punca pergantungan hidup masyarakat di kawasan itu. Bencana alam itu melanda tanpa disedari selepas waktu tengah malam pada 13 November. Kejadian ini mengakibatkan kira-kira satu juta orang penduduk kehilangan rumah. Lebih menyayatkan hati lagi ialah petani yang selama ini hidup dalam kemiskinan menjadi bertambah menderita dalam sekelip mata. Sepanjang sedekad yang lalu, Pakistan, Bangladesh dan India adalah antara negara yang kerap dilanda taufan kerana kedudukan negara itu berdekatan dengan Teluk Benggala. Dianggarkan sejak tahun 1942, taufan di negara-negara tersebut telah meragut lebih 600,000 nyawa manakala jutaan penduduk lagi kehilangan tempat tinggal. Akibat fenomena di luar jangkaan yang tidak mengenal mangsa ini, menyebabkan ramai isteri kehilangan suami, anak kehilangan ibu bapa manakala yang kaya menjadi papa. Selain taufan Teluk Benggala yang mencatat sejarah hitam itu, banyak lagi taufan yang berlaku di dunia. China dan negara-negara Asia yang lain termasuk Hong Kong, Jepun, Korea dan Filipina sentiasa berhadapan dengan bahaya bencana alam ini. China pernah kehilangan 100,000 nyawa pada tahun 1922. Hong Kong, mencatatkan 10,000 orang korban ketika dilanda taufan Tsunami pada tahun 1906. Manakala taufan Vera yang melanda Pulau Honshu, Jepun tahun 1958 menyebabkan hampir 5,000 nyawa terkorban. 16 Berapakah jumlah angka kematian akibat taufan di Bangladesh pada tahun 1970?
(ID:1111317348312)

A B C D

100,000 orang 200,000 orang 300,000 orang 400.000 orang [Atas]


Jaw ab

17

Bilakah ribut taufan melanda Bangladesh?(ID:1140369832224) A 13 November 1922


Jaw ab

B C D

13 November 1942 13 November 1970 13 November 1972 [Atas]

18

Ribut taufan di Bangladesh itu bermula dari(ID:1140375630890) A B C D India. China. Pakistan. Teluk Benggala. [Atas]
Jaw ab

19

Negara ini tidak terlibat dengan ribut taufan.(ID:1140375652515) A B C D Hong Kong Malaysia Filipina China [Atas]
Jaw ab

20

Berdasarkan teks, taufan Tsunami telah melanda(ID:1140375697710) A B C D Jepun. China. Filipina. Hong Kong.
Jaw ab

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Di negara kita, musim hujan berlaku pada bulan November hingga Mac. Pada masa ini, hujan turun melebihi paras normal. Kali ini, musim tengkujuh negara kita akan dipengaruhi oleh fenomena yang dikenali sebagai La Nina. La Nina dijangka berlaku mulai bulan Oktober. Untuk menghadapi fenomena ini, beberapa langkah tertentu yang melibatkan kerajaan dan orang ramai perlu diambil. Bagi kawasan yang sering ditenggelami air,

penduduknya dinasihatkan menyediakan bekalan makanan dengan secukupnya. Banjir yang melanda kawasan ini mengakibatkan perhubungan terputus. Penduduk yang terlibat juga perlu berpindah terutamanya penduduk di kawasan perumahan di lerenglereng bukit, tanah rendah dan yang berhampiran dengan sungai. Kerajaan telah menyediakan pusat-pusat pemindahan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya fenomena alam ini. Kerja-kerja membersih dan melebarkan sungai, parit, saliran air serta memperbaik benteng juga dilaksanakan. Sistem pengaliran air yang tersumbat akan memburukkan lagi keadaan. Selain persiapan dalam bentuk harta benda, kerajaan juga memperuntukan bantuan dalam bentuk wang ringgit. Ini merupakan bantuan kecemasan bagi menghadapi banjir besar. Fenomena La Nina ini akan dapat dihadapi dengan adanya kerjasama daripada semua pihak. Langkah-langkah persediaan yang dibuat dapat menghindarkan kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kelak. 21 Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi menghadapi ancaman La Nina?(ID:1094307170524) A B C D Menyediakan pusat-pusat pemindahan Mengarahkan penduduk supaya berpindah Membaiki sistem pengaliran air yang tersumbat Menyediakan bekalan makanan yang secukupnya [Atas] 22 La Nina dijangka berlaku pada(ID:1094307354577) A B C D bulan Mac. bulan Oktober. bulan November. bulan November hingga Mac. [Atas] 23 Mengapakah penduduk di kawasan yang sering ditenggelami air dinasihatkan menyediakan bekalan makanan secukupnya?(ID:1094307439617) A B C D Hujan yang turun melebihi paras normal Sistem pengaliran air yang tersumbat akan dibaiki Mereka akan berpindah ke pusat-pusat pemindahan Penduduk di kawasan tersebut akan terputus hubungan [Atas]
Jaw ab Jaw ab Jaw ab

24

Fenomena La Nina boleh dihadapi(ID:1094307526437) A B C D oleh pihak kerajaan. dengan kerjasama semua pihak. dengan bantuan pasukan sukarela. oleh mangsa-mangsa pemindahan. [Atas]
Jaw ab

25

Pernyataan yang berikut adalah tidak benar mengenai petikan di atas.(ID:1094307661397) A B C D Pada bulan Januari, hujan turun melebihi paras normal Musim tengkujuh berlaku pada bulan November dan Mac Keadaan akan menjadi bertambah buruk akibat daripada sistem air yang tersumbat Orang ramai perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi menghadapi fenomena ini
Jaw ab

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Durhaka merupakan suatu perkara yang bertentangan dengan kebaikan dan kesetiaan. Sekiranya seseorang anak menderhaka kepada kedua ibu bapa, mereka telah melakukan suatu perkara yang bertentangan dengan kebaikan. Ia juga telah melakukan suatu perkara yang menyebabkan kemarahan ibu bapa seperti menghina, mengeluarkan kata-kata kasar dan kesat, memukul, menyergah, dan tidak taat kepada mereka. Perbuatan menderhaka anak-anak kepada kedua-dua ibu bapa boleh membawa akibat yang hina yang bersamaan dengan orang yang buruk akhlak. Mereka melakukan satu perbuatan keji dan hina di sisi Allah. Al Quran telah menegaskan dalam perkara menderhaka kepada ibu bapa walaupun dengan hanya berkata 'ah' sekalipun, apatah lagi jika menengking dan melawan kedua-dua ibu bapa. Setiap muslim diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan durhaka kepada ibu bapa dengan memberi ancaman yang keras. Setiap anak yang beriman akan sentiasa mematuhi dan mentaati kedua-dua ibu bapa. Jika anak-anak melakukan kesilapan, sudah pasti mengecilkan hati kedua-dua ibu bapa. Banyak yang gagal dalam hidup semata-mata kerana pernah mengecilkan perasaan kedua-dua ibu bapa. Oleh itu hormati, berilah kasih sayang dan selalulah mentaati kedua-dua ibu bapa sebelum dia meninggalkan kita buat selama-selamanya. Biar sesal dahulu pendapatan tetapi jika sesal kemudian, sudah tidak berguna lagi. Mencintai ibu bapa tidak akan layu sebagaimana mencintai kekasih yang belum tentu subur selama-lamanya. Ingatlah kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 26 Tajuk sesuai bagi petikan di atas ialah(ID:1111232388022)
Jaw ab

Anak Durhaka.

B C D

Durhaka dan Akibatnya. Jangan Jadi Anak Durhaka. Durhaka Adalah Kezaliman. [Atas]

27

Pada pendapat kamu, apakah yang dimaksudkan durhaka?(ID:1111232391951) A B C D Suka menengking ibu bapa Selalu mengecilkan kedua-dua ibu bapa Melakukan perbuatan keji di sisi Allah Melakukan perkara bertentangan dengan kebaikan [Atas]
Jaw ab

28

Apakah yang harus kita lakukan sebelum ibu bapa meninggalkan kita buat selamalamanya?(ID:1111232396111) A B C D Selalu mentaati kedua-dua ibu bapa Selalu membantu kedua-dua ibu bapa Memberi wang kepada kedua-dua ibu bapa Tidak melanggar cakap kedua-dua ibu bapa [Atas]
Jaw ab

29

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna bermaksud(ID:1111232400341) A B C D menyesal di atas perbuatan lalu. melakukan sesuatu perkara membabi buta. sesal dan insaf di atas segala perkara yang dilakukan. berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu agar tidak menyesal. [Atas]
Jaw ab

30

Anak yang beriman biasanya(ID:1111232404601)


Jaw ab

menjaga kedua-dua ibu bapa.

B C D

selalu membantu kedua-dua ibu bapa. tidak berbohong dengan ibu bapa. mematuhi dan mentaati kedua-dua ibu bapa.

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Kraf tangan merupakan salah satu seni kerja tangan unik dalam sesebuah masyarakat. Hari ini seni kraf tangan menjadi industri yang kian penting di Malaysia. Pihak kerajaan memberikan tumpuan khusus untuk mengembangkan industri ini sebagai salah satu sumber ekonomi untuk menyumbang kepada pendapatan negara. Antara hasil kraf tangan yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah barang-barang tembaga, perak, batik, anyaman, seni tekat, rotan, buluh, dan sebagainya. Sarawak pula kaya dengan seni tembikar, tenunan, dan seni ukir daripada kayu dan buluh. Terdapat pelbagai bentuk corak, warna yang unik, dan menarik dalam seni kraf tangan tempatan kita. Oleh sebab itu, pihak kerajaan khususnya melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan begitu proaktif untuk memajukan industri ini. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengembang dan memasarkan hasil kraf tangan seperti mengadakan publisiti, ekspo perdagangan, mendirikan pusat-pusat latihan kemahiran, kemudahan pinjaman kepada pengusaha yang berminat dan sebagainya. Usaha-usaha tersebut diharapkan dapat mengatasi masalah yang dihadapi dalam industri ini. Permintaan yang tinggi dari luar negara akan dapat dipenuhi. Mereka lebih berminat membeli barangan kraf tangan dari negara kita kerana harganya amat rendah dan bermutu. Oleh itu, kita harus memandang serius akan kepercayaan mereka terhadap barangan kita, sekaligus di mata pelancong asing melihat kehalusan gaya hidup dan peradaban nenek moyang kita yang harus dipertahan dan dibanggakan. 31 Mengapakah pihak kerajaan memberikan perhatian kepada industri kraf tangan?
(ID:1130203343322/KLON/UPSR/2005/36)

A B C D

Satu kerja tangan yang unik Terdapat pelbagai jenis barangan kraf tangan Kerana menyumbang kepada pendapatan negara Untuk mengembang dan memasarkan hasil kraf tangan [Atas]
Jaw ab

32

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang teks di atas.(ID:1130205956467/KLON/UPSR/2005/37)


Jaw ab

A B C D

Kraf tangan ialah hasil kerja yang unik. Pihak kerajaan membantu memasarkan hasil kraf tangan. Bentuk hasil kraf tangan agak terhad dan kurang menarik. Tembaga, perak, dan tembikar antara barangan kraf tangan.

[Atas] 33 Pelancong asing berminat untuk membeli barangan kraf tangan dari negara kita kerana...(ID:1130206481173/KLON/UPSR/2005/38) A B C D mempunyai pelbagai pilihan. mempunyai keunikan tersendiri. boleh didapati di ekspo perdagangan. harga agak rendah dan berkualiti. [Atas] 34 Yang manakah usaha kerajaan untuk membantu pengusaha dari segi modal?
(ID:1130206763301/KLON/UPSR/2005/39)

Jaw ab

A B C D

Mendirikan pusat latihan kemahiran. Menyediakan kemudahan pinjaman. Mengadakan ekspo perdagangan. Mengadakan publisiti. [Atas]
Jaw ab

35

Mengapakah pusat-pusat latihan kemahiran disediakan?(ID:1130207077248/KLON/UPSR/2005/40) A B C D Supaya orang ramai menghargai barangan kraf tangan. Untuk memberi peluang pekerjaan kepada tenaga pengajar. Untuk memberi latihan kemahiran kepada pengusaha kraf tangan. Sebagai usaha Kementerian Kesenian Kebudayaan dan Pelancongan.
Jaw ab

[Atas] Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya Pulau Sipadan yang dikenali sebagai "Tanah Perkuburan Penyu" bukan sekadar merupakan sebuah pulau seluas 35 ekar dan terletak 700 meter dari aras laut. Pulau ini mampu memberi kepuasan luar biasa kepada penyelam skuba. Keunikan dan perbezaan yang terdapat di Pulau Sipadan telah meletakkannya setaraf dengan lokasi menyelam terkemuka di Pulau Galapago dan Pulau Truk, di Macronesia. Terdapat 12 lokasi menyelam terkemuka yang mengelilingi Pulau Sipadan iaitu, Barracuda Point, Coral Gardens, Turtle Cavern, South Point, Hanging Gardens, Whitetip Avenue, Mid Reef, Turtle Patch, Staghorn Crest, Lobster Liar, West Ridge dan Drop Off. Jika anda meneroka setiap lokasi tersebut,

anda berpeluang menemui dan melihat hampir 3,000 spesies hidupan marin yang tidak mungkin ditemui di destinasi menyelam yang lain. Selain karang lembut seperti anemone dan karang bunga matahari; hidupan-hidupan halus, siput tanpa cangkerang (nudibranch), ikan katak, kuda laut dan ghost pipe fish; tarikan utama adalah memerhatikan kumpulan spesies-spesies ikan besar berenang di hadapan mata. Contohnya, Baracuda; Hump Head Parrot Fish; Hammer Sharks; Jacks dan ikan pari-pari Manta Birostris yang siripnya selebar enam meter. Walaupun fenomena itu dapat diperhatikan di lokasi-lokasi menyelam seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tanggol di Semenanjung Malaysia, populasi dan kumpulan spesies ikan tidak sebesar di Laut Sulu yang menjadi kekayaan Pulau Sipadan. Selain spesies hidupan marin dan batu karang, Pulau Sipadan juga terkenal dengan gua di bawah laut yang dikenali sebagai Tanah Perkuburan Penyu. Walaupun, penerokaan ke dalam gua sedalam 20 meter itu agak berisiko dan memerlukan panduan daripada penyelam skuba berpengalaman, ramai daripada mereka sanggup mengambil risiko tersebut. Jauh di dalam kegelapan, para penyelam dapat melihat bangkai dan tulang-tulang penyu yang sesat dan mati di dalam gua tersebut. 36 Mengapakah Pulau Sipadan dikenali sebagai 'Tanah Perkuburan Penyu'?
(ID:1114302358384)

A B C D

Terbentuk dari ledakan gunung berapi. Tempat penyu mendarat untuk bertelur. Tulang penyu berserakan di Pulau Sipadan. Banyak penyu sesat dan mati di dalam gua di situ. [Atas]
Jaw ab

37

Berapakah keluasan Pulau Sipadan?(ID:1114302358717) A B C D 35 hektar. 35 ekar. 700 meter persegi. 700 meter dari aras laut. [Atas]
Jaw ab

38

Jumlah spesies hidupan laut di Pulau Sipadan ialah(ID:1114302358922)


Jaw ab

A B C D

700 1 000 3 000 20,000

[Atas] 39 Perbezaan antara Pulau Sipadan dengan Pulau Tanggol ialah dari segi(ID:1114302359201) A B C D populasi dan spesies ikan lebih banyak di Pulau Sipadan. sama-sama menarik perhatian penyelam skuba. menarik pelancong datang ke situ. terletak dalam perairan Malaysia. [Atas] 40 Apakah yang menjadi kepuasan luar biasa kepada penyelam skuba di Pulau Sipadan?(ID:1114302359467) A B C D Dapat melihat banyak spesies hidupan laut Dapat meneroka gua-gua di sekitar Pulau Sipadan Penyelam skuba dapat melihat tulang-tulang penyu yang mati dalam gua Penyelam skuba berpengalaman akan memberi tunjuk ajar kepada penyelam skuba
Jaw ab Jaw ab

[Atas]

You might also like