You are on page 1of 3

Kemusnahan Hutan

Hutan merupakan khazanah dunia yang amat bernilai. Hutan telah membekalk
an negara kita dengan pelbagai sumber seperti kayu-kayan dan ubat-ubatan. Malaysia juga ter
kenal dengan keindahan alam semulajadinya yang sentiasa menjadi daya penarik kepada pela
ncong-pelancong asing. Walaupun hutan telah membantu negara mempelbagaikan sumber ek
onominya, namun akhir-akhir ini, hutan menghadapi ancaman kemusnahan daripada pihak-pi
hak yang tamak dan hanya mementingkan kekayaan semata-mata.
(U) Peningkatan aktiviti pembalakan haram bagaikan cendawan tumbuh selepa
s hujan telah menyaksikan dampak yang ketara kepada negara. Jika masalah ini tidak ditanga
ni, sudah tentu kita akan menghadapi 1001 masalah di hari muka. (I)Pembalakan haram mam
pu menyumbang kepada terjadinya bencana alam. (Ba)Pembalakan yang tidak terkawal akan
menjadikan permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan. (Ba)Bahan yang terhakis a
kan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. A
pabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke ka
wasan sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan orang asli mengakibatka
n kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan. (U)Adat bernegeri memagar negeri, adat
berkampung memagar kampung. Kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. setiap tind
akan yang kita ambil pastinya akan memberi impak keapada orang lain. (K)Selain itu, kemus
nahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti pembalakan haram. (P)Umum m
engetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan
dan spesies haiwan liar.
(I)Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupoan
yang tinggal didalamnya. (M)Jika tiada tindakan yang diambil bagi mengawal kegiatan manu
sia yang tidak bermoral ini, nescaya perkara yang lebih teruk lagi akan berlaku. Contohnya, k
epupusan sesuatu spesies hidupan. (Ba)Justeru, langkah yang proaktif perlu lah dilaksanakan
bagi mengelakkan perkara yang lebih parah lagi daripada berlaku. (U)Sesal dahulu pendapata
n, sesal kemudian tiada berguna.(P) Jangan biarkan cucu-cicit kita tertanya-tanya, apa itu ora
ng utan, harimau gajah, dan burung kakak tua.
(I) Di samping itu, pembalakan haram turut mengakibatkan peningkatan suhu di n
egara kita. (Ba) Aktiviti pembalakan haram akan meningkatkan kandungan gas karbon dioks
ida dalam udara. Gas ini mampu memerangkap haba di atmosfera daripada dipantulkan semul
a.(M) Fenomena inilah yang menyebabkan peningkatan suhu persekitaran. (K)Keadaan menj
adi bertambah teruk apabila kurangnya tumbuhan yang menyerap gas ini. (K)Selain peningka
tan suhu, fenomena ini turut mengakibatkan kesan rumah hijau dan perubahan suhu setempat.
(I) Oleh yang demikian, kita perlulah menghargai anugerah ciptaan tuhan yang ti
dak ternilai harganya ini. Mampukah kita hidup selesa dalam keadaan yang panas sebegini?
(U)Tepuk dada, tanya selera. Selain berfungsi sebagai peparu bumi, hutan juga bertindak sep
erti span di kawasan tadahan hujan. (M)Aktiviti manusia menebang pokok-pokok akan menje
jaskan kawasan tadahan hujan di tanah tinggi. Hal ini akan mengurangkan kadar serapan dan
penyimpanan air dalam tanih sekaligus menjejaskan bekalan air. Keadaan ini mendatangkan
kebejatan kepada penduduk sekitar. (P)Tamsilnya, krisis air yang pernah berlaku di Lembah
Klang dan Melaka menyebabkan aktiviti harian penduduk seperti memasak, mandi dan memb
asuh pakaian terganggu.(P) Oleh itu, kita seharusnya sedar akan kepentingan hutan dalam keh
idupan kita. (U)Sikap bagaikan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing hanya
akan memberi kemudaratan kepada kita.
Intihanya, kita harus berkolaborasi bagi membendung kegiatan ini daripada terus
meragut keindahan alam ciptaan ilahi. Pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan yang tega
s terhadap pesalah yang didapati menjalankan kegiatan pembalakan haram. Orang awam pula
hendaklah melaporkan sebarang pergerakan kenderaan pengangkut balak yang mencurigakan.
Dengan adanya kerjasama bagaikan aur dan tebing, sudah pasti masalah ini dapat diatasi. Se
perkara lagi, kita perlulah ingat bahawa kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang
kita, tetapi kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.

You might also like