You are on page 1of 8

Mata Pelajaran Tahun Umur Tarikh Masa Tema Tajuk Subtajuk

: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan : 5 Saidina Umar : 11 Tahun : 27 Julai 2009 : 10.40 11.40 pagi (60 minit) : 4 Kenali Budaya Malaysia : : 8. Adab Sosial Budaya Malaysia 8c Beziarah Amalan Mulia

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1) Menyenaraikan lima adab berziarah dalam masyarakat Malaysia 2) Mengamalkan adat berziarah dalam kehidupan harian 3) Menghormati adab menziarahi pelbagai masyarakat di negara kita.

Ringkasan isi pelajaran

: 1) Jenis-jenis adab berziarah dalam masyarakat Malaysia

2) Kepentingan mengamalkan adat berziarah 3) Adab menziarah pelbagai kaum di negara kita 4) Menghormati adab berziarah pelbagai kaum di Malaysia.

Penerapan Nilai Murni/ Nilai Alam Sekitar : Hormat menghormati, bekerjasama, keberanian, berdikari, kerajinan, kejujuran, rasional dan bersyukur Unsur Patriotisme : 1) Berbangga dengan kepelbagaian adat berziarah di Malaysia 2) bersemangat kekitaan 3) hormat menghormati antara pelbagai kaum di Malaysia.

Pengetahuan Sedia ada

: Murid pernah melawat saudara mara dan rakan mereka.

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: Bi l 1 2 3 4 5 6 7 Sumber Kertas Mahjong Pen Marker Hamper Buah-buahan Senarai nombor cabutan Soalan Kotak Bertuah Kotak Kayu Kecil Bekas Nombor Kuantiti 6 6 2 66 12 1 2

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari/Kemahiran Generik: KB/KBF MI : Mendengar, Menghubung kait, meneroka idea, merangsang pemikiran, mentafsir maklumat, membanding beza, membuat rujukan, membaca pantas, menyusun maklumat, menulis. : Verbal Linguistik, Kinestatik, Inter personal

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari/Kemahiran Generik

Catatan (Penerapan Nilai Murni/alam sekitar, Unsur Patriotisme dan BSPP) Sumber P&P

Set Induksi (5 minit) Kaedah : Simulasi 1. Empat orang murid dipilih secara rawak untuk melakonkan watak sebagai Ahmad, Ah Beng, Rajoo dan Pakcik Atan. Ah Beng : Rajoo, kamu mahu pergi ke mana membawa buah-buahan ini? Rajoo : Hai Ah Beng..saya mahu melawat Pak cik Atan di hospital. Kamu pula mahu ke mana membawa buah-buahan ini? Ah Beng : Saya pun mahu melawat Pakcik Atan. Jom kita pergi sama-sama. Situasi di hospital Ahmad : Terima kasih kerana melawat bapa saya di hospital dan membawa buah tangan ini. Pakcik Atan: Terima kasih Rajoo dan Ah Beng kerana sudi melawat pakcik. Rajoo dan Ah Beng: Sama-sama. 2. Murid diminta membuat ulasan tentang lakonan tadi dan bersoal jawab dengan guru.

Hamper buah-buahan KB : Mendengar, menghubung kait Nilai-nilai murni MI : Verbal Linguistik, Kinestatik 1) Hormat menghormati 2) Bekerjasam 3) Keberanian Unsur Patriotisme 1) Bersemangat kekitaan 2) Hormat menghormati antara kaum

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari/Kemahiran Generik KBF : Meneroka idea, merangsang pemikiran MI: Verbal Linguistik, Inter personal

Catatan (Penerapan Nilai Murni/alam sekitar, Unsur Patriotisme dan BSPP) Nilai-nilai murni 1) Berdikari 2) Berani 3) Hormat menghormati

Langkah 1 (10 minit) 1. Murid diminta menyenaraikan adat berziarah yang diketahui oleh mereka 2. Murid dan guru berbincang dan bersoal jawab mengenai adat berziarah yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Langkah 2 (12 minit) 1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan berbincang dan menyenaraikan adat berziarah mengikut kaum berdasarkan nota yang diedarkan ke dalam bentuk peta minda: Kumpulan 1&4: Menbincangkan adat berziarah kaum Melayu Kumpulan 2&5: Membincangkan adat berziarah kaum Cina. Kumpulan 3&6: Membincangkan adat berziarah kaum India. 3. Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. 4. Hasil pembentangan akan ditampal. KB : Membuat rujukan, membaca pantas, menyusun maklumat, menulis KBF : Membanding beza, mencungkil maklumat MI : Verbal Linguistik, Kinestatik

Sumber P&P Kertas Mahjong Pen Marker Nota adat berziarah mengikut kaum Nilai-nilai murni 1) 2) 3) 4) Hormat menghormati Kejujuran Kerajinan Bekerjasama

Unsur Patriotisme 1) Berbangga dengan kepelbagaian adat berziarah di negara kita.

Prosedur Pelaksanaan

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari/Kemahiran Generik

Catatan (Penerapan Nilai Murni/alam sekitar, Unsur Patriotisme dan BSPP) Sumber P&P Kotak kayu kecil Bekas nombor Senarai nombor Soalan kuiz Nilai-nilai murni

Langkah 3 (20 minit) KB: Mendengar 1. Guru menerangkan tentang permainan Kotak Bertuah dan syarat syarat permainan kepada murid. 2. Setiap murid akan diberikan nombor melalui cabutan sendiri daripada bekas nombor. 3. Untuk soalan yang pertama, guru akan mencabut satu nombor. Murid yang dipilih akan mencabut satu soalan daripada Kotak Bertuah. Jika murid berjaya menjawab, murid akan mencabut satu nombor lain untuk mencari peserta yang seterusnya. Jika tidak berjaya menjawab, murid akan mencabut nombor lain dan soalan tadi akan diberikan semula kepada peserta yang terpilih. 4. Murid yang berjaya menjawab soalan akan diberikan hadiah selepas kelas tamat. Langkah 4 (8 minit) 1. Murid diminta merujuk buku teks muka surat 71 ataupun e-Book. KB: Mentafsir maklumat KBF: Meneroka idea, membanding beza Nilai-nilai murni 1) Hormat menghormati 2) Keberanian 3) Kerajinan KBF: Membuat keputusan secara bijak MI: Verbal Linguistik, Kinestatik

1) Hormat menghormati 2) Keberanian 3) Rasional

2. Murid dipilih secara rawak untuk menjawab soalan berdasarkan buku teks tersebut. Prosedur Pelaksanaan

MI: Verbal linguistik, Interpersonal.

Elemen Pengurusan Pembelajaran Bestari/Kemahiran Generik MI: Verbal Linguistik

Catatan (Penerapan Nilai Murni/alam sekitar, Unsur Patriotisme dan BSPP) Nilai-nilai Murni 1) Bersyukur sebagai warga Malaysia 2) Kebebasan Unsur Patriotisme 1) Berbangga dengan kepelbagaian adat berziarah di Malaysia.

Penutup ( 5minit) 1. Seorang murid dipilh secara rawak untuk membaca dan mengetuai ikrar berkaitan berziarah amalan mulia. Bahawasanya saya sebagai salah seorang warganegara Malaysia, dengan ini akan sentiasa mengamalkan adab beziarah dalam kehidupan bermasyarakat, menghormati adab-adab kaum lain dan sentiasa mengekalkan semangat kekitaan tanpa mengira agama dan warna kulit 2. Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

Disediakan oleh: Maizatul Akmar Omar No Matrik: 5374 IPGM Kampus Sultan Mizan

Besut Terengganu 26 Julai 2009

LAMPIRAN 1

Masyarakat Melayu menggalakkan kunjung-mengunjung di antara jiran tetangga, sahabat-handai dan saudara-mara. Ini telah menjadi sebahagian daripada budaya kita. Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan salam dengan ucapan "Assalamualaikum".Semasa melawat ke rumah seseorang, pelawat biasanya menanggalkan kasut di depan pintu atau di panggal tangga. Adalah menjadi kebiasaan rumah Melayu , secara tradisinya, tetamu dan tuan rumah duduk bersila. Bagi orang lelaki duduknya bersilang kaki dan bagi orang perempuan bersimpuh. Jika duduk di kerusi ia adalah dianggap kurang sopan apabila seseorang itu bersilang kaki sehingga nampak tapak kaki, berlunjur lurus ataupun membuka kaki dengan luas Jika dihidangkan jamuan adalah tidak elok ia menolaknya walaupun ia kenyang. Semasa sampai dan apabila hendak balik ia harus bersalam dengan tuan rumah dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan dan selepas itu menyapu ke muka atau ke dada. Ia hendaklah menjamah sedikit hidangan itu. Lawatan ke rumah orang Melayu tidak harus dilakukan pada waktu senja kerana ketika itu waktu sembahyang maghrib.

Dalam masyarakat India, membuat kunjungan selok eloknya dilakukan pada yang sesuai. Misalnya jika membuat kunjungan bagi kali pertama dalam masa Tahun Baru ( Hindu ) atau mengunjungi rumah orang yang baru berpindah, kunjungan pada hari Ahad atau Selasa

atau Khamis adalah dilarang kerana hari itu dianggap kurang baik. Semasa memberi salam kaum India mengamalkan berbagai caranya tetapi cara yang biasa ialah merapatkan kedua tapak tangan dan mengangkatnya sehingga ke dada. Perbuatan itu sambil mengucapkan kata kata seperti Vanakkam ( Tamil ), Namaste ( Hindi ) dan Sastrigal ( Sokh ). Selain itu disertakan juga pertanyaan mengenai kesihatan atau keadaan keluarga, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. Sebelum masuk ke dalam rumah, kasut hendaklah dibuka dan ditinggalkan di luar pintu. Jika tuan rumah menghidangkan minuman atau kuih muih adalah kurang manis bagi pelawat menolaknya tanpa sebab munasabah. Ia hendaklah sekurang kurangnya menjamah sedikit. Apabila benda diberi atau diterima, pemberi atau penerima hendaklah menggunakan tangan kanan. Saya pergi hendaklah dielakkan kerana ertinya seolah olah pelawat itu tidak ingin datang lagi ke rumah itu. Yang baiknya pelawat mengatakan saya akan datang lagi waktu meninggalkan rumah itu. Biasanya tuan rumah mengiringi pelawat sampai keluar halaman rumah dan mengucapkan selamat jalan dan datang lagi sambil merapatkan kedua belah tangan dan mengangkatnya ke dada.

Semasa mengunjungi rumah kaum Cina, tetamu sebaik baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah. Minuman ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Dalam pada itu tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab sebab yang sangat penting.

You might also like