You are on page 1of 22

Ahli kumpulan (3): 1. Siti Nasuha Bt Che Shukor 2. Nur Azira Bt Azuani 3. Mohd Hanif B Zainaldin 4.

Mohd Fhayzul B Abdullah

Pada abad 20, penelitian bahasa tidak ditujukan kepada bahasa-bahasa Eropah sahaja, tetapi juga kepada bahasa-bahasa yang ada di dunia seperti di Amerika (bahasa-bahasa Indian), Afrika (bahasa-bahasa Afrika) dan Asia (bahasabahasa Papua dan bahasa banyak negara di Asia). Terdapat tiga orang tokoh yang sering dikaitkan dengan linguistik abad 20 iaitu Edward Sapir, Bloomfield, dan Ferdinand de Saussure.

Ferdinand Mongin de Saussure Bapa linguistik moden dan tokoh gerakan strukturalisme Dilahirkan pada 26 November 1857 di Geneva Belajar di Universiti Geneva, Universiti Liepzig, dan Berlin Tesis beliau berkaitan dengan The Primitive Vowel System in Indo-European Languages(Sistem vokal asli dalam bahasa-bahasa IndoEropah) Menerima sijil kedoktoran pada 1880

11 tahun sebagai pensyarah di Paris dalam bidang bahasa-bahasa kuno dan moden. Sambung mengajar di Universiti Geneva berkaitan dengan Sanskrit dan Indo-Eropah. Pada tahun 1906, beliau memulakan pengajarannya yang berkaitan dengan bidang Linguistik Umum. Meninggal pada 22 Februari 1913

Bahasa lisan lebih utama daripada bahasa tulis. Tulisan hanya merupakan sarana yang mewakili ujaran. Linguistik bersifat deskriptif, bukan preskriptif seperti tatabahasa tradisional. Para ahli linguistik bertugas mendeskripsikan bagaimana orang berbicara dan menulis dalam bahasanya, bukan memberi keputusan bagaimana seseorang seharusnya berbicara.

Penelitian bersifat sinkronik bukan diakronik seperti pada linguistik abad 19. Walaupun bahasa berkembang dan berubah, penelitian dilakukan pada kurun waktu tertentu. Bahasa merupakan suatu sistem tanda yang bersisi dua, terdiri dari signifiant (penanda) dan signifie (petanda). Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan kerana apabila salah satu berubah, yang lain juga akan berubah.

Bahasa formal mahupun tidak formal menjadi objek penelitian. Bahasa merupakan sebuah sistem perhubungan dan mempunyai struktur. Dibezakan antara bahasa sebagai sistem yang terdapat dalam akal budi penutur bahasa dari suatu kelompok sosial (langue) dengan bahasa sebagai manifestasi setiap penuturnya (parole).

Hubungan di antara asosiatif dan sintagmatis dibezakan dalam bahasa. Hubungan asosiatif atau paradigmatis ialah hubungan antara satuan bahasa dengan satuan lain kerana ada persamaan bentuk atau makna. Hubungan sintagmatis ialah hubungan antara satu pembentuk sintagma dengan mempertentangkan suatu satuan dengan satuan lain yang mengikuti atau mendahului.

Seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi (asal usul) Amerika pada awal abad ke-20. Menurut Sapir, psikologi dapat memberikan dasar ilmiah yang kuat dalam pengkajian bahasa. mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran dengan dari aspek psikologi (pemikiran manusia) Menurutnya, psikologi memberikan pengkajian bahasa dasar yang kuat dalam sains.

Dari kajian itu beliau berkesimpulan bahwa bahasa, terutama strukturnya,merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran manusia.

Sesuatu struktur bahasa itu menentukan struktur pemikiran manusia.

Manusia menyampaikan fikiran (idea), perasaan dan hasrat dengan menggunakan suatu sistem simbol-simbol yang arbitrari

Sapir: Tiada bahasa yang sempurna. Bahasa akan sentiasa berubah. ("The Language Drift." )

Kebanyakan bahagian bahasa yang berubah adalah bahagian yang terpenting dalam bahasa.

Masaalah Komunikasi interpersonal ialah kekurangan perkataan untuk mendiskriminasi atau menggunakan bahasa tubuh.

Pakar linguistik yang berasal dari Amerika beliau berpendapat bahwa berbahasa dimulai dari melahirkan pengalaman yang luar biasa, terutama sebagai penjelmaan dari adanya tekanan emosi yang sangat kuat. Beliau menerapkan teori psikologi behaviorisme dalam teori bahasa yang kini dikenal sebagai linguistik struktural atau linguistik taksonomi.

Bloomfield : an infant required language by imitating surrounding. Pemikiran Bloomfield sebenarnya berakar dari pikiran Plato tentang mimetic (meniru). Kemampuan berbahasa manusia adalah berbantukan dari alam (lingkungan keluarga dan masyarakat) manusia itu dibesarkan. Justeru Bloomfield terkenal dengan behaviorism. (kelakuan)

Teori linguistik Bloomfield adalah lambanglambang perilaku ucapan dan erti hubungannya yang dilaksanakan melalui ujaran.

Oleh itu, bahasa merupakan sekumpulan data yang mungkin muncul dalam sesebuah masyarakat.

Definisi bahasa (Bloomfield) bahasa terdiri daripada sejumlah isyarat yang berupa unsur-unsur vokal. Semua ujaran adalah bentuk tetapi tidak semua bentuk merupakan ujaran. Bentuk adalah pengenalan kumpulan fonem yang serupa (ciri-ciri rangsangan/gerak balas dalam perilaku ucapan).

Hasil analisis bahasa Bloomfield : menerangkan hakikat daripada hubungan bahagian bermula dari fonem-morfem-katafrasa-ayat. (juga dikenali sebagai linguistik taksonomi kerana mengkaji bahagian dengan terperinci).

htt ://humbud.ui -mala .ac.id/i dex. hp/li uistik-umum/ 3 -li uistikabadhttp://humbud.ui -mala .ac.id/i dex.php/li uistik-umum/ 3 -li uistikabad- ?f rmat=pdf http://adiel 7.bl spot.com/ _ _ 1_archive.html http:// .kampusislam.com/i dex.php?pilih= ews&mod=yes&aksi=lihat &id= 35 http://www.ikmyli uistic.co.cc/ / 3/li uistik-ilmu-da perubaha .html http://www.mnsu.edu/emuseum/information/biography/pqrst/sapir_edwar d.html http://www.nap.edu/readingroom.php?book=biomems&page=esapir.html http://en.wikipedia.org/wiki/ eonard_ loomfield http://en.wikipedia.org/wiki/ erdinand_de_ aussure http://sman2-brebes.sch.id/?page_id=1 http://eddysyahrizal.blogspot.com/2007/12/psikologisebuahpengantar.html

You might also like