You are on page 1of 7

Bahasa adalah amat penting dalam kehidupan seharian manusia.

Tanpa kita sedari bahasa juga yang membezakan di antara satu makhluk dengan makhluk yang lain. Contohnya perbezaan di antara manusia dengan haiwan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam linkungan satu kelompok manusia antara seseorang individu dengan individu yang lain. Terdapat pelbagai definisi bahasa menurut buku yang bertajuk Pedagogi Bahasa (Perkaedahan) yang ditulis oleh Kamarudin Hj. Husin. Di antara ahli-ahli sarjana yang terlibat dalam memberi pendapat mengenai definisi bahasa ialah Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana yang berbangsa Jerman. Beliau mengatakan definisi bahasa ialah satu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh lautform iaitu bentuk luaran manakala fikiran dibentuk oleh idenform iaitu bentuk dalaman. Daripada sintesis inilah terdapat pelbagai ujaran besar jumlah yang dapat diterbitkan. Selain daripada itu, pada abad ke-20, takrif bahasa yang diberi oleh Ferdinand De Saussure, seorang sarjana linguistik Swiss dalam buku yang sama seperti yang telah dinyatakan di atas , menyatakan bahawa bahasa adalah satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting iaitu gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya. Ia adalah seperti erti dan bayangan bunyi iaitu bersifat psikologi. Ini bermakna erti dan bunyi itu adalah tidak terpisah tetapi bergabung dalam satu rantaian ucapan menurut hukum-hukum tatabahasa. Selain daripada Ferdinand de Saussure, seorang lagi sarjana linguistik yang memberi pendapat berkaitan bahasa yang terkandung di dalam buku yang bertajuk Pedagogi Bahasa (Perkaedahan) iaitu, Charles F. Hockett. Beliau memandang bahasa dari sudut psikologi behaviurisme. Ini bermakna bahasa adalah satu sistem tabiat-tabiat yang sangat rumit. Manakala menurut John B. Carol di dalam buku yang sama seperti dinyatakan sebelum ini, Charles F.Hockett pula melihat bahasa dari sudut linguistik. Katanya, bahasa adalah satu sistem berstruktur daripada bunyi-bunyi vokal dan urutan bunyi-bunyi yang dipakai sewenangwenangnya atau digunakan untuk berkomuniksi oleh sekumpulan manusia. Pendapat yang diberikan oleh Bloch dan Trager mengenai bahasa di dalam buku seperti dinyatakan sebelum ini iaitu merujuk daripada buku yang bertajuk Pedagogi Bahasa (Perkaedahan) telah dihuraikan lagi oleh ahli-ahli psikolinguistik moden yang mendifinisikan bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unik yang dapat dimanupulasi oleh manusia untuk menghasilkan beberapa kalimat yang tidak terbatas berdasarkan unsur-unsur yang 1

terbatas untuk dipakai oleh manusia itu sebagai alat berkomunikasi dan mengumpulkan ilmu pengetahuan. Bahasa juga ditakrifkan oleh De Condilac seorang ahli falsafah yang berbangsa Perancis melalui buku yang sama menyatakan bahawa, bahasa berasal daripada teriakanteriakan dan gerak-geri badan yang bersifat naluri yang dibangkitkan oleh perasaan iaitu emosi yang kuat. Teriakan-teriakan emosi yang dikatakan sebelum ini kemudiannya berubah menjadi bunyi-bunyi yang bererti dan lama kelamaan menjadi semakin panjang dan rumit. Bahasa yang ditakrifkan oleh sarjana sebelum ini berbeza dengan pendapat yang diberikan oleh Sapir (1921:8) yang terdapat di dalam buku yang bertajuk Tulisan John Lyons yang telah diterjemahkan oleh Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi yang terdapat dalam internet. Buku itu mengatakan bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol yang lahir secara sedar. Di dalam petikan di atas juga menerangkan bahawa bahasa adalah sistem lambang bunyi suara yang digunakan oleh manusia dalam keadaan semula jadi. Menurut Chomsky pula bahasa ialah sejumlah ayat yang tidak terbatas, tetapi setiap ayat mempunyai panjang yang terbatas dan terbuat daripada sejumlah unsur elemen-elemen yang terbatas pula jumlahnya. Pendapat yang dikatakan oleh Chomsky sebelum ini adalah daripada buku yang bertajuk Teori Bahasa Implikasinya Terhadap Pengajaran tatabahasa yang ditulis oleh Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. Takrifan atau definisi bahasa yang dinyatakan sebelum ini di kaji oleh ahli linguistik. Mereka mengkaji bahasa-bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian. Ia tidak mengkaji bahasa isyarat seperti anggukan kepala, bunyi dengkuran dan sebagainya tetapi hanya meniliti dan mengkaji bahasa yang digunakan oleh manusia setiap hari yang mempunyai makna. Definisi bahasa yang terdapat daripada Wikipedia yang terdapat dalam internet pula terdapat sebuah esei yang bertajuk Essay on Language (1978:158), dari esei ini Hall menegaskan bahawa bahasa ialah institusi untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui simbol-simbol lisan pendengaran yang arbitrari mengikut ayat. Di dalam linguistik umum yang terdapat di dalam internet juga menakrifkan bahasa sebagai lambang bunyi oral yang arbitrari yang digunakan oleh sekelompok manusia atau masyarakat sebagai alat komunikasi.

Menurut Kamaruddin Haji Hussin (1995:1) di bawah tajuk Pengantar Pengajian Bahasa mengatakan bahawa bahasa merupakan wahana komunikasi yang digunakan untuk menyatakan pelbagai hal, aspek, bidang dan peristiwa. Manakala menurut Sapir (1921:8) pula berpendapat bahawa bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi dan keinginan melalui ciptaan-ciptaan simbol yang lahir secara sedar. Daripada definisi dan takrifan yang dibuat oleh beberapa sarjana di atas dapatlah dinyatatakan bahawa bahasa dikaji oleh ahli linguistik. Oleh yang demikian menurut J.Lyons (1968:1) di dalam buku Linguistik Am, mengatakan linguistik ialah bidang mengkaji bahasa secara saintifik. Kajian saintifik yang dinyatakan sebelum ini ialah kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Selain daripada itu, di dalam petikan yang terdapat dari sumber internet, iaitu Matthews (1997), menyokong linguistik ditakrifkan sebagai ilmu bahasa. Manakala menurut Aitchison (1987:19) daripada buku yang bertajuk Bahasa, Konsep, Fungsi dan Penguasaannya oleh Penutur mengatakan linguistik ialah satu bidang yang bersifat saintifik. Linguistik ini mengkaji aspek-aspek bahasa secara empiris atau secara bersistem. Menurut beliau juga linguistik dapat ditakrifkan sebagai satu penyelidikan sistematik tentang bahasa. Selain daripada takrifan yang diberikan oleh Aitchison (1987:19) mengenai linguistik, terdapat juga pendapat lain dari sarjana linguistik iaitu seperti daripada Adrian Akmajian et al. Merujuk dalam buku Linguistik Pengantar Bahasa dan Komunikasi mengatakan bidang linguistik ialah suatu kajian saintifik mengenai bahasa tabii manusia. Ini bermaksud linguistik adalah bidang kajian yang menarik yang sedang berkembang dan ia memberikan kesan yang penting terhadap bidang lain yang berlainan antaranya ialah pengajaran bahasa dan psikologi kognitif. Buku ini merumuskan juga linguistik berkait dengan sifat bahasa dan komunikasi. Merujuk daripada buku yang bertajuk Pengenalan Linguistik Teoreteris yang ditulis oleh John Lyons pula ialah penulis mengatakan linguistik didefinisikan sebagai kajian bahasa secara saintifik. Kajian bahasa secara saintifik ini bermakna kajian itu dilakukan dengan cara pengamatan yang terkawal dan dapat diuji kebenarannya dengan membuat rujukan kepada beberapa teori umum struktur bahasa.

Berlainan pula dengan keterangan yang diberikan oleh Wikepedia Ensiklopedia Bebas yang terdapat di dalam internet mengenai Linguistik. Di dalam Wikepedia Ensiklopedia Bebas linguistik ialah mengkaji perspektif teori yang berbeza dalam bahasa manusia secara mendalam dan rencana mengenai linguistik adalah rencana pengenalan yang berguna tentang bahasa. Di dalam artikel yang berlainan yang terdapat didalam internet juga menyatakan bahawa linguistik juga dikatakan sebagai kajian ilmiah tentang bahasa manusia. Oleh itu, kajian linguistik berkait rapat dengan teori. Definisi teori di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa teori bermaksud pendapat atau bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya iaitu yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Teori yang dikatakan oleh Chomsky antaranya ialah Teori Mentalis. Menurut buku yang bertajuk Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa, Chomsky mengatakan bahawa bahasa adalah sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh satu proses dalam otak. Ini bermakna bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan semula jadi manusia. Chomsky mengatakan individu atau manusia dilahirkan bersama-sama alat penguasaan bahasa yang membolehkan mereka menguasai bahasa. Kebolehan yang dikatakan di sini menurut buku Pedagogi Bahasa (Perkaedahan) dinamakan jentera pemerolehan bahasa. Chomsky juga berkata di dalam buku di atas, kanak-kanak menguasai bahasa pertamanya bukan melalui proses pembelajaran tetapi dengan cara memperoleh. Memperoleh yang dikatakan sebelum ini adalah seperti seorang kanak-kanak yang diasuh dan dijaga oleh ibunya sendiri yang mengamalkan bahasa sebagai alat komunikasi. Bahasa yang dipilih oleh ibunya adalah bahasa Melayu. Ibunya menggunakan bahasa melayu sebagai alat berkomunikasi dengan anaknya. Di sebabkan oleh daripada pendedahan bahasa Melayu oleh si ibu kepada anak tersebut menyebabkan anaknya akan terdedah dengan bahasa Melayu. Oleh yang demikian kesan daripada pendedahan itu kanak-kanak tersebut akan mahir bertutur dalam bahasa Melayu tetapi bukan dalam bahasa lain seperti bahasa Tamil, bahasa Mandarin dan sebagainya. Ini kerana kanak-kanak tersebut sudah didedahkan sejak awal dengan bahasa Melayu berbanding dengan bahasa-bahasa lain yang terdapat di Negara ini. Huraian dan contoh kanak-kanak yang telah dihuraikan di atas, disokong oleh Awang Mohammad Amin (1979) di dalam buku Pedagogi Bahasa (Perkaedahan), mengatakan ramai penyelidik bahasa berpendapat bahawa jangka masa di antara satu hingga lima tahun umur seseorang kanak-kanak adalah masa penguasaan bahasa yang paling kritikal dan pada ketika 4

itu kanak-kanak sangat mudah menerima pengaruh bahasa pertama yang didedahkan kepada mereka. Teori yang dinyatakan di atas oleh Chomsky, juga dihuraikan di dalam buku yang berjudul Pengajian Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Ab. Rahman Ab. Rashid menceritakan juga mengenai teori mentalis iaitu Chomsky dan rakan-rakannya yang menyokong beliau memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap unsur-unsur yang terpendam di dalam diri manusia. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pendedahan kepada penggunaan bahasa merupakan peluang kepada manusia untuk mengaplikasikan keupayaan semula jadi mereka untuk merumus dan membentuk hukum-hukum nahu bahasa mengikut sistem bahasa yang diperoleh oleh dari persikitaran mereka. Berdasarkan contoh teori yang diperkenalkan oleh Noam Chomsky seperti yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dikatakan bahawa bahasa adalah bahan kajian yang dikaji oleh ahli linguistik. Ahli linguistik tersebut menggunakan teori untuk mendapatkan hasil kajian mengenai bahasa manusia yang digunakan di dalam kehidupan seharian manusia agar dapat dibuktikan kesahihannya. Selain daripada itu dapatlah dirumuskan bahawa bahasa juga dikatakan berkait rapat antara linguistik dan teori kerana bahasa adalah penting di dalam kehidupan seharian manusia.

Rujukan : Abdullah Hassan, 2007. Linguistik dan Perkembangannya dalam Linguistik Am, Kuala Lumpur : PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd.. Ab. Rahman Ab. Rashid, 1997. Psikolinguistik dalam Pengajian Bahasa Melayu 1, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn Bhd. Adrian Akmajian et al., 1995. Apakah Linguistik dalam Linguistik Pengantar Bahasa dan Komunikasi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. John Lyons, 1993. Linguistik : Kajian Saintifik Bahasa dalam Pengenalan Linguistik Teoreteris, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin,1997. Teori Permeolehan Bahasa dalam Pengajian Melayu 1 : (Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa), Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd ___________________, 2001. Ilmu Psikolinguistik dalam Pedagogi Bahasa (Perkaedahan) , Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. ___________________, 2001. Pemerolehan Bahasa dalam Pedagogi Bahasa (Perkaedahan), Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2003.Teori-Teori Huraian Bahasa dalam Teori Bahasa Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tuanmat.tripod.com/ragamkaunseling.html www.brunet.bn/news/pelita/09mei/sasbuday.htm http://ms.wikipedia,org/wiki/Bahasa http://baoule.multiply.com/journal.

You might also like