You are on page 1of 15

HJ WAN MUSA

HAJI Oleh Nik Abdul Aziz Haji Nik Hassan WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD: TOKOH ISLAH DI KELANTAN

Kelantan di antara tahun 1870 sehingga 1940 dikenali sebagai Serambi Mekkah. Maksud Serambi Mekkah di sini ialah suatu lokaliti atau negeri yang menganjurkan pelajaran atau pembelajaran Islam kepada pelajar-pelajar agama di alam Melayu sebelum mereka pergi mendalami ilmu agama di Mekkah. Dalam period inilah muncul ramai ulama-ulama di negeri ini. Ulama-ulama ini pada umumnya terdiri daripada anak-anak tempatan. Sebilangan besar di kalangan mereka mendapat pendidikan di Mekkah. Di samping itu terdapat juga beberapa ulama-ulama yang berhijrah ke negeri ini. Ada di kalangan mereka datang daripada benua Arab dan India. Kelantan dalam periodisasi ini juga sudah diduduki oleh kuasa Inggeris. Wujud institusi penasihat Inggeris mulai tahun 1909 selepas termeterinya Perjanjian Bangkok. Dari segi defaktonya Penasihat Inggeris ini mempunyai kuasa memerintah negeri melalui wibawa Sultan dan Pembesar-Pembesar Melayu.

Kedatangan kuasa Inggeris mewujudkan secara rasmi dualisma kuasa dalam pengurusan dan pentadbiran negeri. Pentadbiran birokrasi negeri secara defaktonya berada di bawah telunjuk kuasa Inggeris berkuasa dalam kesemua pengurusan dan pentadbiran hal ehwal negeri mencakupi persoalan pentadbiran politik, ekonomi dan sosial (tidak termasuk pentadbiran agama mengikut persepsi masyarakat Melayu). Manakala kewujudan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri pula hanya berkuasa dalam soal Zakat Fitrah, BaitulMal, Harta Wakaf, Sekolah-Sekolah Agama dan lain-lain aspek serpihan yang tertakluk kepada kehendak kuasa Inggeris dan kebetulan pula bersamaan dengan persepsi Melayu.

Demikianlah ruang lingkup bidang kuasa secara rasmi yang menjadi tanggung jawab ulama-ulama dan masyarakat Islam. Menariknya dengan ruang lingkup demikian tidak pula menimbulkan sebarang kebangkitan dan tentangan daripada ulama-ulama secara terbuka terhadap kuasa Inggeris. Memang sebelum daripada kemasukan kuasa Inggeris ke negeri ini fenomena-fenomena yang sama sudahpun wujud dalam masyarakat negeri ini. Di mana segala hal ehwal politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial dikuasai oleh Raja dan Pembesar-pembesar Melayu. Manakala pentadbiran agama sebagaimana yang diserahkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu selepas kemasukan kuasa Inggeris dirujuk kepada pemimpin-pemimpin agama dan ulama-ulama. Pun demikian kadangkala kemahuan pihak Inggeris boleh mengatasi kehendak-kehendak ulama. Wujudnya fenomena demikian baik sebelum mahupun selepas kedatangan kuasa Inggeris ialah kerana worldview ulama-ulama itu sendiri tentang Islam. Kalau ada pun elemen-elemen politik dalam agama, dari segi pengurusannya tetap terserah kepada Raja dan Pembesar-pembesarnya. Kebangkitan Tok Janggut di Pasir Puteh menentang kuasa Inggeris dalam Tahun 1915 pula pada asasnya bukan berpunca daripada keseluruhan worldview Al Quran itu sendiri, akan tetapi lebih kepada persoalan tidak mahu dikuasai oleh kuasa kafir Inggeris menguasai pentadbiran negeri dan jajahan melalui sistem cukai dan lain-lain. Dalam suasana worldview ulama-ulama dan masyarakat

umum demikian mulai awal abad ke 20 sudah mengalir secara terbatas pemikiran ulama-ulama Islah ke negeri ini melalui majalah-majalah dan akhbar-akhbar mereka, iaitu Al Urawatul Wuthqo, Al Manar, Al Imam, saudara Neraca dan lain-lain.

Pada umumnya ekonomi masyarakat Negeri Kelantan dalam zaman ini ialah ekonomi subsistance atau ekonomi sara diri, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Pun demikian cash economy sudah wujud akan tetapi dalam bentuk yang terbatas. Sebagaimana masyarakat Melayu abad ke 19, keadaan sosial masyarakat Melayu Kelantan dalam period ini masih lagi termasuk dalam istilah masyarakat yang tertutup (close society). Darah memain peranan penting dalam menentukan kedudukan seseorang dalam susun lapis masyarakat. Aspek achievement walaupun wujud akan tetapi berlaku dalam ruang yang tertentu. Mobiliti menegak seseorang dalam sosial stratifikasi masyarakat hanya berlaku kerana kejayaannya dalam pengajian seperti tamat belajar di Mekkah. Mereka yang tamat belajar dan kemudian dikenali alim boleh mengalami peningkatan kedudukan sosialnya daripada menjadi orang biasa kepada strata middle class elite lebih -lebih lagi apabila mereka berkahwin dengan anak-anak elit. Umumnya pendidikan agamalah yang mendominasi sistem pendidikan masyarakat Kelantan dalam periodisasi ini. Dari segi pembangun an dan network hubungan dagangan di Tanah Semenanjung, Kelantan selepas pendudukan Kuasa Kolonial Inggeris di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tidak merupakan negeri yang significant. Justeru kerana itu negeri ini menjadi kawasan terpencil dalam konteks hubungan dengan luar negara. Memang wujud penghijrahan orang-orang asing dari luar ke negeri ini dalam abad 18, 19 dan 20, akan tetapi penghijrahan itu berlaku secara kecil-kecilan. Perhubungan dengan luar negeri pula pada umumnya ialah melalui jalan laut iaitu bermula dengan kapal layar dan kemudiannya ialah dengan kapal-kapal enjin. Hubungan darat pula wujud selepas lama kemasukan kuasa Inggeris apabila wujudnya jalan kereta api dari Palekbang, Tumpat ke Singapura. Jalan-jalan raya hanya wujud sekadar untuk pergi ke Kuala Terengganu. Khabarnya jalan raya ke Kuala Terengganu sangat merbahaya kerana terlalu kecil di celah-celah bukit bukau dan hutan rimba yang tebal. Perhubungan surat menyurat melalui sistem Pejabat Pos sangat lembab dan lewat.

Latar

Belakang

dan

Perwatakan

Haji

Wan

Musa

Dalam senario Kelantan yang demikianlah Haji Wan Musa dilahirkan, dibesarkan dan mengalami liku-liku perjuangan hidupnya sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau adalah anak yang ketiga kepada Haji Abd Samad bin Mohd Salleh (Tuan Tabal) daripada tujuh adik beradik (anak Tuan Tabal yang pertama sehingga ke lima datang daripada satu ibu bernama Tok Wan Som isteri Tuan Tabal yang pertama manakala anak yang ke enam dan yang ke tujuh datang daripada isteri Tuan Tabal yang kedua bernama Che Baru). Tok Wan Som selaku ibu kepada Haji Wan Musa pula ialah anak seorang pembesar negeri yang rapat dengan pihak istana dan berpengaruh dikenali dengan panggilan Tok Semian (jurutulis).

Ayahanda Haji Wan Musa, Tuan Tabal ialah seorang ulama yang masyhur kealimannya di Kelantan (Tuan Tabal (1840-1891) terkenal alim dalam bidang Tasawuf, Feqah dan Usulluddin. Beliau ialah pengasas Tariqat Ahmadiyah di Negeri Kelantan dan menulis sejumlah 6 buah kitab). Selaku anak kepada seorang ulama tempatan yang terkenal, Haji Wan Musa banyak mendapat pendidikan

daripada ayahandanya dalam bahasa Arab, Tasawuf, Usuluddin, Feqah dan kuat mengamal Tariqat Ahmadiyah. Semasa usia mudanya lagi Haji Wan Musa kuat berdisiplin, kuat beribadah dan kuat mentelaah kitab-kitab agama. Mewarisi tradisi ayahandanya selaku seorang sufi beliau banyak menghabiskan diri pada waktu malam berkhalwat (bersendirian) dan bertawajuh kepada Allah S.W.T. dan melatihkan hidup sebagai seorang zuhud.

Selepas peninggalan ayahandanya dalam tahun 1891 selaku anak yang ketiga dan dalam lingkungan umur 18 tahun, beliau mengambil alih peranan ayahandanya sebagai penjaga kepada adik-adiknya yang masih muda dan kecil. Dalam masa ini beliau beberapa kali berulang alik ke Mekkah. Semasa di Mekkah beliau banyak berguru dengan Haji Wan Ahmad bin Mohd Zain bin Mustapha al Petani. Khabarnya di bawah bimbingan Haji Wan Ahmad bin Mohd Zain bin Mustapha al Petani ini beliau sedikit sebanyak terdedah kepada bidang siasah dan membaca surat khabar. Sekembali ke Kelantan dengan bertujuan untuk tinggal kekal dan berkhidmat di negeri ini beliau tiga kali berganti-ganti mengalami alam perkahwinan. Perkahwinannya yang ketiga dan yang terakhir dengan Nik Zainab binti Nik Yahya kekal sehingga akhir hayatnya. Melalui perkahwinan ini beliau di anugerahkan dua belas cahaya mata. (Nama-nama anak-anaknya ialah Nik Fatimah, Nik Abdullah, Nik Aishah, Nik Muhd Sidki, Nik Aminah, Nik Khatijah, Nik Mahmud, Nik Abdul Rahman, Nik Khalsum, Nik Muhd Salleh, Nik Muhd Muhiyideen, Nik Salamah). (Sebelum daripada itu Haji Wan Musa ada berkahwin dengan dua wanita, lepas satu perkahwinan kepada yang satu lagi perkahwinan, akan tetapi keduadua perkahwinan itu dalam masa yang berbeza-beza singkat. Khabarnya kerana tidak ada kesesuaian peribadi di antara mereka).

Dalam masa perkahwinan dengan Nik Zainab inilah Haji Wan Musa membina sebuah surau yang seterusnya dikenali dengan nama Surau Haji Wan Musa. Selepas pembinaan surau ini ramai muridmuridnya membina pondok-pondok sebagai tempat tinggal mereka semasa berguru dengan Haji Wan Musa. Sebahagian besar daripada anak-anak muridnya terdiri daripada anak-anak tempatan. Di samping itu ada juga anak-anak murid beliau yang datang daripada Thailand, Kemboja, Vietnam, negeri-negeri lain di Tanah Melayu dan Pulau Jawa. Selaku seorang guru, beliau kuat disiplin muridmuridnya dan pongoh, sekiranya didapati anak -anak dan murid-muridnya tidak berdisiplin dan malas belajar. Beliau tidak teragak-agak untuk memukul mereka dengan rotan. Di katakan selain daripada beliau kuat beribadah pada waktu malam, beliau kuat membaca kitab-kitab dan majalahmajalah dan selalu pula mengajar pada wkatu pagi, petang dan awal malam.

Di samping sebagai seorang pendidik beliau juga suka berfikir dan berusaha mendapat kitab-kitab baru daripada Mesir dan Mekkah demi mencari kebenaran tentang sesuatu perkara. Beliau juga tidak teragak-agak untuk berhubung dengan ulama-ulama besar di Mesir dan Mekkah apabila ada kemushkilan agama demi untuk mendapat kepastian tentang sesuatu perkara. Apabila beliau yakin tentang sesuatu perkara beliau tidak segan-segan untuk mengemuka dan mempertahankan keyakinan itu walaupun terpaksa menghadapi tentangan dan kemarahan daripada ulama-ulama, pembesarpembesar hatta Sultan itu sendiri. Justeru kerana itu beliau sedia mengorbankan kedudukannya sebagai Mufti apabila beliau tidak bersetuju dengan kehendak Sultan Muhammad IV atas kes harta pusaka Engku Embong dengan Tengku Putri (Haji Wan Musa yang menjadi Mufti Negeri Kelantan 1908 1916 telah diserahkan oleh Sultan untuk menyelesaikan kes harta antara Engku Embong dengan Tengku Putri Sila lihat kes ini pada Lampiran I).

Tiga

Tahap

Perkembangan

Intelektualisma

Haji

Wan

Musa

sebagai

Ulama

Islah

Dalam senario kejumudan budaya masyarakat Negeri Kelantan, dalam senario establishment agama negeri itu di ketuai oleh ulama-ulama konservatif yang bertaqlid kepada kitab Fekah Shaffiyah, Haji Wan Musa dengan sifat perwatakan yang disebut tadi telah mengalami tiga tahap perkembangan penting dalam mindanya dan akhirnya ke arah merealisasikan idealisma Islahnya secara totaliti. Tahap perkembangan ini berlaku secara natural dan beransur-ansur. Daripada asas hidup sufinya semata-mata akhirnya membawa kepada kemuncak minda dan jiwanya sebagai pendokong Tariq Shah Waliullah al Dihlawi yang menganjurkan suatu worldview Islam yang mencakupi yang mana aspek sufinya menjadi salah satu aspek penting dalam kefahaman tadi. (Haji Wan Musa menerima pengajaran Tariq Shah Waliullah al Dihlawi ini menerusi anaknya Haji Nik Abdullah). (Sila lihat penjelasan tentang hal ini dalam kertas kerja ini seterusnya). Tariq Shah Waliullah al Dihlawi ialah suatu jalan ilmu yang bermula dengan Shah Waliullah al Dihlawi (1703 1762). Jalan ilmu yang diasaskan oleh beliau ini ialah kearah kembali kepada sumber asli Islam iaitu Al Quran dan Al Hadith melalui metodologi-metodologi tertentu dan kemudian membawa maksud Al Quran kepada tiap-tiap ruang dan masa dengan mengambil kira budaya masyarakat yang dihadapi. Pandangan-pandangan ulama-ulama baik yang muthakadimin dan yang mutaakhirin yang otoritas dalam kesemua bidang ilmu akan diperhitungkan dalam membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu perkara. Skop pengajaran ulama-ulama dalam tariq ini mencakupi dalam kesemua spektrum hidup manusia. Pendekatan tariq ini dalam menyelesaikan perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara ialah secara talfiq (mencari titik pertemuan diantara yang berbeza).

Tahap

Pertama

Melalui didikan dan disiplin ayahandanya Tuan Tabal, seorang sufi, Haji Wan Musa dan adik beradik yang lain dibesarkan dalam keadaan demikian. Justeru kerana faktor demikian beliau kuat beribadah, beruzlah dan cuba mengalami kehidupan secara zuhud. Amalan Tariqat secara beramai-ramai di surau ayahandanya dan disurau beliau sendiri kemudiannya menjadi suatu kebiasaan sebagai metode ke arah jalan ketuhanan yang maha tinggi dalam merealisasikan aspek-aspek Doktrinal Tasawufnya. Seperti ayahandanya beliau kuat mendokong Doktrins Wahdatul Wujud.

Beliau memandang tinggi keilmuan dan amalan tasawuf ayahandanya. Oleh yang demikian seterusnya selepas ketiadaan ayahandanya beliau selalu nostalgia dengan zaman ayahandanya itu. Justeru kerana itu apabila Haji Muhd Said Linggi datang dari Negeri Sembilan dan tinggal sementara di Kelantan dalam penghujung abad ke 19 sehingga awal abad ke 20, beliau pada suatu ketika mendampingi ulama ini. (Haji Muhd Said Linggi ialah sahabat Tuan Tabal semasa di Mekkah dan berguru dengan sahabat Tuan Tabal, Sheikh Muhd Dendrawi dalam bidang Tasawuf dan Tariqat Ahmadiyah). Demikian juga seterusnya apabila Sidi Azahari datang ke Kelantan dari benua Arab lebih kurang di antara tahun 1916 1920an beliau bersama adiknya Haji Wan Abdullah (seorang ulama dan memegang jawatan Khatib Masjid Besar Muhammadi pada masa itu) dan Haji Ahmad Manan (seorang ulama) bersama-sama dengan pengikut masing-masing mewakafkan kepada Sidi Azahari

sebuah surau dan tempat tinggal di Kampong Laut demi untuk membolehkan Sidi Azahari mengajar dan menjadi Sheikh tariqat di situ.

Walau bagaimanapun kemudiannya timbul konflik di antara Haji Wan Musa dengan Sidi Azahari, Haji Wan Abdullah dan Haji Ahmad Manan seterusnya. (Sila lihat konflik ini pada Lampiran I). Sepanjang hayat Haji Wan Musa walaupun seterusnya beliau terpengaruh dengan beberapa aspek pemikiran Jamaluddin Al Afghani, Muhd Abduh, Rashid Reda dan ulama-ulama kaum muda di Tanah Melayu beliau terus mempertahankan fahaman dan amalan Tasawufnya sehingga akhir hayat. Worldview Haji Wan Musa dalam ilmu Fekah dalam tahap ini sebagaimana juga ulama-ulama lain di Kelantan yang semasa banyak terdedah kepada kitab-kitab Fekah Shaffiyah. Cuma mungkin berbeza dengan beberapa ulama lain yang semasa di Negeri itu beliau cuba menggabung jalinkan di antara disiplin Fekah dengan disiplin Ehsan Tasawuf dalam persepsi dan pengamatan beliau. Prinsip akhlak yang difahami oleh Haji Wan Musa pada tahap ini ialah prinsip akhlak yang simple dan straight forward. Pada beliau kemuliaan seseorang manusia ialah manusia yang bertauhid, kua t beribadah, tunai tanggungjawab secara simple kepada anggota keluarga, jiran tetangga, tolong menolong di antara manusia, hidup secara sederhana, berdisiplin berasaskan kepada budaya Melayu. Persoalan fenomena sosial yang bobrok pada masa itu, hidup manusia yang bertaraf-taraf berasaskan kepada darah keturunan, ketidakadilan masyarakat atasan dan pemerintah terhadap kehidupan masyarakat umum dan persoalan hak asasi manusia tidak nampak menjadi isu perjuangannya secara terbuka. Beliau sentitif dan marah dengan cara hidup mengikut gaya barat seperti pakai topi, berseluar pendek dan berstoking mengikut gaya pegawai barat, minum di kedai-kedai kopi, menghadiri di kelab-kelab sebagaimana yang menjadi kebiasaan pegawai-pegawai birokrat dan berbojeng (maksud berbojeng di sini ialah gunting rambut sebagaimana yang kita amalkan sekarang). Atas dasar inilah beliau menolak salah seorang pembesar Melayu yang pula bersaudara di sebelah isterinya untuk meminang dan berkahwin dengan salah seorang anak perempuannya. Kesemua menantu lelakinya terdiri daripada ulama dan orang-orang biasa yang suka pergi ke surau dan masjid. Walau bagaimanapun selepas Haji Wan Musa didedahkan kepada pemikiran anaknya Haji Nik Abdullah mengikut Tariq Shah Waliullah al Dihlawi dalam penghujung hidupnya (iaitu penulis kategorikan dalam tahap ketiga) persepsi dan pengamatan beliau mulai berubah dalam aspek ini. Beliau selepas ini mulai melihat prinsip akhlak dengan lebih kompleks yang membawa implikasi kepada keadilan sikap dan diri secara komprehensif ke arah keadilan politik, ekonomi dan sosial serta melihat ibadah dalam pengertian yang komprehensif baik berbentuk ritualistik mahu pun berbentuk khidmat-khidmat kemasyarakatn secara integrated di bawah paksi tauhid. Beliau juga cuba didedahkan oleh anaknya Haji Nik Abdullah supaya membezakan antara aspek budaya dan agama. Salah satu tujuan turunnya agama ke muka bumi ini ialah untuk mereformasikan aspek-aspek budaya yang negatif yang ada dalam tiap-tiap budaya tanpa mengubahkan asas-asas hidup sesuatu budaya itu selagi asas-asas itu tidak bercanggah dengan prinsip tauhid. Demikian antara prinsip perjuangan ulama-ulama tempatan Tariq Shah Waliullah al Dihlawi di Kelantan seterusnya.

Tahap

Kedua

Kegemaran Haji Wan Musa membaca majalah-majalah ulama-ulama Islah seperti Al Manar, Al Urwathulwutqo, Al Iman, Neraca dan Saudara mulai awal abad ke 20, secara beransur-ansur mengubah worldview dan minda beliau. Walau pun masih tidak nyata akan tetapi daya pandangannya mulai melihat keluasan pengajaran Islam itu sendiri. Jiwa dan akal beliau mulai melihat tiap-tiap pembacaan dan pengajian yang beliau alami terutama dalam fekah secara kritikal. Pun demikian dalam soal tasawuf dan amalan Tariqat beliau tetap beristiqamah sampai ke akhir hayat. Gabungan disiplin Tasawuf dan pendedahan kepada pemikiran ulama-ulama Islah di sertai dengan sifat perwatakan beliau itu sendiri, memberi stamina kepada beliau untuk menerokai dan mengembara secara spiritual dengan lebih jauh dan mendalam lagi tentang soal agama. Beliau mulai melihat peri pentingnya kita kembali melalui kaedah-kaedah tertentu kepada Al-Quran dan Al Sunnah dalam mencari hakikat kebenaran agama. Beliau berpandangan bahawa tanpa kaedah atau metodologi dalam memahami Al-Quran dan Al sunnah umat Islam tidak boleh maju dalam dunia. Hakikat ini dapat dilihat dengan kata-kata beliau sebagaimana yang tertera dalam suatu terjemahan suratnya kepada Maulana Ubaidullah al-Sindhi yang pada masa itu berada di Mekkah seperti di bawah ini:

Al-hamdulilllah dengan berkat tujuan saya kepada wajah Allah. Dia telah menganugerahkan perkara itu (metodologi untuk mentafsir Al-Quran) kepada Abdullah (anaknya yang bernama Hj. Nik Abdullah). Itu merupakan limpah kurnia daripada Allah S.W.T. Walaupun begitu saya belum berputus asa dari keluasan rahmat Allah dan kemurahannya supaya dikurniakannya kepada saya dan kepada anak-anak saya yang lain juga. Kerana saya berpendapat bahawa kemunduran Islam dan Muslimin tidaklah berlaku melainkan dengan sebab meninggalkan kitab Allah S.W.T. dan Sunnah Rasulnya S.A.W Oleh yang demikian saya berharap dari kemurahan tuan kiranya tuan ada waktu yang lapang dan tidak pula mengganggu ketenteraman hati tuan sudi kiranya menyatakan kepada saya dengan ringkas cara memahami Al-Quran Nul Azim dan memikirkan mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada saya dengan perantara tuan yagn mulia. Maka saya akan berkejayaan besar dan sangat harap Allah yang maha pemurah akan memberi balasan yang besar kepada tuan. (surat ini diterjemahkan dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu oleh Hj. Nik Muhyideen Hj. Wan Musa, bekas Pengetua Kolej Islam Kelang)

Oleh yang demikian sebagai pendidik beliau menasihati anak-anak dan murid-muridnya supaya mendalami ilmu bahasa Arab dan berbagai-bagai disiplin ilmu dan seterusnya apabila pergi ke Mekkah nanti carilah ulama-ulama yang benar-benar tahkik (mendalam) dalam ilmu al-Quran dan alHadith. Justeru kerana itu pendekatan beliau terhadap ilmu Fekah mulai berubah dan berbeza dengan ramai ulama-ulama lain di Kelantan pada masa itu. Oleh yang demikian tidak hairanlah seterusnya beliau banyak berbeza pendapat dengan ulama-ulama lain yang semasa. Bertolak daripada idealisma demikianlah anak-anak beliau di samping di didik dalam disiplin Tasawuf, Fekah, Usuluddin dan bahasa Arab oleh beliau sendiri, beliau menghantar kesemua anak-anak lelakinya berguru dengan Tok Kenali dalam bahasa Arab dan Tok Khurasan dalam ilmu Hadith, falsafah, fekah Hanafiyah, Mantiq dan Tafsir, sebagai persediaan sebelum pergi mendalami ilmu di Mekkah. (Tok Kenali terkenal mahir dalam bahasa Arab di kalangan penadah-penadah kitab di Negeri Kelantan pada masa itu. Tok Khurasan pula ialah seorang ulama yang berasal daripada benua India dan

mendapat pendidikan di Darul Ulum Deoband, India. Beliau berhijrah ke Kelantan pada awal abad ke 20 sambil menjual kain. Beliau terkenal alim dalam ilmu Hadith, Tafsir dan Falsafah di Kelantan pada masa Tahap itu). Ketiga

Hasrat dan cita-cita Haji Wan Musa untuk melahirkan generasi baru yang memahami Al-Quran dan Al-Sunnah berkesampaian apabila anak lelaki sulungnya Haji Nik Abdullah bertermu dan berguru dengan Hakimul Hindi Maulana Ubaidullah al Sindhi mengikut Tariq Shah Waliullah al Dihlawi di Masjidil Haram Mekkah. (Maulana Ubaidullah al Sindhi ialah seorang ulama yang disebut otoritas dalam Tariq Shah Waliullah al Dihlawi d India dalam penghujung abad ke 19 sehingga akhir hayatnya dalam tahun 1945. Beliau ialah salah seoarang ulama yang diburu oleh penjajah Inggeris sebelum India mencapai kemerdekaan. Justeru kerana itu beliau hidup berpindah randah. Dari India beliau lari ke Kabul Afghanistan, kemudian ke Moscow Russia, seterusnya ke Turki dan akhirnya beliau pergi ke Mekkah. Di sinilah beliau bertemu dengan Haji Nik Abdullah dalam tahun 1930. Kemudian beliau mengajar Haji Nik Abdullah mengikut Tariq Shah Waliullah al Dihlawi selama 4 tahun). Semasa Haji Nik Abdullah berguru dengan Maulana Ubaidullah al Sindhi di atas Tariq Shah Waliullah al Dihlawi, beliau kerap kali berhubung dengan Haji Wan Musa ayahandanya di Kelantan melalui surat menyurat. Menariknya hampir keseluruhan perhubungan surat menyurat ini di antara ayah dan anak berkisar di sekitar persoalan ilmu. Tajuk-tajuk perbincangan di antara mereka berdua ini menyentuh persoalan Tasawuf, dan Wahdatul Wujud, method kembali kepada Al-Quran dan Al Hadith, Falsafah dan reformasi fekah. Ada juga sekali sekali secara sepintas lalu disentuh soal politik semasa serta soal fardhu ain dan fardhu kifayah.

Adakalanya Haji Wan Musa mengemukakan persoalan-persoalan. Manakala Haji Nik Abdullah menjelaskan secara mendalam tentang sesuatu perkara. Selepas tiap-tiap bulan berkomunikasi selama empat tahun di antara tahun 1931 sehingga tahun 1934, walaupun penjelasan Haji Nik Abdullah pada umumnya menyakinkan ayahandanya itu akan tetapi sekali sekala terdetik juga di fikiran Haji Wan Musa akan kebenaran pengajian anaknya itu. Khabarnya suatu petang Haji Wan Musa yang sedang lena tidur kerana sedikit keuzuran tiba-tiba pantas bangun dan terus mencapai kalam atau pensil dan sekeping kertas lalu menulis dan dinamakan oleh beliau tulisan itu bertajuk Bisharah. Intisari kandungan Bisharah itu ialah: Rasulullah S.A.W. mengesahkan melalui mimpi bahawa ilmu yang dipelajari oleh anaknya Haji Nik Abdullah di atas Tariq Shah Waliullah al Dihlawi ialah ilmu yang betul yang diajarkan oleh Baginda kepada para sahabat semasa di Madinah dahulu. Kemudian Allah S.W.T. ilhamkan jalan itu kepada Shah Waliullah al Dihlawi selepas banyak penyelewengan berlaku seterusnya. Bisharah ini asalnya ditulis oleh Haji Wan Musa dalam bahasa Arab dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh G.N.JaIbani (G.N. Jalbani ialah bekas seorang Professor dan Ketua Jabatan Pengajian Arab di Universiti Sind Hyderabad, Pakistan). Bisharah ini juga ada diterjemahkan oleh Haji Nik Muhyideen Haji Wan Musa (Bekas Pengetua Kolej Islam Klang ke dalam Bahasa Melayu.

Sesungguhnya Haji Wan Musa tidak pernah menghebohkan kandungan Bisharah itu kepada orang ramai hatta kepada anak-anak muridnya sendiri. (Memang Bishara itu muncul dalam buku terjemahan Dr G.N. Jalbani kepada kitab al-Fauzul Kabir fi ussuhl Tafsir, karangan Shah Waliullah al

Dihlawi daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris dalam bahagian akhir buku itu. (Bisharah itu diserah oleh Abdul Aziz al Dihlawi Terengganu kepada G.N Jalbani semasa lawatan singgah beliau ke Pakistan dalam penjalanannya ke London dalam tahun 1980 an. Abdul Aziz ialah salah seorang peminat Tariq Shah Waliullah al Dihlawi). Pada penulis, kandungan Bisharah inilah yang benar benar memberi keyakinan sepenuh kepada Haji Wan Musa tentang kebenaran pengajian anaknya itu dan kerana itu lah beliau tegas berdiri dan menaungi pemikiran Islah di atas Tariq Shah Waliullah al Dihlawi seterusnya di Kelantan, walaupun terpaksa mengalami tentangan-tentangan yang lebih hebat lagi daripada ulama-ulama lain yang semasa.

Keyakinan dan pegangan kepada Tariq Shah Waliullah al Dihlawi secara komprehensif ini membawa kepada suatu dimensi baru kepada pemikiran Haji Wan Musa. Walaupun beliau bersamaan dengan pemikiran ulama-ulama kaum muda yang semasa di Pantai Barat Tanah Melayu dalam hal-hal hukum hakam seperti Kes Jilatan Anjing dan Talkin akan tetapi secara komprehensifnya beliau dan ulama-ulama tempatan Tariq ini mempunyai kefahaman yang berbeza dengan ulama-ulama kaum muda tadi dalam kandungan mengislahkan pemikiran masyarakat Melayu. Perbezaan ini menampakkan dengan jelas apabila melihat kepada pemikiran ulama-ulama tempatan Tariq ini seterusnya. Perbezaan ini dapat dilihat dalam aspek Tasawuf Tariqat, Doktrins Wahdatul Wujud dan persoalan politik ummah. Intisari daripada legasi penulisan-penulisan ulama-ulama tempatan Kelantan Tariq Shah Waliullah al Dihlawi seterusnya ialah ke arah mengemukakan suatu paradigma hidup yang berasaskan kepada Al Quran dan Al Sunnah yang sepatutnya menjadi alternatif kepada nilainilai tradisi feudal dan nilai-nilai hidup barat yang negatif dengan mengambil kira asas positif budaya tempatan.

Konflik Peribadi yang Berpanjangan yang Tersirat di antara Haji Wan Musa dengan Dato Perdana Menteri Haji Nik Mahmud Haji Ismail

Walaupun isteri Haji Wan Musa, Nik Zainab binti Nik Yahya ialah ibu sepupu kepada Dato Perdana Menteri, akan tetapi sepanjang hayat hubungan di antara suaminya dengan anak sepupu beliau itu tidak sabulu. Kalau di dengar kepad a maklumat-maklumat lisan mereka berdua tidak mempunyai sebarang kemistri perhubungan. Hubungan demikian juga wujud semasa mereka berdua sama-sama memegang jawatan penting dalam pentadbiran Birokrasi Negeri. Dato Perdana Menteri menjawat jawatan Perdana Menteri Kelantan (1915-1945). Manakala Haji Wan Musa pernah memegang jawatan Mufti Negeri di antara tahun 1908 1916.

Pada penulis keadaan demikian wujud di antara kedua-dua tokoh negeri itu ialah kerana latar belakang, watak dan persepsi yang berbeza. Haji Wan Musa selaku seorang ulama yang sebahagian besar hidupnya fokus kepada perjuangan keilmuan sudah tentu mempunyai batasan nilai dan norma dalam perjuangan hidupnya. Manakala Dato Perdana Menteri walaupun juga ada mempunyai ilmu agama akan tetapi selaku Perdana Menteri Negeri beliau memerlukan sokongan dalam segenap aspek masyarakat termasuk restu Penasihat Inggeris dan Sultan demi untuk mempertahankan kedudukannya. Apabila memperkatakan kedudukan jawatan politik dan pentadbiran sudah tentu dalam realitinya ia memerlukan elemen manupulasi dan sifat pragmatis demi mencapai sesuatu kedudukan dan mempertahankanya, apatah lagi dalam hendak menjayakan misi dan visinya. Lebih-

lebih lagi pula beliau berada dalam masyarakat Melayu tradisional feudal di satu pihak dan kedudukan kuasa Inggeris di pihak yang lain.

Khabarnya Dato Perdana Menteri mempunyai pengaruh dikalangan pembesar-pembesar dan kakitangan pentadbiran Birokrasi Negeri yang mana ramai di antara mereka terdiri daripada saudara mara dan anak-anak buahnya. Mungkin kerana kedudukannya ulama-ulama pada umumnya turut bernaung di bawah kepimpinan beliau. Demikian juga pahlawan, pendekar gedebe -gedebe, budayawan dan penulis-penulis riwayat juga bernaung di bawahnya.

Haji Wan Musa pula selaku ulama cuma mentelaah kitab-kitab agama dan mengajar agama di surau beliau. Pengajarannya mendapat sambutan daripada segenap sektor masyarkat lebih-lebih lagi masyarakat masa. Pendirian beliau tegas dan istiqamah dalam sesuatu perkara walaupun terpaksa berhadapan dengan pihak ulama-ulama, pembesar-pembesar dan istana. Justeru kerana itu soal kedudukan dan pangkat kurang penting baginya. Yang sangat penting bagi beliau ialah ke arah mendapat keredhaan Illahi mengikut persepsinya.

Dato Perdana Menteri Berjaya membentuk kaum kerabatnya memegang jawatan-jawatan penting dalam Pentadbiran Birokrasi Negeri seterusnya. Selepas beliau berhenti daripada jawatan Perdana Menteri, anak beliau Dato Nik Ahmad Kamil (kemudian Tan Sri) mengambil alih jawatan itu, akan tetapi dengan panggilan jawatan Menteri Besar. Memang kalau diukur dari segi kelulusan dalam konteks pembesar-pembesar Kelantan pada masa itu anak beliau itu sangat layak untuk memegang jawatan itu. Demikian juga beberapa jawatan penting dalam pentadbiran birokrasi Negeri seterusnya juga dipegang oleh kaum kerabat Dato Perdana Menteri.

Manakala Haji Wan Musa selepas berbeza pendirian dengan Sultan Muhammad IV dan berhenti daripada memegang jawatan Mufti dalam tahun 1916 menasihati kesemua anak-anaknya supaya jangan pegang jawatan mufti sekiranya jawatan itu menghalang kita ke arah menegak kebenaran. Nasihat beliau kepada anak-anaknya supaya memberi penumpuan ke arah mendalami ilmu agama dan mendidik anak bangsa demi menegakkan Kalamullah di muka bumi ini. Beliau sangat bersyukur dan tenang apabila anak yang diharapinya, Haji Nik Abdullah enggan menjadi mufti selepas ditawar secara tidak rasmi oleh Dato Perdana Menteri semasa beliau membuat lawatan ke Mekkah dalam tahun 1933. (Masa itu Haji Nik Abdullah hampir tamat belajar dengan Maulana Ubaidullah Al Sindhi mengikut Tariq Shah Waliullah al Dihlawi).

Selaku pendidik, Haji Wan Musa pernah menasihati keluarga di Raja supaya tumpu kepada pelajaran. Kata beliau hanya melalui pelajaran yang tinggi dan akhlak yang mulia sahaja keluarga di raja mampu memimpin masyarakat dan akan mendapat penghormatan yang hakiki daripada rakyat. Bertolak daripada dua watak dan persepsi yang berbeza di antara Dato Perdana Menteri dan Haji Wan Musa inilah maka kedua-dua mereka tidak serasi di antara satu sama lain. Di dalam konteks masyarakat Melayu tradisional Dato Perdana Menteri ialah seorang realis dan pragmatis, manakala Haji Wan Musa ialah seorang yang terlalu berkehendakkan kepada kesempurnaan (perfection) mengikut persepsi akhlaq yang simple and straight forward dalam realiti sosial masyarakat Kelantan yang bobrok.

Sesungguhnya konflik peribadi yang berpanjangan di antara kedua-dua tokoh negeri ini turut mewarnai dan menggamatkan lagi suasana apabila wujudnya kontroversi-kontroversi pemikiran Fekah Haji Wan Musa dengan ulama-ulama lain. Yang tersiratnya dengan network yang ada pada Dato Perdana Menteri tadi wujudlah pakatan demi pakatan di sebalik kontroversi-kontroversi tadi. Daripada enam kontroversi pemikiran agama, empat kontroversi itu dilibatkan oleh Dato Perdana Menteri secara langsung sebagai kontra kepada pemikiran Haji Wan Musa. Keenam-enam kontroversi II. III. IV. V. VI. Sila Impak lihat detail Haji Isu polemik-polemik Wan Musa Isu Isu Isu itu pembinaan Harta Masjid Wakaf Usali Isu Jilatan ini Kepada pada Lampiran ialah Batu sebagaimana Masjid Masjid dan Besar Kampung berikut: Muhammadi Laut Niat Talkin Anjing I. I. Isu berhubung dengan kes harta pusaka di antara Engku Embong dengan Tengku Putri.

Pengajaran

Masyarakat

Kelantan

Justeru kerana banyak pandangan Haji Wan Musa ditentang oleh ulama-ulama establishment iaitu MUIK termasuk Dato Perdana Menteri selaku Ketua Pentadbiran Birokrasi Negeri, maka pengajaran beliau tidak dapat membentuk perjalanan agama di negeri itu sendiri. Akan tetapi oleh kerana beliau ialah seorang ulama yang berpengaruh dalam masyarakat terutama masyarakat masa, maka pengajarannya meninggalkan kesan-kesan tertentu kepada masyarakat umum Lebih penting daripada ini ialah wujudnya di kalangan beberapa generasi muda yang kemudian bercita-cita dan berhasrat untuk mendalami pemikiran-pemikiran Islah apabila mereka berada di Mekkah, India dan di Mesir seterusnya. Hala tuju pendidikan yang digariskan oleh Haji Wan Musa ke arah melahirkan ulamaulama yang muhakik (mendalam) menyebabkan kemudiannya mengalir Tariq Shah Waliullah al Dihlawi ke negeri ini dalam tahun 1934. Dengan bertapaknya Tariq ini di Negeri Kelantan kemudiannya muncul tulisan-tulisan yang banyak yang mana intisarinya ialah ke arah mengemukakan suatu cara hidup berasaskan kepada Al Quran dan Al Sunnah yang sepatutnya menjadi paradigma kehidupan masyarakat dan Negara sebagai alternatif kepada nilai-nilai tradisonal feudal dan nilai-nilai negatif Barat. (Sepatutnya bahan-bahan tulisan ini di kumpul dan buah-buah pemikiran mereka menjadi bahan-bahan polemik cerdik pandai-cerdik pandai kini).

Pengajaran Tariq Shah Waliullah al Dihlawi di Negeri Kelantan juga seterusnya membawa kepada penubuhan madrasah Islah dalam tahun 1946. Madrasah ini melahirkan ramai anak-anak negeri ini yang mendapat asas pendidikan yang kemudiannya ada di antara mereka menyambung pelajaran masing-masing di institusi-institusi pengajian tinggi.

Haji

Wan

Musa

Seorang

Tokoh

Ulama

Islah

Suatu

Analisa

Haji Wan Musa dibesar dan dididik secara tradisi sufi dan Fekah Shaffiyah oleh ayahandanya Tuan Tabal di dalam persekitaran dan suasana masyarakat Melayu tradisi yang serba bobrok.dan lembab. Justeru kerana perwatakan beliau yang berbeza daripada ramai anak-anak muda pada masa itu, jiwa

dan pemikirannya tidak berpuas hati dengan apa yang ada. Oleh yang demikian, jiwa dan pemikiran beliau terus mengembara dalam bidang keilmuan. Pendedahan beliau kepada pemikiran ulamaulama Islah di Timur Tengah seperti pemikiran Jamaluddin al-Afghani, Muhd Abduh dan Rashid Reda memberi input baru kepada pemikiran beliau. Gabungan pemikiran dan jiwa sufi ayahandanya Tuan Tabal dan pemikiran ulama-ulama Islah Timur Tengah terutama dalam bidang fekah dan aspekaspek umum masyarakat ditambah lagi dengan jiwa dan pemikirannya yang merdeka demi kebenaran, beliau bangkit sebagai ulama Islah di Negeri Kelantan.

Dalam tahap ini timbul pertentangan pendapat di antara beliau dengan ulama-ulama establishment di Negeri Kelantan dalam isu-isu yang di sebut sebelumnya. Pun demikian, jiwa dan pemikiran Haji Wan Musa masih tidak berpuashati dan terus merantau demi ke arah memahami Al-Quran dan AlSunnah secara keseluruhan bagi membolehkan beliau keluar daripada kepompong taqlid buta secara totaliti. Bertolak daripada hala tuju demikian, beliau yang pada masa itu sudahpun merasai dirinya meningkat umurnya cuba memupuk dan memberi inspirasi kepada anak-anak dan murid-murid kanannya supaya apabila ke Mekah nanti carilah ulama-ulama yang benar-benar alim dalam ilmu AlQuran dan Al-Sunnah. Pada beliau umat Islam tidak boleh maju tanpa pengajaran hakiki Al-Quran dan Al-Sunnah. Bermula daripada hala tuju demikianlah maka kemudiannya mengalir Tariq Shah Waliullah al Dihlawi ke Negeri Kelantan.

Haji Wan Musa walaupun tergolong dalam kategori ulama Islah akan tetapi di dalam tahap itu nampaknya beliau sebagaimana juga ulama-ulama lain yang semasa bersikap bersahaja dengan pendudukan kuasa Inggeris di Negeri ini. Secara ide nya tidak nampak sebarang kebangkitan dan penentangan beliau terhadap pendudukan kuasa Inggeris tadi. Demikian juga sepanjang hayatnya tidak nampak beliau secara terbuka menyentuh atau mengkritik persoalan ketidakadilan sosial dan penekanan pihak istana terhadap kehidupan masyarakat umum. Persoalan-persoalan kontroversi yang dibangkitkan oleh beliau pada umumnya hanya berkisar di sekitar aspek-aspek juzii fekah sahaja. Fenomena demikian wujud mungkin kerana worldview agama dan fokus ulama-ulama didalam era beliau di Kelantan pada masa itu. Kedatangan kuasa Inggeris ke negeri-negeri Melayu dengan mewujudkan dualisma sistem pentadbiran dan membatasi persoalan agama kepada apa yang dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu sebagaimana yang disebut sebelum ini nampaknya serasi dengan worldview ulama-ulama di Kelantan dalam periodisasi itu. Walaupun Haji Wan Musa sudahpun tertarik dengan pengajaran ulama-ulama Islah dan kaum muda dari Mesir dan Pantai Barat Tanah Melayu mulai awal abad ke-20 lagi, akan tetapi fokus dan minat beliau itu nampaknya kepada aspek fekah mereka itu sahaja. Hanya selepas mengalirnya pemikiran Shah Waliullah al Dihlawi ke Kelantan dalam tahun 1934 barulah world view Haji Wan Musa mengenai agama mulai meluas dan mencakupi kesemua aspek kehidupan manusia. Akan tetapi, pengaliran pengajaran Tariq Shah Waliullah al Dihlawi ke Kelantan berlaku di saat-saat akhir hayat beliau. Pengajaran Tariq ini yang memberi penekanan ke arah kembali kepada Al-Quran dan AlSunnah dan tradisi ulama-ulama mutakhadimin melalui metadologi-metadologi tertentu dan kemudian ke arah mengamalkan ijtihad melalui jalan istinbat demi untuk membawa jiwa Al-Quran dalam konteks masyarakat Melayu semasa, benar-benar memberi kesan kepada jiwa Haji Wan Musa. Demikian juga pengajaran Tariq ini kearah mengemukakan ide-ide yang berasaskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai alternatif kepada nilai-nilai tradisional feudal dan nilai-nilai hidup barat yang

negatif mulai membuka minda Haji Wan Musa di saat-saat akhir hayatnya. Demikianlah berakhirnya suatu episod perjuangan, pengorbanan dan pengembaraan spiritual ilmu Haji Wan Musa sebelum menghembuskan LAMPIRAN Isu Hal Harta Pusaka Engku Embong dengan Tengku nafasnya yang terakhir dalam tahun 1939. 1 Putri

Pada tahun 1908 dengan kematian Mufti Haji Nik Wan Daud, Haji Wan Musa telah dilantik mengisi kekosongan jawatan itu. Namun begitu pada tahun 1916 beliau dititahkan supaya meletakkan jawatan Mufti Kelantan kerana berlaku krisis diantara beliau dengan Sultan Mohd Yang Keempat atas hal harta pusaka . Keselamatan nyawa beliau juga terancam selepas peristiwa ini sehingga tahun 1920 iaitu apabila mangkatnya Sultan Mohd Keempat. Oleh yang demikian sebelum tahun 1920 beliau seringkali sahaja pergi ke Negeri Terengganu untuk mengajar ilmu agama dan di sana pula beliau mendapat sanjungan tinggi daripada pembesar-pembesar Trengganu terutama Menteri Besar Haji Ngah Mohd. Malah beliau telah ditawarkan menjadi Mufti disana, akan tetapi tawaran itu telah ditolak oleh beliau kerana beliau ingin hidup bebas dan tidak terikat dengan mana-mana kuasa.

Isu

Pembinaan

Masjid

Batu

Masjid

Besar

Muhammadi

Pertentangan pendapat ini timbul di antara Haji Wan Musa dengan hampir keseluruhan ulama-ulama lain. Timbulnya pertentangan pendapat ini berpunca daripada keputusan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu hendak membina masjid batu Muhamadi yang ada tersergam indah hingga kini daripada harta zakat fitrah yang dikutip daripada orang-orang ramai pada tiap-tiap menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Peristiwa ini berlaku lebih kurang di antara tahun 1916 hingga 1920. Haji Wan Musa menentang keputusan jemaah ulama-ulama Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu dengan memberi alasan bahawa zakat fitrah adalah menjadi hak kepada orang-orang miskin. Kalaulah hak mereka dipergunakan atau diambil untuk sesuatu keperluan lain yang boleh dicari di mana-mana maka tidak ada apa-apalah lagi yang tinggal kepada mereka dan keputusan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu ini adalah zalim. Hujjah Haji Wan Musa seterusnya ialah berdasarkan kepada Ayat Al-Quran Nul Azim Suratul Taubah Ayat 60 yang bererti :

Shadaqah itu tidak lain melainkan untuk faqir dan miskin dan pengurus -pengurus shadaqah dan orang-orang yang di-jinaki hati-hatinya dan untuk merdekakan hamba dan orang-orang yang berhubong dan (keperluan) di-jalan Allah dan orang-orang perjalanan (yang demikian itu) satu kewajiban dari Allah, kerana Allah itu mengetahui dan Bijaksana

Di dalam ayat ini pun beliau mengatakan tidak ada disebut perkataan tertentu yang harta zakat fitrah boleh dibuat masjid. Beliau juga ada merujuk kepada kitab yang bernama Muhima tul napaisi fibaya ni as illah karangan Syed Ahmad Dahlan Mufti Shaffii di Mekkah yang juga bersependapat dengan beliau. Pada kesimpulannya beliau mengatakan memandangkan kepada ayat tadi mengutamakan bantuan

kepada fakir miskin dan tambah lagi pada keseluruhannya umat Islam Kota Bharu khususnya dan Kelantan umumnya miskin dan memerlukan bantuan maka pendirian beliau adalah tegas keputusan Majlis Agama Islam itu haram.

Akan tetapi hampir keseluruhan ulama-ulama lain yang diketuai oleh Haji Nik Mahmud, Datuk Perdana Menteri berpendapat harta zakat fitrah itu boleh dipergunakan untuk membina masjid kerana di dalam ayat Quran Nul Azim Suratul Taubah Ayat 60 tadi ada menyebut perkataan fi sabilillah, iaitu bererti pada jalan Allah. Dengan lain perkataan membinakan masjid batu ini sebagai tempat ibadah adalah satu daripada jalan Allah juga. Oleh yang demikian dibenarkan menggunakan wang zakat fitrah untuk membinakan masjid.

Pertentangan pendapat Haji Wan Musa terhadap keputusan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu itu menimbulkan suasana yang riuh rendah di kalangan golongan ulama-ulama dan masyarakat Kota Bharu. Reaksi tindak balas dengan secara pertentangan pendapat terhadap beliau adalah hebat sekali di kalangan ulama-ulama lain dan pembesar Kelantan iaitu Perdana Menteri Datuk Haji Nik Mahmud bin Haji Nik Ismail. Walau bagaimana pun masjid tetap dibinakan pada tahun 1921 oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu dengan menggunakan wang zakat fitrah yang dikutip daripada orang-orang ramai. Perlu diberitahukan di dalam pertelingkahan pendapat ini tidak ada perbahasan secara langsung dan berdepan muka di antara kedua-dua pihak yang bertelagah tadi.

Isu

Hal

Harta

Wakaf

dan

Sidi

Azahari

Pertentangan pendapat timbul di antara Haji Wan Musa di satu pihak dengan Sidi Azahari, Haji Nik Wan Abadullah, Haji Mat Manan dan Haji Yaakob bin Haji Ahmad di pihak yang lain lebih kurang pada tahun 1922. Pertelagahan pendapat berpunca daripada sikap Sidi Azahari yang hendak menjual harta yang diwakafkan oleh orang ramai termasuk Haji Wan Musa kepada beliau untuk dipindahkan harta wakaf itu ke Mekkah. Haji Wan Musa apabila mendapati Sidi Azahari bercita-cita hendak menjual harta wakaf itu lantas beliau menawarkan diri kepada Sidi untuk mencari harta lain demi untuk mengelakkan Sidi daripada menjual harta itu. Sedangkan harta wakaf itu diberi bertujuan supaya Sidi mengajar di Kelantan. Oleh itu sikap Sidi hendak menjual harta wakaf bagi dipindah ke Mekkah adalah bertentangan dengan pendapat Imam Besar Shaffii. Keengganan Sidi menerima tawaran itu menyebabkan Haji Wan Musa mengemukakan pendapat menentang gurunya itu. Penentangan Haji Wan Musa ini menimbulkan kemarahan di pihak ulama lain yang juga sama-sama berguru kepada Sidi Azahari dengan mengatakan memang sudah menjadi orang wali dan Ahli Tasuwuf seperti Sidi hendak menguji setakat manakah taatnya pelajar-pelajar terhadap beliau walau pun perbuatan itu bertentangan dengan pendapat Imam Shaffii. Pertelingkahan pendapat ini tidak dapat dicari penyelesaian lalu hal ini dibawa ke Mahkamah Tinggi. Akhirnya keputusan Mahkamah memutuskan kemenangan bagi pihak Haji Wan Musa.

Isu

Hal

Usali

dan

Niat

Pertentangan-pertentangan pendapat ini juga timbul di antara Haji Wan Musa dan abangnya Haji Nik Wan Ahmad dengan hampir keseluruhan ulama-ulama lain termasuk Saikul Islam Selangor Mahmud Zuhdi yang datang ke Kota Bharu. Kedatangan beliau ini dipanggil seperti yang sudah diterangkan semata-mata untuk menentang pendapat Haji Wan Musa tentang masaalah ini.

Haji Wan Musa di dalam memberi pendapatnya mengatakan Usali tidak sunat dilapazkan sebelum sembahyang kerana berdasarkan kumpulan Hadith Bukhori yang dianggap sahih bererti : Apabila kamu berdiri untuk sembahyang hendaklah kamu takbir. Dengan pengertian lain katanya jelas ketara yang usali tidak disebut di sini cuma disuruh takbir sebelum menunaikan fardhu sembahyang. Haji Ibrahim, Yaakob Legor, Datuk Perdana Menteri Haji Nik Mahmud, Mahmud Zuhdi, Haji Umar Nuruddin berpegang teguh kepada pendapat-pendapat beberapa kitab karangan ulama-ulama mutaakirin yang mengatakan usali sunat dilapazkan sebelum menunaikan sembahyang. Timbul pendapat begini hasil daripada kiasan ulama-ulama mutaakirin tadi terhadap niat haji yang sunat dilapazkan sebelum menunaikan fardhu Haji. Akan tetapi Haji Wan Musa dan Haji Nik Wan Ahmad berpegang kepada konsep kias tidak boleh dipergunakan disini memandangkan Hadith Kumpulan Bukhori itu jelas mengatakan tentang hal ibadah sembahyang ini.

Pengertian usali yang dikatakan niat pun diperbahaskan oleh Haji Wan Musa, Haji Nik Wan Ahmad dengan mengatakan :

niat itu ialah kasad (azam) sesuatu serta buat maka cita -cita hati dan sengaja yang tersebut itu apabila dikhabarkan dengan lidah atau ditulis dengan kalam pada bahasa Melayu nescaya dikatakan aku sembahyang fardhu zohor atau umpamanya maka iaitu bukanlah dinamakan dia niat sembahyang Bagi hanya dinamakan Haji dia ibarat Wan huraian daripada niat sembahyang :

Musa

niat sembahyang itu ialah syarat pada syarak sah sembahyang dan ia adalah roh kepada ibadah sembahyang Ulama-ulama yang menentangnya tadi pula mengatakan usali itu ialah lapaz bagi niat. Pegangan mereka ini juga ialah hasil daripada kiasan terhadap niat haji sahaja aku menge rjakan Haji Besar kerana Allah Taala yang sunat dilapazkan mengikut Nabi Muhammad S.A.W.

Pertentangan masaalah usali dan niat ini diadakan dengan secara langsung di antara Haji Nik Wan Ahmad yang bersetuju dengan pendapat adiknya Haji Wan Musa dengan ulama tadi di Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu.

Isu

Talkin

Pertentangan masaalah Talkin timbul berpunca sekembalinya Haji Nik Abdullah bin Haji Wan Musa di Kota Bharu pada tahun 1935. Haji Wan Musa yang dahulunya sentiasa bertalkin apabila mayat itu

ditanam telah bersetuju dengan Haji Nik Abdullah menganggap talkin ini ialah perbuatan yang tidak harus dan tidak pula dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Pendapat ini ditentang oleh Haji Idris, Datuk Perdana Menteri Haji Nik Mahmud, Haji Ibrahim, Yaackob Legor yang menganggap talkin itu harus berpandukan kepada kitab-kitab ulama dan dua daripada kitab-kitab itu ialah Fathul muin dan Sharah Barmowi ke atas kitab Ibnu Kasim. Manakala Haji Nik Abdullah dan Haji Wan Musa mengatakan pengarang-pengarang kitab-kitab tadi berpandukan kepada Hadith yang lemah yang tidak pula di dalam kumpulan Hadith Sunah Sitah dan ditambah lagi Hadith-Hadith itu tanpa periwayatnya. Mengikut Haji Nik Abdullah lagi di dalam kumpulan-kumpulan Hadith Sunah Sitah pun tidak ada menyebut langsung tentang ibadah talkin. Adapun Hadith Kumpulan Muslim yang dipetik juga oleh Pengarang Kitab Fathul Muin yang berarti Ajarkan kamu akan orang yang hendak mati tiada Tuhan yang lain melainkan Allah sebagai menambah hujjah talkin itu Harus me ngikut Haji Nik Abdullah Hadith ini tidak ada kaitan langsung. Cuma Hadith ini menyuruh Umat Islam mengajar kepada orang-orang yang hampir hendak mati supaya percayakan Allah yang Maha Esa. Oleh yang demikian Haji Nik Abdullah dan Haji Wan Musa berkeras mengatakan Talkin itu tidak harus dan tidak pula amalan Nabi Muhammad S.A.W. Sayugia diberitahukan di dalam masaalah Talkin ini Haji Wan Musa juga ada membuat pertanyaan melalui surat kepada Syed Rashid Reda dan jawapannya ialah bersamaan dengan pendapat Haji Nik Abdullah. Pertentangan pendapat dalam masaalah Talkin ini tidak berlaku dengan secara langsung.

Isu

Ulama

Tidur

Dahulu

di

dalam

Kubur

Sebelum

Mayat

di

Kebumikan

Berhubung dengan pandangan kebanyakan ulama-ulama Kota Bharu di dalam periodisasi itu seperti Haji Ibrahim, bahawa sunat ulama tidur di dalam kubur sebelum diturunkan mayat. Haji Wan Musa juga berpendapat sebaliknya. Bagi beliau Hadith yang dipegang oleh ulama-ulama lain seperti yang ternyata di dalam kitab-kitab dan satu daripada kitab-kitab itu ialah Wirdul Zawahir Lihilil al fazi Akdil jawahiri adalah Hadith lemah dan tanpa periwayatnya.

Pertelingkahan pendapat di dalam hal ini juga berlaku dengan secara tidak langsung.

You might also like