You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA, BANDAR WARISAN UNESCO TARIKH : 17 JUN 2013 - 19 JUN 2013

ANJURAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN IBRAHIM DUA 17000 PASIR MAS, KELANTAN.

1.0 PENGENALAN SMK Sultan Ibrahim 2 telah terpilih mengadakan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dari tahun 1998 hingga kini. Pada tahun 2013 seramai 86 orang murid telah didaftarkan bersama 15 orang guru dan 4 orang pembantu pengurusan murid. Sejak program ini ditubuhkan, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi keperluan pendidikan pelajar-pelajar khas ini. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, Malaysia mempunyai sejarah tua yang panjang dari Kesultanan Melayu Melaka yang tersohor di seluruh dunia sekitar tahun 1400 hinggalah kepada penjajahan demi penjajahan bersilih ganti dan akhirnya mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Oleh sebab itu, pihak PPKI SMK Sultan Ibrahim 2 merasakan perlu bagi pelajar PPKI mengenali dan melihat sendiri beberapa tempat bersejarah yang tersohor di Malaysia. Dengan itu, pihak PPKI SMK Sultan Ibrahim 2 telah merangka satu program Lawatan Sambil Belajar bagi membolehkan pelajar ini mendapat pendedahan, pengetahuan dan pengalaman berada di tempat bersejarah seperti Bandaraya Melaka.

2.0 RASIONAL 2.1 Pelajar-pelajar pendidikan khas sangat memerlukan perhatian, dorongan dan pendedahan kepada perkara sebenar bagi meningkatkan motivasi diri mereka. 2.2 Pelajar-pelajar pendidikan khas perlu dibawa keluar mengenali dunia luar dan tidak terbatas di kampung halaman sahaja. Mereka perlu mengetahui bahawa terdapat tempat dan peluang untuk mereka terokai di dalam negara mereka sendiri. 2.3 Setelah menyaksikan sendiri susur sejarah negara, pelajar-pelajar akan lebih cinta pada negara dan menjadikan mereka rakyat yang lebih patriotik.

3.0 OBJEKTIF 3.1 Membantu pelajar-pelajar meningkatkan motivasi diri. 3.2 Melatih pelajar-pelajar supaya lebih berdikari dan berkeyakinan berhadapan dengan dunia luar. 3.3 Menyedarkan pelajar-pelajar tentang kemajuan Malaysia pada masa kini. 3.4 Merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar ,guru dan PPM. 3.5 Memupuk sikap kerjasama, bertanggungjawab dan toleransi sesama pelajar. 3.6 Memupuk sifat kepimpinan di kalangan pelajar-pelajar.

4.0 ANJURAN Program ini merupakan anjuran PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK SULTAN IBRAHIM DUA

5.0 SASARAN Program ini dibuka kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan PPM PPKI SMK Sultan Ibrahim 2 sahaja. Jumlah keseluruhan peserta adalah 80 orang.

6.0 TARIKH DAN MASA Lawatan yang dicadangkan adalah selama 3 hari dan 2 malam. Tarikh yang dicadangkan ialah pada 17 Jun 2013 hingga 19 Jun 2013.

7.0 AHLI JAWATANKUASA

7.1 JAWATAN KUASA INDUK. Pengerusi : Pn Hjh Noriah Bt Mohd Noor En Rosli B Abdul Ghani Pn Rohani Bt Ibrahim En Abdu Aziz B Harun En Mazlan B Noh YM Tn Norizan Bt Raja Salleh Pengetua PK HEM PK Pendidikan Khas PK Pentadbiran PK Ko-kurikulum PK Tingkatan Enam

Timbalan Pengerusi : Naib Pengerusi :

AJK

Pn Esmah Bt Mohamed Pn Hasnah Bt Saupi En Mohd Zainun B Mahmood Pn Hjh Rasmuna Bt Mohd Nor En Abdul Hamid B Said En Ibrahim B Daud Pn Wan Khalilah Bt Ab Rahman

GK Bahasa GK Sains & Matematik GK Sains Sosial GK Teknik & Vokasional Kaunselor Kaunselor Kaunselor

7.2 JAWATANKUASA KERJA/PELAKSANAAN Ajk Makanan Ajk Pengangkutan Ajk Penginapan Ajk Fotografi dan Ajk Pembahagian Murid & Keselamatan Ajk Kewangan Ajk Persiapan Murid Ajk Lawatan Setiausaha Pn Wan Farah Annisat Bt Wan Mohamad Pn Latifah Bt Abd Rahman Pn Fauziah Bt Said En Tarmimi B Abd Rahim Pn Rohani Bt Ibrahim Pn Mursyida Bt Abdul Aziz Pn Suhaili Bt Ngah Pn Nor Asmaliza Bt Magtar Pn Nur Diyana Bt Ismail Pn Afazila Bt Aziz En Fauzi B Loman Misbah Bt Mohd @ Kamaruddin Pn Fadillah Bt Dollah Pn Suraini Bt Mat Zin Pn Rohana Bt Rani @ AB. Ghani Pn Siti Mariam Bt Mohamad Pn Noor Atikah Bt AB Ghani Pn Noor Al Diyana Bt Nooral Bilad Satria Pn Dayang Norsabah Bt Abang Haji Bujai Pn Noor Al Diyana Bt Nooral Bilad Satria

Dokumentasi Ajk Perhubungan

8.0 TENTATIF PROGRAM Hari pertama 17/6/2013 (Isnin) 7.00 pagi 8.30 pagi 5.00 petang - Murid berkumpul di SMK Sultan Ibrahim 2 - Bertolak ke Melaka menaiki bas - Check in di Banda Hilir - Solat - Berehat - Makan malam - Lawatan ke Menara Taming Sari - Solat & berehat

7.00 malam

Hari kedua - 18/6/2013 (Selasa) 7.00 pagi 8.00 pagi - Solat & sarapan - Check out - Lawatan ke tempat bersejarah * Kota AFamosa * Bangunan Stadthuys * Sekitar Banda Hilir - Lawatan ke Muzium Samudera - Makan tengah hari - Lawatan Malacca Duck Tours - Lawatan ke Muzium Kapal Selam Klebang - Check in di AFamosa Resort - Solat & berehat - Makan malam - Lawatan ke Cowboy Town (AFamosa Resort) - Solat & berehat

1.00 petang 3.30 petang 5.00 petang 8.00 malam

Hari ketiga - 19/6/2013 (Rabu) 7.00 pagi 9.00 pagi 2.00 petang 4.00 petang 10.00 malam - Solat & sarapan - Lawatan ke Water Theme Park (AFamosa Resort) - Makan tengah hari - Check out - Lawatan ke Safari Wonderland (AFamosa Resort) - Bertolak ke Kelantan - Dijangka tiba di Kelantan

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN. Bil 1. PERKARA Pengangkutan ( Bas Sekolah ) JUMLAH ( 70 pelajar) RM 1500 x 2 buah bas x 3 hari = RM 9 000 3. Kos penginapan RM 20 x 2 malam x 70 pelajar = RM 2 800 JUMLAH KESELUHURAN RM 11 800

10.0

PENUTUP

Pihak PPKI mengharapkan agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kejayaan program ini memerlukan sokongan, kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak yang terlibat. Dengan terlaksananya program ini, diharap pelajar-pelajar akan mendapat pengetahuan dan pengalaman yang amat bermakna sekali di dalam hidup mereka. Pengalaman ini amat penting supaya mereka lebih yakin untuk menghadapi masa hadapan yang bakal mendatang di dalam hidup mereka. Pihak PPKI akan sehabis daya melakukan yang terbaik bagi merealisasikan impian pelajar-pelajar istimewa ini. Disediakan oleh, _______________________ (NOOR AL DIYANA BINTI NOORAL BILAD SATRIA) Setiausaha, PPKI SMK Sultan Ibrahim Dua. Disemak oleh, ______________________ (ROHANI BINTI IBRAHIM) Penolong Kanan Pendidikan Khas, PPKI SMK Sultan Ibrahim Dua. Disahkan oleh,

______________________ (HAJAH NORIAH BINTI MOHD NOR) Pengetua, SMK Sultan Ibrahim Dua.

You might also like