You are on page 1of 26

Amiruddin Mohd Saleh

SMP / OUM SEM MEI 2009

1.PENGENALAN

Mushaf Uthmani ialah mushaf atau naskhah al Quran yang ditulis semula di
zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri. Oleh kerana
usaha menulis mushaf ini dilakukan di zaman beliau maka dipanggil Mushaf Uthmani
iaitu disandarkan kepada nama beliau. Inilah mushaf yang ada pada kita sekarang.
Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad s.a.w. amat
terpelihara dan dijaga dari segi bentuk penulisan dan bacaan. Bersama bentuk bacaan
mutawatir yang diturunkan melalui malaikat Jibril, Allah juga menentukan kaedah-
kaedah tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran. Para ulama telah mengesan
beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut
dinamakan kaedah Rasm Uthmani.
Rasm atau bentuk tulisan dalam Mushaf Uthmani berlainan pada beberapa tempat
daripada tulisan biasa bahasa Arab. Jadi tulisan dalam Mushaf Uthmani dipanggil Rasm
Uthmani. Dalam al Quran lama cetakan Pulau Pinang, Singapura dan Thailand yang
terdapat di Malaysia sebelum tahun 70an dahulu yang bernama Quran Majid tulisannya
dipanggil Rasm Imlaei atau Qiyasi.

SEJARAH DAN KONSEP RASM UTHMANI

Menurut ahli sejarah, penulisan al Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad
s.a.w di mana sebaik sahaja Rasulullah menerima wahyu. Baginda mengarahkan penulis-
penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al Quran yang diterimanya. Antara penulis wahyu
tersebut ialah Khulafa al Rasyidin serta sahabat baginda yang lain seperti Zaid bin Thabit.
Mereka mencatat ayat-ayat al Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu,
tulang dan lain-lain bahan tulisan. Pada zaman khalifah Uthman bin Affan r.a
memerintah, Islam telah berkembang dengan luas hingga ke negeri Sham, Kufah, Iraq
dan negara-negara lain.Umat Islam yang berada di merata-rata tempat telah mempelajari
dan membaca al Quran menurut kaedah-kaedah bacaan daripada para sahabat yang
masyhur di kalangan mereka.
Khalifah Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan al Quran yang
diketuai oleh Zaid bin Thabit. Tugas mereka ialah membukukan al Quran, iaitu menyalin

1
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

lembaran-lembaran al Quran yang diambil daripada Hafsah binti Umar untuk dijadikan
mushaf. Sesudah itu, Khalifah Uthman bin Affan memerintahkan supaya dikumpulkan
semua lembaran al Quran yang ditulis sebelumnya dibakar. Dengan demikian maka
pembukuan al Quran pada zaman Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang
besar kepada umat Islam iaitu menyatukan kaum muslimin dalam satu bentuk mushaf
yang seragam menurut ejaan dan tulisannya. Ia jua menyatukan bacaan, walupun masih
terdapat kelainan bacaan tetapi bacaan tersebut tidak berlainan dengan ejaan Mushaf
Uthmani.
Kesimpulannya, ilmu Rasm ialah ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-
lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-
huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung,
memisah dan menggantikan huruf. Penulisan ( rasm ) al Quran ini adalah satu sunnah
Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma’ ( sepakat ) oleh seluruh ulama mujtahidin
kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi
s.a.w. Maka penggunaan tulisan Imlaei atau Qiasi tidaklah diharuskan.

2. RASM UTHMANI DAN KEISTIMEWAANNYA.

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa Rasm Uthmani ialah ilmu yang
membincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat al-Quran yang digunakan dan
dipersetujui oleh Saidina Uthman ketika penyalinan dan penulisan Al-Quran. Ini
menunjukkan rasm ini sangat penting dipelajari dan dikaji apabila hendak membaca kitab
suci al-Quran atau menulisnya.

Antara keistimewaan Rasm Uthmani ialah :

(1) Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi bukan Taufiqi


Rasm Uthmani adalah berpunca daripada bimbingan dan tunjuk ajar Rasulullah
s.a.w secara langsung dan mengikut sunnah baginda s.a.w. Setiap perkara yang
dikhabarkan oleh baginda sudah tentu ia datang daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w.
tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu
daripada Allah berpandukan hadis berikut sebagai sandaran:

2
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

’‫ ومد‬،‫ وحسن ال‬،‫وفرق السين ولتعور الميم‬،‫ وأنصب الباء‬،‫ وحرف القلم‬،‫الق الدواة‬
‫ وضع قلمك على أذنك اليسر فإنه أذكر لك‬،‫ وجود الرحيم‬،‫‘الرحمن‬

Bermaksud : ”Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan huruf ba’,


pisahkan penulisan huruf sin, sempurnakan bulatan pada penulisan huruf mim,
perindahkan kalimah Allah, panjangkan sebutan al-Rahmaan, dan lagukan bacaan al-
Rahiim, letakkan pena kamu di atas telinga kirimu, maka sesungguhnya ia akan
mengingatkan kamu”
Kebanyakan para ulama sama ada salaf atau khalaf fakta di atas menjadi pegangan
untuk berhujah tentang keistimewaannya, Ia diyakini melalui pegangan sahabat dan
mereka sendiri tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa
pendapat yang berbeza daripada kenyataan di atas, pendapat ini perlu ditolak kerana
kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sesuatu sandaran yang
mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepada Al-Quran
pasti berlaku penyelewengan yang merosakkan kalimah-kalimah seterusnya kefahaman
terhadap tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang mutawatir.
Ada juga sebahagian ulama yang menyatakan bahawa format penulisan al-Quran
dalam mushaf Uthmani hanya merupakan ijtihad para sahabat Nabi, tidak bersifat tauqifi.
Pada mereka tidak ada nas yang jelas baik berupa ayat al-Quran atau pun as-Sunnah yang
menunjukkan secara khusus adanya kewajipan menulis al-Quran berdasarkan format atau
pola penulisan tertentu.

(2). Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran


Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan
mendapat ganjaran kepada yang membacanya. Setiap pembacaan yang mendapat
ganjaran ialah pembacaan yang menepati rukun. Ulama bersepakat rukun bacaan Al-
Quran ada tiga dan salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf Uthmani sama
ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam
yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri. Pembacaan yang tidak menepati rukun
dikira syaz atau bacaan yang ditolak. Ulama bersepakat tidak mengakui “quraniyyat”

3
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

(kequranan) qiraat Syazzat dan lebih jelas qiraat syazzat dianggap sebagai tafsir atau
penjelasan terhadap qiraat yang terkenal diakui kesahihannya.

(3) Meliputi Tujuh Huruf


Antara keistimewaan sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan
ialah berkaitan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah
qiraat yang diajarkan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.Terdapat banyak hadis
berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat utama mengenai maksudnya. Salah satu
pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama’ ialah tujuh cara bacaan yang
merangkumi unsur-unsur berikut; kata nama sama ada ia mufrad, muthanna atau jamak
dan sama ada ia muzakkar atau muannas, perselisihan pada cara ikrab (analisa nahu),
perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir sesuatu huruf atau
kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi menambah atau
mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal
atau nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya. Sekiranya rasm Uthmani tidak
digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf yang dihasilkan tidak meliputi semua
huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai digunakan untuk membaca
qiraat mutawattiroh tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat mutawattiroh yang lain.

(4) Rasm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir


Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah Islam,
Rasulullah s.a.w. melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan Malaikat Jibril
dan Zaid bin Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada
bersamanya. Zaid bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul Al-
Quran oleh dua khulafa’ Ar-Rashidin iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman
menulis berdasarkan kepada pembentangan tersebut.

(5) Keistimewaan Rasm Uthmani yang lain ialah:


(i) Berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w.
(ii) Berdasarkan tulisan Al-Quran yang asal.
(iii) Pembentukan rasm sedemikian dapat memberi kefahaman makna yang berlainan dan
tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar. Contoh yang mudah ialah pada

4
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

kalimah “maliki” dalam surah Fatihah ada yang membaca dengan hazaf alif dan ada
yang membaca dengan Ithbat Alif yang kedua makna kalimah tersebut tidak terkeluar
daripada maksud yang dikehendaki malahan ia saling mengukuh dan meluaskan makna.
(iv) Membolehkan bacaan wajah-wajah qiraat mutawatir pada lafaz yang sama seperti
dalam firman Allah (‫)وما يخدعون ال انفسهم‬, kalimah (‫ ) يخدعون‬boleh dibaca dengan

dua wajah Qiraat iaitu ( ‫ )يخادعون‬dan (‫ ) يخدعون‬dengan kha berbaris dommah.

(v) Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih.


(vi) Dipersetujui oleh 12,000 orang sahabat.
(vii) Salah satu daripada sudut gambaran mukjizat Al-Quran .
(viii) Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang
kuat dan hujah-hujah yang jelas.
(x) Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).
(xi) Mengandungi rahsia tertentu dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.
Contohnya dalam surah Zariyyat ayat 47 (‫)والسماء بنيناها باييد وانا لموسعون‬kalimah
ayyidin ditulis dengan gandaan huruf ya kerana memberi petunjuk kebesaran kekuasaan
Allah khususnya dalam penciptaan langit dan alam semesta.

3. DEFINISI SETIAP KAEDAH BERSERTA CONTOH-CONTOHNYA

3.1. KAEDAH PEMBUANGAN ATAU PENGURANGAN (HAZAF)


Hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah tertentu
dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah alif ( ‫)ا‬, wau(‫)و‬, ya(

‫)ي‬, lam(‫ )ل‬nun(‫ )ن‬yang terdapat pada kalimah tertentu dan huruf-huruf alif(‫)ا‬, wau(‫)و‬
dan ya(‫ )ي‬pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu Al-Quran.
3.1.1 Pembahagian Hazaf
Hazaf berlaku dalam tiga bentuk;
• Hazaf isyarah bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-wajah qiraat
mutawatirah tertentu contohnya.
• Hazaf ikhtisor bermaksud hazaf peringkasan seperti pembuangan alif pada
struktur kata jamak Muzakkar Salim dan Jamak Muannath Salim contohnya pada;

5
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

• Hazaf iktisor bermaksud hazaf pembatasan yang bermakna hazaf alif pada
kalimah-kalimah tertentu tanpa melibatkan kalimah-kalimah lain contohnya hazaf
alif pada kalimah “miaad”;

(I) Hazaf Alif


Hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut:
1. Alif pada kalimah “basmalah” samada lengkap atau tidak

Kecuali pada surah al-Alaq ayat 1:

(2)Hazaf Wau
Hazaf wau berlaku dalam keadaan-keadaan berikut;
1. Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.

(3) Hazaf Ya
Hazaf ya berlaku dalam keadaan-keadaan berikut;
1. Ya “muatakallim” pada kedudukan “isim munada” seperti;

6
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

(4) Hazaf Lam


Hazaf lam tidak begitu banyak di dalam al-Quran, hazaf lam berlaku pada keadaan
berikut;

1. Pada lam kedua dalam kalimah-kalimah

kecuali kalimah-kalimah

2. Lam pada lafzul Jalalah.

(5) Hazaf Alif Wau Dan Ya Fawatih Suwar


Hazaf alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to sod, qaf,ro. Hazaf wau
pula pada huruf nun. Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-huruf mim, sin, ain dan
sin. Huruf fawatih yang tidak terlibat dengan hazaf fawatih hanyalah alif kerana selepas
dieja tiada huruf mad yang terdapat padanya.

3.2. KAEDAH AL-ZIADAH DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI

Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu


Al- Quran. Merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian dalam penulisan al-Quran
Rasm Uthmani. Jika diamat-amati kaedah ini juga terdapat dalam Bahasa Inggeris yang
diistilahkan sebagai “silence pronoun”. . Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada
semua keadaan pada bacaan.
Dalam penulisan mashaf-mashaf Rasm Uthmani, huruf-huruf yang diziyadah ialah;
(a) Huruf Alif (b) Huruf wau. (c) Huruf ya

(1) Ziyadah Huruf Alif pada Tempat-tempat Berikut:


1. Selepas huruf wau ganti nama pada jamak muzakkar yang bersambung dengan “Fiil
Madi” “Fiil Mudhari’ dan ”Fiil Amar” yang berada di hujung kalimah.

7
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

(2) Ziyadah Huruf Wau pada:


1. Kalimah pada

(3)Ziyadah Ya pada Kalimah-kalimah:


1.

3.3. KAEDAH AL-IBDAL DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI


Al-Ibdal atau menukarkan suatu huruf kepada huruf yang lain adalah merupakan satu
kaedah yang perlu diberi perhatian dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani. Al-Ibdal
ialah menggantikan sesuatu huruf kepada huruf yang lain. Perlu diketahui bahawa huruf
yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca sama sekali, tetapi sebaliknya
yang dibaca adalah huruf asal yang digantikannya.Dalam penulisan mashaf-mashaf Rasm
Uthmani, huruf-huruf yang digantikan itu terbahagi kepada lima bahagian iaitu:
(a) Ibdal huruf Alif kepada huruf Waw.
(b) Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya’.
(c) Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif.
(d) Ibdal huruf Ta' al-Marbutah kepada huruf Ta’ al-Maftuhah.
(e) Ibdal huruf Thulathi Waw kepada huruf Alif.

(a) Ibdal Huruf Alif Kepada Huruf Waw


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Alif akan diibdalkan kepada
huruf Waw pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu
ialah:

8
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

1. Empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu:

(b) Ibdal Huruf Alif Kepada Huruf Ya'


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Alif pula akan diibdalkan
kepada huruf Ya' pada beberapa keadaan yang tertentu. Keadaan-keadaan yang
dimaksudkan itu ialah:
1. Apabila Alif terletak di hujung kalimah, sekalipun ia berhubung dengan dhamir (ganti
nama) Contohnya seperti:

(c) Ibdal Huruf Nun Kepada Huruf Alif


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Nun akan diibdalkan kepada
huruf Alif pada beberapa keadaan yang tertentu. Keadaan-keadaan yang dimaksudkan itu
ialah:
Huruf Nun Tawkid Khafiyyah pada dua kalimah berikut:

(d) Ibdal Huruf Ta' Al-Marbutah Kepada Ta' Almaftuhah


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Ta' al-Marbutah akan diibdalkan
kepada huruf Ta' al-Maftuhah pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-kalimah
yang dimaksudkan itu ialah:
1. Semua kalimah ditulis dengan Ta' al-Marbutah melainkan pada tujuh tempat
dalam al-Quran yang ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah iaitu:

9
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

(e) Ibdal Huruf Thulathi Waw Kepada Huruf Alif


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, semua kata nama dan kata perbuatan
yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah Waw akan diibdalkan
kepada huruf Alif pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-kalimah yang
dimaksudkan itu ialah:

Melainkan pada enam kalimah yang tetap ditulis dengan huruf Ya'. Kalimah-kalimah
yang dimaksudkan itu iaitu:

3.4 KAEDAH AL-WASL DAN AL-FASL DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM


UTHMANI
Al-Wasl atau disebut juga sebagai al-Mausul ialah menulis sesuatu kalimah serta
menyambungkan dengan kalimah yang selepasnya, dan al-Fasl atau disebut juga sebagai
al-Maqtu' pula ialah menulis sesuatu kalimah serta memisahkan dengan kalimah yang
selepasnya. Dua istilah tersebut adalah merupakan salah satu dari kaedah penulisan Rasm
Uthmani. Kaedah penulisan ini hanya berlaku pada beberapa kalimah yang tertentu
sahaja dalam mushaf-mushaf Uthmaniah.
Secara keseluruhannya al-Wasl dan al-Fasl yang terdapat dalam mushaf-mushaf
Uthmaniah boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:
(a) Bentuk penulisannya bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah.
(b) Bentuk penulisannya berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah.
(c) Bentuk penulisannya berbeza sama ada bersambung atau berpisah dalam semua
mushaf Uthmaniah.
(d) Bentuk penulisannya harus sama ada dengan bersambung atau berpisah dalam
semua mushaf Uthmaniah.

10
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

BAHAGIAN AL-WASL DAN AL-FASL

(a) Kalimah yang Ditulis Bersambung dalam Semua Mushaf Uthmaniah


Ditulis dengan bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-kalimah
berikut:
1. Semua Ya’ al-Nida’ dengan kalimah yang selepasnya seperti:

(b) Kalimah yang Ditulis Berpisah dalam Semua Mushaf Uthmaniah


Ditulis dengan berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-kalimah berikut:
1. Kalimah dengan pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu:

(c)Kalimah yang Berbeza Bentuk Penulisannya dalam Mushaf-mushaf Uthmaniah


Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang berbeza cara penulisannya di mana ia
akan bersambung pada sebahagian tempat, tetapi akan bercerai pula pada sebahagian
tempat yang lain.
1. Kebanyakannya Ditulis dengan Bersambung

(a) Kalimah dengan seperti:

(d)Kalimah yang Harus Ditulis Sama Ada Bersambung atau Berpisah dalam Semua
Mushaf Uthmaniah
Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang harus ditulis sama ada dengan
bersambung atau berpisah. Ini bermaksud bahawa kalimah-kalimah tersebut harus ditulis

11
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

dalam semua mushaf Uthmaniah dengan menggunakan salah satu atau mana-mana cara
tersebut. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu ialah:
1. Kalimah dengan pada sepuluh tempat dalam al-Quran iaitu:

3.5 KAEDAH AL-HAMZ DALAM AL-QURAN RASM UTHMANI


Kaedah al-Hamz atau penulisan huruf Hamzah adalah merupakan salah satu dari enam
kaedah yang telah digariskan oleh para ulama dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani.
Sekiranya kaedah tersebut dibuat perbandingan dengan Rasm Qiyasi, maka kita akan
dapati bahawa kaedahnya begitu berbeza sekali, di mana ia ditulis dengan bentuk yang
berbeza-beza antara satu sama lain.
Bagi kaedah ini, perkara yang perlu dibincangkan ialah bentuk penulisan atau rumah
Hamzah kerana itulah yang berkaitan dengan rasm yang sebenarnya. Perkara ini perlu
diperjelaskan terlebih dahulu kerana ramai yang beranggapan bahawa perkara yang
dibahaskan berkaitan dengan huruf Hamzah ini adalah tandanya iaitu sama ada berbentuk

huruf sad kecil ataupun kepala huruf Ain , sedangkan perkara yang dibahaskan
dalam Rasm Uthmani adalah berkaitan surah (rumahnya).

BAHAGIAN HAMZAH
Huruf Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Hamzah al-Wasl
Iaitu huruf Hamzah tambahan yang hanya terletak pada permulaan kalimah-kalimah
tertentu. Ia hanya dibaca ketika memulakan bacaan sahaja dan gugur ketika
menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya.Dalam al-Quran Rasm Uthmani,
huruf Hamzah Wasal ini ditulis dalam bentuk huruf Alif.

Contohmya seperti

2. Hamzah al-Qat'
Iaitu huruf Hamzah yang terletak sama ada di permulaan, pertengahan ataupun di hujung

12
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

kalimah. Ia tetap dibaca sama ada memulakan bacaan padanya ataupun menyambungkan

bacaan dengan kalimah sebelumnya. Contohnya seperti


Dalam al-Quran Rasm Uthmani, huruf Hamzah Qata' ini ditulis dalam bentuk yang
berbagai-bagai iaitu sama ada dengan huruf Alif, huruf Waw atupun huruf Ya'.

1.KAEDAH PENULISAN HAMZAH AL-WASL


Dalam al-Quran Rasm Uthmani, Hamzah al-Wasl itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu
sama ada dikekalkan ataupun dibuang bentuknya. Apabila bentuknya dikekalkan, maka ia

ditulis dengan surah huruf Alif seperti Kalimah dan sebagainya.


Akan tetapi terdapat juga beberapa keadaan di mana surah Hamzah al-Wasl itu perlu
dibuang. Keadaan-keadaan yang dimaksudkan itu iaitu:
1. Hamzah al-Wasl yang terletak pada Fa' Kalimah (Fa' al-Fi'il)

2.KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH AL-QAT'I


Dalam mashaf-mashaf Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf Hamzah tersebut adalah
berbeza antara satu sama lain. Ia berpandukan kepada kedudukannya sama ada ia
terletak di permulaan kalimah atau di pertengahannya ataupun di hujung. Penjelasan
mengenainya adalah seperti berikut:
1. Huruf Hamzah di Pangkal Kalimah
Semua huruf Hamzah yang terletak di pangkal kalimah sama ada pada isim (kata nama),
fi'il (kata perbuatan) atau pada huruf ditulis dengan bentuk Alif (berumahkan huruf Alif),
sama ada ketika ia fathah, kasrah atau dammah. Contohnya seperti:

2. Huruf Hamzah di Pertengahan Kalimah


Huruf Hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya antara satu
sama lain:

13
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

(a) Sekiranya Hamzah itu fathah dan sebelumnya terdapat satu huruf sukun, maka ia
ditulis tanpa surah. Contohnya seperti:

Melainkan tiga kalimah yang ditulis dengan surah iaitu:

1. (Al-Najm: 47) 2. (Al-Rum: 10)

3. (Al-Ahzab: 20)
Huruf Hamzah di Hujung Kalimah
Huruf Hamzah yang terletak di hujung kalimah juga berbeza cara penulisannya di antara
satu sama lain.
(a) Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu kasrah, ia ditulis dengan surah Ya’. Contohnya
seperti:

3.6 KAEDAH MA FIH QIRA'ATAANI DALAM PENULISAN AL-QURAN


RASM UTHMANI
Kaedah yang terakhir dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani ialah sekiranya
sesuatu kalimah itu mengandungi dua cara bacaan, maka ia ditulis berpandukan cara
bacaan qiraat-qiraat yang tertentu.
Kaedah ini secara tidak langsungnya akan menerangkan tentang perbezaan cara bacaan
antara qurra' kerana terdapat perbezaan kaedah penulisan yang terjadi di antara mushaf-
mushaf Uthmaniah itu di sebabkan perbezaan bacaan antara mereka. Perbezaan bacaan
yang dibincangkan dalam perbahasan ini adalah tertumpu kepada Qurra' Sab'ah sahaja.
Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah
qiraat, maka kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut.
Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termasuk dalam bahagian ini boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu:
1. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Bertepatan dengan Cara Bacaan

14
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

Kedua-duanya
Terdapat beberapa kalimah yang harus dibaca dengan dua atau berbagai-bagai cara
bacaan (qiraat). Kalimah-kalimah yang seumpama ini ditulis dalam semua mushaf
Uthmaniah dengan satu bentuk yang sesuai dan harus dibaca oleh semua perbezaan
qiraat yang berlaku. Contohnya seperti:

2. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Berpandukan Salah Satu dari
Keduanya (wajah yang lebih masyhur)
Terdapat beberapa cara bacaan pada sesuatu kalimah dan ia ditulis dengan menggunakan
salah satu bentuk yang lebih mashyur dan banyak digunakan oleh qiraat-qiraat yang
mutawatirah. Contohnya seperti:

3. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Berbeza-beza antara Mushaf


Berpandukan kepada Cara Bacaannya Masing-masing
Terdapat beberapa perbezaan bacaan yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau
kalimah, dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi sesuatu qiraat tidak
sesuai digunakan bagi qiraat yang lain. Oleh itu ia ditulis pada sebahagian mushaf dengan
satu kaedah dan sebahagian lagi mushaf dengan kaedah yang lain berpandukan kepada
cara bacaannya. Contohnya seperti:

15
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

4. HIKMAH ATAU RAHSIA DI SEBALIK PENGGUNAAN


KAEDAH-KAEDAH TERSEBUT.

4.1. HIKMAH-HIKMAH ATAU RAHSIA-RAHSIA KAEDAH ZIYADAH


Selain daripada mempunyai mukjizat yang hanya diketahui Allah sahaja, huruf-huruf
ziyadah juga dilihat mempunyai banyak keistimewaan. Para ulama berpendapat
penambahan huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui baris asal
sesuatu huruf terutamanya pada peringkat awal penulisan al-Quran tiada mempunyai

sebarang baris. Antara contohnya ialah kalimah ditambah huruf ya selepas huruf
hamzah untuk menunjukkan hamzah sebelum ya berbaris kasrah. Selain dari itu ulama
juga mendapati huruf-huruf ziyadah juga mempunyai makna-makna tertentu yang
tersirat. Contohnya ialah;
• Menunjukkan keagungan kekuasaan Allah yang tidak sesiapapun dapat menyamainya.

Ia berlaku pada kalimah pada surah Azzariyat ayat 47 (rujuk di atas).


• Menunjukkan sifat yang keterlaluan seperti dalam ayat 6 surah Qalam yang
membayangkan kegilaan kaum Musrikin yang keterlaluan.

• Begitu juga pada ayat 119 surah Toha. Tambahan alif pada kalimah
menunjukkan Nabi Yaakub adalah paling banyak mengingati nabi Yusuf.
• Begitu juga kalimah dalam surah Syura ayat 30 menunjukkan banyak dan
berterusan kemaafan daripada Allah.

4.2.HIKMAH/RAHSIA HURUF-HURUF IBDAL


Sememangnya terdapat banyak hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan Ibdal
dalam Rasm Uthmani yang tidak mampu dikaji atau difikirkan oleh akal fikiran manusia.
Sebagai contohnya, bagaimanakah akal kita boleh memikirkan tentang penukaran huruf

16
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

Ta' al-Marbutah kepada Ta' al-Maftuhah yang berlaku pada sebahagian kalimah
dan sebagainya, sedangkan sebahagian kalimah yang seumpamanya tetap ditulis
dengan Ta' al-Marbutah. Begitu juga, akal kita pasti tidak dapat memikirkan tentang

hikmah perbezaan cara penulisan kalimah yang ditulis dengan huruf Ya' pada
surah Ghafir, sedangkan kalimah yang sama dalam surah Yusuf ditulis dengan huruf Alif.
Antara hikmah-hikmah yang dimaksudkan ialah:
1. Huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal-usul sesuatu
huruf. Contohnya seperti:

2. Sebahagian kalimah ditulis bersesuaian dengan berbagai-bagai cara bacaan yang


diharuskan. Sebagai contohnya:

4.3.HIKMAH /RAHSIA YANG BERLAKU DARI KEPELBAGAIAN


CARA PENULISAN YANG BERKAITAN DENGAN AL-WASL DAN AL-FASL
Perbezaan cara tulisan sama ada dengan menyambung atau memisahkannya telah
memberi kesan yang besar terhadap tiga perkara, iaitu:

1. Berkaitan Cara Bacaan


Cara bacaan bagi semua qurra' akan berbeza dengan sebab berlainan cara penulisan

kalimah-kalimah tertentu. Sebagai contohnya, kalimah dengan pada firman

Allah s.w.t. , sekiranya kalimah tersebut ditulis


dengan bersambung, ketika bacaan waqaf para qurra' mestilah berhenti pada kalimah ,
tetapi sekiranya ia ditulis dengan berpisah, ketika bacaan waqaf para qurra' boleh

17
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

memilih sama ada berhenti pada kalimah ataupun kalimah . Begitulah juga yang
berlaku pada kalimah-kalimah yang seumpamanya.
2. Berkaitan Maksud Kalimah
Maksud sesuatu kalimah yang ditulis dengan bersambung juga kadang-kadang akan

berbeza apabila ia ditulis dengan berpisah. Contohnya seperti kalimah dengan

yang ditulis dengan bersambung pada firman Allah s.a.w. ia


bermaksud "atau siapa", tetapi sekiranya ditulis dengan berpisah pada firman Allah s.w.t.

, ia pula bermaksud "bahkan". Begitulah juga berlaku


pada kalimah-kalimah yang seumpamanya.
3. Berkaitan Hukum Tajwid
Hukum tajwid bagi sesuatu kalimah itu juga pada kebiasaannya akan berubah dengan
sebab perbezaan cara tulisan yang melibatkan bersambung atau berpisah. Sebagai
contohnya kalimah dengan , sekiranya ditulis dengan bersambung jadilah
hukumnya Idgham Bi Ghunnah Musyaddad, tetapi sekiranya berpisah hukumnya akan
bertukar kepada Idgham Mithlaini Saghir. Begitu juga kalimah dengan ,
sekiranya ditulis dengan bersambung jadilah hukumnya Idgham Bi Ghunnah Musyaddad,
tetapi sekiranya dipisahkan hukumnya akan bertukar kepada Idgham Maal Ghunnah.

4.4.HIKMAH/RAHSIA KAEDAH PENULISAN HAMZAH


Para ulama tidak dapat menyelami hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan huruf
Hamzah yang berbeza-beza kerana kaedah tersebut bukannya ciptaan manusia. Oleh
kerana ia adalah tauqifi daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang disepakati oleh
jumhur ulama, maka kita wajib menerimanya sebagai wahyu daripada Allah s.w.t.
sebagaimana firmannya:

Maksudnya:
“Dan tidaklah (Muhammad s.a.w.) itu melafazkan sesuatu hanya mengikut hawa nafsu
semata-mata. Semuanya tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya. Ia
diajarkan oleh yang sangat perkasa (Jibril a.s.).”

18
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

Salah satu hikmah yang tersurat dari kepelbagaian bentuk-bentuk penulisannya ialah
kalimah-kalimah tersebut harus dibaca dengan berbagai-bagai wajah qiraat. Sebagai
contohnya:

4.5 HIKMAH/RAHSIA YANG BOLEH DIPEROLEHI DARI KAEDAH MA FIHI


QIRA'ATAANI DALAM RASM UTHMANI

Terdapat berbagai-bagai keistimewaan yang terdapat dari kaedah ini,antaranya:


1. Merupakan satu kaedah penulisan yang sesuai digunakan oleh semua wajah qiraat

yang mutawatirah. Sebagai contohnya kalimah yang terdapat dalam surah al-
Fatihah, ia ditulis dalam semua mushaf Uthmaniah dengan tanpa Alif selepas Mim
supaya ia sesuai dibaca oleh dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan panjang (2 harakat)

ataupun pendek. Kalimah dalam surah al-Furqan pula ditulis dalam semua
mushaf Uthmaniah dengan tanpa Alif selepas Ra' supaya ia juga sesuai dibaca oleh dua
wajah qiraat iaitu sama ada dengan panjang (bacaan mufrad) ataupun pendek (bacaan
jama'). Begitu juga pada banyak contoh yang lain.

2. Ia ditulis berpandukan bacaan yang lebih masyhur dan dibaca oleh kebanyakkan qiraat.
Hal ini berlaku apabila sesuatu qiraat itu harus ditulis dengan satu bentuk tulisan sahaja
iaitu bentuk yang asal, tanpa perlu diubah kepada suatu bentuk yang lain dan bentuk itu
memungkinkan dibaca dengan berbagai-bagai qiraat. Sebagai contohnya kalimah

dalam al-Quran yang ditulis dengan huruf Sad pada semua mushaf Uthmaniah,
tetapi bacaannya harus dibaca dengan Sad atau dengan Sin ataupun dengan huruf Zai

yang diisymamkan. Kalimah dalam surah al-Baqarah juga ditulis dengan huruf

19
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

Sad pada semua mushaf Uthmaniah, tetapi ia harus dibaca dengan Sad ataupun dengan
Sin.

5. PENDAPAT MENGENAI HUKUM MENGGUNAKAN RASM UTHMANI

Hukum mempelajarinya adalah Fardu kifayah. Ianya satu keperluan, di mana ia


dapat menentukan cara menulis sesuatu kalimah contohnya huruf Ta’ ditulis dengan Ta’
maftuhah atau Ta’ marbutoh. Rasm Uthmani sangat penting dipelajari dan dikaji
khususnya apabila kita hendak menulis dan membaca kitab suci Al-Quran kerana ianya
dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan Al-Quran, ini kerana sekiranya dengan
penulisan kita dapat membaca apa yang kita tulis. Bayangkan jikalau tulisan sesuatu
kalimah atau lafaz salah, sudah tentu bacaannya juga salah. Perlu diingat bahawa
penulisan betul adalah perkara penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah.

Hukum Menggunakan Penulisan Al-Quran dengan Rasm Uthmani

Ulama berbeza pendapat adakah kaum Muslimin diwajibkan mengikuti rasm


Uthmani dalam penulisan al-Quran apakah dibolehkan menulisnya dengan rasm Imlai.
Ulama yang mengakui bahawa rasm Uthmani bersifat tauqifi berpendapat wajib
mengikuti rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran. Sehubungan dengan itu Ahmad Ibn
Hambal menyatakan “haram hukumnya menyalahi rasm Uthmani seperti dalam hal
penulisan huruf “ya” atau “alif” atau “wau” manakala Imam Malik ketika ditanya
“bolehkah al Quran di tulis dalam bentuk penulisan gaya baru? Beliau menjawab “tidak
boleh dan mesti mengikut bentuk penulisan yang pertama kali”.
Ulama yang tidak mengakui bahawa rasm Uthmani itu bersifat taqifi berpendapat
“tidak mesti kita mengikut rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran. Dengan mudah ia
bermaksud dibolehkan kita menulisnya dengan rasm imlai. Mereka menyandarkan
pendapat tersebut berdasarkan ungkapan Sheikh Labib al-Saed dalam bukunya “Al-
Jam’al al-Sauti al-Awwali li al-Quran al-Karim”

20
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

Yang bermaksud: ”Sesungguh bentuk dan format penulisan tidak lain melainkan
hanyalah merupakan tanda-tanda atau simbol-simbol. Jadi bentuk serta format tulisan al-
Quran yang menggambarkan atau menunjukkan arah bacaan yang tepat, dapat benarkan.
Manakala rasm Uthmani yang berbeza dengan rasm imlai sebagaimana yang dikenali
menyusahkan orang awam juga mengakibatkan kesusahan dan kekeliruan dalam
pembacaan.”
Ada pula sebahagian pendapat yang lebih selektif. Mereka berpendapat wajib ditulis
dengan rasm imlai dalam penulisan al-Quran yang diperuntukkan bagi orang awam.
Namun begitu penulisan dengan rasm ‘Uthmani juga wajib dipelihara dan dilazimkan
sebagai warisan yang sangat berharga. Sehubungan dengan pendapat ini Sheikh al-
Zarqani menyatakan ungkapannya seperti berikut;

Yang bermaksud: “pendapat ini dimaksudkan untuk memelihara ketulenan al-Quran dari
dua aspek. Pertama: berupa penulisan al-Quran dengan bentuk penulisan seperti yang
dikenali agar kaum Muslimin terhindar daripada kekeliruan dan kesalahan ketika
membacanya. Kedua: usaha penyelarasan al-Quran dengan Rasmnya yang asal
ditentukan bagi kaum Muslimin yang tidak dikhuatirkan terjadi kekeliruan dalam
bacaannya”.

Pendapat yang Rojih (Terpilih)


Pendapat terpilih yang menenang hati ialah pendapat Jumhur yang mengakui bahawa
penulisan al-Quran adalah tauqifi dan tidak boleh menyalahinya. Dr Yusuf al-Qardhawi
dalam kitab “fatawa al-Maashirah” menerima dan mempertahankan pendapat ini secara
panjang lebar;

21
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

• Umat Islam sejak dari Zaman Saidina Uthman menerima mushaf yang ditulis
ketika itu. Ia ditulis di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid.
• Umat Islam juga bersepakat mashaf ini hendaklah kekal sebagaimana ia ditulis
tidakdiubah atau ditukar meskipun cara penulisan sekarang sudah berkembang
dan berubah. Walaupun begitu terdapat sedikit penambahan yang perlu yang tidak
merubah bentuk kalimah asal. Penambahan ini merangkumi dari segi titik-titik
huruf dan baris-baris.
• Mashaf ini kekal hingga ke hari ini dalam bentuk tulisan Uthmani. Ini ialah
sebagai langkah bersungguh-sungguh dalam memelihara nash al-Quran dari
sebarang perubahan yang mungkin berlaku di masa mendatang sama ada secara
tersilap atau disengajakan.
• Huruf-huruf Latin juga tidak mempunyai aksara yang boleh menerangkan semua
bunyi-bunyi huruf Arab yang khusus seperti huruf ha, ain, zho, sod dan to.
• Mungkin ada sebahagian orang menjelaskan bahawa ia boleh diselesaikan dengan
meletakkan tanda-tanda khas seperti yang diletakkan oleh para orientalis untuk
membezakan bunyi-bunyi huruf Latin yang tidak mempunyai huruf khas. Walau
bagaimanapun penyelesaian sebegini boleh berlaku kepada orang yang sudah
mengetahui Bahasa Arab dan bunyi-bunyi hurufnya secara tepat.
• Terdapat juga huruf-huruf seperti hamzah wasal bilakah sepatutnya ia dituturkan
dan bilakah ia tidak dituturkan. Begitu juga “tanwin” bagaimanakah bunyi ketika
disambung (wasal) dan diberhentikan (waqaf). Begitu juga tanwin dalam Taa
Marbutoh adalah lain dengan tanwin dalam ta maftuhah ketika berhenti. Begitulah
seterusnya ia hanya dapat dikuasai melalui latihan.

Selain daripada sokongan ini terdapat persidangan ulama sedunia yang turut
mengakui kenyataan di atas. Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah pertama “majmak
Buhuth Islamih” (Majlis Kajian Islam) Universiti al-Azhar Mesir dalam persingan
keenamnya pada 30 Muharram 1391H, “haiah Kibar Ulama” (kesatuan ulama Besar)
Arab Saudi pada penetapan n0: 71 bertarikh 21 Syawal 1399H dan ketiga “Majmak Fiqh
Islami” (majlis Fiqh Islam) di bawah Rabitah Alam Islami (Liga Islam sedunia) Riyadh
menetapkan bahawa;

22
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

• Mengekalkan penulisan al-Quran secara rasm Uthmani sahaja bagi mengelakkan


sebarang penyelewengan dalam penulisannya.
• Mengekalkan al-Quran yang ditulis dengan kaedah rasm Uthmani sahaja kerana ia
adalah satu sunnah para sahabat yang diambil daripada Rasulullah bertepatan
dengan hadis “alaikum bisunnati...”.
• Mengelakkan penulisan rasm Uthmani dan mengikut penulisan rasm Imlai dengan
tujuan memudahkan bacaan akan membawa kepada pertukaran atau penambahan
huruf al-Quran tanpa disedari.
• Membiarkan al-Quran tanpa piawaian penulisan yang tetap akan
mendedahkannya kepada pihak yang mahu menulisnya melalui perantaraan
kaedah-kaedah lain yang pasti akan merosakkan keaslian bacaan.
• Semua bentuk bacaan adalah perkara yang diambil daripada Nabi s.a.w bukan
melalui sesuatu fatwa.
• Membiarkan al-Quran tanpa piawaian penulisan yang tetap akan
mendedahkannya kepada pihak yang mahu menulisnya melalui perantaraan
kaedah-kaedah lain yang pasti akan merosakkan keaslian bacaan.
• Semua bentuk bacaan adalah perkara yang diambil daripada Nabi s.a.w bukan
melalui sesuatu fatwa.

23
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

6. PENUTUP

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa Al-Quran merupakan mukjizat yang


terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ianya dipelihara, dikawal dan dijaga sama ada
dalam bentuk lisan dan bentuk penulisan. Bersama bentuk bacaan mutawatir yang
diturunkan melalui Malaikat Jibril, Allah juga menentukan kaedah-kaedah tertentu untuk
membentuk kalimah Al-Quran. Para ulama’ telah mengesan beberapa kaedah penulisan
kalimah-kalimah Al-Quran yang disebut kaedah Rasm Uthmani.
Sekiranya kaedah ini bukan bersumberkan Rasulullah dan para sahabat sudah
tentu kaedah ini tidak diguna pakai untuk menulis kalimah-kalimah kitab yang
bermukjizat ini. Di sini dapatlah dirumuskan bahawa kaedah tersebut amat unik dan
terdapat banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga Rasulullah
s.a.w. dan sahabat-sahabat sangat mengambil berat terhadapnya.
Tanpa mengetahui sejarah dan kaedah penulisan al-Quran, pasti berlaku kesilapan
sewaktu mentelaah kalam Allah s.w.t. itu. Meskipun al-Quran yang dibuku dan dicetak di
seluruh dunia mempunyai beberapa kaedah penulisan, namun hanya yang menggunakan
kaedah rasm Uthmani yang diiktiraf jumhur ulama’ kerana ia mempunyai pelbagai
kelebihan di sebalik kemukjizatan yang teragung..

24
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

7. RUJUKAN

1. Ahmad Kamarudin Ibrahim,(2009), Rasm Al-Uthmani, Meteor Doc. Sdn. Bhd.

2. Badaruddin Mohd b Abdullah Al-Zarkasyi, al-Burhan fi Ulum al-Quran, Beirut


dar al Makrifah.

3. Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, (1990), Panduan Membaca Al-Quran Rasm
Uthmani dan Kelebihannya, Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

4. Husni Sheikh Uthman, Haqq at-Tilawah, al-Urdun, Maktabah al-Manar.

5. Jawdah,Muhammad Abu al-Yazid al-Mahdi,(2000), Thamar al-Jinan Fi Afnan


Min Ulum al-Quran, Egypt.

6. Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran KKDN, (2004), Buku


Panduan Rasm Uthmani, Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

7. Maulana Abdullah Yusuf Ali, (2001), Al-Quranul Karim Terjemahan dan


Huraian - Maksud Jilid 1, DBP Kuala Lumpur.

8. Muhammad Firdaus Nurul Huda, (2006), Ensiklopedia Asas Fardhu Ain,

25
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009

Crescent News KL Sdn. Bhd.

9. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp=2007=bicara

10. http://kualalangat.net/zakaria/2009/02/02/kelebihan-rasmuthmani

26

You might also like