You are on page 1of 48

PENUBUHAN UNIT-UNIT KOKURIKULUM

Disediakan oleh: Siti Syahrun NurulAin Binti Mohd Misan PISMP GSTT BI JUN 2013

Subtopik
Makna pertubuhan Pendaftaran penubuhan di sekolah Perlembagaan dan Peraturan Peranan Guru Penasihat Perlantikan/Pemilihan AJK Bidang Tugas AJK

MAKNA PERTUBUHAN

Persatuan, kelab atau badan-badan yang bergerak berasaskan keahlian. Mempunyai tujuan-tujuan tertentu samada kekal atau sementara. Pertubuhan didaftarkan mengikut kehendak Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966.

PENDAFTARAN PENUBUHAN DI SEKOLAH

Sebelum penubuhan unit-unit GERKO, anda perlu meneliti beberapa faktor seperti :-

Keperluan di sekolah Kemudahan infrastruktur Kepakaran Faedah yang diperolehi oleh murid Bilangan guru dan murid

BAGAIMANA MENUBUHKAN PERSATUAN. Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh sekurangkurangnya tujuh (7) orang hendaklah diadakan dan nama-nama mereka yang hadir hendaklah dicatatkan dalam minit mesyuarat.

Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat ketetapan-ketetapan berikut: (a) bersetuju menubuhkan pertubuhan. (b) meluluskan nama pertubuhan yang akan didaftarkan (nama pertubuhan hendaklah selaras dengan tujuan dan keahlian pertubuhan) (c) menetapkan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan. (d) melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk menguruskan pendaftaran pertubuhan. (e) meluluskan undang-undang (perlembagaan) pertubuhan yang hendak didaftarkan.

CARA MEMOHON PENDAFTARAN PERTUBUHAN


Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: (a) 6 salinan borang permohonan Borang 1. (b) 6 salinan senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Pertubuhan; (Senarai ini hendaklah mengandungi butir-butir seperti: nama,jawatan dalam pertubuhan, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan alamat majikan serta alamat rumah bagi tiaptiap Ahli Jawatankuasa). Format Senarai AhliAhli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan;

(c) 6 salinan undang-undang (perlembagaan).


(d)6 salinan contoh lambang, bendera, lencana dan lain-lain tanda yang berwarna dan keterangan mengenai maksud tanda-tanda tersebut di dalamnya (jika berkenaan). (e) 3 salinan minit mesyuarat penubuhan (f) Surat kebenaran menggunakan alamat daripada tuan punya alamat.

(g) Yuran pemprosesan berjumlah RM30.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang atas nama Pendaftar dilekatkan pada ruang yang tersedia.

PROSEDUR PENUBUHAN
Setiap persatuan di luar institusi pendidikan diwajibkan mendaftar
Akta Pendaftaran Pertubuhan
Parti Politik, pertubuhan belia & badan kebajikan

Dua kategori pendaftaran penubuhan persatuan di luar institusi pendidikan

Persatuan Pengakap, Pandu Puteri, SJAM, PBSM

Akta Parlimen

PROSEDUR PENUBUHAN
Persatuan di institusi pendidikan tidak perlu didaftar di bawah Akta Parlimen @ Akta Pendaftaran Penubuhan Guru Besar / Pengetua sekolah mempunyai kuasa menentukan penubuhan persatuan di sesebuah sekolah

PENUBUHAN PERSATUAN TIADA BADAN INDUK

Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk


Kebanyakan persatuan yang ditubuhkan di sekolah. Ditubuhkan di peringkat sekolah sahaja. Tiada badan induk yang membuat penyelarasan aktiviti dan pentadbiran secara rasmi.

Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk


Tidak perlu mendaftar secara rasmi dengan persatuan di peringkat negeri @ kebangsaan. Dilakukan melalui perundingan antara GB/pengetua dengan guru yang terlibat sebagai jurulatih @ guru penasihat.

Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk


Prosedur Penubuhan Persatuan
Perundingan antara pengetua/GB dengan guru yang terlibat Memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (jika perlu) Menyediakan perlembagaan dan undang-undang Menyediakan borang keahlian dan pengambilan ahli

Penubuhan Persatuan Tiada Badan Induk


Prosedur Penubuhan Persatuan
Mendaftar keahlian Menghadkan mesyuarat agung dan pemilihan JK Kerja Merancang dan melaksanakan aktiviti Membuat pelaporan aktiviti kepada pentadbiran sekolah

Penubuhan Persatuan Mempunyai Badan Induk


Semua unit @ persatuan dalam bidang unit beruniform mempunyai badan induk. Membuat penyelarasan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Badan induk akan menyelaras, mentadbir dan mendaftar keahlian. Sekolah yang ingin menubuhkan persatuan perlu terlebih dahulu berunding dengan badan induk persatuan berkenaan.

PENUBUHAN PERSATUAN MEMPUNYAI BADAN INDUK

Penubuhan Persatuan Mempunyai Badan Induk


Prosedur Penubuhan
Pengetua/GB perlu mengadakan perbincangan awal dengan badan induk yang berkaitan Mengisi borang permohonan yang dikeluarkan oleh badan induk dan menyediakan beberapa maklumat yang diperlukan mengikut peraturan badan induk (jurulatih, permohonan tauliah pemimpin) Menghantar borang berkenaan kepada SU @ Pesuruhjaya Daerah @ pegawai penjaga di daerah @ negeri untuk diproses

Prosedur Penubuhan

Pengumuman pendaftaran boleh dibuat kepada murid untuk menjadi ahli pertubuhan berkenaan sementara mendapat kelulusan daripada ibu pejabat badan induk Mendapat kelulusan @ sijil pendaftaran daripada badan induk Melaksana dan menjalankan aktiviti

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN

Setiap unit GERKO di sekolah perlu mempunyai perlembagaan dan peraturan penubuhannya tersendiri Kesemua unit beruniform mempunyai perlembagaan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh badan induk.
Tidak perlu mengadakan perlembagaan dan peraturan tersendiri

Mengapakah anda perlu merangka perlembagaan dan peraturan unit GERKO ?

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN


Fungsi : Panduan dan pedoman untuk menggerakkan persatuan berkenaan Untuk melicinkan perjalanan sesuatu pertubuhan Menetapkan bidang tugas @ tanggungjawab setiap jawatankuasa Sebagai rujukan apabila timbul sesuatu masalah yang berbangkit mengenai perjalanan & aktiviti persatuan berkenaan

Secara umumnya, perlembagaan pertubuhan mengandungi : Nama dan alamat pertubuhan Matlamat Keahlian Jawatankuasa (bilangan, tugas dsb) Kewangan

Apakah yang terkandung dalam perlembagaan ??

Pembatalan dan pembubaran persatuan Pindaan perlembagaan dan undang-undang persatuan Mesyuarat-mesyuarat persatuan

Sesetengah persatuan menambah beberapa perkara dalam perlembagaan supaya sesuai dengan kehendak & tujuan pertubuhan. Antaranya ialah : Lencana & logo pertubuhan Cogan kata @ motto persatuan Visi dan Misi Disiplin dan tatatertib persatuan

Harta dan tanggungan Tugas persatuan di peringkat sekolah, cawangan, daerah dll Larangan dalam persatuan

Perlembagaan ini perlu dikemaskini dan diubahsuai supaya selaras dengan keperluan persatuan berkenaan dari semasa ke semasa

Peranan Guru Penasihat

Antara peranan Guru Penasihat ialah:-

Memberi panduan, nasihat, bimbingan dan sebagainya kepada jawatankuasa dalam aspek pentadbiran dan melaksanakan aktiviti Melaksana dan menentukan polisi KPM, Pejabat Pendidikan Negeri & Daerah, sekolah dijalankan dengan berkesan. Menghadiri dan memberi nasihat dalam mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa Menjadi pengantara antara pentadbir sekolah dengan murid Berperanan aktif memberi tunjuk ajar dan latihan kepada ahli.

Perlantikan/Pemilihan AJK

Perlantikan/Pemilihan AJK
Perlantikan jawatankuasa sesuatu pertubuhan berbeza antara satu sama lain Perbezaan ini bergantung kepada perlembagaan pertubuhan berkenaan Terdapat 2 cara perlantikan jawatankuasa: Dipilih dalam mesyuarat agung Dilantik dengan kuasa pihak tertentu

Pemilihan di peringkat Mesyuarat Agung


Semua ahli berhak mencalon, menjadi calon, membuat pengundian & memilih sesiapa daripada kalangan ahli untuk menjadi AJK. Pencalonan, Pemilihan & Perlantikan dilakukan dalam sesuatu mesyuarat agung.

Antara jawatan yang dipertandingkan ialah


Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Jawatankuasa Kerja

Pemilihan dijalankan secara undian (mengangkat tangan @ undi sulit)

Calon yang terbanyak mendapat sokongan daripada ahli dapat memegang jawatan berkenaan

Perlantikan dan Pemilihan AJK


Sesetengah pertubuhan mengikut perlembagaannya, menggabungkan proses pemilihan dan perlantikan. Pengerusi yang dipilih berhak melantik Setiausaha di kalangan ahli pertubuhan Ini bermakna jawatan Setiausaha tidak dipertandingkan

Di peringkat sekolah, jawatan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK dipilih atau dilantik di kalangan pelajar. Pengetua bertindak sebagai Penaung dan guru sebagai penasihat.

Struktur Carta Organisasi Jawatankuasa


Pengetua (Penaung)

Guru (Penasihat)
Pengerusi Naib Pengerusi

Setiausaha

Bendahari

Jawatankuasa kerja

Bidang Tugas AJK

Penaung
Disandang oleh GB/pengetua sekolah Membuat pemantaun secara keseluruhan mengenai pelaksanaan aktiviti dan pengurusan sesebuah persatuan supaya selaras dengan peraturan persatuan dan undang-undang KPM

Bidang Tugas AJK

Penasihat
Disandang oleh Penolong Kanan Kokurikulum (PKKK) Membuat pemantauan secara keseluruhan mengenai pelaksanaan aktiviti dan pengurusan sesebuah persatuan supaya selaras dengan peraturan persatuan dan undang-undang KPM

Pengerusi

Mengurus & mentadbir pertubuhan mengikut perlembagaan Melaksanakan keputusan mesyuarat agung & mesyuarat jawatankuasa kecil Mempengerusikan mesyuarat pertubuhan Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti pertubuhan Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

Setiausaha

Menyimpan pendaftaran keahlian Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat dengan badan luar pentadbir sekolah dan ahli pertubuhan Menjemput dan mengedar surat pangilan semua jenis mesyuarat Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus pertubuhan Menjalankan tugas seperti ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan

Bendahari

Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan Memungut yuran dan menyimpan penyata pemungutan yuran Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira Menjalankan tugas mengikut ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like