You are on page 1of 2

http://cikguasma.blogspot.com/2012/03/contoh-karangan-b-sekolah-saya-setiap.

html

Sekolah Saya Setiap murid mempunyai sebuah sekolah tempatnya belajar. Begitulah juga dengan diri saya. Sekolah tempat saya belajar bernama Sekolah Kebangsaan Permatang Raja, Pantai Remis, Perak darul Ridzuan. Sekolah saya terletak di kampung Permatang Raja berdekatan dengan Bandar Pantai Remis. Sekolah saya besar dan cantik. Sekolah saya telah dibina pada tahun 2000. Sekolah saya mempunyai murid seramai 326 orang. Murid-murid sekolah saya terdiri daripada muridmurid lelaki dan murid-murid perempuan. Guru Besar sekolah saya bernama En Noor Azman b Mohd Noor. Beliau seorang guru besar yang baik dan penyayang.

Sekolah saya sangat ceria dan indah. Ini disebabkan di sekeliling sekolah saya ditanam pokok yang rendang. Berhampiran tangga ke pejabat sekolah saya terdapat sebuah kolam ikan. Pelbagai jenis ikan dipelihara di dalam kolam ini.

You might also like