You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN PENGARAH JABATAN PELAJARAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN SEMPENA KARNIVAL PROGRAM PENGGALAKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

BERSAMA KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT NEGERI 2011 Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih pengerusi majlis. Yang Berbahagia Timbalan-timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, Yang Berbahagia Encik Tajudin bin Mohamad Nor, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, Yang Dihormati Puan Che Aini bt Che Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Program Penggalakan Sains dan Teknologi Bersama Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, Yang Dihormati Barisan Pengetua, Guru Penolong Kanan, AJK Pengelola, guru-guru, tuan-tuan, puan-puan, dan peserta-peserta karnival yang dikasihi. Assalamualaikum warahmatullahi salam satu Malaysia. wabarakatuh dan

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana member ruang dan kesempatan untuk kita bersamasama berkumpul pada hari ini bagi menjayakan Program Penggalakan Sains dan Teknologi Bersama Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan bagi tahun 2011. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengelola kerana member kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan sempena majlis yang amat bermakna ini. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada jawatankuasa induk dan jawatankuasa pengelola kerana telah Berjaya menganjurkan dua program serentak ini dengan jayanya. Hadirin yang dihormati, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Penggalakan Sains dan Teknologi sejajar dengan wawasan dan aspirasi kerajaan untuk membentuk masyarakat saintifik bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Program Penggalakan Sains dan Teknologi ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada muridmurid tentang kepentingan dunia sains dan teknologi, di samping memperkembangkan unsure kreativiti dan inovasi dalam bidang sains dan teknologi melalui penglibatan mereka dalam aktiviti pertandingan yang sememangnya mencabar dan menyeronokkan. Hadirin yang saya hormati sekalian,

Selain tumpuan kerajaan dalam bidang sains dan teknologi negara kita menghadapi satu masalah yang boleh menggugat kesejahteraan dan kestabilan negara iaitu masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat. Masalah dadah ini bukanlah suatu perkara baru kerana masalah ini telah meresapi masyarakat kita sejak sekian lama tanpa mengira kaum, agama, usia, dan jantina. Sehubungan dengan masalah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di semua sekolah. Selaras dengan hasrat murni kerajaan ini Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah telah dirangka dan mula dilaksanakan di peringkat sekolah, zon, negeri dan kebangsaan pada tahun 1995. Karnival ini mempunyai hubungan yang dapat dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan lagi taraf dan kualiti pendidikan. Hadirin sekalian, Program Penggalakan Sains dan Teknologi ini memang wajar diadakan untuk memupuk minat murid-murid serta memperkembangkan bakat dalam bidang sains dan teknologi selain untuk menanam sikap positif, nilainilai murni, disiplin dan mematuhi arahan. Selain program ini Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah yang bertemakan 1Malaysia Membanteras Dadah ini juga memang rasional diadakan memandangkan remaja merupakan asset dan sumber tenaga manusia pada masa hadapan negara yang perlu dibangunkan

secara berkesan keperluan negara. Hadiri yang dikasihi,

sesuai

dengan

kehendak

dan

Matlamat mewujudkan masyarakat yang celik sains dan teknologi serta sekolah bebas dari dadah pada tahun 2012 tidak akan tercapai tanpa semangat kolektif secara bersepadu, bersungguh-sungguh dan secara sedar menjalankan tanggungjawab pendidikan pencegahan dadah serta memupuk budaya sainstifik, inovatif dan kreatif serta mahir teknologi dalam kalangan genersi muda Malaysia. Saya ingin menegaskan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri akan terus mendukung usaha murni kerajaan ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang maju dan sejahtera pada masa hadapan. Strategi, pendekatan dan kaedah baru akan dikenalpasti, diteliti dikaji dan dipraktikkan untuk memastikan matlamat kerajaan ini tercapai. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pengelola kerana telah berjaya menganjurkan dua program yang amat besar ertinya kepada masyarakat Malaysia amnya dan kepada negara khususnya. Saya berharap semoga karnival yang diadakan ini akan terus menjadi tradisi pada tahun-tahun akan datang. Dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Program Penggalakan Sains dan Teknologi Bersama Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan bagi tahun 2011.

Sekian, terima kasih.

You might also like