You are on page 1of 6

PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013 PISMP BM 1 SEM 5 2013

LAPORAN PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013 Sebelum Bagi memenuhi keperluan PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani bagi semester 5 tahun 2013, telah diadakan satu program permainan tradisional yang melibatkan seramai 84 orang guru pelatih iaitu PISMP BM 1, PISMP BM 2, PISMP BM 3 dan PISMP Pengajian Sosial. Pada awal permulaan, setiap guru pelatih diminta untuk bersedia dan menubuhkan AJK bagi program Permainan Tradisional supaya dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Selepas perlantikan dilakukan, setiap AJK mula menjalankan tanggungjawab masing- masing dan mula merangka untuk membuat kertas kerja program Permainan Tradisional. Perjumpaan kali pertama mengenai program ini telah dijalankan dan Pengerusi bagi program ini ialah Mohamad Dzulwaqar Bin Dzulkarnain daripada PISMP Pengajian Sosial Semester 5. Selama taklimat ini berlangsung, kami telah didedahkan mengenai latar belakang program permainan tradisional ini dan antara acara yang dijalankan ialah, sepak raga, galah panjang, konda kondi, baling selipar dan sebagainya. Setiap kelas akan mengelolakan 2 jenis permainan tradisional dan semua peserta ialah guru pelatih semester 5 sendiri. Program yang bakal berlangsung ini akan diadakan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Mengenai program ini, nama PETRA telah dipilih sebagai simbolik proram ini iaitu Permainan Tradisional. Setiap kelas juga diminta untuk bersedia dengan permainan masing-masing dan perlu memnbuat kertas kerja masing-masing mengikut acara yang dipertandingkan. Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan pertandingan sukan membantu guru pelatih merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih bersistematik. Permainan Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah menjadi tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita. Malah permainan tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

mementingkan keseimbangan individu daripada segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana mengunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Antara contoh permainan tradisional ialah galah panjang, batu seremban serta lain-lain. Diharap penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini akan menambah pengetahuan serta kesedaran terhadap generasi muda mengenai kewujudan permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini dari terus lekang dek zaman.

PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013 PISMP BM 1 SEM 5 2013


Semasa Tepat jam 7.30 pagi, semua guru pelatih telah berkumpul dan satu majlis perasmian telah dijalankan bersama 3 orang pensyarah iaitu Encik Abdul Halim Bin Abdul Wahab selaku pensyarah BM2 dan BM3 manakala Encik Roslee Bin Ismail selaku penyarah bagi BM1 dan PS. Pengarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan tidak dapat hadir kerana atas sebabsebab yang tidak dapat dielakkan namun, majlis tetap dijalankan dan disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan iaitu Tn Haji Salleh Bin Mohamed Sheh. Dalam ucapan yang diberikan, beliau memberi teguran dan nasihat kepada kami bakal guru pelatih mengenai sikap lambat hadir ke program permainan tradisional dan mengharapkan agar sikap sebegini dapat diubah dan tidak menjadi tabiat kerana kita bakal guru haruslah menunjukkan imej sebagai seorang guru. Seterusnya, acara pertama mula dijalankan dan permainan yang dipertandingkan ialah permainan Galah Panjang. Semua guru pelatih diminta menghantar wakil seramai 8 orang dan setiap kumpulan akan bermain dan bertanding mengikut jumlah mata yang diperoleh. Sebelum permainan dijalankan, satu taklimat mengenai permainan dijalankan dan pengundian bagi kumpulan dilangsungkan sebelum permainan bermula. Setelah acara ini berlangsung, semua guru pelatih turut serta terlibat dalam permainan tersebut dan tempoh untuk satu permainan dijalankan ialah 20 minit. Selesai acara permainan Galah Panjang, permainan kabbadi telah dijalankan dan semua kelas diminta untuk menghantar wakil untuk menyertai permainan tradisional tersebut. Begitu juga dengan seterusnya permainan lain juga tetap dijalankan dan mesti diselesaikan dengan sempurna. Sewaktu permainan dijalankan semua guru pelatih kelihatan sangat seronok dan tidak membosankan. Semua guru pelatih tidak sabar untuk mencuba permainan yang dijalankan ini kerana ada guru pelatih yang tidak pernah bermain permainan tradisonal dan program ini sangat penting untuk diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan ini merupakan amali bagi kami sebelum kami menjalani praktikum di sekolah selama sebulan dan banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari dan dalami sebagai seorang guru. Permainan menjadi semakin sengit oleh kerana acara kemuncak akan berlangsung dimana setiap kelas akan merebut mata dan masing-masing berusaha untuk menang dalam permainan yang dipertandingkan. Tiada masalah yang dihadapi sepanjang program ini berlangsung dan segala aktiviti berjalan dengan lancar.

PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013 PISMP BM 1 SEM 5 2013


Selepas Setelah semua acara selesaikan dipertandingkan, semua guru pelatih diminta untuk berkumpul di astaka dan majlis penutup akan dijalankan dan upacara penyampaian hadiah kepada para peserta juga disediakan. Sebelum program itu diakhiri, Encik Roslee Bin Ismail telah memberikan ulasan dan beliau menegaskan kepada kami supaya memperkemaskan lagi pengurusan kerana tiada suasana keadaan program tradisonal dimana tiada persiapan tempat dan alatan juga lambat disediakan. Selesai ulasan yang diberikan, upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan dan juara bagi keseluruhan permainan tradisional ialah PISMP BM 2 yang telah banyak memperoleh kutipan mata dan Naib Johan pula ialah PISMP BM 1 yang agak kurang satu mata sahaja. Kami sebagai guru pelatih amat berasa lega dan kami mula mengemas persiapan tempat dan peralatan supaya tidak hilang serta dibiarkan begitu sahaja. Makanan tengahari juga disediakan dan selesai mengemas peralatan, guru pelatih diagihkan makanan dan majlis bersurai.

PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013 PISMP BM 1 SEM 5 2013


REFLEKSI PROGRAM PERMAINAN TRADISIONAL 2013 Pada tanggal 19 Mac 2013 telah diadakan satu program permainan tradisional yang melibatkan seramai 84 orang guru pelatih dari PISMP semester 5 ambilan Januari 2011. Penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan PJM3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran

Pendidikan Jasmani. Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan pertandingan sukan membantu guru pelatih merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih bersistematik. Permainan Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah menjadi tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita. Malah permainan tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu daripada segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana mengunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Antara contoh permainan tradisional ialah galah panjang, batu seremban serta lain-lain. Diharap penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini akan menambah pengetahuan serta kesedaran terhadap generasi muda mengenai kewujudan permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini dari terus lekang dek zaman. Objektif program ini ialah supaya guru pelatih dapat mengelola dan mengurus sesuatu pertandingan permainan tradisional dengan baik dan sistematik. Selain itu, guru pelatih dapat mengaplikasikan teori pentadbiran sukan yang dipelajari melalui subjek PJM 3112 serta dapat meningkatkan kemahiran interpersonal guru pelatih dengan pihak-pihak tertentu dalam situasi mengelola penganjuran permainan tradisional. Antara permainan yang dijalankan ialah Galah Panjang, Kabbadi, Konda Kondi, Nenek-nenek, baling tin, baling selipar, sepak bulu ayam, batu seremban, lastik getah, rebut tiang, tinting, dan congkak. Kami selaku guru-guru pelatih semester 5 amat berharap agar pelaksanaan karnival ini, dapat mencapai setiap objektif yang telah digariskan. Kami juga berharap agar setiap ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang karnival ini berlangsung akan dapat membantu kami dalam meningkatkan keupayaan mengurus dan mengelola sukan dengan sebaik mungkin. Harapan kami sangat tinggi agar projek ini mendapat sokongan dan komitmen.

PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013 PISMP BM 1 SEM 5 2013


Mudah-mudahan usaha kami ini akan memberi manfaat yang besar, di samping melengkapkan kami dengan ilmu yang berguna agar dapat dipraktikkan pada masa akan datang. Semoga pengetahuan dan kecekapan guru pelatih tentang pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan dapat ditingkatkan. Segala perhatian dan kerjasama pihak pengurusan, didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

PERMAINAN TRADISIONAL (PETRA) 2013 PISMP BM 1 SEM 5 2013


PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan Laporan Proram Permainan Tradisional Tahun 2013. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Roslee Bin Ismail kerana telah banyak memberikan nasihat dan teguran sepanjang menguruskan dan mengelola permainan tradisonal. Program yang berlangsung selama sehari ini disertai oleh semua guru pelatih semester 5 sendiri.
Penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan PJM3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani. Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan pertandingan sukan membantu guru pelatih merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih bersistematik. Permainan Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah menjadi tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita. Malah permainan tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu daripada segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana mengunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Antara contoh permainan tradisional ialah galah panjang, batu seremban serta lain-lain. Diharap penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini akan menambah pengetahuan serta kesedaran terhadap generasi muda mengenai kewujudan permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini dari terus lekang dek zaman.

You might also like