You are on page 1of 23

BAB 3

BENTUK KATA

PENDAHULUAN
Bentuk Kata Dalam Bahasa Melayu 1. Kata tunggal (juga termasuk akronim) 2. Kata terbitan 3. Kata ganda 4. Kata majmuk

Bentuk Kata Tunggal


Perkataan yang tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Boleh dibahagikan seperti berikut: 1. Kata tunggal satu suku kata Cth: yu, cat, stor, skru, skrip

2. Kata tunggal dua suku kata Cth: aku, adik, asli.

3.

Kata tunggal 3 suku kata Cth: cuaca, usia, mengkuang. Kata tunggal 4 suku kata Cth: mesyuarat, keluarga, sementara Kata tunggal 5 suku kata Cth: Cenderawasih, kosmopolitan Kata tunggal 6 suku kata Cth: Maharajalela

4.

5.

6.

Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Nik Safiah Karim et al. (2008): kata akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: 1. cantuman huruf awal perkataan 2. cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan 3. cantuman suku kata awal perkataan 4. cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya

Cantuman huruf awal perkataan Contoh: 1. LUTH Lembaga Urusan dan Tabung Haji 2. ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia
Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan Contoh: 1. Mara Majlis Amanah Rakyat 2. Intan Institut Tadbiran Awam Negara 3. cepumas cepu emas

Cantuman suku kata awal perkataan Contoh: 1. tadika taman didikan kanak-kanak 2. kugiran kumpulan gitar rancak 3. Bernama Berita Nasional Malaysia
Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya Contoh: 1. asbut asap kabut 2. purata pukul rata 3. debunga debu bunga

Fenomena AKRONIM di Indonesia


kutilang kurus tinggi langsing sumur susu jemur ajojing ayo joget jingkrak-jingkrak pintok pindah tongkrongan mager malas gerak alay anak layangan kateglo kamus, tesaurus dan glosarium ishoma istirahat, solat dan makan

Bentuk Kata Terbitan


Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan ialah satu bentuk morfem yang tidak boleh berdiri sendiri dalam ayat dan harus digabungkan dengan kata dasar. Berdasarkan kedudukannya pada kata dasar, imbuhan asli dalam Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis: 1. awalan 2. akhiran 3. apitan 4. sisipan

Contoh Imbuhan

Selain daripada imbuhan asli dalam bahasa Melayu, terdapat juga sistem imbuhan asing yang telah dipinjam untuk menampung kemasukan bentuk-bentuk kata pinjaman terutamanya yang berkaitan dengan keperluan peristilahan. Imbuhan asing dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu mengikut bahasa asal imbuhanimbuhan tersebut. 1. Imbuhan Sanskrit. 2. Imbuhan Arab-Parsi. 3. Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris.

Bentuk Kata Majmuk


Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit kecuali bentuk yang telah mantap. Kata majmuk dapat dikelompokkan kepada tiga kelompok seperti berikut: 1. Rangkaian kata bebas 2. Istilah khusus 3. Mendukung maksud kiasan (simpulan bahasa)

Contoh Pengelompokan Kata Majmuk

Bentuk Kata Ganda


Proses menggandakan kata dasar. Kata dasar boleh mengalami penggandaan 1. penuh 2. setara 3. berentak

Penggandaan penuh - menggandakan keseluruhan kata dasar. Contoh: 1. cantik-cantik 2. pelatih-pelatih

Penggandaan separa - menggandakan sebahagian kata dasar sahaja kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar. vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet. Contoh: 1. Laki lalaki lelaki 2. mencari-cari 3. kasih-mengasihi

Penggandaan berentak - menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu - berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis: 1. penggandaan berentak pengulangan vokal - mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu Contoh: sayur-mayur kuih-muih hina-dina

2. Penggandaan berentak pengulangan konsonan - mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan Contoh: gunung-ganang mandi-manda kayu-kayan
3. Penggandaan berentak bebas - tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contoh: anak-pinak saudara-mara mentua-taya

You might also like