Khalifah Abu Bakar As-Sidiq( 11-13 H /.632-634 M ).
Pengenalan.
Khalifah Abu Bakar merupakan orang yang pertama sekali dilantik menjadi khalifahIslam sesudah Kewafatan Rasulullah S.A.W.
Sirah Khalifah Abu Bakar As-Sidiq.
Abu Bakar dilahirkan di Kota Mekah dua tahun selepas tahun gajah iaitu pada tahun573 Masihi. Nama beliau sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah at-Tamimi dariketurunan Bani Tamim. Sebelum Islam beliau terkenal dengan nama Abdul Kaabah.Sejak kecil lagi beliau mempunyai peribadi yang mulia,tidak pernah minum arak tidakpernah berjudi dan tidak pernah juga terlibat dalam kancah Jahiliah seperti manapemuda-pemuda Arab yang lain. Beliau juga pernah menjadi pemimpin yangterkemuka dikalangan bangsa Arab menyebabkan beliau disegani dandisanjungi.Beliau juga terkenal sebagai seorang bangsawan lagi dermawan. Sebelummemeluk Islam,beliau merupakan seorang saudagar yang kaya. Perniagaannyameluas meliputi semua kawasan-kawasan di Tanah Arab.
Apabila lahirnya agama Islam di Mekah,beliau telah memeluk Islam dan merupakanorang yang kedua memeluk Islam selepas Siti Khadijah,isteri Rasulullah. Beliaumerupakan seorang yang paling dekat dengan Rasulullah dan juga sebagai mertuaRasulullah kerana perkahwinan baginda dengan Siti Aisyah. Setelah memelukIslam,beliau terkenal dengan panggilan as-Sidiq kerana kepercayaan yangditunjukkan kepada baginda mengenai Isra’ dan Mikraj dan segala peristiwa yangberlaku keatas baginda.Setelah memeluk Islam,beliau memainkan peranan yang penting dalam penyebarandalam perkembangan Islam pelindung Baginda dari ancaman orang-orang Quraish.Umpamanya semasa baginda berhijrah ke Madinah,beliau sanggup bersembunyibersama-sama baginda dan mengawal baginda dalam perjalanan. Begitu jugasemasa Rasulullah sedang uzur,beliaulah yang mengetuai umat Islam dalam apa juga pekara.Beliau juga mempunyai pengaruh yang amat besar kepada masyarakat Quraish.Ramai dari kalangan sahabat-sahabat yang terkemuka memeluk Islam melalui usahabeliau,ini seperti Uthman b. Affan, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. abi Waqas, talhah b.Ubaidillah dan lain-lain lagi.Setelah dilantik menjadi khalifah, beliau banyak memberi sumbangan terhadapagama Islam,yang mana dengan usahanya itu, Islam dapat tegak dengan kukuhnya.Khalifah Abu Bakar as-Sidiq memerintah selama dua tahun dua bulan dan sepuluhhari. Beliau wafat pada Malam Selasa,23 hari bulan Jamadil-akhir tahun Hijrah yang