You are on page 1of 5

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, yang berusaha

tuan guru besar, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini ingin saya lahirkan rasa kesyukuran kerana di beri peluang keemasan di dalam dewan yang serba indah, dalam negara yang sentiasa aman, damai, suasana pagi yang gelap pada zahirnya bertukar cerah terus memberi laluan mudah kepada saya untuk menyampaikan sebuah pidato penting yang bertajuk, Disiplin Asas Kecemerlangan Diri. Sidang dewan yang saya hormati, Sebelum saya meneruskan bicara menutur kata-kata, izinkan saya mendefinisikan tajuk saya pada hari ini.Disiplin Asas Kecemerlangan Diri. Disiplin membawa maksud kepatuhan kepada peraturan. Asas pula ialah tapak. Dasar merupakan satu permulaan. Manakala kecermelangan merupakan satu kegemilangan diri seseorang. Jadi, kepatuhan kepada peraturan merupakan tapak permulaan kepada kegemilangan diri seseorang. Tanpa membuang masa merata-rata, izinkan saya rungkaikan beberapa misteri kecemerlangan dan kegemilangan diri yang sememangnya cukup mudah dikecapi, jika apa yang akan saya perkatakan sebentar lagi dipraktikkan dalam kehidupan. Hadirin sekalian,

Akal yang cerdas terletak kepada tubuh badan yang sihat. Tubuh yang sihat dan cergas memang diperlukan untuk menjalankan aktiviti seharian. Antara salah satu faktor yang perlu diambil berat ialah faktor kesihatan. Kesihatan dapat dijaga apabila pemakanan diawasi. Makanan yang banyak bahan perasa, bahan pengawet dan berkarbonat mestilah dihindari bagi memastikan safat otak berjalan lancar kerana bahan seperti inilah yang melemahkan ingatan dan menyebabkan sukar untuk menghafal sesuatu. Makanan seperti ini juga boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti berlaku. Jika terjadi sedemikian, proses pembelajaran sukar untuk dijalankan. Oleh itu, sewajarnya kepada sesiapa yang mencari-cari kecemerlangan diri dan kehidupan berdisiplin perlulah menjaga pemakanan harian. Jaga pemakanan anda, Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Peraturan semestinyanya ada di sekeliling kita. Hidup tanpa peraturan, mati. Factor yang akan saya tegaskan sebentar lagi berdasarkan aspek mematuhi peraturan iaitu patuh kepada arahan. Jalan raya trafik, rumah ibu bapa, sekolah guru, atau dimana sahaja kita berada pasti ada arahan dan peraturan tersendirinya. Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang patuh kepada arahan gurunya. Anak yang soleh, meupakan anak yang mendengar arahan ibu bapanya. Dan pengguna jalan raya yang berhemat adalah pengguna yang akur dengan arahan dan peraturan jalan rayanya. Kajian akal menunjukkan individu yang cemerlang ialah individu yang akur dengan arahan. Contohnya,

guru menyuruh pelajar mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah tetapi pelajar ini bukan seorang yang patuh pada arahan dan pasti tidak diendahkan kata-kata guru tersebut. Bagaimana ingin cemerlang jika berlaku sedimikan rupa? Ingat, patuh pada arahan, kecemerlangan dalam tangan! Sidang dewan yang saya hormati sekalian, Faktor terakhir yang ingin saya tegaskan pada hari ini adalah factor yang paling penting berkisarkan aspek dalaman individu itu sendiri. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Penat saya menyusun kata, tapi iltizam, keinginan, daya usaha, daya saing sedikit pun tidak terbit dalam hati, macam mana mahu cemerlang? Terletak pada individu, semangat juang untuk berjaya, untuk cemerlang semestinya ditanam dalam diri masing-masing. Orang cemerlang, orang punyai semangat juang. Datuk Azhar Mansor dan Datuk Sharifah Mazlina contohnya, keinginan yang tinggi, kemahuan membuak-buak untuk mengharumkan nama negara inilah, resepi utama yang membolehkan mereka mengecapi kemanisan kejayaan dan kecemerlangan. Lihatlah dunia, mana- mana pemimpin yang berdisiplin, yang bersungguh-sungguh, yang punyai wawasan dan cita-cita tinggi pasti disanjung masyarakat. Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnyanya. Siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat kejayaannya. Hadirin sekalian,

Resepi kejayaan telah saya suapkan, keluarkan sedikit tenaga kunyah dan telan akan meresap ke dalam diri Akhir kata sebelum dewan ini kembali sunyi, saya mahu tegaskan sekali lagi, disiplin yang jitu dalam diri seseorang, mampu membawanya ke gerbang kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian wabillahitaufik walhidayah WASSALAM

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis yang budiman, yang sudi memberi laluan, barisan panel hakim yang bijaksana, pastinya cendiakawan, yang berusaha tuan guru besar, para guru yang disanjungi, seterusnya, teman rakan yang disayangi. Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera juga Salam 1 Malaysia. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran kehadrat IIlahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita dipertemukan dalam majlis pada pagi ini. Izinkan saya para hadirin sekalian untuk beraksi menyampaikan sebuah pidato penting yang bertajuk, Disiplin Menjana Kecemerlangan.

Sejarah membuktikan bahawa seseorang yang berdisiplin, yang patuh kepada peraturan dan undang-undang akan mengapai kejayaan. Kenapa saya katakan begitu?? Nik Nor Madhihah contohnya, pelajar cemerlang SPM 2008 membuktikan bahawa seorang individu yang dhaif, serba kekurangan tetapi dapat berada di kemuncak kejayaan kerana memiliki disiplin diri yang tinggi. Beliau bukan sahaja mempunyai jadual yang ketat, malahan amat mematuhi peraturan yang dibinanya sendiri. Kejayaan Nik Nor Madhihah ini membuktikan bahawa, dengan adanya disiplin, kejayaan dapat dicipta dan dibentuk!! Orang yang berdisiplin akan sentiasa mengawal

Sidang dewan yang saya muliakan, Sebelum saya meneruskan bicara, menyusun kata-kata, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus Dewan disiplin merupakan satu latihan pemikiran dan kelakuan supaya seseorang individu dapat mengawal diri dan patuh pada peraturan atau tata tertib. Menjana pula adalah penggerak atau pemacu, manakala kecemerlangan didefinisikan sebagai kegemilangan atau kejayaan yang dicapai oleh individu. Rumusannya; kepatuhan kepada peraturan dan tata tertib dapat menjadi penggerak atau pemacu ke arah kejayaan atau kegemilangan hidup seseorang.

diri dari mengambil pemakanan yang kurang sihat. Demikian hujah saya yang kedua. Pemakanan amat penting untuk melahirkan individu yang bersih diri dan minda. Individu yang berdisiplin akan sentiasa mengelak daripada mengambil makanan berbahan perasa, berpengawet malahan berkarbonat. Pengambilan makanan seperti ini bukan sahaja menyebabkan kegemukan dan obesiti malahan melemahkan daya ingatan dan menyukarkan proses menghafal. Persolannya sejauh manakah kenyataan ini benar?? Menurut Adi Putera, seorang kanak-kanak genius Matematik ketajaman ingatannya adalah kerana beliau tidak mengambil sebarang makanan ringan tetapi mengamalkan kismis dan kurma!! Nah..., hadirin sekalian apa lagi yang kita fikirkan, tepuk dada tanyalah jiwa. Sidang dewan sekalian,

Hadirin sekalian, Hujah saya yang pertama. Individu yang berjaya adalah individu berdisipin.

Individu yang berdisiplin adalah individu bermotivasi tinggi. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Memilih untuk berdisiplin, anda pasti terpimpin. Hendak seribu daya, tak hendak seribu auta. Orang yang bermotivasi sentiasa mempunyai semangat juang dan inginkan persaingan. Sekiranya kita berada dalam zon selesa, tanpa sebarang persaingan, mana mungkin kita dapat membina kejayaan! Contohnya saudara-saudari sekalian, saya tidak akan berdiri di sini kalau saya tidak ada motivasi! Saya tidak akan menyertai pertandingan ini jika saya tidak ingin merasai nikmat persaingan! Melalui pertandingan ini saya belajar berdisiplin. Mana tidaknya?? Saya perlu menghafal, perlu mencari isi, perlu belajar berintonasi? Perlu menghilangkan rasa gentar. Perlu juga membahagikan masa. Jadi dengan adanya motivasi diri yang tinggi saya dapat membentuk disiplin diri. Orang yang berdisiplin tinggi seperti Dato Lee Cheong Wei, Dato Nicol Ann David, Dato Azhar Mansur dan Dato Dr, Sheikh Muzaffar contohnya adalah individu berdisiplin dan mempunyai kemahuan tinggi. Sedarkah anda bahawa percubaan dan ujikaji ribuan kali dilakukan oleh Thomas Adison untuk mencipta lampu yang dapat kita nikmati faedahnya sehingga kini dan ratusan kali Colonel Sanders menguji resepi KFCnya sehingga kita semua menjamahnya sekarang sampai menjilat jari. Kepatuhan kepada disiplin telah membolehkan mereka mengharumkan nama negara. Siapa sangka seorang wanita seperti Datuk Mazlina dapat menawan Antartika? Siapa sangka Dato Dr. Sheikh Muzaffar boleh sampai ke angkasa?

Siapa sangka semua mereka ini boleh berjaya. Lihatlah saudara, lihatlah dunia orang yang berdisiplin, kejayaan milik mereka!! Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnya. Hadirin sekalian, Resepi kejayaan telah saya suapkan, ambil, kunyah dan telan dalam diri. Akhir kata sebelum mengundurkan diri saya tegaskan sekali lagi, disiplin diri yang jitu mampu membawa seorang individu ke gerbang kejayaan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak kata!! Sekian, wabillahitaufik walhidayah Wasalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, yany berusaha tuan guru besar, guru-guru, dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Disiplin Penentu Kejayaan. Hadirin sekalian, Tahap disiplin kebanyakan pelajar pada masa kini dikatakan berada pada tahap yang agak membimbingkan. Pelbagai pengaruh negatif telah menggugat disiplin dan ketahanan diri pelajar yang sepatutnya mempunyai tahap disiplin yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Hadirin sekalian, Untuk mencapai kejayaan, para pelajar mestilah memiliki disiplin yang tinggi. Hal ini, membolehkan para pelajar membina sahsiah yang baik dan sentiasa patuh peraturanperaturan yang ditetapkan. Justeru itu, para pelajar mampu mengawal diri mereka daripada ancaman pengaruh negatif yang merosakkan. Selain itu, para pelajar akan terdorong untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Malahan, para pelajar juga tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan masyarakat seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, dan lepak. Dengan itu, para pelajar akan dapat membina tingkah laku yang lebih baik dan dihormati oleh masyarakat. Hadirin sekalian,

Pemupukan aspek disiplin perlu disertai dengan keyakinan dan kekuatan diri pelajar. Oleh itu, para pelajar sepatutnya memperkasakan diri mereka dengan ajaran agama, dan menghindari sebarang bentuk aktiviti yang boleh mendorong mereka melakukan perlanggaran disiplin. Jika para pelajar bersedia dengan sepenuh hati, kejayaan pasti menanti mereka. Hadirin sekalian, Daripada hujah-hujah yang telah saya sampaikan, jelaslah bahawa para pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi akan lebih mudah menjulang kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan mereka kelak. Sekian, terima kasih.

You might also like