You are on page 1of 10

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK.

DISEDIAKAN OLEH:MUHAMAD FIRDAUS BIN NORDIN MUHAMMAD BIN MAHALIL MUHAMMAD WAQIUDDIN BIN ABDUL MAJID

Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?

Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

Apakah ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?

boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Interaksi guru murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.

Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.

Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.


melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.

Sesuai dengan murid dan kurikulum. Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?

Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang pelbagai. Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P.
Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan. Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.

Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti. Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat. Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek?

Memberi tugasan mengikut kurikulum.

Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.

Menentukan jadual kerja.

Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.

Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.

Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.

Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.

Penyediaan JPT dan PMM

Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek

Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek

You might also like