You are on page 1of 8

Aktiviti 2: Gambar

A)Persediaan Istiadat perkahwinan

1) Adat Istiadat Merisik:

Rombongan merisik pengantin perempuan.


Permulaan tertib perkahwinan kaum Murut pihak lelaki akan menghantar angundan atau angkaunan untuk melakukan adat merisik bagi memastikan perempuan yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih belum berpunya. Kebiasaan rombongan merisik ini dihadiri oleh lapan orang wakil iaitu empat orang lelaki dan empat orang perempuan. Rombongan ini juga mengenakan pakaian tradisional semasa proses merisik dilaksanakan.

2) Adat Bertunang:

Angundan atau angkaunan sedang berbincang hal perkahwinan


Angundan atau angkaunan yang terdiri daripada lapan orang iaitu empat lelaki dan empat perempuan akan membawa bungkusan dan tapai untuk membincangkan hal perkahwinan. Dan memastikan berian yang dipersetujui dihantar mematuhi seperti ketetapan berian yang telah dipersetujui

B)Amalan Ritual 1) Pengiraan tibuku:

Amalan ritual bagi menetapkan tarikh dan masa bagi upacara tinauh
Ritual ini bermula apabila angundan yang datang bertandang ke rumah pengantin perempuan untuk meminang dan ingin menentukan tarikh yang sesuai bagi majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Dalam ritual ini, rotan digunakan sebagai alat penentu tarikh yang utama, di mana ia diikat pada tangan angundan yang hadir dalam majlis tersebut. Tarikh tersebut diperolehi melalui simpulan yang dibuat pada rotan tersebut sehinggalah tarikh yang dingini menjelang tiba apabila simpulan terakhir pada rotan tersebut diperolehi.

2) Upacara Upan-Upan Baawang

Kedua-dua pihak akan bersepakat untuk bertemu di suatu kawasan pertengahan perjalanan ke rumah pengantin perempuan.
Upacara ini ialah upacara pertemuan antara rombongan pengantin lelaki dan perempuan. Kedua-dua pihak akan bersepakat untuk bertemu di suatu kawasan pertengahan perjalanan ke rumah pengantin perempuan sebelum rombongan pihak lelaki (tambului) tiba di tempat persandingan. Upacara ini diamalkan bagi memastikan kedua-dua pasangan diarak dan di bawa bagi mendapat restu dari semua pihak. Kebiasaanya para penggantin diiringi dengan penuh meriah terutamanya dengan pemakaian pakaian tradisional dan kepahlawanan murut.

3) Upacara sinapapar:

Pawangsedang melakukan ritual sinapapar


Ritual ini diadakan bagi bertujuan untuk menolak bala semasa acara tinauh dilangsungkan. Dalam upacara ini, seorang pawang akan memainkan peranan dalam melancarkan amalan ritual ini. Dalam amalan tradisi ritual ini, pawang akan memulakan ritual dengan menggunakan dua ruas buluh yang telah dipotong halus. Kemudiannya ia diisikan ke dalam bekas air yang bercampur darah binatang dan kemudiannya ia dijampi mengikut istiadat perkahwinan kaum murut. Setelah jampi dibaca oleh pawang tersebut, bekas yang berisi dua ruas buluh dan darah binatang kemudiannya diletakkan di bawah sasangjang iaitu pentas khas yang dibina

4) Animpuun:

Kedua-dua pihak akan berbalas pantun


Dalam ritual animpuun ini, kedua-dua pihak akan berbalas pantun ketika berada di langsaran. Langsara merupakan satu tempat yang disediakan semasa upacara perkahwinan diadakan di mana ia merupakan sebuah lantai yang dibina dan diperbuat dengan menggunakan buluh dan kayu-kayu yang disusun secara menindih antara satu sama lain manakala tujuan pantun diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak tambului dan amahun . Di samping itu juga rombongan disajikan dengan makan tradisional semasa majlis dilangsungkan.

C)Pakaian Tradisional

Puputul:

Lelaki Murut memakai Puputul, Aba puputul dan Tupi sinulatan


Puputul merupakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada kulit kayu. Pakaian ini merupakan pakaian tradisional kepahlawanan kaum murut. Manakala Babaru puputul merupakan baju yang dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket. Babaru puputul kebiasaannya dihiasai dengan corak fauna bagi melambangkan keperkasaan kaum lelaki sebagai pahlawan. Di samping itu juga, pakaian ini

dilengkapi dengan Aba puputul . Ia merupakan cawat sepanjang iaitu kira-kira dua meter di mana ia diperbuat daripada isi kayu yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Kaum lelaki juga dilengkapi dengan Tupi sinulatan di mana ia merupakan hiasan kepala yang diperbuat daripada kulit kayu. Kebiasaan tupi sinulatan ini dihiasi dengan pelbagai corak manik dan bulu burung.

Pinongkolo:

Wanita Murut memakai Pinongkolo


Pinongkolo iaitu sejenis pakaian di mana ia terdiri daripada baju dan gaun yang panjang. Pakaian ini diperbuat dari kain kapas dan dihiasi dengan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Di samping itu juga wanita Murut akan dipakaikan dengan perhiasan diri dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai. Beberapa pakaian kaum wanita juga sering dipakai wanita murut semasa upacara perkahwinan ialah pipirot, salupai, sinikot, rarangkol dan holong. Bagi kaum wanita hiasan kepala iaitu salupi kebiasaannya

D)Juadah

Nasi:

Nasi yang dimasak biasanya dimasak menggunakan beras padi bukit. Ia dimasak secara tradisioal dengan membungkuskan ia menggunakan daun ikek. Nasi ini kebiasaannya dijadikan juadah utama semasa hari perkahwinan berlangsung.

Ikan :

Ikan kebiasaannya dimasak dalam buluh mengikut adat kaum murut. Kebiasaan ikan ini dijadikan hidangan makan pengantin dan juga tetamu yang hadir. Masakan ini melibatkan penggunaan buluh sebagai alat masakan di samping penggunaan bahan seperti ikan, buah dan sayur-sayuran.

Ikan Jeruk:

Ikan jeruk merupakan juadah pilihan kaum murut semasa majlis perkahwinan dilangsungkan. Kebiasaannya ikan ini akan dihidang bersama-sama juadah lain seperti ikan pelian masak stim,
gulai ayam dan ubi kentang bersama cendawan, gulai daging, ikan pekasam, khinzir pekasam, khinzir masak dalam buluh, ikan masak dalam buluh, umbut masak dalam buluh, pisang dan tembikai serta air tapai.

Hiasan Dalaman

Makanan jamuan untuk tetamu

Sebahagian barang hantaran

Barang hantaran

Makanan untuk hantaran balas pihak perempuan

Tempat jamuan tetamu


Bagi hiasan dalaman ia melibatkan kawasan dalam rumah penggantin. Hiasan dalaman melibatkan tempat makan tetamu yang hadir sepanjang majlis perkahwianan dilangsungkan. Kebiasaannya ia dihiasai dengan pelbagai jenis manik berbentuk jurai langsir yang pelbagai warna bagi memberi suasana yang menarik sebagai tanda kawasan makan.

Tempat Barang Hantaran


Tempat barang hantaran akan diasingkan dari tempat jamuan tetamu. Kebiasaannya kawasan dalam rumah panjang akan dikhaskan kepada panggantin lelaki bagi meletakkan barang hantaran. Ini kerana bilangan barang hantaran adalah banyak. Bagi hantaran yang berharga ia akan diletakan di dalam kawasan rumah panjang dengan ditabiri dengan kain disamping barang hantaran lain.

You might also like