You are on page 1of 19

Perkahwinan Melayu Brunei

Featured

Pengenalan
Seperti adat istiadat melayu, etnik Melayu Brunei juga mempunyai istiadat yang unik dalam
pengendalian majlis perkahwinan. Pada zaman dahulu, majlis perkahwinan melayu Brunei
dijalankan dalam masa 2 minggu. Akan tetapi dengan kekangan masa pada zaman ini
menyebabkan masa untuk majlis ini semakin singkat.

Categories PengenalanLeave a comment on Pengenalan

Majlis Berbedak Mandi


Majlis ini diadakan selepas Majlis Bertunang. Majlis ini dihadiri oleh keluarga terdekat bagi
satu pihak sahaja dan juga majlis ini diadakan berasingan.

Berbedak mandi pihak lelaki.


Barang-barang penting dalam Majlis Bebadak Mandi disertakan dengan Bedak Lulut.
Selepas acara majlis berbedak mandi dimulakan berlulut selama 7 hari sehingga hari
persandingan selesai. Tugas ini dijalankan oleh penggangun.
Berbedak mandi pihak perempuan.
Posted on October 11, 2016Categories PerkahwinanTags Berbedak, MajlisLeave a comment
on Majlis Berbedak Mandi

Meminang dan Bertunang


Definisi erti Meminang dan Bertunang

Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang
biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut
untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada
anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang
meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan
atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga
dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima
pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat
berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.
Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-
gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang
dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.
Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak
perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili
pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu
mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran
perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk
melangsungkanperkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki
biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.

Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai putus cakap. Ini bermaksud pinangan
dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka
penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan
melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut
sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki
tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau
berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.
Posted on October 11, 2016Categories PerkahwinanTags Pinang, TunangLeave a comment on
Meminang dan Bertunang

Nama dan Jenis Perhiasan yang dipakai oleh Pengantin


Masyarakat Melayu Brunei
Pengantin lelaki dan perempuan masyarakat Melayu Brunei akan memakai perhiasan
sebagai pelengkap pakaian pengantin.

Perhiasan tersebut merupakan pakaian tradisi Melayu Brunei. Ada empat jenis.

Antaranya ialah:-
Posted on October 11, 2016Categories Perhiasan PengantinTags Perhiasan,
PerkahwinanLeave a comment on Nama dan Jenis Perhiasan yang dipakai oleh Pengantin
Masyarakat Melayu Brunei

Adat Perkahwinan Melayu


Bedudun / Berjarum-jarum
Lawatan berkali-kali dilakukan oleh kedua keluarga pihak pengantin
Lelaki akan memulakan lawatan untuk melamar
Jawapan tidak akan diperoleh dalam hari yang sama
Setelah mengetahui jawapan, pihak pengantin lelaki akan pergi sekali lagi ke rumah
pengantin perempuan
Rombongan untuk bertanyakan tentang tanda pertunangan

Pertunangan
Simbol ikatan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang akan menjadi suami
isteri
Pembuka Mulut
Menandakan permulaan pertunangan (bayaran antara $100 $150)
Mas Kawin / Berian
Dalam bentuk wang, barangan sebagai tanda penghargaan kepada perempuan yang
ingin dikahwini. Wajib dalam Islam.

Sepengadak Kain Teruna

Disertakan dalam (hantaran berian) yang terdiri daripada baju cara melayu dan
songkok dikembalikan semasa upacara akad nikah.
Sepengadak kain teruna tidak diperlukan seandainya bakal pengantin lelaki hadir
semasa menghantar tanda pertunangan.
Bakal pengantin lelaki juga dibolehkan untuk memberi cenderamata yang lain kepada
bakal pengantin perempuan.
Pihak lelaki akan membawa tanda pertunangan ke kediaman bakal tunangnya dan
menyerahkannya kepada wakil pihak perempuan.
Kadang-kadang, keluarga pihak perempuan akan membalas dengan memberikan kek
atau baju cara melayu.
Dalam tempoh bertunang, lelaki tersebut hendaklah memberikan belanja hangus
kepada tunangnya untuk perbelanjaannya.
Seandainya berlaku Langkah Dulang atau Langkah Sungai, lelaki tersebut dikehendaki
untuk membuat bayaran yang ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan.
Langkah Dulang berlaku seandainya perempuan yang hendak di kahwini ini
mempunyai kakak yang belum berkahwin lagi sementara Langkah Sungai ialah
seandainya lelaki itu bukan dari Puak Tutong manakala perempuan tersebut adalah
dari Puak Tutong.
Perkahwinan
Adat berbedak dan berinai
Adat penghantaran berian
Istiadat akad nikah
Istiadat bersanding

Istiadat badak badak mandi


Hanya terdiri daripada keluarga pengantin
Pengantin perempuan memulakan malam berbedak
Pengantin ditepung tawar dengan bedak (tepung beras ,bunga melor)
Pengantin dilulur dengan bedak tradisional dari muka hingga ke hujung kaki
Pengantin disiram dengan air (langgir dan limau nipis) dikelilingi 7 orang kanak-
kanak memakai selendang berlainan warna dan memegang lilin.
Pengantin akan mematikan lilin yang dipegang dengan menyembur dengan air melalui
mulut sebanyak 3 kali.
Setelah selesai bersiram, pengantin akan berkurung dan bedak tidak akan ditanggalkan
dari badan pengantin dan makan minum akan dihidangkan oleh pengangun di bilik
beangun

Malam Bebadak
Pengantin perempuan digendong ke pelamin
Pengantin duduk di tikar khas( baldu yang bersulam emas berbentuk segiempat)
Di setiap penjuru tempat duduk diletakkan dian atau lilin bewarna kuning
Bedak tradisional diwarnakan dengan 7 warna dan diletakkan tempat khas
Para tetamu akan menculiki dan bakal pengantin lelaki akan diiringi ke pelamin
Adat berinai / berpacar
Upacara ini kebiasaannya mengambil tempat tengah malam sebelum hari perkahwinan
dan di langsungkan berasingan pada kediaman masing-masing.
Majlis Masuk Adat Berinai
pengantin akan berdiri diatas katil dengan didahului pengangun.
Selepas itu pengantin tersebut akan disuruh duduk dikatil untuk sementara waktu
sambil pengangun menunjukkan tapak tangannya dengan berhajat.
Tindakan ini seterusnya akan diikuti oleh pengantin dimana seterusnya pengangun
akan memegang tangan pengantin teresbut sambil membacakan doa.
Pengantin itu kemudiannya akan diarahkan
untuk berdiri dan akan di bawa mengelilingi katil sebanyak 3 kali dan seterusnya
duduk tempat yang
telah dikhususkan di katil yang mana disediakan lapik.
Selepas itu, orang-orang tua keluarga akan
mengambil giliran untuk menampal pengantin dengan inai.

Istiadat Akad Nikah


Akad Nikah ialah upacara agama Islam dimana Ijab dan Kabul akan dilaksanakan bagi
mengisytiharkan bahawa pasangan tersebut adalah sudah menjadi pasangan suami dan
isteri yang sah.
Pengantin lelaki akan memakai baju cara Melayu berwarna putih dengan bertopikan
songkok/
destar dan sinjang.
Empat lilin akan dinyalakan di empat penjuru lapik yang didudukinya. Semasa
melangsungkan Ijab dan Kabul, pengantin lelaki akan bersalam dengan jurunikah (tok
Kadi).

Istiadat Bersanding
Bersanding adalah tradisi dimana kedua-dua pengantin akan duduk bersebelahan di
atas pelamin. Istiadat Bersanding dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan.
Di sebelah pagi, pengantin lelaki dan pengantin pengantin perempuan akan
dimandikan dengan campuran air wangi.
Pengantin lelaki akan makan terlebih dahulu daripada semua dan selepas itu baru ia di
bawa untuk bertemu dan berjarah (bersalaman) dengan jemputan-jemputan lelaki, dan
memberikan penghargaan diatas kehadiran mereka.
Manakala, ibu pengantin lelaki dan saudara mara perempuan pula akan berjarah di
khemah jemputan perempuan.
Di masa dahulu, para tetamu akan diberi bunga telur, tapi sekarang, buah tangan telah
digantikan dengan pelbagai barangan seperti roti, cawan, kontainer dan
sebagainya.
Selepas berjumpa dengan tetamu, pengantin lelaki akan bertukar memakai pakaian
perkahwinannya bagi acara bersanding.
Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan memedankan warna dan corak yang
sama.
Setelah siap berpakaian, pengantin lelaki tersebut pun akan berangkat untuk ke rumah
pengantin perempuan.
Serentak di tempat pengantin perempuan, pengangun untuk pengantin perempuan
akan memulakan adat pengarusan di mana pengangun akan memasang lilin dan
membakar benang dari tujuh warna yang dipakai oleh pengantin perempuan di
lehernya. Pengantin perempuan akan meniup padam api kecil itu yang di lakukan
sebanyak 3 kali.
Apabila tibanya pengantin lelaki di kediaman pengantin perempuan, dia akan ditemani
oleh seorang lelaki tua yang berperanan sebagai penjaganya.
Orang tua tersebut kebiasaannya seorang yang dihormati dan mempunyai ilmu agama
yang teguh bagi melindungi pengantin lelaki dari ancaman sihir dan sebagainya.
Di kediaman pengantin perempuan, pengantin lelaki akan di payungi dan ianya akan
disuruh berjalan dalam pusingan kecil sebanyak 3 kali yang dikenali sebagai Pusing
Naga yang masih lagi diamalkan.
Seterusnya, pengantin lelaki mesti memacahkan buluh yang diletakkan di pintu depan
rumah sebelum masuk rumah.
Buluh ini akan dipecahkan oleh penjaga pengantin lelaki tersebut dangan memijak-
mijaknya, kadang-kadang ini dilakukan oleh pengantin lelaki itu sendiri.
Pengantin perempuan sedia menanti keadiran pengantin lelaki di pelamin. Sebelum
pengantin lelaki dibenarkan duduk di sebelahnya di pelamin tersebut, adat mencabut
keris akan di lakukan.
Keluarga terdekat pengantin perempuan akan menarik keluar keris tersebut dan
apabila ianya dimasukkan kembali kedalam sarungnya, barulah istiadat bersanding
dilaksanakan.
Sebelum duduk, pengantin lelaki akan di bantu oleh penjaganya untuk menaruh
tangannya di ubun-ubun pengantin perempuan, di bahu kiri dan bahu kanan
seterusnya.
Apabila kedua pasangan pengantin sudah duduk di atas pelamin, penjaga pengantin
lelaki akan membaca selawat sebanyak 3 kali untuk kedamaian dan kebahagiaan
rumah tangga pasangan tersebut yang akan disahut oleh para hadirin, diikuti dengan
bacaan doa selamat untuk keselamatan dan memohon rahmat.
Yang berikutnya, pasangan akan keluar ke verandah untuk di perlihatkan kepada para
hadirin atau diikuti dengan acara adat basuh kaki bagi adat Tutong.
Adat Basuh Kaki
Basuh kaki or Buri Puo dalam bahasa Tutong ialah adat resam dimana kaki pengantin
perempuan akan di tuangkan air. Barang yang diperlukan bagi acara ini ialah air,
parang dan batu pengasah.
Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing, di
mulakan oleh pengantin perempuan dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah
diikuti dengan pengantin
lelaki meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan.
Keluarga pengantin lelaki akan memulakan upacara tersebut dengan membasahi kaki
pengantin perempuan diikuti dengan pemberian duit atau barang kemas kepada orang
yang telah dilantik sebagai hadiah.
Di masa silam, kebiasaan para jemputan akan memberikan ternakan seperti kerbau dan
pokok buah-buahan, dimana pada hari tersebut hanya akan membawa tanda seperti
buah dari pokok tersebut.
Adat makan bersuap
Ini ialah adat resam di mana pengantin perempuan akan menyuap pengantin lelaki
dengan tangannya sendiri. Ini dijalankan selepas adat basuh kaki dan di niatkan untuk
menambahkan kemesraan diantara pengantin baru itu. Ia adalah kemestian untuk
menyediakan nasi kuning, air, garam dan asam untuk adat makan bersuap

Adat mulih 3/7 hari


Adat mulih 3 atau 7 hari ialah tradisi di mana si pengantin lelaki akan pulang ke
rumahnya asal dengan isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7 hari di kediaman
isterinya. Kebiasaannya keluarga pihak lelaki akan memberikan hadiah seperti barang
rumah dan barangan dapur kapada pasangan ini. Ini menandakan penamatnya upacara
perkahwinan orang Brunei.

You might also like