You are on page 1of 5

1.

Pengenalan Masyarakat Melayu menjadikan perkahwinan satu ikatan kekeluargaan dunia dan

akhirat. Ikatan kekeluargaan tersebut berlandaskan perkahwinan mengikut hukum hakam syarak dan adat resam masyarakat Melayu. Hukum syarak dan adat resam menjadikan asas utama mencorakkan perkahwinan masyarakat Melayu. Proses perkahwinan masyarakat Melayu amat menitikberatkan soal adat iaitu susurgalur peraturan daripada sebelum perkahwinan sehinggalah selesai. Perkahwinan merupakan satu proses kehidupan pertama yang mencorakkan sebuah keluarga kepada seseorang lelaki. Perkahwinan yang mengikut suasana dan peraturan adat adalah dengan perantaraan kedua ibu bapa seseorang lelaki yang bermula dengan adat merisik sehinggalah selesai adat perkahwinan tersebut. Perkahwinan yang tanpa restu orang tua dianggap satu perbuatan yang melanggar adat masyarakat Melayu. Dalam adat istiadat masyarakat Melayu, seseorang yang akan berkahwin atau bakal mendirikan rumahtangga baik lelaki atau perempuan perlu menjalani beberapa tahap perkahwinan yang bermula dengan tahap adat merisik, kemudian adat meminang, diikuti dengan adat bertunang dan akhir sekali tahap adat perkahwinan.

2.0

Adat Merisik Adat merisik adalah adat awal dalam proses adat perkahwinan masyarakat Melayu.. Ia

merujuk pada tahap permulaan untuk mencari calon yang sesuai untuk si lelaki sebelum berlakunya adat pertunangan. Adat ini juga dikenali sebagai adat meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu, kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapanya terlebih dahulu. Ungkapan ini antara lain menjelaskan bahawa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan yang besar seperti perkahwinan. ujuan lain merisik diadakan ialah untuk memastikan bahawa gadis atau perempuan yang dihayati itu belum berpunya. Ini penting kerana dalam agama Islam seseorang itu !

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BML 3108)

dilarang meminang gadis yang sudah bertunang atau yang menjadi tunangan orang lain. Pada masa yang sama, adat merisik ini bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan dengan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. "ekiranya pihak lelaki berpuas hati dengan status si gadis dan ingin meneruskan hajatnya, maka pihak lelaki akan menyerahkan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda. #agi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki seperti latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Di "arawak, adat bertekul membawa makna yang sama dengan adat merisik. "emasa adat bertekul, hantaran wang atau barang kemas seperti cincin emas atau berlian akan diberi kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan diadakan.

3.0

Adat Meminang Istilah meminang berasal daripada pokok pinang yang mana pokok itu mempunyai buah

yang dipanggil buah pinang. #uah pinang digunakan dalam adat peminangan adalah sebagai simbol yang antara lain bermaksud teruna dan dara saling perlu memerlukan pihak lelaki yang terdekat. %alaupun pada hakikatnya kedua&dua pihak telah bersetuju, namun mengikut adat masyarakat Melayu dahulu, kata putus akan diberikan beberapa hari selepas rombongan tadi datang. Apabila kata sepakat telah dicapai barula, pinangan tadi diterima secara sah. Perbincangan biasanya berkisar kepada perkara&perkara seperti jumlah duit hantaran dan barang iringan yang akan dibawa oleh pihak lelaki. Meminang menurut adat masyarakat Melayu sebagai menghantar tanda dengan menyarungkan cincin tanda ke jari manis si gadis sekaligus menunjukkan kesediaan gadis itu menerima lamaran si pemuda. dalam perkongsian hidup mereka. $ombongan peminangan selalunya akan diwakili oleh saudara

4.0

Adat Pertunangan Upacara ini dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sireh kepada wakil

pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Hantaran yang terdiri daripada sireh junjung sebagai bingkasan utama, sebentuk cincin, bunga rampai, buah&buahan, kuih&muih, pakaian dan wang tunai yang telah digubah dalam bentuk yang begitu menarik untuk

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BML 3108)

'

diberi kepada si gadis. Pantun sering digunakan dalam upacara ini yang bertujuan untuk memeriahkan majlis. Mengikut adatnya, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga akan diberikan. Adat ini dikenali sebagai langkah bendul. #ilangan hantaran juga agak unik kerana jumlahnya dalam angka ganjil iaitu lima, tujuh, "embilan, sebelas atau tiga belas. empoh bertunang, la(imnya dalam masa setahun atau mengikut persetujuan kedua belah pihak. "atu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan dengan putus tunang. "ekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan, semua wang hantaran dan belanja yang diberikan kepada pihak perempuan dikira hangus. "ebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda. Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat menyarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar.

5.0

Adat Perkahwinan Adat perkahwinan adalah upacara kemuncak bagi pasangan pengantin yang disatukan

iaitu mereka disahkan menjadi suami isteri mengikut hukum syarak. Dalam adat perkahwinan, seseorang lelaki akan melalui tiga tahap proses adat iaitu pertama bernikah, tahap kedua membatalkan air sembahyang dan tahap adat persandingan. 5.1 Adat Menikah Adat menikah adalah satu adat wajib mengikut hukum syarak dan pertuturan adat masyarakat Melayu. Adat ini dilakukan sebelum berlangsungnya majlis persandingan. Adat menikah adalah sebagai ijab dan kabul di antara si pengantin lelaki dengan bapa si pengantin perempuan yang bertindak sebagai wali. Akad nikah juga merupakan satu ikrar si pengantin lelaki menerima pengantin sebagai isterinya yang sah mengikut lunas&lunas syarak dan ajaran agama Islam. )ainal kling berpendapat *+istiadat akad mengesahkan hubungan suami isteri di sisi masyarakat dan membenarkan kedua&duanya tinggal di dalam sebuah rumah tangga serta menjalani kehidupan seharian sehari&hari bersama,. "etelah selesai ijab dan -abul, ok kadi akan meminta pengantin lelaki dan perempuan menurunkan tandatangan sebagai satu perjanjian bertulis yang menyatakan perkahwinan

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BML 3108)

tersebut dijalankan mengikut undang&undang agama dan tuntutan adat istiadat masyarakat Melayu. 5.2 Adat Membatalkan Air Sembahyang Adat ini adalah satu upacara menyarungkan cincin oleh si suami kepada si isteri setelah selesai majlis akad nikah. Perbuatan menyarungkan cincin di jari manis isteri sebagai tanda dan ikrar bahawa di saat itu ia sudah menjadi milik orang. Di saat si suami menyarungkan cincin ke jari manis isterinya, si isteri pula akan mencium tangan si suami yang menunjukkan kepatuhan dan ketaatan terhadap suaminya di dunia dan akhirat. Perbuatan menyarungkan cincin dan bersalaman itu merupakan adat membatalkan air sembahyang. 5.3 Adat Persandingan Adat persandingan adalah tahap terakhir sebagai acara kemuncak dalam adat perkahwinan. "aat ini juga merupakan suatu kegembiraan kepada ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Mak Andam akan membawa kedua&dua mempelai ke pelamin yang telah disediakan. -etika itu juga, kedua&dua pengantin diperlakukan seolah&olah sebagai /raja0 . -edua&dua pengantin akan disandingkan di atas pelamin dan direnjis dengan tepung tawar oleh kedua&dua kaum kerabat pengantin lelaki dan perempuan. Perbuatan merenjis tepung tawar membawa maksud kedua&dua belah pihak keluarga merestui perkahwinan tersebut. "etelah itu, rombongan pengantin lelaki akan dipelawa untuk /makan beradab0 iaitu istilah yang digunakan yang membawa maksud "antapan Diraja bersama pengantin. /Makan beradab0 dengan kata lain bererti bahawa segala pekerjaan telah selesai dan kedua&dua belah pihak telah selamat melangsungkan perkahwinan mengikut hukum syarak serta tuntutan adat.

$U1U-A2 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BML 3108) 3

#ahagian ini diolah dan dipetik daripada, file:///C:/Documents%20and%20Settings/Administrator/Desktop/adat-merisik.html http://ignorantbrat.blogspot.com/2010/0 /memahami-adat-mela!u-2-merisik.html http://farihin"ul1#$ .blogspot.com/200#/10/kesan-kesan-dan-cara-cara-untuk.html http://d%-&iraman%a.blogspot.com/2010/0'/komunikasi-lisan-dan-bukan-lisandalam.html http://titassemt&o.blogspot.com/200#/0(/adat-perkah&inan-mela!u-mengikutnegeri.html file:///C:/Documents%20and %20Settings/Administrator/k)*+,-.AS-/0-SA,/DA,/1+.A,/0-SA,/DA0A*/ADA2/3 45.A67-,A,/*40A8+.htm http://&&&.academia.edu/ $90:#/.)*+,-.AS-/0-SA,/DA,/1+.A,/0-SA,/DA0A*/ ADA2/345.A67-,A,/*40A8+

SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BML 3108)

You might also like