You are on page 1of 39

PROSES PERKAHWINAN

MASYARAKAT MELAYU
BRUNEI
PENDAHULUAN
◦ Perkahwinan sememangnya lumrah pada setiap manusia sejak
zaman dahulu lagi diserata dunia. Namun yang membezakannya
adalah cara perlaksanaan atau konsep sesuatu adat tersebut.
Tidak ketinggalan juga Negara kita mempunyai keunikan tersendiri
dalam sesebuah majlis.

◦ Beberapa majlis dan adat perkahwinan Melayu Brunei akan


dilangsungkan.
Merisik meminang Majlis Bertunang
Menghantar Berian Akad Nikah

Majlis Malam Berbedak dan


Berinai
Majlis Bersanding

Majlis
Berambilan-
ambilan

Majlis Mulih
Tiga Hari
PROSES MAJLIS PERKAHWINAN MASYARAKAT BRUNEI
Secara berkumpulan, susun majlis tersebut mengikut urutan dalam masa 5 minit.

Menghantar berian Majlis berambil-ambilan

Majlis berbedak Dan berinai(berpacar) Majlis bertunang

Majlis akad nikah Majlis mulih tiga hari

Majlis merisik (berjarum-jarum) Majlis meminang

Majlis bersanding
PROSES MAJLIS PERKAHWINAN
1.MAJLIS MERISIK (BERJARUM-JARUM)

2. MAJLIS MEMINANG
3. MAJLIS BERTUNANG
4. MAJLIS BERIAN
5. MAJLIS AKAD NIKAH
6. MAJLIS MALAM BERBEDAK DAN BERINAI (BERPACAR)
7.MAJLIS BERSANDING
8.MAJLIS BERAMBIL-AMBILAN
9.MAJLIS MULIH TIGA HARI
MAJLIS DALAM ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI
Di antara majlis dalam adat perkahwinan Melayu Brunei yang sering
dilangsungkan adalah:
1. MAJLIS MERISIK / BERJARUM-JARUM
◦ Sebelum berlakunya majlis perkahwinan, terdapat satu adat berjarum-
jarum yang dinamakan adat ‘Merisik’ yang biasa dilakukan oleh
masyarakat Melayu Brunei.
◦ Pada kebiasaannya, rombongan berjarum ini diserti oleh 3 hingga 5 orang
tua-tua yang diketuai oleh seorang lelaki sebagai wakil ibu bapa si
teruna. Apabila tiba di rumah si dara, mulalah mereka bermadah-madah dan
berpantun-pantun bagi menyatakan tujuan kedatangan mereka.
◦Jika belum disunting, wakil akan mula
berbincangkan bila mereka boleh menghantar
rombongan meminang. Jawapan kepada lamaran
pihak lelaki tidak akan diketahui dalam hari yang
sama.
◦Majlis ini juga membolehkan kedua-dua pihak
mengenali latar belakang bakal mempelai dan
keluarga masing-masing.
MAJLIS MEMINANG
◦ Setelah menerima jawapan dari keluarga pihak perempuan, pihak keluarga
lelaki, biasanya terdiri dari orang-orang tua mereka, akan menghantar
kembali rombongan wakil untuk bertanyakan mengenai ‘tanda
pertunangan’ (tuntutan untuk majlis pertunangan).
◦ Seandainya berlaku Langkah Dulang atau Langkah Sungai, lelaki
tersebut dikehendaki untuk membuat bayaran yang ditetapkan oleh keluarga
pihak perempuan semasa majlis pertunangan nanti. Langkah Dulang
berlaku seandainya perempuan yang hendak dikahwini ini mempunyai
kakak yang belum berkahwin lagi sementara langkah Sungai ialah
seandainya lelaki itu bukan dari Puak Tutong manakala perempuan
tersebut adalah dari puak tutong.
◦ Setelah majlis meminang berlangsung, ini
menandakan perempuan itu sudah di ‘tandai’
dan tidak boleh dipinang oleh lelaki lain.
MAJLIS BERTUNANG
◦Setelah merisik, wakil pihak keluarga masyarakat
Melayu Brunei akan datang membawa dua bentuk
cincin. Sebentuk cincin ‘pembuka mulut’ sebagai
tanda pinangan dari wakil pihak lelaki. Jika
diterima, sebentuk cincin pertunangan akan
diserahkan untuk menandakan bahawa pihak
perempuan itu sudah berpunya.
• Bakal pengantin lelaki juga dibolehkan untuk
memberi cenderamata atau ‘tanda kasih’ yang
lain kepada bakal pengantin perempuan.
• Kedua-dua pihak juga akan membincangkan
butir-butir mengenai perkahwinan yang akan
datang,terutamanya tarikh, tempat,
maskahwin atau ‘berian’, belanja dapur
atau ‘belanja hangus’ dan senarai
permintaan lain (kain jong sarat) dan
sebagainya) dengan pihak pengantin
perempuan.
MENGHANTAR BERIAN
◦ Menghantar Berian bermakna menyampaikan hadiah yang
terdiri daripada semua permintaan semasa majlis
pertunangan, dan mungkin juga termasuk hadiah
tambahan oleh pengantin lelaki. Pengantin perempuan
juga membalas dengan memberikan ‘balasan’ dalam bentuk
barangan. Hadiah yang diberikan dibawa dan diletakkan di
atas dulang atau ‘gangsa’ dihiasi dengan kain dan gubahan
yang indah.
MAJLIS AKAD NIKAH
◦ Akad nikah merupakan perkara yang paling penting dalam
setiap perkahwinan. Majlis akad nikah biasanya diadakan di
rumah pengantin perempuan. Tetapi ada juga yang
menyelanggarakan di masjid, tertakluk pada persepakatan
dan persetujuan kedua-dua belah pihak. Pengantin lelaki
yang melafazkan 'kabul'  iaitu jawapan daripada ‘ijab’
jurunikah mestilah jelas kedengaran. Jikalau kurang jelas,
terpaksalah diulang semula ’ijab’ dan ’kabul’.  
◦ Majlis akad nikah ini bukan sahaja diadakan oleh puak jati
Melayu Brunei, malah ia dilakukan oleh Puak jati Tutong,
Belait, Kedayan, Dusun ,Murut dan Bisaya yang beragama
Islam akan berkembangnya dakwah islam di serata negeri.
Selesai majlis akad nikah, barulah majlis-majlis yang lain
dilaksanakan.
MAJLIS MALAM BERBEDAK
◦ Majlis berbedak dalam masyarakat Melayu Brunei juga dikenali
sebagai ‘Malam Masuk Berbedak’ . Majlis ini mengundang lebih
ramai ahli keluarga dan rakan pengantin.
◦ Majlis ini biasanya diadakan di kedua-dua rumah bakal pengantin.
Mula-mula diadakan di rumah bakal pengantin perempuan, selepas
itu baharulah diadakan di rumah bakal pengantin lelaki.
◦ ‘Majlis Berbedak’ ini ialah untuk memberi seri wajah kepada
bakal pengantin sewaktu melaksanakan majlis persandingan.
◦ Semasa majlis ini kedua-dua pengantin akan memakai
pakaian tradisi brunei dan dihiasi dengan perhiasan
yang diperbuat dari emas. Pengantin perempuan akan
dibaluti dengan kain jong sarat yang diberikan oleh
pengantin lelaki sebagai hantaran berian.
◦ Bapa bakal pengantin merupakan orang yang mula-mula sekali
‘membedaki ’ bakal pengantin dan selepas itu diikuti oleh bakal
bapa mentua. Apabila kaum lelaki membedaki, baharulah giliran
perempuan memulakannya dengan didahului oleh ibu bakal
pengantin dan ibu mertua bakal pengantin.
NAMA DAN JENIS PERHIASAN YANG DIPAKAI
OLEH PENGANTIN MASYARAKAT MELAYU

◦Pengantin lelaki dan perempuan masyarakat Melayu


Brunei akan memakai perhiasan sebagai pelengkap
pakaian pengantin.
◦Perhiasan tersebut merupakan pakaian tradisi Melayu
Brunei. Ada empat jenis:
Antaranya ialah:
Cucuk sanggul Panding serbang

kaus
MAJLIS BERPACAR
◦ Majlis Berpacar biasanya dikenali sebagai Malam Inai dihadiri oleh
keluarga terdekat sahaja. Majlis ini dilakukan pada sebelah malam
sehari sebelum menjelangnya ‘Hari Persandingan ’. Majlis ini
dilakukan secara berasingan di rumah pengantin lelaki dan pengantin
perempuan.
◦ Di sini, Pengantin, berpakaian dalam pakaian yang serupa dengan
Malam Berbedak duduk di pelaminan dengan tangannya di atas
pangkuannya dan ahli keluarga memohon secubit 'pacar' (Inai) pada
telapak tangan beliau. Bunga rampai yang bertaburan di tangannya
menandakan Rahmat.
◦ Selepas upacara berpacar selesai,pengantin akan duduk di
sisi katil bilik dengan kedua-dua belah kaki dihanjurkan ke
hadapan. ‘Pengangun’ dengan dibantu oleh beberapa
perempuan yang lanjut usia akan melekatkan pacar pada
bahagian tangan dan kaki pengantin. Pacar itu boleh dibuka
dalam masa 2-3 jam.
◦ Pacar merupakan sebuah lambing bagi dua pasangan suami
isteri yang baru mendirikan rumahtangga.
MAJLIS BERSANDING
◦ Di dalam adat perkahwinan puak Melayu Brunei , satu upacara yang mesti
dilaksanakan sehingga ke hari ini dikenali sebagai ‘Majlis bersanding’.
Adat tersebut diadakan bagi memperlihatkan pasangan yang sudah
berkahwin dan untuk memeriahkan lagi suasana perkahwinan dengan
pakaian yang cantik, berwarna-warni dan sebagainya.
◦ Di dalam pihak pengantin lelaki, pengantin lelaki akan
ikut berziarah bersama bapa pengantin.Berbeza dengan
pengantin perempuan yang hanya di bilik menunggu
kedatangan pengantin lelaki. Apabila pihak pengantin
lelaki sampai, acara persandingan dimulakan dengan
tiga kali pusingan atau dikenali sebagai ‘pusing naga’,
selawat dan doa dan diteruskan dengan persandingan.
◦ Majlis bersanding juga sentiasa diiringi hadrah dan
lagu-lagu yang berirama perkahwinan bagi mengambil
rasa kemeriahan majlis tersebut.
MAJLIS BERAMBIL-AMBILAN
◦ Adat 'berambil-ambilan'  diamalkan oleh puak Melayu Brunei
dan dilakukan pada malam selepas persandingan yang
dilangsungkan pada siang harinya di rumah pengantin perempuan.
Adat ini dilakukan dengan pihak pengantin lelaki menghantar
beberapa talam yang berisi makanan seperti nasi, lauk-pauk,
daging dan sayur-sayuran ke rumah pengantin perempuan.
Hantaran tersebut menjadi hidangan makan malam kedua-dua
pengantin.
◦ Dalam majlis ini, pengantin lelaki akan mengambil isterinya dan terus
membawa ke pelaminan untuk upacara bersanding. Tujuannya adalah
untuk memberi peluang pada pihak pengantin lelaki menyaksikan
persandingan tersebut. Adat ini juga boleh mewujudkan gurau senda
serta usik mengusik kerana kedua pengantin akan diusik oleh sanak
saudara mereka atau jemputan yang hadir dan menyebabkan suasana
menjadi riuh –rendah dengan kata-kata yang melucukan.
◦ Selepas majlis bersuap-suapan, kedua pengantin akan menziarahi
kedua ibu bapa mereka dan semua sanak saudara yang hadir dalam
upacara itu. Adat ini bukan sahaja dipraktikkan oleh puak jati Melayu
Brunei, malah Puak Jati Brunei yang lainnya seperti Puak Kedayan,
Puak Dusun, Puak Murut, Puak Bisaya yang beragama Islam.
MAJLIS MULIH TIGA HARI

◦ Adat mulih 3 atau 7 hari ialah tradisi di mana si


pengantin lelaki akan pulang ke rumahnya asal dengan
isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7 hari di
kediaman isterinya. Kebiasaannya keluarga pihak lelaki
akan memberikan hadiah seperti barang rumah dan
barangan dapur kapada pasangan ini. Ini
menandakan penamatnya upacara perkahwinan orang
Brunei.
MAJLIS DALAM ADAT PERKAHWINAN MELAYU
BRUNEI
◦ Di antara majlis dalam adat perkahwinan Melayu Brunei yang sering dilangsungkan
adalah:

Majlis merisik Proses yang pertama. Acara ini dilakukan


untuk mengetahui perempuan yang hendak
dipinang belum dipunyai orang.

Majlis meminang Proses yang kedua. Acara ini dilakukan untuk


melamar anak dara yang telah dipilih.

Majlis bertunang Proses yang ketiga. Jika majlis ini


dilangsungkan bermakna pinangan telah
diterima. Majlis ini menandakan perempuan
berkenaan sudah ditandai menjadi tunang
orang.
Majlis menghantar berian Proses yang keempat. Rombongan lelaki akan
membawa gangsa-gangsa berisi saguhati untuk
pengantin perempuan.

Majlis akad nikah Proses yang kelima. Di dalam majlis ini ijab
Kabul akan dijalankan untuk merasmikan
pasangan ini menjadi suami dan isteri yang
sah.

Majlis malam berbedak dan berinai Proses yang keenam. Majlis ini dijalankan
pada waktu malam di mana para tetamu akan
menculiki tangan pengantin dengan bedak
tujuh warna. Upacara berinai pula biasanya
diadakan pada tengah malam sebelum acara
persandingan.
Majlis bersanding Proses yang ketujuh. Di dalam majlis inilah
pengantin lelaki dan perempuan akan diduduk
bersebalahan di atas pelamin.

Majlis berambil-ambilan Proses yang kelapan. Acara ini dilakukan pada


sebelah malam selepas bersanding di siang
harinya. Pengantin akan diusik oleh ahli
keluarga dan pengantin akan bersanding sekali
lagi di pelaminan.

Majlis mulih 3 hari Proses yang kesembilan. Acara ini dilakukan setelah
pengantin lelaki tinggal 3 hari di rumah pengantin
perempuandan selepas itu pengantin lelaki akan
membawa isterinya balik ke rumah penganin lelaki.
Majlis ini penanda penamat kepada majlis
perkahwinan orang Melayu Brunei.
PERUBAHAN

◦ Pada zaman sekarang, terdapat sedikit perbezaan setelah melaksanakan akad


nikah, pengantin terus melangsungkan persandingan bagi tujuan untuk
memudahkan segala urusan,memendekkan jangka masa dan mengurangkan
pembaziran dari belanjawan perkahwinan.
◦ Beberapa majlis perkahwinan, majlis berpacar dijalankan pada malam yang
sama pada Malam Berbedak.
◦ Pada masa dahulu, majlis persandingan ini sering diadakan dengan gotong-
royong saudara–mara , jiran-jiran dan sahabat handai. Namun, sekarang sudah
berbeza, zaman semakin berkembang , urusan permakanan kebanyakan
dilakukan dengan mengupah ‘catering’ untuk mengendalikan permakanan.

You might also like