Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
79Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Permainan Tradisional Wau/Layang-layang

Permainan Tradisional Wau/Layang-layang

Ratings:

5.0

(2)
|Views: 11,955 |Likes:
Published by sivanair87

More info:

Categories:Types, Research
Published by: sivanair87 on Sep 30, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/22/2013

pdf

text

original

 
PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yangsudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Permainantradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masalalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dantahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakandiri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musimtengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerjademikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilahdigunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.Selain itu, ketika penduduk di negara ini kebanyakannya masih bekerja sebagai petanidan nelayan, mereka bekerja keras dan ia dilakukan secara berkumpulan. Mereka mula berkerja dari awal pagi sehingga lewat tengah hari. Oleh sebab itu, pada waktu petang merekaakan meluangkan masa untuk bermain beramai-ramai bagi menghilangkan penat. Sekalisekala, mereka akan mengadakan pertandingan untuk menonjolkan bakat masing -masing.Permainan-permainan ini tidak memerlukan peralatan yang canggih atau mahal dan ia biasanya dimainkan golongan dewasa dan kanak-kanak. Peralatan yang digunakan dalam permainan ialah seperti bola diperbuat daripada rotan sementara alat permainan lain diperbuatdaripada bahan-bahan semula jadi seperti biji getah, tempurung kelapa dan buluh. Ketika itu,radio dan televisyen tidak dimiliki oleh ramai orang jadi permainan tradisional telah berperanan sebagai sumber hiburan masyarakat, di samping dapat juga merapatkan hubunganantara jiran tetangga. sementara itu, apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuahkampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atausekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksisosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian, permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan iniyang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kitasahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Diantara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.1
 
Sementara itu, terdapat beberapa kepentingan dalam permainan tradisional. Antaranya, permainan tradisional ternyata dapat menyatupadukan masyarakat. Hal ini bererti bahawa jalinan muhibah dan rasa persaudaraan wujud dalam kalangan masyarakat. Permainantradisional bukan sahaja memberi hiburan, malah ia memberi manfaat terhadap kecerdasanrohani dan jasmani sewaktu bermain, terutama di luar rumah. Keadaan ini berlaku kerana pemainnya menggunakan gerakan otot, seperti lengan, kaki, dan mata. Contohnya, permainanWau, sepak raga dan galah panjang. Selain itu, apabila permainan itu dipertandingkan, makamereka akan bersatu tenaga untuk memenangi sesuatu permainan dengan ini dapat melahirkan badan yang sihat serta membentuk sifat mulia seperti tolong menolong, bersatu padu, bertolak ansur, dan bertanggungjawab di samping semangat ingin mencapai kejayaan tertanam dalam jiwa mereka.kepentingan permainan tradisional juga ialah melatih kanak-kanak bergaul denganrakan sebaya. Hal ini demkian kerana sewaktu bermain mereka terpaksa berhubung denganrakan sebaya dan secara tidak langsung melatih mereka bergaul. Perbualan spontan antaramereka akan menambahkan perbendaharaan kata. Selain itu, permainan kanak-kanak jugadapat melatih mereka untuk menjadi pemimpin dan orang yang dipimpin. Mereka akan akur  pada ketua dan syarat pertandingan. Sifat bertolak ansur dan bertanggungjawab dapatdipupuk. Lagu yang ada dalam permainan kanak -kanak akan melatih mereka menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Latihan mengira turut ada dalam permainan, contohnya,dalam selambut dan congkak. Permainan ini memerlukan kepintaran bertindak dan kecekapanakal. Setiap gerakkan, walaupun nampak mudah, iaitu sekadar mengambil dan mengatur kembali biji guli dari lubang ke lubang, tetapi ianya mempunyai maknanya yang tersendiri.Selain itu, permainan tradisional mampu melahirkan masyarakat yang kreatif yang penuh dengan nilai kesenian kerana untuk menghasilkan sesuatu alat permainan, sepertigasing dan wau, kemahiran dan ketelitian diperlukan. Gasing atau wau yang baik bergantung pada pembuat dan pemain. Secara tidak langsung, hal ini "memaksa" masyarakat berfikir untuk menghasilkan kelainan. Tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional banyak membawa manfaat dan peranan kepada masyarakat umumnya. Dalam bidang pelancongan, permainan tradisional dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Dalam usaha mengekalkan permainan tradisional ini, pihak yang berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuaiuntuk mengetengahkan kepelbagaiannya. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak dikekalkan akan menghilangkan pengenalan peribadi dan jati diri bangsa.2
 
Pada hari ini, dapat dilihat masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapisemakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh golongan muda di negara ini yang terlalumengutamakan permainan moden seperi permainan video game. Peminggiran permainantradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagimemandang tinggi permainan budaya sendiri. Ini merupakan cabaran yang terpaksa ditempuhdalam mengekalkan permainan tradisional.3

Activity (79)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Bly Bit liked this
Jamilah Rajli liked this
Green Apple liked this
Dhiah Namia liked this
emyrani liked this
emyrani liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->