Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
250Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

Ratings:

4.88

(106)
|Views: 15,819 |Likes:
Published by Amir Redkapet
Kajian tindakan gaya pembelajaran
Kajian tindakan gaya pembelajaran

More info:

Published by: Amir Redkapet on Feb 12, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2014

pdf

text

original

 
1
 MENGENALPASTI CORAK PEMBELAJARAN YANG DIAMALKAN OLEH PELAJARYANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI CEMERLANG DAN JUGA LEMAH 
Mohd. Kamarul Yusri bin Khaidzir Unit Pengurusan Perniagaan Kolej Matrikulasi Pahang  Kementerian Pendidikan Malaysia26300 Gambang  Pahang Darul Makmur 
 ABSTRAK 
 Pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan bagi seorang pelajar. Di dalamusaha untuk mencapai kecemerlangan di dalam akademik, pelajar perlu untuk mengulangkaji semula topik pelajaran yang dipelajari di dalam kuliah atau tutoran. Bagitujuan tersebut setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri di mana gaya pembelajaran tersebut mungkin dirasakan berkesan atau selesa bagi diri pelajar terbabit. Namun begitu, tidak semestinya usaha yang diberikan di dalam ulang kaji membuahkankeputusan yang dikehendaki. Keberkesanan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar boleh dilihat berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi. Kajian inibertujuan untuk melihat akan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar jurusan perakaunan sesi 2003 / 2004. Sampel bagi kajian ini merupakan pelajar jurusan perakaunan sesi 2003 / 2004 yang memperolehi PNGK 3.5 ke atas dan juga 2.65 ke bawah bagi semester 1. Dengan itu suatu corak pembelajaran yang berkesan boleh dikenal pasti seterusnyadijadikan panduan kepada pelajar lain terutama pelajar yang memperolehi keputusan yang kurang memuaskan. Secara lebih khusus lagi kajian ini mempunyai 3 objektif iaitu: ( a )Untuk mengenal pasti corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar, ( b ) Untuk mengenalpasti faktor – faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar dan ( c ) Untuk meninjau prinsip yang diamalkan oleh pelajar sewaktu mengikuti pengajian dikolej matrikulasi.. Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat bagaimana pelajar menjalani proses pembelajaran mereka. Dengan adanya maklumat ini, pihak kolej bolehmemperbaiki atau mengubahsuai samada peraturan atau infratruktur di dalam usaha
 
2
menyokong proses pembelajaran pelajar.
PENDAHULUAN
Sering kali terdengar rungutan daripada pelajar setiap kali setelah keputusan peperiksaandiumumkan. Mereka mengulangkaji pelajaran sama seperti pelajar yang lain tetapi hasil yangdiperolehi seolah – olah tidak mencerminkan daya usaha sebenar mereka. Lebih menambahkan lagitekanan kepada mereka ialah apabila ada rakan yang mengulang kaji pelajaran dengan peruntukanmasa yang kecil tetapi memperolehi keputusan yang amat membanggakan.Secara umumnya, seorang individu berbeza di antara satu sama lain. Menurut C.Parameswary Chelliah, perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripadanorma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.Antara aspek – aspek perbezaan adalah seperti berikut :( a) FizikalPerbezaan yang boleh dlihat dengan mata kasar dari segi rupa paras, susuk badan, jantina, kemahiranfizikal dan kebolehan kerja tangan.( b ) EmosiAspek – aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggungkekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Emosi seseorang itu seperti gembira, duka, suka,marah, benci, cinta, kasih sayang, takut dan sebagainya.( c ) MentalPerbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid, pengalaman, latar  belakang, kebolehan akal ( imaginasi dan penaakulan ), keupayaan belajar, kebolehan bertindak,kebolehan meninjau ke hadapan dan kebolehan menggunakan bahasa.( d ) Tingkah lakuPerbezaan tingkah laku boleh diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah laku berinteraksi ( bahasa dan gaya ), unsur – unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap dan ketegasan bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama.
 
3
( e ) SosialPerbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang,kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengaruhi kehidupan semua kanak – kanak sejak dilahirkan.
Kesan Perbezaan Individu Terhadap Pembelajaran
( a ) Kesediaan untuk Belajar Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu kanak – kanak yangsama umur tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkanoleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan pengalaman prasekolah. Fahamanguru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu ataukumpulan mengikut kaedah yang berbeza.( b ) Konsep Kendiri( i ) Konsep kendiri positif ( mereka akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan aktif )( ii ) Konsep kendiri negatif ( tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaranmalah mereka tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap diri sendiri )( c ) PersepsiSetiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza terhadap pembelajaran. Guru hendaklahmengenal pasti murid yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pembelajaran. Setelah itu berimereka motivasi agar mereka mrngubah daripada berpandangan atau bersikap negatif terhadap pelajaran kepada sikap positif.( d ) NilaiSetiap pelajar mempunyai nilai yang berbeza berdasarkan perbezaan individu dan latar belakangkehidupan mereka. Tugas guru ialah mengubah pelajar agar mempunyai nilai yang baik terhadap pelajaran.( e ) Tingkah LakuTingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain. Tingkah laku ini mempunyai perkaitan

Activity (250)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Sha' Rin liked this
Ami Rahim liked this
awangbakhtiar liked this
Nora Latif liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->