You are on page 1of 27

PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN BAGI CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)

LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.0

PENDAFTARAN CALON 1.1 Pengetua/Guru Besar hendaklah memastikan semua Calon Berkeperluan Khas (CBK) dan ibu bapa/penjaga dimaklumkan tentang keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memastikan semua CBK perlu didaftarkan mengikut prosedur pendaftaran semasa. Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memastikan data CBK dimasukkan dengan betul dalam sistem pendaftaran. Pengetua/Guru Besar hendaklah mengisi borang khas dalam tiga (3) salinan (LP/Am 89, 89A, 89B, 89C dan 89D mengikut kesesuaian). Borang-borang berkenaan hendaklah disahkan oleh ibu bapa/penjaga. Salinan Pertama dan Salinan Kedua borang tersebut hendaklah dihantar bersama-sama pendaftaran calon kepada Pengarah Pelajaran Negeri (U.p. Ketua Sektor/Ketua Unit, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan). Salinan Ketiga adalah untuk simpanan pihak sekolah. Semua permohonan keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan perlulah disertakan dengan dokumen sokongan seperti laporan perubatan dari hospital kerajaan/hospital swasta atau Kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan diserahkan kepada Pengarah Pelajaran Negeri (U.p. Ketua Sektor/Ketua Unit, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan). Ketua Sektor/Ketua Unit, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan hendaklah membuat/menyediakan senarai rumusan permohonan keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan dari sekolah dan disahkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri sebelum dihantar kepada Pengarah Peperiksaan untuk kelulusan. Pengetua/Guru Besar hendaklah mengemukakan permohonan tambahan jika terdapat CBK baru selepas tarikh tutup pendaftaran calon. CBK yang tidak membuat permohonan keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dianggap sebagai calon biasa.
Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6 Panduan Pengurusan Peperiksaan, Cetakan 2010

1.2

1.3

1.4

1.5

1.6

1.7

1.8

2.0

PINDAH PUSAT 2.1 Proses pindah pusat CBK hendaklah mengikut prosedur pindah pusat seperti yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan. Pengetua/Guru Besar hendaklah menanda pada ruang Kod Khas pada Borang Perpindahan Calon (LP/Am 37).
Panduan Pengurusan Peperiksaan, Cetakan 2010 - para 5.2

2.2

3.0

PENYEDIAAN DAN SEMAKAN INDEN 3.1 Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah memastikan semakan indent by paper dan indent by centre peperiksaan dibuat dengan betul dan tepat.

4.0

PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 4.1 Pengecualian PBS hanya dibenarkan kepada CBK kohort Tahun Dua 2011 ke atas dan CBK kohort Tingkatan Satu 2011 ke atas. Pengetua/Guru Besar hendaklah membuat permohonan pengecualian PBS bagi CBK dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti laporan perubatan semasa atau kad OKU. Calon beragama Islam tidak diberi pengecualian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA). Kelulusan bagi pengecualian PBS ini tertakluk kepada keputusan Pengarah Peperiksaan. Bagi CBK kohort Tahun Satu mulai 2011 dan CBK Tingkatan Satu mulai 2012, tiada pengecualian PBS dibenarkan. CBK DALAM PEPERIKSAAN
Buku Panduan Dan Rekod Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), Cetakan 2010

4.2

4.3

Panduan Pengurusan Peperiksaan, Cetakan 2010 para 10.1 (e)

4.4

5.0

KAEDAH PENGENDALIAN BERTULIS 5.1

Penggunaan Kertas Soalan Braille Kertas peperiksaan tulisan Braille dibekalkan khusus untuk calon buta dan calon rabun yang menggunakan mesin Braille. Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan kertas peperiksaan tulisan Braille. 5.1.1 Pelantikan Pengawas a. Pengarah Pelajaran Negeri bertanggungjawab menyediakan keperluan Pengawas mengikut nisbah seperti berikut: 2

i. ii. iii. iv. b.

01 hingga 08 calon - Dua orang 09 hingga 15 calon - Tiga orang 16 hingga 30 calon - Empat orang 31 hingga 45 calon - Lima orang

Sekurang-kurangnya seorang pengawas yang dilantik berkemahiran membaca tulisan Braille. Sekurang-kurangnya seorang daripada pengawas tersebut adalah guru yang beragama Islam atau yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam untuk membantu calon membaca ayat-ayat alQuran dan Hadis bagi kertas Pendidikan Islam. Lantikan hendaklah dalam kalangan guru terlatih dan bertugas di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

c.

d.

5.1.2

Penyediaan Peralatan Pengetua/Guru Besar hendaklah peralatan berikut di bilik khas. a. UPSR
i. ii. iii. iv. v. vi. 2 unit mesin Braille bagi setiap calon Meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap calon Set pembaris Braille Lampu meja boleh laras (mengikut keperluan calon) Pita ukur taktil Kotak tebal pembungkus berukuran yang bersesuaian dan mencukupi untuk setiap pusat

menyediakan

b.

PMR/SPM
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. 2 unit mesin Braille bagi setiap calon Meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap calon Talking scientific calculator (with ear phone) Lampu meja boleh laras (mengikut keperluan calon) Abacus (mengikut keperluan calon) Set pembaris taktil Graph and mathematics demonstration board Jangka sudut taktil Alat lukis garis timbul (spur wheel set) Buku sifir empat angka Braille (mengikut keperluan calon)

xi. xii. xiii.

Alas getah Filem acetate - sebungkus setiap calon Kotak tebal pembungkus berukuran yang bersesuaian dan mencukupi untuk setiap pusat

5.1.3

Prosedur Pengendalian a. Calon buta hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai. Pengawas hendaklah memeriksa keadaan mesin Braille dan peralatan khas untuk pusat peperiksaan itu pada setiap hari sebelum peperiksaan dimulakan. Pengawas perlu menulis perkataan yang dikehendaki atau disebut oleh calon di sebelah atas perkataan yang salah dijawab (jawapan Braille) dan hendaklah ditandatangani di ruang tepi sebelah kiri skrip jawapan peperiksaan. Tambahan masa perlu diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pengawas hendaklah memastikan calon menaip angka giliran di sudut kiri dan nombor muka surat di sudut kanan sebelah atas tiap-tiap helai skrip jawapan peperiksaannya. Pengawas hendaklah memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan bagi semua calon mengikut kertas ke dalam kotak yang disediakan supaya tidak merosakkan tulisan Braille. Pengawas hendaklah memasukkan kotak skrip jawapan peperiksaan berkenaan ke dalam sampul khas LP/Am 63(B) dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan.
LP/Am 63(B) Lampiran 9 Lampiran 1

b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

i.

j.

Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan selepas tamat keseluruhan peperiksaan. Ketua Sektor/Unit Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

k.

5.2

Penggunaan Kertas Peperiksaan Cetakan Besar Kertas Peperiksaan Cetakan Besar dibekalkan untuk calon rabun. Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan Kertas Peperiksaan Cetakan Besar. 5.2.1 Pelantikan Pengawas Pelantikan pengawas untuk mengendalikan calon yang menggunakan kertas soalan cetakan besar adalah sama seperti bilangan pengawas yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. 5.2.2 Penyediaan Peralatan Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan peralatan berikut di bilik khas untuk peperiksaan UPSR, PMR dan SPM: a. b. c. meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap calon kanta pembesar (mengikut kesesuaian murid) lampu meja boleh laras (mengikut keperluan calon) CCTV (mengikut keperluan)
Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis, Cetakan 2010 - para 1.1.4 (d)

d. 5.2.3

Prosedur Pengendalian a. Calon hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai.

b.

Tambahan masa perlu diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pengawas hendaklah memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan peperiksaan. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

Lampiran 1

c.

d.

e.

f.

g.

5.3

Penggunaan Kertas Peperiksaan Moderasi Kertas Peperiksaan Moderasi dibekalkan khusus untuk calon bermasalah pendengaran. Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan Kertas Peperiksaan Moderasi. 5.3.1 Pelantikan Pengawas Pelantikan pengawas untuk mengendalikan calon yang menggunakan Kertas Peperiksaan Moderasi adalah sama seperti bilangan pengawas yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik mestilah berkemahiran dalam bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM) atau Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) supaya dapat memberi arahan yang jelas kepada calon.
Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis, Cetakan 2010 - para 1.1.4 (d)

5.3.2

Penyediaan Peralatan Tiada peralatan khas.

5.3.3

Prosedur Pengendalian a. Calon hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan yang cukup dan sesuai.
Lampiran 1

b.

Tambahan masa perlu diberi mengikut Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pengawas hendaklah memastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan calon disusun mengikut urutan dan diikat dengan kemas. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan peperiksaan. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

c.

d.

e.

f.

g.

5.4

Penggunaan Komputer Penggunaan komputer dibenarkan bagi kes yang sangat memerlukan sahaja Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan peperiksaan menggunakan komputer.

5.4.1

Pelantikan Pengawas Sekurang-kurangnya dua orang Pengawas dilantik bagi setiap calon. Salah seorang pengawas mestilah mahir dalam pengoperasian komputer.

5.4.2

Penyediaan Peralatan Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan kemudahan/alat berikut di bilik khas yang kondusif dan dilengkapi dengan bekalan elektrik: a. b. c. d. Komputer Pencetak Kertas cetakan putih saiz A4 Perisian MS Word

5.4.3

Prosedur Pengendalian a. Ketua Pengawas hendaklah mengadakan lawatan ke pusat berkenaan selewat-lewatnya sehari sebelum peperiksaan dimulakan untuk memastikan semua alat keperluan disediakan dan berfungsi dengan baik. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan komputer yang telah diformat. Ketua Pengawas hendaklah membuat instalasi perisian yang akan digunakan. Ketua Pengawas hendaklah memastikan calon menggunakan perisian MS Word, jenis font New Times Roman, saiz font 11, dengan line spacing 1.5. Ketua Pengawas hendaklah memastikan fungsi auto (auto correct, auto check) tidak diaktifkan. Ketua Pengawas hendaklah mengesahkan kertas cetakan putih yang akan digunakan oleh calon. Ketua Pengawas hendaklah memastikan jawapan calon dicetak dan angka giliran tercatat di sudut kiri serta nombor muka surat tercatat di sudut kanan sebelah atas setiap helai skrip jawapan peperiksaan. 8

b.

c.

d.

e.

f.

g.

h.

Ketua Pengawas hendaklah memastikan komputer dan perisian khas berfungsi dengan baik serta telah dinyahmaklumat pada setiap hari sebelum peperiksaan dimulakan. Setelah tamat peperiksaan komputer hendaklah disimpan di dalam almari berkunci di bilik Pengetua/Guru Besar untuk kegunaan pada hari berikutnya. Kunci almari hendaklah disimpan oleh Ketua Pengawas. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan peperiksaan.
LP/Am 63(B) Lampiran 9

i.

j.

k.

l.

m. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat. 5.5 Penggunaan Khidmat Pembaca Soalan dan/atau Jurutulis Khidmat Pembaca Soalan dan/atau Jurutulis dibenarkan bagi kes yang sangat memerlukan sahaja Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi jika Khidmat Pembaca Soalan dan/atau Jurutulis digunakan dalam mengendalikan peperiksaan. 5.5.1 Pelantikan Pengawas Pengawas berikut hendaklah dilantik bagi setiap calon:

a. b. c.

seorang juru rakam audio (wajib) seorang pembaca soalan dan/atau seorang jurutulis

Pembaca Soalan hendaklah dilantik dalam kalangan guru yang boleh membaca dengan intonasi dan sebutan yang jelas mengikut medium bahasa kertas peperiksaan. 5.5.2 Penyediaan Peralatan Pengetua/Guru Besar peralatan berikut: a. b. c. 5.5.3 hendaklah menyediakan

alat perakam audio yang bersesuaian pita rakaman bateri/punca kuasa elektrik yang berterusan

Prosedur Pengendalian a. Calon yang diberi keistimewaan menggunakan khidmat pembaca soalan dan/atau jurutulis wajib menggunakan rakaman audio sepanjang tempoh peperiksaan. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan sebuah bilik yang sesuai dan kondusif untuk menjalankan peperiksaan. Pembaca soalan boleh membaca berulangkali atas permintaan calon. soalan

b.

c.

d.

Ketua Pengawas hendaklah memastikan pita rakaman ditulis Angka Giliran, Nama Kertas dan Kod Kertas. Ketua Pengawas hendaklah memasukkan pita rakaman dan/atau skrip jawapan peperiksaan calon mengikut kertas ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut. Ketua Pengawas hendaklah menyerahkan sampul khas kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan. 10
LP/Am 63(B) Lampiran 9

e.

f.

g.

Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul sampul khas kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri setelah tamat keseluruhan peperiksaan. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

h.

5.6

Penggunaan Guru Pendamping Khidmat Guru Pendamping diperlukan bagi CBK kategori Terencat Akal/Sindrom Down, Autisme, ADHD/ADD dan Sindrom Asperger. Khidmat Guru Pendamping diperlukan oleh CBK bagi memastikan calon tersebut lebih fokus dan berada dalam keadaan terkawal di bilik peperiksaan. Penggunaan Guru Pendamping oleh CBK dalam peperiksaan dibenarkan dalam 2 keadaan iaitu: a. Berada di luar bilik atau dewan peperiksaan. Kebenaran untuk berada di luar bilik atau dewan peperiksaan boleh diperoleh daripada Ketua Pengawas pada hari peperiksaan; atau Berada di dalam bilik peperiksaan. Kebenaran untuk di dalam bilik peperiksaan perlu dipohon oleh sekolah sebelum peperiksaan.
Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis, Cetakan 2010 - para 6.4.5 (h)

b.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi jika khidmat Guru Pendamping digunakan dalam para (b) di atas semasa mengendalikan peperiksaan. 5.6.1 Laporan Pengetua/Guru Besar Permohonan bagi penggunaan khidmat Guru Pendamping perlulah disertakan dengan laporan Pengetua/Guru Besar yang menunjukkan khidmat Guru Pendamping diperlukan oleh calon tersebut sepanjang tempoh peperiksaan dijalankan.

11

5.6.2

Pelantikan Pengawas Sekurang-kurangnya 2 orang pengawas dilantik bagi setiap calon. Pengawas yang dilantik mestilah berada bersama-sama Guru Pendamping sepanjang tempoh peperiksaan.

5.6.3

Penyediaan Peralatan Tiada peralatan

5.6.4

Prosedur Pengendalian a. Calon yang diberi keistimewaan menggunakan khidmat Guru Pendamping dibenarkan berada bersama dengan Guru Pendamping sepanjang tempoh peperiksaan. Walau bagaimanapun Guru Pendamping:
i. hendaklah menandatangani Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 Lampiran D sebelum peperiksaan bermula dilarang membawa apa-apa bahan atau dokumen yang boleh menimbulkan syak kepada petugas peperiksaan dilarang membantu calon sepanjang tempoh peperiksaan hendaklah mencatat nama dalam Buku Rekod Pengawasan (BRP) tidak akan dibayar sebarang bayaran bagi khidmat beliau sebagai Guru Pendamping

ii.

iii.

iv.

v.

b.

Calon, Guru Pendamping dan orang pengawas yang berkecuali di tempatkan di bilik berasingan. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan.

c.

d.

12

e.

Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan peperiksaan. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

f.

5.7

Pemberian Tambahan Masa 5.7.1 Peruntukan tambahan masa adalah berdasarkan kepada Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Ketua Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan peperiksaan mengikut mata pelajaran ke dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat pada bahagian luar sampul tersebut. Ketua Pengawas hendaklah memastikan skrip jawapan peperiksaan dihantar kepada Penyelia Kawasan selepas tamat peperiksaan. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul skrip jawapan peperiksaan kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan peperiksaan. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua sampul skrip jawapan peperiksaan ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.
Lampiran 1

5.7.2

LP/Am 63(B) Lampiran 9

5.7.3

5.7.4

5.7.5

5.8

Keperluan-keperluan Lain 5.8.1 Pengetua/Guru Besar boleh memohon keperluankeperluan lain calon selain daripada keperluan yang dinyatakan.

13

5.8.2

Segala permohonan hendaklah dikemukakan selewatlewatnya 30 hari sebelum peperiksaan dijalankan. Segala permohonan keperluan khas hendaklah dihantar kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk tujuan pengesahan. Permohonan akan dipanjangkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri kepada Pengarah Peperiksaan untuk kelulusan.

5.8.3

5.8.4

6.0

KELULUSAN PERMOHONAN 6.1 Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat kelulusan keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan kepada Pengarah Pelajaran Negeri. Pengarah Pelajaran Negeri akan memanjangkan surat kelulusan kepada Pengetua/Guru Besar. Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab kelulusan kepada CBK/Ibu bapa/Penjaga. memaklumkan

6.2

6.3

6.4

Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan/Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab menyediakan keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan seperti yang diluluskan oleh Pengarah Peperiksaan.

14

LAMPIRAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Jadual Masa Tambahan Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas LP/Am 89 Borang Calon Pekak/Bisu (P/D) LP/Am 89A Borang Calon Rabun (R) LP/Am 89B Borang Calon Buta/Rabun LP/Am 89C Borang Calon Spastik/Kecatatan Lain (S/C) LP/Am 89D Borang Pindah Pusat LP/Am 37 Senarai Kategori Calon Kes Khas dan Keperluan Tambahan Muka depan sampul Calon Berkeperluan Khas LP/Am 63(B) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.23/1998 Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam

15

JADUAL MASA TAMBAHAN Calon Buta, Rabun, Pelbagai Kecatatan dan Kemalangan Masa yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan. Calon yang telibat dalam kemalangan yang layak mendapat masa tambahan adalah calon yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa dugunakan untuk menulis. Lain-lain kecederaan boleh diberi pertimbangan atas nasihat Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Berkenaan.

Bil 1 2 3

Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit Lebih 2 jam 30 minit

Masa tambahan yang diberi 30 minit 1 jam 1 jam 30 minit

Calon Bermasalah Pendengaran Masa tambahan bagi calon ini adalah 25% daripada masa yang diperuntukan bagi setiap kertas peperiksaan (Rujuk surat siaran KP.LP.004.07.04(1) bertarikh 5 September 2008. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Masa yang diperuntukkan dalam jadual waktu 1 jam 1 jam 15 minit 1 jam 30 minit 1 jam 45 minit 2 jam 2 jam 15 minit 2 jam 30 minit 3 jam 25% masa tambahan yang diberi 15 minit 20 minit 25 minit 30 minit 30 minit 35 minit 40 minit 45 minit

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LP/Am 89

BORANG MAKLUMAT CALON BERKEPERLUAN KHAS


PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM/STAM
NO PUSAT : TAHUN : NO TELEFON : NO FAKS : TAMBAH MASA JADUAL A BRAILLE KEPERLUAN KHAS JADUAL B KERTAS TULISAN BESAR MODERASI PENGECUALIAN KERJA KURSUS NORMAL

NAMA SEKOLAH :

PEKA

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
PENGESAHAN MAKLUMAT Nama Pegawai: Tandatangan Pegawai:
Kod Cacat
A B C D P R S

JUMLAH
Kategori
Terencat Akal Buta Cacat Lain Bisu Pekak Rabun Spastik/Cerebral Palsy

*Tandakan jika beri

PAFA

BIL

ANGKA GILIRAN

NAMA CALON

NO. SIJIL KELAHIRAN ATAU KAD PENGENALAN

KOD CACAT

KATEGORI

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BORANG CALON PEKAK / BISU ( P/D ) PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM/STAM
ANGKA GILIRAN :

LP/Am 89A

TAHUN NAMA CALON : NEGERI

NO. SIJIL KELAHIRAN / NO KAD PENGENALAN BIL

MAKLUMAT YA BISU YA YA YA TIDAK PEKAK TIDAK TIDAK TIDAK patah perkataan YA TIDAK soalan objektif Masalah: Masalah-masalah yang dihadapi oleh calon

ULASAN

1. Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan pendengaran dan pertuturan calon. 2. 3. 4. ( Catatkan panjang petikan tersebut, masa yang diambil ) Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon. 5. ( Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya ) Nyatakan jenis kecacatan pendengaran calon Adakah calon menggunakan alat pembantu pendengaran? Adakah calon menggunakan bahasa isyarat bagi membantunya semasa membaca dan menulis? Sertakan contoh tulisan biasa calon.

jam

minit

jam

minit

6. Cara mengatasi oleh calon/pihak sekolah. 7. Adakah calon memerlukan kertas soalan peperiksaan dalam bentuk SOALAN MODERASI ? 8. Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambah masa dalam peperiksaan. Jika "YA" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah.

Mengatasi:

YA-MODERASI YA 15 TIDAK 20 25

NORMAL

40

minit

*Tandakan di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.


Tandatangan Guru Besar : Cap Rasmi Sekolah dan Tarikh :

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BORANG CALON RABUN ( R ) PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM/STAM
ANGKA GILIRAN :

LP/Am 89B

TAHUN NAMA CALON : NEGERI

NO. SIJIL KELAHIRAN / NO KAD PENGENALAN BIL

MAKLUMAT ADA YA YA ADA TIADA TIDAK TIDAK TIADA patah perkataan ADA TIADA soalan objektif LANCAR patah perkataan Masalah: Masalah yang dihadapi oleh calon

ULASAN

1. Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan penglihatan calon. 2. Adakah calon menggunakan cermin mata? 3. Adakah calon menggunakan kanta pembesar bagi membantunya semasa membaca dan menulis? Sertakan contoh tulisan biasa calon. 4. (Catatkan panjang petikan tersebut, masa yang diambil dan jarak mata daripada bahan tulisan? 5. Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon. (Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya) Kelancaran calon membaca petikan daripada buku teks. (Catatkan panjang petikan yang dibaca dan tempoh masa yang diambil)

MEMBACA

MENULIS

jam

minit

jarak cm

jam

minit

6.

TIDAK LANCAR jam minit

7. Cara calon/pihak sekolah mengatasi masalah ini. 8. Adakah calon memerlukan kertas soalan peperiksaan dalam TULISAN BESAR ? Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambah masa dalam peperiksaan. 9. jika "Ya" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah.
Tandatangan Guru Besar : Cap Rasmi Sekolah dan Tarikh :

Cara Mengatasi:

YA-TULISAN BESAR YA TIDAK

TIDAK

30 1 JAM *Tandakan di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BORANG CALON BUTA / RABUN ( B/R ) PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM
ANGKA GILIRAN :

LP/Am 89C

TAHUN NAMA CALON : NEGERI

NO. SIJIL KELAHIRAN / NO KAD PENGENALAN BIL

MAKLUMAT Jenis kecacatan penglihatan. BUTA ADA RABUN TIADA

ULASAN

1.

Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan penglihatan calon Keupayaan penglihatan calon mengikut Skala/Carta Snellen

Tanpa guna kaca mata Ketika guna kaca mata YA YA ADA TIDAK TIDAK TIADA patah perkataan ADA LANCAR patah perkataan Masalah: TIADA soalan objektif

mata kiri mata kiri

mata kanan mata kanan

2. Adakah calon menggunakan cermin mata? 3. 4. Adakah calon menggunakan kanta pembesar atau alat-alat lain bagi membantunya semasa membaca dan menulis? Sertakan contoh tulisan biasa calon. ( Catatkan panjang petikan tersebut, masa yang diambil dan jarak mata dari bahan tulisan ) Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon. ( Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya ) Kelancaran calon membaca petikan dari buku teks. ( Catatkan panjang petikan yang dibaca dan tempoh masa yang diambil )

jam jam jam

minit minit minit

jarak cm

5. 6.

TIDAK LANCAR

Masalah-masalah yang dihadapi oleh calon 7. Cara mengatasi oleh calon/pihak sekolah. Mengatasi:

8. Adakah calon memerlukan kertas soalan peperiksaan dalam TULISAN BESAR atau BRAILLE ? 9. Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambaha masa dalam peperiksaan. Jika "YA" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah.
Tandatangan Guru Besar : Cap Rasmi Sekolah dan Tarikh :

YA-TULISAN BESAR YA TIDAK

YA-BRAILLE

TIDAK

30 1 JAM *Tandakan di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


BORANG CALON SPASTIK/KECACATAN LAIN ( S/C ) PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM
ANGKA GILIRAN :

LP/Am 89D

TAHUN NAMA CALON : NEGERI

NO. SIJIL KELAHIRAN / NO KAD PENGENALAN BIL

MAKLUMAT

ULASAN

1. Terangkan kecacatan yang dihadapi oleh calon. 2. Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan calon. 3. Adakah kecacatan calon boleh menjejaskan kepantasan calon menulis? ( Sertakan contoh tulisan biasa calon. Catatkan panjang petikan tersebut dan masa yang diambil ) Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon. 4. ( Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya ) Adakah kecacatan calon boleh menjejaskan kelancaran calon membaca? 5. ( Catatkan panjang petikan yang dibaca dari buku teks dan tempoh masa yang diambil ) Adakah calon ini memerlukan mesin taip/komputer 6. Sertakan contoh bahan yang ditaip dan catatkan tempoh masa yang diambil. Masalah-masalah yang dihadapi oleh calon dan 7. Mengatasi: Cara mengatasi oleh calon/pihak sekolah. Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambah masa dalam peperiksaan. Jika "YA" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah. YA 30 TIDAK 1 JAM ADA Masalah: TIADA patah perkataan jam minit ADA TIADA YA-MESIN TAIP YA soalan objektif TIDAK patah perkataan YA-KOMPUTER jam minit jam minit ADA YA ADA ADA TIADA TIDAK TIADA TIADA patah perkataan jam minit

8.

*Tandakan di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.


Tandatangan Guru Besar : Cap Rasmi Sekolah dan Tarikh :

LAMPIRAN 8 SENARAI KATEGORI CALON KES KHAS DAN KEPERLUAN TAMBAHAN


KEISTIMEWAAN, KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN BIL KOD CBK A B E T H L G C D P R S KATEGORI CBK TAMB MASA TERENCAT AKAL/SINDROM DOWN BUTA DISLEKSIA AUTISME ADHD/ADD SLOW LEARNER SINDROM ASPERGER CACAT ANGGOTA BISU PEKAK RABUN SPASTIK/CP BRAILLE CETAKAN BESAR MODERASI KOMPUTER RAKAMAN PEMBACA JURUTULIS GURU PENDAMPING

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Catatan: Keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan ini tertakluk atas kelulusan Pengarah Peperiksaan.

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel: 03-2586900 50604 KUALA LUMPUR
Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV/(23) 24 September 1998 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 23/1998: Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam
Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingat dan menegaskan kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa murid-murid yang layak, mengikut syaratsyarat yang sedia ada, adalah berhak mengambil peperiksaan awam. Pengetua dan Guru Besar tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambil peperiksaan, dengan apa alasan sekalipun, walaupun misalnya kerana bimbang pencapaian murid itu nanti akan menjejaskan prestasi keputusan peperiksaan keseluruhan sekolah. 2. Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas inklusif atau kelas percantuman (Program Pendidikan Khas) di sekolah menengah dan sekolah rendah harian biasa, hendaklah juga dibenarkan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM atau sepertinya, bersama-sama dengan murid-murid lain. Walau bagaimanapun, dalam menyediakan analisis pencapaian peperiksaan, pihak sekolah bolehiah membuat analisis berasingan bagi murid-murid pendidikan khas. 3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan. Sekian.Terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus Timbalan Menteri Pendidikan Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Nazir Sekolah Pegawai Perhubungan Awam

You might also like