You are on page 1of 7

PERWAKILAN DATA

Perwakilan data merupakan topik terakhir dalam sukatan pelajaran Matematik tahun 4, 5 dan 6.
Dalam UPSR topik ini biasanya keluar dalam Kertas 1. Sejak tahun 2005 soalan-soalan dari
topik ini sangat popular dan keluar pada setiap tahun. Jadi murid-mkurid perlu tajamkan
kemahiran dalam topik ini.
Dalam topik ini terdapat 3 jenis carta yang mengandungi maklumat-maklumat yang perlu anda
kuasai.

1. Pictograf (Pictograph)
- memaparkan gambar atau simbol yang mewakili suatu maklumat

Pictograf melintang Pictograf menegak


(Horizontal pictograph) (Vertical Pictograph)

2. Graf Bar (Bar Graph)

Graf Bar mengandungi maklumat-maklumat seperti:-


1. Kekerapan = kekerapan suatu aktiviti atau perkara yang berlaku.
2. Purata = Pembahagian sama rata
3. Median = Penengah (nilai tengah)
4. Mod = Nilai kekerapan yang paling banyak berulang
5. Nilai Maksima = Kekerapan yang tertinggi
6. Nilai minima = Kekerapan yang terendah
7. Julat = Beza antara nilai maksima dan nilai minima

3. Carta Pai ( Pie Chart) 

-Suatu carta yang mengandungi data / maklumat dalam bentuk bulatan.


-Bulatan itu mewakili jumlah keseluruhan komponen data yang diambil.
-Biasanya pecahan data dinyatakan dalam peratus (%)

Mengapa topic ini penting? 

Sebab, berdasarkan data yang diberikan topik ini menguji kemahiran pengiraan dalam tajuk-tajuk
matematik yang lain seperti:-

 Pecahan
 peratus
 wang
 panjang
 Nilai isipadu
 Perimeter
 Purata

Dalam kata lain, hanya dengan satu graf, pelbagai soalan dari pelbagai topik dalam sukatan
pelajaran boleh diajukan secara rawak! Jadi kuasai topic ini.

Jadi apa cara terbaik untuk jawab soalan sebegini?

Pertama...., anda mesti kaji graf berkenaan dan dapatkan:-


- Jumlah keseluruhan.
- Jika graf itu tidak lengkap, cari jumlah keseluruhan item yang ditunjukkan.
- perhatikan tajuk graf & kekunci yang diberikan
(satu simbol mewakili berapa item)

Kedua..., baca soalan dan rungkai satu persatu.


Contoh: Jika soalan minta peratus atau pecahan suatu item sebelum mengemukankan soalan
sebenar.

Ketiga.., semak soalan sebenar.


Contoh: Jumlah pekerja wanita dan lelaki dalam empat buah kilang ialah 300. 2/5 daripadanya
ialah lelaki. Kirakan jumlah pekerja wanita dalam kilang S. 

Jom kita cuba jawab soalan-soalan ini.


                         
1. Rajah 1 ialah sebuah piktograf yang menunjukkan bilangan pelajar yang layak ke peringkat
separuh akhir dalam Pertandingan Pidato antara Bahagian.
Rajah 1
Purata bagi bilangan murid yang berjaya ke peringkat separuh akhir ialah 7 orang. Berapakah
bilangan simbol yang mesti dilukis untuk Bahagian 4 (Div.4)?

Langkah pertama
- Cari jumlah keseluruhan.
- Jika graf itu tidak lengkap, cari jumlah keseluruhan item yang ditunjukkan.

Jumlah keseluruhan = Purata X Bilangan


= 7 orang X 8 div
= 56 orang
Langkah kedua
- Cari pula jumlah yang ada
- perhatikan tajuk graf & kekunci yang diberikan
(satu simbol mewakili berapa item)

Jumlah yang ada = Div 1 + Div 2 + Div 3 + Div 5 + Div 6 + Div 7 +Div 8
= 4 + 10 + 6 + 12 + 4 + 8 + 3 
= 47 orang

Langkah ketiga
- Cari bilangan murid sepatutnya ada dalam Div 4.

Bilangan murid dalam Div 4 = bilangan keseluruhan – bilangan yang ada


= 56 orang – 47 orang
= 9 orang.
Adakah ini jawapan yang soalan hendak? Tidak!

Semak soalan.
Berapakah bilangan simbol yang mesti dilukis untuk Div 4 ?

Penyelesaian:
Jumlah Div 4 ialah 9 orang. Simbol yang diberi mewakili 2 orang.
Oleh itu 9 perlu dibahagi dengan 2.

4.5
2 9
8
10
10

Jawapan = 4.5 atau 4 simbol penuh dan 1 simbol separuh.

2. Rajah 2 ialah sebuah graf palang yang menunjukkan bilangan pelajar yang memesan 5 jenis
makanan dari sebuah kafeteria. 
2/3 daripada jumlah pelajar itu ialah Melayu. 10% merupakan pelajar Cina. dan bakinya pelajar
India. Cari bilangan pelajar India.

Langkah pertama
- kaji graf berkenaan dan dapatkan:-
- Jumlah keseluruhan pelajar yang memesan kelima-lima jenis makanan.

Penyelesaian:
= 150 + 125 + 50 + 50 + 75
= 450 orang

Langkah kedua
- baca soalan dan rungkai satu persatu.
- rungkai maklumat yang diberi

2
a)  daripada jumlah pelajar itu ialah Melayu.
3

2
Penyelesaian:- =   x  450 (jumlah pelajar)
3
= 300 orang (pelajar Melayu)

b) 10% merupakan pelajar Cina.

10
Penyelesaian:- = X 450
100
= 45 orang (pelajar Cina)

Langkah ketiga.
- Semak soalan sebenar.
-Cari bilangan pelajar India.
Penyelesaian:-
Pelajar India = Jumlah keseluruhan - pelajar Melayu - pelajar Cina
= 450 orang - 300 orang - 45 orang
= 105 orang

You might also like