You are on page 1of 2

O

Kuantiti vs Kualiti filem Malaysia


DITULIS OLEH ROSLI MANAH
0 Comments

RABU, 26 DISEMBER 2012 23:57

MAYA KARIN DAN REMY ISHAK LARIS DI LAYAR PERAK.

Sepanjang tahun 2012 sebanyak 77 judul filem Malaysia sudah dan bakal ditayangkan. Filem Sesuatu Yang Tertinggal (5 Januari) menjadi filem pembuka tirai dan Kahwin 5 terbitan KRU Motion Pictures sebagai penutup. Filem itu memasuki pawagam 27 Disember (hari ini). Itu filem-filem yang memasuki pawagam. Sebenarnya ada lagi filem yang sudah selesai pembikinan, tapi sebab belum tayang, judulnya belum dimasukkan dalam senarai tayangan fillem dalam laman portal Finas. Bila meneliti judul-judul filem itu dan menyemak fakta jumlah kutipan, nampaknya tak banyak filem yang meledak di pasaran. Agaknya kerana terlalu banyak filem yang ada di antaranya tiba-tiba masuk panggung tanpa publisiti membuatkan sambutan kurang menggalakkan. Adakah orang tak mahu lagi ke panggung sebab sudah ada pawagam di rumah? Sekarang ini sudah ada saluran TV berbayar yang menyiarkan filem yang masih ada saki baki tayangan di pawagam. Adakah ia menjadi salah satu faktor filem Malaysia sudah tak laris di panggung? Walaupun penonton membayar untuk menonton, tapi bila kutipan di pawagam hanya beberapa ratus ribu ringgit, ia masih dianggap gagal daripada segi kutipan. Ia sebuah filem, maka kayu ukur kejayaannya ialah di pawagam, bukannya hasil tayangan di kaca TV. Kalau tahun 2011 kita ada fillem box office KL Gangster (RM11.74 juta) dan Ombak Rindu (RM10.90 juta), tahun ini kutipan tertinggi milik filem Adnan Sempit 2 hanya mengutip RM6.82 juta. Hampir separuh beza dengan filem paling laris 2011. Filem lain yang boleh dibangga ialah Bohsia 2: Jalan Kembali, Mael Lambung dan Istanbul Aku Datang yang termasuk dalam kelumpuk 50 filem Malaysia terbaik mengikut kutipan di pawagam setakat hari ini sebagaimana yang dikeluarkan oleh Wikipedia. Adakah penonton tahun 2011 dan penonton tahun ini daripada kelumpuk yang berlainan? Pastinya penonton sama yang memberi sokongan kepada filem-filem yang ditayangkan, tapi bila banyak filem yang tidak menepati selera mereka, maka mereka tidak teruja untuk menonton. Semasa filem KL Gangster dan Ombak Rindu ditayangkan dulu, peminat bagaikan terpaku dengan cerita yang dipaparkan.
\Mereka

keluar bercerita dengan kawan-kawan yang membuatkan kawan-kawan mereka pula menonton di pawagam. Tahun 2012 ini banyak sekali filem gangster dihasilkan. Filem cintan cintun macam Ombak Rindu juga banyak yang diterbitkan, tapi impaknya jauh berbanding kedua-dua filem itu. Kalau diamati judul filem yang ditayangkan sepanjang tahun ini ada yang tak tahu pun kewujudan filem itu. Sebab banyak fiilem yang tidak dipromosikan tiba-tiba muncul di

pawagam. Agaknya penerbitya terlebih yakin sebab melihat banyak filem mencatat kutipan melebihi RM5 juta tahun 2011. Mungkin mereka beranggapan letaklah filem apa sahaja pasti mengaut untung. Akhirnya filem yang entah apa apa dan entah siapa siapa yang bikin itu hanyut. Agaknya tauke dia nak buat percubaan kut. Banyak filem yang dibarisi muka-muka baru yang flop di pawagam. Ada filem yang mendapat pulangan yang sangat sedih. Kalau filem itu berseni tapi tak berjaya di pawagam, tak apa pah juga. Mungkin ada habuan lain untuk mereka di luar sana. Filem Bunohan misalnya antara yang gagal di pawagam, tapi semua tahu ia sebuah filem yang baik, sebab itu mendapat pengiktirafan luar negara. Sebaliknya kalau ada filem yang boleh dianggap sampah muncul di pawagam, itu satu petanda tak baik. Jangan hanya kejar jumlah produksi yang banyak, kerana mereka bukan mahu buka muzium selepas ini. Filem yang asal siap juga banyak ditayangkan. Pengarah baru yang tiba-tiba muncul pun ada juga sebab dia mendapat peluang daripada pelabur yang tak pentingkan kutipan, sebab bisnes lain yang tauke itu usahakan sangat berjaya. Kena tunggulah bagaimana pula sambutan untuk tahun 2013 yang akan muncul tak lama lagi ni. Tapi kebanyakan filem yang bakal muncul pada awal tahun nanti ialah lebihan filem yang dah siap tahun ini yang belum ada slot tayangan.
HERO

Semoga tahun 2013 nanti akan membawa sinar baru kepada penerbit filem. Mereka pastinya mahu memberikan yang terbaik, tapi kalau pengarah dan penulis skripnya dah kering idea maka, macam itu jugaklah corak filem kita. Kalau tak komedi, buat filem hantu. Ataupun filem riwayat gangster atau cinta remaja. Itu itu sahajalah modal yang boleh buat dengan bajet yang terhad. Nak melabur besar-besar bimbang pula kalau-kalau pulangan meleset. Besar kerugian nak ditanggung nanti. back to top
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 27 Disember 2012 02:01 ) Total Views: 2173
Iklan@ManggaOnline

You might also like