You are on page 1of 14

CA 34302:

APRESISASI DAN PROJEK AWAL


TAJUK:
ANALISIS BUDAYA TEMPATAN MALAYSIA DI DALAM TELEFILEM POK
YA CONG CODEI

NAMA:
MARWANI BINTI RADZUAN

NO. MATRIKS:
BA17110716

NAMA PENSYARAH:
MOHAMED SYAFIQ SALLEH
ABSTRAK

Artikel ini menganalisis komponen kredibiliti berita dalam akhbar dan atas talian

(online). kajian ini bertujuan untuk menganalisis budaya tempatan Malaysia di dalam

telefilem Pokya Cong codei. Kajian ini juga adalah bertujuan untuk mengenali budaya

Kelantan dari segi pembawaan watak pelakon, susana di sekeliling, cara mereka

berinteraksi dan juga perkara yang ditekankan yang dibawa di dalam filem ini. Durasi

telefilem Pok Ya Cong Codei ini adalah selama 1 jam 26 minit dan pernah

ditayangkan di Astro Mustika HD dan Astro Citra. Kajian ini telah dilakukan dengan

membuat pemerhatian sendiri filem tersebut di kaca televisyen dan juga menggunakan

media sosial iaitu Facebook. Maklumat yang diperoleh adalah menerusi pemerhatian

sendiri dan juga rujukan daripada atas talian. Hasil kajian yang didapati bahawa

kebanyakan berkaitan dengan budaya masyrakat pada zaman sekarang. Telefilem ini

juga merupakan salah satu hasil filem hiburan Malaysia yang berjaya membawa jalan

penceritaan yang bagus. Selain itu, ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang

kehidupan budaya di Kelantan. Telefilem Pok Ya Cong Codei 2 Siti Di Hati ini juga

merupakan sambungan dari telefilem ini.

1
1.0 PENDAHULUAN

Filem merupakan media yang popular di dalam kalangan masyarakat. Pada

awalnya, filem tidak mendapat sambutan yang ramai kerana pada masa itu, media

sosial belum lagi berkembang. Penghasilan filem telah dihasilkan oleh jurugambar

British iaitu Edward Muybridge. Pada tahun 1887, beliau telah berjaya merakam

gambar kiri kuda yang sedang berlari. Akhirnya, rakaman yang digunakan semakin

berkembang dan telah diguna sehingga kini sebagai media hiburan kepada

masyarakat. Selain itu, sejarah filem di Tanah Melayu, filem pertama yang telah

diperkenalkan adalah pada tahun 1898. Ia didokumentasikan-berita yang berjudul

Diamond Anniverssary celebration of Queen Victoria.1

Kejayaan yang telah dihasilkan oleh dua adik beradik ini, iaitu projek Run Run

dan Run Me Shaw, telah diminta pada tahun 1937 untuk mengimport beberapa

peralatan dari Shanghai dan memulakan pengeluaran filem-filem Melayu dari

studio kecil di Ampas Road di Singapura. Walau bagaimanapun, mereka hanya

berjaya menghasilkan lima atau enam filem sebuah pencerobohan Jepun pada

1941.2

Pada tahun 1948, P.Ramlee terkenal dengan filem barunya iaitu filem Chinta.

Bakatnya yang terpendam dalam menghasilkan filem dan lagu menjadikan beliau

sangat tekenal. Bahkan, kebolehan dan bakat yang ada padanya seperti pelakon

utama, artis dramatik, penulis skrip dan pengarah filem.tidak dapat menandingi

mana-mana karyawan yang terkenal. P.Ramlee juga telah menubuhkan sebuah

studio iaitu Brothers Shaw. Kejayaan yang telah dicapai oleh studio di bawah nama

P.Rmalee mnyebabkan ramai usahawan dan juga artis yang lain ingin menceburi

kerjaya mereka di bawah produksi tersebut.

1
studentsrepo.um.edu.my/5083/2/BAB_1.pdf
2
https://perfilemanmalaysia.webs.com/perfileman-di-malaysia

1
Seterusnya, kebanyakan filem pada zaman dahulu diterbitkan dengan warna

hitam dan putih. Ianya adalah kerana kesan kamera lama dan berasakan pada pixel

yang digunakan. Semakin tinggi penggunaan pixel, gambar yang terhasil akan

lebih cantik. Pada masa dahulu, mereka hanya menggunakan pixel yang rendah.

Oleh itu, hasil gambar dan rakaman mengeluarkan warna hitam dan putih.3

Studio-studio yang ditubuhkan ini juga mempunyai bahagian-bahagian yang

dapat mengedit, merakam dan sebagainya. Pada awalnya, rakaman bunyi telah

dihasilkan sehingga tahun 1960-an. Kemudian, teknologi semakin berkembang dan

canggih, mereka menggunakan sistem dubbing iaitu hanya menggerakkan ulut

sahaja dan digunakan sehingga kini.

Walau bagaimanapun, penerbitan filem di Malaysia sangat sengit. Ini adalah

disebabkan idea dari seseorang pengarah sangat kreatif sehingga menjadi

persaingan. Sebagai pengarah, mereka perlu tahu filem yang bersesuaian dan

diterima oleh masyarakat pada zaman sekarang agar filem yang dihasilkan

mendapat sambutan yang hangat. Kebiasaannya filem yang menjafi tumpuan pada

zaman sekarang adalah filem bergenre aksi, romantik, seram dan juga filem yang

menguji psiko para pelakon.

3
https://steemit.com/writing/@photoworks

2
2.0 NOTA PRODUKSI
Telefilem Pok Ya Cong Codei merupakan filem yang ditulis dan diarah oleh Sabri

Yunus. Sabru Yunus merupakan seorang yang banyak menghasilkan dan melakonkan

filem beliau sendiri. Telefilem Pok Ya Cong Codei, beliau menjadi watak utama yang

merupakan seorang lelaki “gedebe” dari Kelantan. Tenaga kerja yang terlibat di dalam

telefilem ini ialah Syahid Johan sebagai penerbit dan penyunting oleh Khairul Amri

Md Noor.

Para pelakon yang terlibat di dalam telefilem ini ialah Sabri Yunus sebagai Pok

Ya iaitu watak utama, Fikry Ibrahim sebagai Rasdan, Uqasha Senrose sebgai Aina,

Mustpha Kamal sebagai Datuk Sahak iaitu ayah kepada Aina. Beberapa pelakon

tambahan turut terlibat di dalam telefilem ini. Antaranya Saidi Sabri sebagai

Halim,Hadi Nawawi sebagai Sero, Ku Hanafi Ku Harun sebagai Nasir Badang,

Mazlan Sulaiman sebagai Eah Chuu dan ramai lagi. Kebanyakan pelakon Pok Ya

Cong Codei fasih berbahasa Kelantan. Oleh itu, telefilem ini telah menyediakan

terjemahan dialog yang diperkatakan oleh pelakon. Pemilihan pelakon di dalam

telefilem Pok Ya Cong Codei sangat sesuai dengan masyarakat Kelantan dan dekat

dengan kehidupan seharian mereka. Mereka juga tidak kekok untuk melakonkan di

dalam dialek Kelantan.

Sinopsis filem ini adalah mengisahkan tentang seorang samseng “gedebe” di

Kelantan. Dia mendapat tugasan untuk mencari anak seorang peniaga yang di culik di

Kuala Lumpur. Pok Ya dan Datuk Sahak telah lama kenal dan banyak menolong Pok

Ya. Beliau telah berjanji untuk menolong Datuk Sahak bersama anak buahnya untuk

mencari Aina. Pada masa yang sama, Pok Ya juga terpaksa berjauhan dengan isteri

kesayangannya iaitu Siti yang baru beliau kahwini. Kemudian, Pok Ya sampai ke

Kuala Lumpur dan menyewa sebuah bilik di hotel Concorde di Shah Alam. Oleh

kerana beliau tersalah menyebut apa yang dibaca, anak-anak buahnya memerli tanpa

3
pengetahuan Pok Ya sehingga diberi nama Pok Ya Cong Codei. Di Kelantan, watak

seperti Pok Ya itu sebenarnya ada di Kelantan malah perkataan Cong Codei pernah

menjadi bualan masyarakat di negeri Kelantan. Setelah Pok Ya telah menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh Datuk Sahak, isterinya iaitu Siti pula telah lari dari rumah.

Akhirnya Pok Ya tinggal sendiri dan beliau telah berjanji untuk tidak akan mencari

Siti dan dialognya berbunyi “Kalu bini aku kena culik, sampai hujung dunia aku cari,

tapi kalau bini aku sendiri lari, di belakang rumah pun aku tak cari, baik aku cari

bini baru daripada cari bini lari”.

Telefilem Pok Ya Cong Codei telah ditayangkan pada 20 Januari 2018 di Astro

Citra dan Astro Mustika HD. Tayangan filem ini mendapat sambutan yang lar biasa di

kalangan rakyat Malaysia apabila telah tular di media sosisal. Maklumat dan mesej

yang disampaikan dalam filem ini amat dekat dengan masyarakat Malaysia.

Walaupun ayat yang digunakan bertapis, akan tetapi ia mudah difahami oleh semua

penonton.

4
3.0 BUDAYA TEMPATAN

Budaya mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat tempatan. Menurut Melville J.

Herskovits, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai

hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu

sendiri.4 Fahaman ini dikenal di kalangan antropologi sebagai fahaman tentang

budaya. Secara keseluruhannya, budaya adalah cara hidup manusia termasuk hasil

ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak sosial dan jasmani yang menjadi

amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu masyarakat.

Tayangan filem Pok Ya Cong Codei sebenarnya bukan untuk menunjukkan

masyarakat di Kelantan merupakan seorang yang “gedebe”. Akan tetapi ia ingin

menunjukkan sifat yang baik dan memberi kesedaran kepada semua ahli masyarakat

supaya mempunyai sifat yang perlu ada dalam diri seseorang. Pok Ya Cong Codei

sebenarnya bukan seorang yang samseng atau gengster walaupun dia seorang yang

berani, mempunyai ramai pengikut, sangat dihormati dan disegani. Tetapi, Pok Ya

Cong Codei memberi makna sebenar “gedebe” disalah erti oleh ramai pihak. Watak

“gedebe” sebenar bukan seorang yang samseng atau gengster yang hanya tahu

bergaduh semata-mata atau memukul orang lain yang tidak setuju dengannha. Pok Ya

Cong Codei sanggup meminta maaf bila di sedar bersikap kurang ajar.5

Selain itu, budaya yang ditunjukkan di dalam Pok Ya Cong Codei adalah bersifat

mulia dengan semua orang. Contohnya, Pok Ya Cong Codei mempunyai sikap yang

mulia dengan memberikan wang kepada Rasdan sebanyak RM 40,000 yang

sebenarnya duit tersebut adalah upah Datuk Sahak kepadanya kerana telah berjaya

mencari anaknya yang hilang di Kuala Lumpur. Rasdan merupakan musuh lama

beliau dan telah menjadi buta. Meskipun beliau bermusuhan, Pok Ya tetap membantu
4
The Influence of Culture on Visual, Melville J. Herskovits, M/S 25
5
Diakses pada 26 Januari 2018, ASTRO AWANI, Irwan Muhammad Zain.
http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ada-apa-dengan-pok-ya-cong-codei-166703

5
Rasdan untuk membayar kos rawatan ibunya yang lumpuh. Selain watak Pok Ya

Cong Codei, ada juga watak sampingan iaitu pengikut Pok Ya iaitu Halim. Beliau

merupakan seorang yang sangat baik. Misalhnya ketika Pok Ya tersalah menyebut

nama Hotel Concorde beliau tetap menyebelahi Pok Ya kerana setianya dengan Pok

Ya. Halim juga pernah menyatakan kepada orang yang benci kepada Pok Ya. “Kalau

kau nak cari Pok Ya, sini, jumpa aku dulu”.

Seterusnya, telefilem ini juga mempunyai unsur-unsur Islamik. Watak Pok Ya

merupakan seorang yang berpegang teguh kepada Allah. Contohnya Eah Chu

mengugut untuk membunuh Pok Ya, Pok Ya percaya dengan ketentuan Allah jika dia

mati di tangan Eah Chu. “Tembak lah kalau kau nak tembak aku. Kalau betul Tuhan

ambil nyawa aku, peluru tu akan kena aku. Tapi, kalau tuhan tak mengizinkan, satu

sebutir peluru pun tak akan tembus badan aku”. ayat ini mungkin seperti seseorang

yang tidak takutkan kematian dan mencabar semual Eah Chu. Akan tetapi, jika dapat

memahami bahasa di dalam dialek Kelantan, kita akan faham apa yang dimaksudkan

oleh Pok Ya. Para penonton pula mungkin tidak mempercayai dengan perkara yang

berlaku antara Pok Ya dan juga Eah Chu. Ini kerana, Eah Chu merupakan sahabat

baik Pok Ya dan dia menolong untuk mencari peluru kepada Pok Ya untuk

menyelesaikan masalah dengan musuhnya. Akhirnya, Eah Chu menyebelahi

musuhnya dan menjadi orang tengah untuk meyampaikan maklumat tentang Pok Ya.

Oleh itu, mesej yang hendak disampaikan di dalam cerita ini adalah jangan terlalu

mempercayai seseorang sama ada mereka adalah seorang sahabat baik.

Budaya yang ditunjukkan di dalam Telefilem Pok Ya Cong Codei juga adalah

tentang hubungan persahabatan. Babak yang ditunjukkan adalah semasa Pok Ya ingin

pergi ke Kuala Lumpur. Beliau juga berniat untuk berjumpa dengan Nasir Chow Kit

iaitu kawan lamanya. Kemudian, babak Pok Ya menjadi buruan Datuk Sahak kerana

6
dituduh melarikan wang, Nasir telah menolong Pok Ya. Dialog yang dikeluarkan oleh

Nasir adalah “Walau apapun terjadi, saya tetap dengan Pok Ya. Kalau Pok Ya jatuh

ke kiri, saya jatuh kiri. Kalau Pok Ya jatuh kana, saya jatuh kanan”. ini menunjukkan,

walaupun jarang berjumpa dengan kawan lama, apabila Pok Ya memerlukan

pertolongan, akan ada orang yang membantu. Oleh itu, hubungan antara persahabatan

sangat penting apabila saling hormat menghormati.

Sifat berkayakinan tinggi yang dibawa oleh watak Pok Ya juga dapat memberi

contoh kepada para penonton. Misalhnya pada babak orang bertanyakan kepada Pok

Ya tempat beliau singgah, Pok Ya menjawab pertanyaan beliau iaitu “Aku tinggal

dekat yang ada awas kenderaan berat keluar/masuk di hadapan”. walaupun

jawapannya salah dan dialog yang diakatakannya sangat lucu, akan tetapi,

keyakinannya yang tinggi sangat dipuji oleh penonton.

7
4.0 ISU DAN KONTROVERSI

Setiap filem yang dihasilkan pasti akan melalui kesukaran dan cabaran. Kadang kala

netizen mengambil kesempatan untuk menggunakan perkara yang tular untuk

mendapat sumber dan pendapatan dengan cara yang mudah untuk mendapat

keuntungan tanpa kebenaran pihak yang sepatutnya.

Telefilem Pok Ya Cong Codei telah tular sebelum ia dikeluarkan menerusi

saluran yag telah ditetapkan di kaca televisyen. Ramai di kalangan penonton sangat

menyukai jalan cerita yang diarahkan oleh Sabri Yunus. Walaupun filem ini

merupakan filem serius, akan tetapi diselitkan dengan lawak yang terkena di hati

penonton. Oleh kerana filem ini tular di seluruh Malaysia, terdapat kontroversi yang

berlaku. “Sebaik watak dan telefilem Pok Ya Cong Codei diperkatakan ramai serta

tular, saya dimaklumkan banyak pihak yang mengambil peluang mempromosikan

produk mereka menggunakan nama itu” kata Sabri Yunus kepada Berita Harian.

Isu tersebut diperkatakan kerana beliau medapati bahawa ada para penjual

mempromosikan nama Pok Ya Cong Codei dengan menjual topi, baju T-shirt dan

gerai minuman. Selain itu, terdapat syarikat besar yang menggunakan nama Pok Ya

Cong Codei tanpa mendapat persetujuan terlebih dahulu. Kata beliau lagi, “Peguam

yang saya kenali menasihatkan saya supaya memohon Hak Paten kerana bimbang ia

disalah guna dan tidak mahu nanti saya pula yang dipersalahkan. Justeru, untuk

bisnes kacil, dan sekadar menjual tpoi, atau naju T, saya anggap berkongsi rezeki”.6

Selain itu, selepas Telefilem Pok Ya Cong Codei tular, beliau dimaklumkan ada

pihak yang membuat tutorial dalam bahasa Arab mengenai dialog yang ada di dalam

filem Pok Ya Cong Codei.

6
Diakses pada 9 April 2018, BERITA HARIAN ONLINE, Hafiz Sohaimi
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/04/409833/nama-pok-ya-cong-codei-dipaten

8
Di dalam filem tersebut juga bahasa yang lain dari yang lain berbanding cerita

gangster yang sebelumnya. Dialek yang dibawa di dalam bahasa Kelantan mungkin

ramai yang tidak difahami terutama di Malaysia Timur. Pok Ya Cong Codei telah

memecahkan koak filem samseng yang selalu mencecah kutipan tinggi. Filem

samseng seperti KL Gangster atau sebagainya adalah gambaran yang palsu dan

dibuat-buat tentang dunis samseng dan kongsi gelap. Dunia kehidupan samseng

sebenar adalah lebih tertib dengan kebanyakan anggota, lebih-lebih lagi ketua

samseng adalah orang yang tenang, bercakapa perlahan dan tidak menjerit. Oleh itu,

bahasa yang digunakan di dalam filem ini lebih teratur dan perlahan. Berbanding

kepada bahasa gangster sebenarnya bahasa yang caca merba serta kebudak-budakan.

9
5.0 PENUTUP

Filem Pok Ya Cong Codei yang sangat diminati oleh semua golongan masyarakat.

Oleh sebb itu, pemilihan tajuk cerita ini dapat menambah pengetahuan tentang

masyarakat di Kelantan dan nilai yang perlu ada di dalam diri seseorang. Filem ini

juga dapat menyedarkan para penonton tentang kehidupan di luar sana untuk menjadi

orang yang berguna.

Permasalahan yang dihadapi mungkin dapat diubah dan memberi pengajaran

kepada pihak netizen di luar sana untuk membuat sesuatu dengan berfikir terlebih

dahulu sebelum membuat sesuatu. Ini kerana, pengarah yang mengeluarkan filem ini

bersusah payah untuk menghasilkan telefilem yang mendapat sambutan yang ramai

tanpa dijangka.

Selain itu juga, penghasilan filem ini bukan untuk berbangga atau menunjukkan

bahawa masyarakat Kelantan merupakan orang yang “gedebe”. penghasilan filem ini

hanya untuk menaikkan martabat melayu pada zaman kini hanya tahu melenting, dan

tidak menghormati antara satu sama lain. Mungkin beliau membawa dalam latar

masyarakat Kelantan adalah untuk memilih pelakon yang pengrah kenali. Oleh itu,

tidak semestinya pelakon yang tidak terkenal, tidak mempunyai rupa paras yang

kacak atau cantik tidak mendapat sambutan yang hangat dari penonton. Contohnya

telefilem ini. Walaupun tiada pelakon terkenal, kecuali Uqasha Senrose, akan tetapi,

masayaakat hanya menyebut nama Pok Ya Cong Codei yang menjadi sambutan

hangat.

10
5.0 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

1. The Influence of Culture on Visual, Melville J. Herskovits, M/S 25

2. studentsrepo.um.edu.my/5083/2/BAB_1.pdf

3. “Perfileman Malaysia” dlm.


https://perfilemanmalaysia.webs.com/perfileman-di-malaysia 18 Sept. 2011.
4. “Kenapa Gambar Dahulu Putih dan Hitam”
dlm. https://steemit.com/writing/@photoworks is valation 7 Feb.
2009.
5. Diakses pada 26 Januari 2018, ASTRO AWANI, Irwan Muhammad Zain.
http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ada-apa-dengan-pok-ya-cong-codei-16670
3

6. Diakses pada 9 April 2018, BERITA HARIAN ONLINE, Hafiz Sohaimi


https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/04/409833/nama-pok-ya-cong-co
dei-dipaten

11
6.0 LAMPIRAN

12

You might also like