You are on page 1of 15

KAJIAN FABRIK

Pengenalan Fabrik dihasilkan daripada gentian asli atau gentian buatan.Gentain ini diproses untuk dijadikan yarn.Fabrik ini juga dihasilkan dengan kaedah tenun,kait dan tanpa tenun.Mencelup warna kepada fabrik dilakukan ketika dalam bentuk yarn atau fabrik.Terdapat tiga jenis pembinaan fabrik iaitu. 1.Fabrik tenun 2.Fabrik Kait 3.Fabrik Tanpa Tenun

1.FABRIK TENUN
-Tenunan dilakukan dengan menjalinkan dua set yarn, iaitu yarn memanjang dan yarn melintang.

Terdapat tiga jenis fabrik tenun iaitu : 1.Tenun Biasa 2.TenunKelarai 3.Tenun Satin 1.Tenun Biasa Ciri-ciri : poros,kurang daya drep,mudah renyuk,kurang legap dan kukuh Contoh fabrik:Belacu,gingham dan muslin

Gingham

Contoh kain gingham yang biasanya digunakan dalam membuat pakaian tabika

2.Fabrik tenun kelarai -Ciri-ciri :Kurang poros,drep dengan baik,mudah renyuk,tebal dan legap dan kukuh. -Contoh fabrik : denim,drill dan gaberdin. -Contoh fabrik : Denim

Baju yang diperbuat dari kain jenis jeans menggunakan fabrik denim

3.Fabrik tenun satin -Ciri-ciri : Fabrik licin dan berkilat,daya drep yang sangat baik,kurang kukuh dan mudah koyak. -Contoh fabrik : Satin,broked dan damask Fabrik satin :

Contoh tudung yang diperbuat dari kain satin.

2. FABRIK KAIT
Pengenalan Mengait dilakukan dengan mencangkuk gelung benang antara satu sama lain sacara berangkai.Proses mengait fabrik ini boleh dilakukan secara manual menggunakan dua batang jarum.Dalam industri tekstil,proses ini dilakukan oleh mesin.Fabrik kait juga mempunyai benang memanjang yang dinamakan gelung tegak (wales) dan benanf melintang dinamakan gelung lintang (course) Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam proses pembinaan fabrik kait iaitu kait lungsin dan kait pakan. 1.Kait lungsin

-Terbina dengan satu benang atau satu benang yang dikait secara menegak. -Ciri-ciri fabrik ialah ringan,kurang mengikut bentuk badan,daya menyerap kelembapan yang baik,permukaan fabrik keras dan hanya dihasilkan dalm bentuk fabrik. -Contoh fabrik ialah net dan tricot.

Baju sejuk merupakan salah satu baju yang menggunakan fabrik net dalam pembuataannya.

2.Kait pakan

-Terbina hanya dengan satu yarn ataupun satu set benang yang dikait secara melintang. -Setiap satu set itu mempunyai jarum yang tersendiri. -Dihasilkan secara manual ataupun mesin. -Ciri-ciri : ringan dan sederhana berat,mengikut bentuk badan,baik dalm

penyerapan,permukaan fabrik yang lembut dan gebu serta mudah untuk berubah bentuk. -Contoh fabrik ialah : Terry,velour dan fleece

tuala juga salah satu contoh yang menggunakan kait pakan dalam penghasilannya

kait pakan turut digunakan dalam menghasilkan stoking kaki.

3. FABRIK TANPA TENUN


Pengenalan Fabrik ini dibina terus daripada gentian.Cara menyusun gentian ini ialah dengan gentian disusun rapat dan dilekatkan antara satu sama lain dengan menggunakan haba,kelembapan,tekanan atau bahan perekat juga boleh digunakan. Terdapat dua jenis fabrik yang dihasilkan melalui kaedah ini iaitu : 1.Fabrik terikat 2.Fabrik felt 1.Fabrik felt -Cara fabrik ini dihasilkan,pertama gentian akan disusun ke dalam bekas dahulu kemudian diberi tindakan bahan kimia atau dijalin bersama-sama melalui proses mekanikal -Gentian kapas atau rayon akan menghasilkan fabrik yang tinggi daya serap. -Ciri-ciri fabrik ini pula ialah kuat dan teguh jika ia dihasilkan dari yarn filamenatau staple. -Tinggi daya serap jika dibuat daripada gentian kapas dan rayon. -Lembut berbanding fabrik felt.

Alas meja merupakan salah satu hasl dari fabrik terikat

2.Fabrik felt -Dihasilkan daripada gentian benang sayat. -Benang sayat akan disusun terlebih dahulu sehingga ketebalan yang dikehendaki. -Kemudain dengan haba dan kelembapan,kepingan sayat akan ditekan kuat. -Hasilnya ia tercantum dan menjadi sekeping fabrik. -Ciri-ciri fabrik ini : 1.Tepinya tidak berjerumbai. 2.Kaku dan bentuknya tidak berubah disebabkan tiada yarn. 3.Kurang kukuh. 4.Permukaan yang kasar. 5.Tidak mempunyai tepi kain.

Permaidani merupakan salah satu contoh fabrik yang dihasilkan dari fabrik felt.

Rumusan Pembinaan Fabrik


Kait lungsin

Fabrik kait Kait pakan Pembinaan Fabrik


Fabrik ringan Kurang mengikut bentuk badan Daya menyerap kelembapan baik Permukaan fabrik keras Kurang berubah bentuk Hanya dihasilkan dalam bentuk fabrik.

Tenun biasa Tenun Fabrik tenun kelarai Tenun satin Fabrik terikat Fabrik tanpa tenun Fabrik felt

Fabrik ringan dan sederhana berat Mengikut bentuk badan Daya menyerap kelembapan sangat baik Permukaan fabrik gebu dan lembut Mudah berubah bentuk Boleh terus menghasilkan pakaian Kuat dan teguh Tinggi daya serapan Lembut daripada fabrik felt Tepi tidak berjerumbai Kaku dan bentuk tidak berubah Kurang kukuh Permukaan kasar Poros Kurang daya drep Mudah renyuk Kurang legap Kukuh Kurang poros Drep dengan baik Mudah renyuk Tebal dan legap Kukuh Fabrik licin dan barkilat Daya drep yang sangat baik Kurang kukuh Mudah koyak

2.1.3 PROSES JAHITAN


KELIM Kelim ialah sejenis proses jahitan yang menyambungkan dua keping fabrik bagi mendapatkan bentuk pakaian atau artikel. Jenis Kelim Kelim Belah Kangkung Kelim Betawi Kelim papan mesin Kelim papan tangan Kelim lipat tindih

Kelim belah kangkung Cantuman dua keping fabric yang dijahit dengan sebaris mata jahitan. Kelim ini mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis fabric kecuali fabric nipis. Kelim ini sesuai digunakan untuk pakaian, artikel dan kain kelengkapan rumah tangga. Lebar kelim yang siap lebih kurang 2.5 cm. Ciri kelim belah kangkung Lebar kedua-dua basi kelim sama. Kelim rata dan terbuka. Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar. Tidak beralur di sebelah luar.

Kelim betawi Mempunyai dua baris jahitan, sesuai digunakan pada fabric nipis kerana kelim ini kukuh.

Ciri kelim betawi BELAH Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya. Kelim tidak beralur di jahitan pertama. Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar. Kelim tidak bergulung. Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

Belah ialah satu proses jahitan di pakaian dan artikel untuk senang dipakai dan ditanggalkan. Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di lenan, dan di rusuk dengan mengikut fesyen pakaian. Perhatian hendaklah diberi agar panjang belah bersesuaian dengan tujuan mengadakannya. Jenis Belah Belah kelepet sama lebar Belah slit berlapik Belah lapik kain selari Belah berkun Belah berplaket

Belah slit berlapik Dibuat di garis tengah hadapan atau di garis tengah belakang blaus, dan di hujung lengan.

Ciri belah slit berlapik Garis belah rata. Pangkal belah kukuh dan tidak berkedut. Lapik atau fabric pakaian tidak kelihatan dari sebelah luar. Tidak ada alur di cantuman.

Belah berzip Berfungsi sebagai kancing dan belah pada pakaian dan artikel. Zip dapat diperoleh dalam pelbagai jenis, saiz, dan warna.

Penggunaan dan pemilihan zip berdasarkan: 1. Jenis fabrik 2. Warna 3. Kedudukan Zip dipasang pada kelim belah kangkung dan belah slit berlapik. Ciri belah berzip Kedua-dua tepi belah hendaklah sama panjang. Lebar belah sama pada keseluruhannya berukuran tujuh mm hingga sepuluh mm. Gigi zip tidak kelihatan di sebelah luar pakaian apabila zip dikancingkan. Jahitan mesin hendaklah lurus dan kukuh keseluruhannya.

Kelim tidak berkedut. Mata jahitan kelim di pangkal belah tidak tercabut.

PENYUDAH TEPI Penyudah tepi ialah satu proses yang digunakan di hujung pakaian atau tepi artikel. Tujuan penyudah tepi ialah untuk: Mengukuh Mengemas Menghias

Jenis penyudah tepi Kelepet Kelepet lurus Kelepet berganda Kelepet berbentuk Penjuru Penjuru jahit tindih Penjuru temu sudut Lapik Lapik lurus Lapik berbentuk Kun Ropol Renda Kuf / manset Jahitan sulaman hiasan

Lapik Berbentuk

Penyudah tepi pada pakaian atau artikel yang boleh disiapkan di sebelah luar atau sebelah dalam.

Lapik berbentuk digunakan untuk melapik atau mengemaskan garis leher, lubang lengan, dan pinggang skirt atau slek. Penyudah tepi pada garis leher boleh dibuat dalam bentuk bulat, empat segi, V, dan U. Untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu, lapik dalam yang nipis digunakan dengan melekatkannya ke lapik berbentuk. Ciri-ciri lapik berbentuk Kun Kun adalah satu cara untuk mengemaskan tepi pakaian atau artikel. Kun boleh juga dijadikan hiasan. Kun dibuat dengan menggunakan pita jalur serong tepat daripada fabric yang sama dengan pakaian atau pita serong dagangan. Lebar pita yang diperlukan ialah empat kali ganda daripada lebar kun yang siap. Lapik terletak rata. Lapisan bawah pakaian atau artikel tidak kelihatan. Cantuman lapik tidak berkedut. Cantuman tidak beralur. Lapik tidak menggelembung. Ira lapik sama dengan ira pakaian atau artikel.

Ciri-ciri Kun Ukuran kun sama lebar keseluruhannya. Kun terletak sama rata pada fabric. Kun tidak berpintal. Cantuman kun tidak berkedut.

LENGAN Lengan adalah sebahagian daripada baju. Terdapat juga baju yang tidak berlengan kerana mengikut fesyen. Jenis Lengan Lengan padanan rata Lengan gelembung Lengan Bishop Lengan Raglan

Lengan Magyar Lengan Kimono

Lengan padanan rata Lengan padanan rata atau lengan biasa dicantum rata dengan lubang lengan bahagian tubuh. Panjang lengan adalah berdasarkan fesyen yang dipilih. Hujung lengan boleh disiapkan denagn kelepet , lapik atau kun. Ciri-ciri lengan padanan rata Garis tengah lengan bertemu di garis bahu. Kelim lengan bertemu di kelim rusuk baju. Lengan yang baik tergantung denagan elok. Basi kelim lubang lengan dikemaskan. Cantuman lengan tidak berkedut.

KANCING Kancing ialah alat untuk merapatkan belah pakaian atau artikel, bagi mengekalkan bentuknya dan selesa semasa dipakai. Semua kancing perlu dijahit kukuh pada pakaian atau artikel. Kancing boleh berfungsi sebagai perhiasan pakaian. Pemilihan kancing bergantung kepada fesyen pakaian dan kesesuaian fabric. Jenis-jenis Kancing Butang Katup Cangkuk dan mata / rumah cangkuk / palang Butang dan lubang butang Butang dan gelungan fabric ( rulo ) Riben Velkro ( pita nilon ) Zip

Butang Katup Merupakan sejenis kancing yang kurang kekukuhannya jika dibandingkan denagn cangkuk dan

palang. Saiz dagangan butang katup yang paling kecil ialah 0 dan yang paling besar ialah 04 , dengan berbagai-bagai warna. Butang katup terdiri daripada dua bahagian iaitu soket dan conet.

Cangkuk dan Palang

Cangkuk dan palang ialah sejenis kancing yang kukuh dan sesuai digunakan di hujung ikatan pinggang atau tali pinggang. Apabila menjahit cangkuk dan palang, tentukan kedudukannya sama paras, mata jahitannya kemas dan kukuh, serta kancing tidak kelihatan dari sebelah luar. KOLAR Kolar ialah bahagian tambahan pada baju di garis leher. Jenis Kolar Kolar terbahagi kapada 3 jenis: Kolar rata Kolar gulung Kolar tegak

Faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan kolar Fungsi Kolar berfungsi untuk: Mengawal suhu badan. Melindungi kecacatan di bahagian leher. Mengekalkan ciri kolar pada pakaian tradisional.

Fesyen pakaian Pakaian seragam biasanya berkolar. Pakaian berkolar sesuai untuk orang yng kurus dan berleher jinjang. Kolar besar atau lebar dapat membuat bahagian bahu dan dada kelihatan lebih besar. Kebanyakan pakaian leleki berkolar.

Jenis Fabrik Fabrik nipis dan lembut sesuai untuk kolar rata. Fabric sederhana dan tebal sesuai untuk kolar gulung.

Ciri Kolar Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabric. Permukaan kolar rata.

Kolar terletak rata dan kemas di garis leher. Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang. Kedua-dua hujung kolar sama lebar. Kolar bawah tidak kelihatan di tepi kolar. Cantuman kelim kolar tidak beralur.

PROSES MENJAHIT PENGHILANGAN GELEMBUNG A) JENIS PENGHILANGAN GELEMBUNG Lisu Pemadan

Lisu pemadan ialah sejenis penghilangan gelembung yang penting untuk memberi bentuk kepada pakaian dan memberi keselesaan. Lisu dibentuk dengan menjahit dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus, atau dari hujung yang tirus ke hujung yang tirus ( jika dibuat di bahagian pinggang blaus ). Lisu dibuat di garis leher, lubang lengan hadapan, rusuk blaus, di pinggang blaus, dan di pinggang skirt atau slek. Ciri-ciri lisu pemadan ialah: a) bentuknya runcing b) lisu tidak bergulung c) lisu ditekan rata d) hujung jahitan dikemaskan di bahagian yang tirus e) tidak terdapat lubang di sebelah luar pakaian pada hujung yang tirus f) tidak ada alur di sebelah luar Proses menyediakan lisu pemadan: 1) Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan. Jahit mesin lisu pemadan dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus. 2) Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan jahitan DUA KALI sepanjang 1.5cm. Tekan lisu pemadam di rusuk menghala ke bawah. 3) Lisu pemadan di pinggang ditekan menghala ke garisan tengah.

4) Lisu pemadan yang dijahit di fabrik tebal, ditekan supaya terbahagi dua; atau digunting di tengah dan dikemas dengan jahitan insang pari. Kedut Lepas

Kedut lepas ialah sejenis penghilangan gelembung bagi memudahkan pergerakan. Kedut lepas digunakan juga sebagai perhiasan. Kedut lepas sesuai untuk fabrik lembut dan halus. Kedut lepas memerlukan fabrik sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada ukuran yang siap. Kedut lepas sangat elok tergantung jika dibuat mengikut ira lurus fabrik. Ciri-ciri kedut lepas: a) Kedut dibahagikan sama rata keseluruhannya. b) Lipatan kedut sama halus pada keseluruhannya. c) Kedut lepas mengikut ira lurus. d) Fabrik tergantung dengan elok. Proses menyediakan Kedut lepas: 1) Tandakan garisan pemadan. 2) Jahit satu baris di atas dan satu baris di bawah garisan pemadan dengan jarak mata jahitan yang sama. 3) Tarik benang dari kedua-dua baris jahitan, di kedua-dua hujung. Tentukan ukuran yang dikehendaki dan sama ratakan kesemua kedutnya. Sambungkan bahagian berkedut ke bahagian pakaian sebagaimana yang dikehendaki. Contoh kedut lepas pada bahagian pakaian: 1. Kedut lepas di lengan yang disambung dengan kuf/manset. 2. Kedut lepas di hujung lengan. 3. Kedut lepas di bahu mendatang dan pinggang blaus. 4. Kedut lepas di garis pinggang dan punggung skirt. Lisu Beriring, Lisu Bertentang, Lisu terbalik

Kedut Berjalur

Lisu Perhiasan

Smoking

You might also like