You are on page 1of 1

Diri Saya Nama saya ___________________________.

Saya berumur

____________ tahun. Saya belajar di Tahun 4. Saya bersekolah di SJK (C) Senai. Saya tinggal di ________________________. Tiap-tiap hari saya pergi ke sekolah dengan _________________________. Di sekolah, saya mempunyai ramai kawan. Antaranya, kawan yang paling rapat dengan saya ialah __________________. Kami selalu duduk bersama untuk berbincang tentang masalah yang kami hadapi dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, kami mempunyai hobi yang sama, iaitu suka bermain badminton. Tiap-tiap petang, kami akan bermain badminton bersama dengan kawan yang lain di gelanggang badminton yang berhampiran dengan rumah saya. Melalui aktiviti ini, saya telah mengenali ramai kawan yang baru. Di samping itu, buah yang paling saya suka makan ialah tembikai. Saya suka makan buah ini kerana ia sungguh berkhasiat. Tembikai juga boleh dimakan bagi mengurangkan dahaga ketika cuaca panas. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya agar dapat memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya.

You might also like