You are on page 1of 6

PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.

3 TAHUN 1993

PERATURAN MENGENAI KADAR-KADAR DAN SYARAT-SYARAT


BAYARAN SAGUHATI KEPADA PENSYARAH/PENCERAMAH SAMBILAN
YANG MENGENDALIKAN KURSUS ATAU CERAMAH ANJURAN
KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI KERAJAAN

1. TUJUAN

1.1 Tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan tentang peraturan


berhubung dengan kadar-kadar dan syarat-syarat mengenai bayaran saguhati
kepada pensyarah/penceramah sambilan yang mengendalikan kursus atau
ceramah secara sambilan anjuran Jabatan Kerajaan.

2. PERATURAN MENGENAI BAYARAN SAGUHATI


PENSYARAH/PENCERAMAH SAMBILAN

2.1 Bagi maksud mengawal perbelanjaan berhubung dengan bayaran saguhati


pensyarah/penceramah sambilan, Ketua Jabatan adalah diingatkan supaya
mematuhi kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan mengenainya seperti
berikut:

2.1.1 Kadar Bayaran Saguhati

2.1.1.1 kadar bayaran saguhati kepada pensyarah/penceramah sambilan selain


daripada pensyarah/penceramah sambilan yang bukan terdiri daripada golongan
pakar adalah ditetapkan seperti berikut:

Kategori Pensyarah/ Kadar Bayaran Bil. Penceramah Sambilan Sejam

(i) Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Ke Atas - RM100.00

(ii) Kumpulan Sokongan Kategori V, VI dan VII - RM80.00

(iii) Kumpulan Sokongan Kategori VIII dan IX - RM50.00

(iv) Kumpulan Sokongan Kategori X dan XI; dan - RM40.00

2.1.1.2 manakala kadar bayaran saguhati kepada pensyarah/penceramah


sambilan yang terdiri daripada golongan pakar adalah ditetapkan sebanyak
RM200.00 sejam tanpa mengira gred/kategori jawatan mereka;

2.1.2 Syarat-syarat Bayaran Saguhati

2.1.2.1 Bayaran saguhati di perenggan 2.1.1 di atas adalah tertakluk kepada


syarat-syarat berikut:

(i) kursus atau ceramah itu mestilah dianjurkan oleh institusi latihan atau
bahagian/unit latihan jabatan berkenaan;

(ii) bagi kursus atau ceramah yang dianjurkan oleh bukan institusi atau
bahagian/unit latihan, bayaran hanya boleh dibuat sekiranya
pensyarah/penceramah sambilan itu bukan dari jabatan yang menganjurkan
kursus atau ceramah;
(iii) jumlah bayaran maksima saguhati sebulan yang boleh diterima oleh seorang
pensyarah/penceramah sambilan hendaklah tidak melebihi 1/4 daripada gaji
bulanan pensyarah/penceramah sambilan berkenaan. Manakala, jumlah bayaran
maksima yang boleh diterima sebulan oleh seorang pensyarah/penceramah
sambilan yang terdiri daripada golongan pakar adalah tidak melebihi 1/2
daripada gaji bulanannya;

(iv) pensyarah/penceramah sambilan layak dibayar bayaran saguhati ini


sekiranya tanggungjawab dan tugas mengendalikan kursus atau ceramah itu
bukan tugas rasmi beliau, tetapi hanyalah tugas sambilan beliau semata-mata;

(v) pegawai boleh menerima jemputan untuk mengendalikan kursus atau


ceramah setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.
Seterusnya, pegawai hendaklah membuat laporan kepada Ketua Jabatannya
tentang bayaran bulanan yang diperolehi melebihi daripada syarat yang
ditetapkan di perenggan (iii) di atas serta memulangkan balik lebihan bayaran
saguhati yang diterima kepada jabatan yang membuat bayaran tersebut; dan

(vi) pensyarah/penceramah sambilan layak menerima bayaran saguhati yang


ditetapkan di dalam pekeliling ini berdasarkan tempoh beliau mengendalikan
kursus bagi tiap-tiap jam genap. Sehubungan dengan ini, perkhidmatan yang
diberi bagi tempoh sebahagian dari sejam, pensyarah/penceramah sambilan
adalah tidak berkelayakan menerima bayaran saguhati berkenaan; dan

2.2 Ketua Jabatan adalah diingatkan supaya membelanjakan peruntukan bagi


maksud ini yang difikirkan mustahak dan berkaitan dengan tugas rasmi pejabat
semata-mata. Seelok-eloknya kursus atau ceramah yang dianjurkan tersebut
adalah menyentuh bidang-bidang yang diberi keistimewaan dalam dasar-
dasarnya dan memberi faedah dari segi pengetahuan dan pengalaman baru
yang diperolehi oleh pegawai dan jabatan melalui kursus dan ceramah yang
dianjurkan tersebut.

3. PENETAPAN KATEGORI PAKAR

3.1 Bagi menentukan sama ada pensyarah/penceramah sambilan berkenaan


adalah terdiri daripada golongan pakar untuk maksud pekeliling ini, Ketua
Jabatan adalah diingatkan supaya mengemukakan surat permohonan kepada
Perbendaharaan (Bahagian Pentadbiran) untuk kelulusan dengan menyertakan
maklumat mengenai butir-butir peribadi pensyarah/penceramah berkenaan
seperti contoh di Lampiran A.

4. TARIKH KUATKUASA

4.1 Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mulai daripada tarikh


ianya dikeluarkan.

(DATO AZIZAN BIN HUSAIN)


Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan II,
b.p. Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan, KUALA LUMPUR.
2/03/93

LAMPIRAN A

Butir-butir Peribadi Pensyarah/Penceramah Sambilan

1. Nama............................................................

2. Tarikh Lahir....................................................

3. Jawatan.........................................................

4. Gred/Kategori Jawatan...........................................

5. Gaji Bulanan....................................................

6. Tempat Bertugas.................................................

7. Kelulusan Profesional dan Akademik:

................................................................
*8. Penulisan/Penerbitan:

................................................................

................................................................

*9. Persidangan Dalam dan Luar Negeri Yang Pernah Dihadiri:

................................................................

................................................................

*10. Lain-lain:

................................................................

................................................................

* Gunakan kertas berasingan jika perlu.

Bahagian Pentadbiran,
Perbendaharaan,
(Seksyen `G')

You might also like