You are on page 1of 5

ALAM FUNGI

1.

PENGENALAN

Biokepelbagaian merujuk kepada spesies organism yang luas di Bumi.Semua organisma dikelaskan kepada lima alam utama.Di antaranya ialah alam monera, alam protista, alam fungi, plantae dan animalia. Ahli biologi menganggarkan di seluruh dunia terdapat sekitar 1.5 juta spesies fungi atau kulat. Sekitar 100,000 spesies fungi sahaja yang telah diketahui. Secara filogenetik fungi boleh digolongkan dalam beberapa filum iaitu Chytridiomycota, Zygomycota, Ascomycota, basidiomycota dan Deuteromycota. Fungi merupakan kumpulan organisma yang banyak digunakan di dalam makanan tradisional seperti tempe, roti dan bir.Selalunya orang menganggap fungi sebagai tumbuhan. Walaubagaimanapun fungi mungkin lebih serupa dengan haiwan kerana dinding selnya mengandungi kitin (chitin). Kitin adalah bahan yang ditemui di artropod. Fungi biasanya bersaiz besar berbanding bakteria.fungi bukan organisma bergerak dan biasanya membiak melalui spora. Spora boleh dihasilkan secara seksual dan aseksual , bergantung kepada spesies dan keadaan alam sekitar. Fungi juga boleh dikulturkan untuk tujuan komersial seperti cendawan, sos soya, antibiotik dan kawalan serangga perosak.

2.

CIRI-CIRI DAN STRUKTUR

Terdapat pelbagai ciri-ciri dan struktur yang ada pada fungi. Di antara ciri-ciri dan struktur fungi secara umum ialah a. Fungi termasuk dalam organisma eukariotik atau eukariot iaitu sel disusun dengan

memiliki membran nukleus. Sel fungi memiliki dinding sel dari bahan kitin yang merupakan polimer karbohidrat yang mengandungi nitrogen. Zat ini juga terdapat pada eksookeleton haiwan arthropoda, seperti labah-labah dan serangga. Kitin bersifat kuat, tetapi fleksibel. Ini berbeza dengan tumbuhan umum yang dinding selnya tersusun dari selulosa dan bersifat keras. b. Fungi merupakan organisma bersel banyak ( multiselular), tetapi ada juga yang bersel

tunggal( uniselular) , contohnya ragi tapai (saccharomyces sp). c. Fungi mempunyai badan yang terdiri daripada jaringan hifa berbentuk benang disebut

miselium.

d.

Fungi merupakan organisma heterotrofik, iaitu organisma yang memperolehi

makanannya dengan cara menyerap nutrisi dari lingkungannya atau substratnya. e. Fungi ada yang hidup sebagai parasit, sesetengahnya adalah bersifat saprofit dan ada

pula yang bersimbiosis dengan organisma lain secara mutualisme. f. Fungi dapat membiak secara aseksual dan seksual.

Rajah 1: a) struktur fungi 3. PEMAKANAN DAN HABITAT

b) hifa

Fungi merembeskan enzim hidrolitik untuk menghuraikan molekul komplek kepada kompaun yang mudah di luar selnya. Molekul organik yang dihadamkan kemudian diserap. Fungi adalah pengurai yang bertanggungjawab untuk mereputkan bahan organik mati yang membolehkan nutrien dikitar melalui ekosistem terutamanya dalam kitaran karbon dan nitrogen. Keupayaan untuk menyerap nutrien membantu fungi menjadi saprofit, parasit atau simbiotik . Fungi saprobik memecahkan bahan organik dan menyerap nutrien dari tumbuhan dan haiwan reput.Fungi parasit adalah patogenik dan menyerap nutrien dari sel-sel perumah.Fungi simbiotik boleh didapati di habitat seperti tanah, tahi, tumbuhan reput dan udara. Fungi hidup pada lingkungan yang beragam namun sebahagian besar fungi hidup di tempat yang lembap.Habitat fungi berada di darat (terestrial) dan di tempat lembap.Meskipun demikian banyak pula fungi akuatik yang hidup pada organisma atau sisa-sisa organisma di laut atau di air tawar. Fungi juga dapat hidup di lingkungan yang masam.

4.

PEMBIAKAN

Fungi adalah organisma bukan bergerak. Walau bagaimanapun, struktur miselium akan tumbuh dengan cepat dan menyebabkan hujung hifa berkembang.Pertumbuhan yang pesat adalah kerana protein dan lain-lain bahan yang disintesiskan oleh miselium.Bahan-bahan ini akan disalurkan kepada hujung hifa yang keluar oleh pengaliran sitoplasmatik. Fungi membiak secara aseksual dan seksual.Spora fungi uniselular atau multiselular wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ia akan menghasilkan sejumlah besar spora aseksual di bawah keadaan yang sesuai.Pembiakan secara aseksual terjadi dengan pembentukan kuncup atau tunas pada fungi uniselular serta pemutusan benang hifa (fragmentasi miselium) dan pembentukan spora aseksual (spora vegetatif) pada fungi multiselular. Spora dibentuk dihujung hifa melalui proses mitosis. Pembiakan aseksual membolehkan fungi melepaskan sejumlah besar spora yang boleh bercambah dan menggunakan nutrien yang disediakan. Genetik spora ini adalah sama seperti induk dan bilangan kromosom adalah haploid

Pembiakan fungi secara seksual dilakukan oleh spora seksual. Pembiakan seksual dalam fungi adalah kompleks dan berbeza di kalangan kumpulan-kumpulan yang berbeza. Apabila hifa satu fungi dan hifa fungi yang serasi bertemu, hifa akan berkembang bersama-sama dan bentuk diploid nukleus.Diploid nukleus ini menjalani proses meiosis dan mitosis untuk menghasilkan spora haploid untuk disebarkan. Pembiakan seksual melibatkan proses meiosis. Oleh itu gabungan gen baru adalah amat penting kerana ia menyediakan perubahan dalam ciri-ciri yang mungkin berfaedah untuk fungi keturunan baru apabila memasuki persekitaran baru. Spora seksual dihasilkan secara singami. Singami terdiri daripada dua tahap iaitu tahap plasmogami dan tahap kariogami

5.

KEPENTINGAN EKONOMI

Terdapat pelbagai fungsi fungi iaitu menyumbang kepada kebaikan atau keburukan. Di antaranya ialah a. Chytridiomycota boleh menyebabkan penyakit iaitu dari jenis chytrid Batrachochytrium dendrobatidis penyebab penyakit amfibia. b. Chytrids mungkin juga menginfeksi spesies tanaman khususnya jagung dan alfalfa. Synchytrium endobioticum adalah bertindak sebagai patogen kentang. c. Zygomycota hidup sebagai pengurai sisa organik atau parasit pada tanaman ubi jalar. Ada pula yang boleh menyebabkan kerosakan pada bahan makanan seperti roti, nasi, wortel, jambu dan lain-lain. d. Manfaat dalam proses fermentasi bahan makanan ( dalam pembuatan tempe) dan asamasam organik yang berguna bagi kita seperti rhizopus oryzae.

6.

PENGELASAN

Fungi dibahagikan mengikut cara pembiakannya samada secara pembiakan spora atau batang. Berdasarkan analisa data molekular lima filum fungi yang utama telah dikenalpasti iaitu chytridiomycota, zygomycota, ascomycota, basidiomycota dan deuteromycota.

ASCOMYCOTA

BASIDIOMYCOTA

ZYGOMYCOTA

CHYTRIDIOMYCOTA

DEUTEROMYCOTA

You might also like