You are on page 1of 4

950426055279 3.

0 LOKASI KAJIAN Kajian yang bertajuk Sukan Tahunan Sekolah Menengah Memupuk

Perpaduan Dalam Kalangan Pelajar Di Sekolah Menengah ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek di daerah Sepang dan terletak di negeri Selangor. 3.1 Selangor Negeri Selangor juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan

merupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat. Negeri Selangor terbahagi kepada sembilan daerah iaitu Petaling, Gombak, Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor,Sepang, Kuala Langat, dan Hulu Langat. Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya

Peta 1: Peta Negeri Selangor (Sumber: Portal Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Selangor

950426055279 3.2 Sepang Daerah Sepang ialah sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan

negeri Selangor, Malaysia. Daerah Sepang bersempadan dengan daerah Kuala Langat, daerah Petaling dan daerah Hulu Langat. Daerah Sepang mempunyai keluasan 59,966 hektar dan dibahagikan kepada tiga mukim iaitu Mukim Dengkil dengan berkeluasan 29,395 hektar, Mukim Labu dengan berkeluasan 29,395 hektar dan Mukim Sepang dengan berkeluasan 20,441 hektar.Dalam hal ini, jumlah penduduk adalah melebihi 127100 orang dengan majoriti daripada kaum Melayu, diikuti oleh India dan Cina serta sejumlah kecil orang asli. Pada asalnya Sepang cumalah sebuah daerah terpencil yang jarang disinggahi. Tetapi kini, daerah Sepang paling dikenali sebagai tempat tuan rumah Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang terkenal di seluruh dunia sebagai tapak perlumbaan kereta berprestij Formula Satu dan sebagai tapak lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). (Sumber: Portal Rasmi Majlis Daerah Sepang)

Peta 2: Peta daerah Sepang (Sumber: Portal Rasmi Majlis Daerah Sepang)

950426055279 3.3 SMK Sungai Pelek Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek atau nama

ringkasnya SMK Sungai Pelek, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Pekan Sungai Pelek, Daerah Sepang, Negeri Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini didirikan di kawasan yang amat strategik kerana terletak di tengah pola petempatan, Taman KSM, Taman Sri Sungai Pelek dan Taman Tenteram. Selain itu, Taman Bahagia, Taman Damai, Taman Telok Merbau 1 & 2 dan Taman Sepang juga berhampiran dengan sekolah ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek merupakan satu-satunya sekolah menengah di Sungai Pelek sebelum Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Sepang Putra ditubuhkan. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek terdiri daripada pelajar dari Sungai Pelek, Bukit Bangkong, Tanjong Sepat, Teluk Merbau dan Bagan Lalang. Di samping itu, pelajarpelajar dari Batu 4 dan Batu 2 juga bersekolah di sini. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek melantik pengetua pertama pada tahun 1963 iaitu sejak sekolah ini ditubuhkan. Keluasan sekolah adalah 10 ekar dan merupakan sekolah gred A. Pengetua sekolah sekarang ialah Pn. Hajah Saimah Binti Ahmad. SMK Sungai Pelek mempunyai 115 orang guru dan 1723 orang pelajar.SMK Sungai Pelek juga mempunyai dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Tingkatan 3,4,5 dan Pra Universiti belajar pada sesi pagi manakala peralihan, Tingkatan 1 dan 2 belajar pada sesi petang.(Sumber: Suluh SMK Sungai Pelek, Sepang Selangor 2013,Edisi 33, halaman 19 hingga 25)

Peta 3 Peta Kedudukan SMK Sungai Pelek (Sumber: Google Map 2014)

950426055279 Kajian ini dilakukan di SMK Sungai Pelek bagi meninjau sukan tahunan sekolah menengah memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar di sekolah menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek telah dipilih sebagai lokasi kajian kerana penyelidik mudah untuk cari data dan responden serta membuat pemerhatian. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek juga merupakan satu sekolah yang mempunyai ketiga-tiga kaum utama yang bersesuaian dengan kajian penyelidik ini yang bertujuan untuk menyelidik tentang pemupukan perpaduan.

Foto 1: Depan SMK Sungai Pelek

You might also like