You are on page 1of 59

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna

untuk menjelaskan perasaan.


Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
PENGENALAN
Definisi Nurseri :
- Tempat di mana anak benih pokok
dihasilkan dan ditempatkan sebelum
ditanam di tempat yang kekal atau
dipasarkan.
- Pemilihan pokok Penjagaan rapi
dilakukan di nurseri.
JENIS NURSERI
i. Nurseri Runcit
- Merupakan tempat menghasilkan dan
memasarkan tanaman hiasan. Biasanya
nurseri runcit dilakukan secara kecil-
kecilan.
- Di samping itu, bahan lain seperti
pasu, baja dan racun kadang kala anak
pokok buah-buahan turut dijual.

JENIS NURSERI
ii. Nurseri Borong
- Nurseri jenis ini memerlukan kawasan yang
luas bagi mengeluarkan bahan tanaman hiasan
dalam kuantiti yang banyak
- Terdapat juga nurseri borong yang
memberi subkontrak kepada beberapa buah
nurseri kecil untuk menampung pengeluaran
bahan tanaman hiasan.
- Nurseri ini biasanya memasarkan tanaman
hiasan secara besar-besaran atau pukal kepada
nurseri runcit dan kepada kontraktor landskap.

JENIS NURSERI
iii. Nurseri Landskap
- Kebanyakan nurseri ini tidak mengeluarkan
tanaman hiasan sendiri tetapi mendapat bekalan
daripada nurseri borong atau nurseri runcit.
- Nurseri ini lebih memberikan perkhidmatan
kepada pelanggan seperti menyediakan pelan
landskap, menjalankan kerja pelandskapan
termasuk pembinaan kolam, air pancut, air
terjun dan kerja penyenggaraan kawasan.
CONTOH TUMBUHAN HIASAN
Adiantum Begonia
(Pokok resam batu)
Bougainvillea
(Bunga kertas)
Cadiaeum
(Pokok Puding)
Caladium
(Pokok keladi)
Coleus
(Pokok ati-ati)
Hibiscus
(Bunga Raya)
Ixora
(Bunga siantan, Jenjarum)
Sansevieria
(Pokok lidah jin)
CONTOH TUMBUHAN HIASAN
Helianthus
(Bunga Matahari)
Celosia
(Bunga Balung ayam
Gomphrena
(Bunga Butang)
Impatiens
(Bunga keembung)
Tagetes
Zinnia
STRUKTUR DALAM NURSERI
1. Rumah tumbuhan

2. Pejabat dan tempat jualan

3. Setor

4. Tempat penyediaan medium dan pemasuan (Potting
Shed)

5. Tempat pembiakan

6. Tempat Pengerasan

STRUKTUR DALAM NURSERI
1. Rumah tumbuhan
- Rumah tumbuhan ialah tempat untuk
menyimpan tumbuh-tumbuhan yang tidak
tahan dengan pancaran cahaya matahari
terik.

- Rumah tumbuhan boleh dibina daripada kayu
atau keluli.

- Ia adalah struktur untuk menyimpan pokok
yang memerlukan teduhan 25% - 75%
mengikut keperluan jenis tumbuhan dan
spesies pokok hiasan.


STRUKTUR DALAM NURSERI
2. Pejabat dan tempat jualan
- Pejabat dan tempat juaian ialah tempat
pentadbiran serta tempat kawalan aktiviti
dalam dan luar kawasan nurseri.

- Kelengkapan asas seperti perabot adalah
perlu untuk mengendalikan urus niaga.

- Di samping itu tempat jualan juga disediakan
untuk urusan jual beli.

STRUKTUR DALAM NURSERI
3. Setor
- Setor ialah tempat menyimpan peralatan dan bahan
kimia pertanian.
- Biasanya setor bahan kimia diasingkan dengan
setor peralatan.
- Setor bahan kimia seperti racun dan baja dibina jauh
dari kawasan orang ramai atau pelanggan kerana
ianya berbahaya.
- Setor peralatan atau kelengkapan dibina untuk
menyimpan peralatan seperti cangkul, sabit, beg
politena, tajak, kereta sorong dan pasu.
- Peralatan dalam setor perlu disusun rapi untuk
mengelakkan kemalangan dan memudahkan
mendapat alatan dan bahan.
- Peralatan yang telah digunakan perlu dibersihkan
sebelum disimpan.
STRUKTUR DALAM NURSERI
4. Tempat penyediaan medium dan pemasuan
(Potting Shed)
- Tempat penyediaan medium dan pemasuan
ialah ruang berbumbung bagi menempatkan
bahan medium seperti tanah, pasir dan
bahan organik.
- Bahan tersebut diletakkan dalam sekatan
atau blok khas yang dibuat daripada konkrit
atau kayu.
- Ruang ini juga digunakan untuk menyediakan
medium, mengisi bekas semaian atau pasu.
- Ruang ini memerlukan lantai konkrit atau
lantai berturap untuk memudahkan kerja
pembersihan.
STRUKTUR DALAM NURSERI
5. Tempat pembiakan
- Tempat pembiakan ialah ruang yang
digunakan untuk menjalankan proses
pembiakan dan tempat sementara bagi
bahan yang telah disemai sebelum diubah
ke tempat pengerasan.
- Tanaman hiasan dalaman juga ditempatkan
di sini.
- Tempat ini berbumbungkan jaring hitam atau
hijau yang boleh memberikan sehingga 80%
naungan.
- Penggunaan sistem siraman jenis renjisan
kabus sangat sesuai di kawasan ini.
STRUKTUR DALAM NURSERI (samb...)
6. Tempat Pengerasan
- Tempat pengerasan ialah ruang terbuka supaya
mudah untuk mendapat cahaya matahari
sepenuhnya.
- Lantai tempat pengerasan diperbuat daripada
konkrit, berturap atau batu kelikir bagi memudahkan
kerja penyenggaraan.
- Ruang ini menempatkan tanaman hiasan untuk
proses pengerasan bagi menyesuaikan tanaman
hiasan dengan keadaan persekitaran yang baru.
Faktor penting dalam pembinaan rumah
tumbuhan
1. Orientasi
2. Peratus dan bahan teduh
3. Bahan binaan
4. Sistem penyiraman
5. Susunan tumbuhan
Faktor penting dalam pembinaan rumah
tumbuhan
1. Orientasi
- Rumah tumbuhan yang baik dibina pada
kedudukan utara selatan.
- Kedudukan ini bagi membolehkan cahaya
matahari sampai kepada tumbuh-tumbuhan
dengan sekata.
Faktor penting dalam pembinaan rumah
tumbuhan
4. Sistem penyiraman
- Bagi kawasan yang kecil, biasanya penyiraman
dilakukan secara manual iaitu dengan
menggunakan tong penyiraman atau hos getah
yang disambung kepada paip air.
- Bagi kawasan yang besar, sistem penyiraman
seperti sistem renjisan dan sistem pengairan
titis samada secara manual atau automatik
lebih sesuai digunakan.
- Sistem ini memudahkan penyiraman dan
berkesan.

Faktor penting dalam pembinaan rumah
tumbuhan
5. Susunan tumbuhan
- Susunan tumbuhan bergantung kepada saiz
dan bentuk rumah tumbuhan.
- Tanaman boleh disusun secara bertingkat
atau di dalam barisan untuk memudahkan
penyenggaraan dan pergerakan.
Tujuan susunan tumbuhan yang baik:
i. Memudahkan pengiraan stok atau sistem
rekod
ii. Mengasingkan tanaman mengikut jenis,
saiz dan harga
iii. Memudahkan kerja penyenggaraan
seperti merumput dan membaja
iv. Memudahkan pergerakan kerana lorong
telah diatur dengan baik
v. Menggunakan kawasan yang ada
dengan bilangan pokok yang maksimum.
PENUBUHAN NURSERI
Pendahuluan
Nurseri semaian bunga-bungaan adalah
suatu tempat di mana benih tanaman
landskap dan hiasan dibiakkan dan
dibesarkan sebelum ia dijadikan sebagai
tanaman landskap.
PEMBINAAN NURSERI
Pemilihan tapak
Pemilihan tapak nurseri bagi mendirikan
nurseri adalah salah satu faktor yang
penting dalam menentukan kejayaan
perusahaan nurseri tersebut.
Terdapat dua faktor yang perlu diberi
perhatian dalam pemilihan tapak:
a. Faktor ekonomi
b. Faktor fizikal
PEMBINAAN NURSERI
a. Faktor ekonomi
i. Penentuan harga pasaran pokok hiasan bergantung kepada
kos input. Sekiranya kos kemudahan asas dan kos tanah tinggi,
faktor ini akan meningkatkan harga pokok dan ini akan
mengurangkan keuntungan.
ii. Lokasi tapak
Lokasi sesebuah nurseri hendaklah berdekatan dengan kawasan
pasaran seperti pusat bandar dan kawasan perumahan. Ini akan
memudahkan serta mempercepatkan penghantaran pokok.
iii. Kemudahan asas
Penjimatan kos boleh dibuat sekiranya kemudahan asas seperti
jalan raya, elektrik dan telefon telah pun sedia ada di tempat
semaian. Kedapatan sumber air yang mudah dan murah daripada
sungai, kolam atau pun telaga akan menjimatkan kos berbanding
dengan penggunaan air paip.
PEMBINAAN NURSERI
b. Faktor fizikal
i. Keadaan muka bumi
- Keadaan tanah yang datar dan tidak ditakungi air
adalah paling sesuai untuk dijadikan tapak nurseri
kerana keadaan ini:
Memudahkan pergerakan kerja harian
Mempunyai pengairan dan saliran yang baik
Memudahkan infrastruktur didirikan.
Tidak mudah ditenggelami air
ii. Terlindung daripada pukulan angin kencang
Kawasan yang sering dilanda angin kencang
boleh merosakkan struktur serta pokok dalam
nurseri.
iii. Jauh daripada pencemaran
Nurseri hendaklah terletak jauh daripada sumber
pencemaran seperti asap pencemar terutama
daripada kilang dan juga kenderaan.
SUSUN ATUR STRUKTUR NURSERI
Struktur penting tapak nurseri
Antara struktur asas yang akan memudahkan
pengendalian dan pengurusan semaian ialah:
i. Pejabat atau tempat jualan
Pejabat ini penting untuk mengendalikan urusan
perniagaan serta penyenggaraan nurseri. la juga
perlu mempunyai tempat jualan iaitu bagi urusan jual
beli. Bangunan ini perlu berada di satu lokasi yang
strategik kerana ia merupakan tempat kawalan untuk
kesemua aktiviti nurseri.
ii. Setor
Setor adalah satu bangunan khas untuk menyimpan
bahan kimia seperti baja dan racun dan juga alat
kelengkapan perkebunan.
SUSUN ATUR STRUKTUR NURSERI
Struktur penting tapak nurseri (samb)

iii. Tempat penyediaan medium dan pemasuan
la merupakan sebuah struktur berbumbung untuk
menyimpan dan menyediakan medium pemasuan.
Tempat ini perlu mempunyai ruang bagi menyimpan
bahan medium tanaman seperti pasir, tanah, pasu dan
sebagainya.
iv. Rumah pembiakan
Rumah ini perlu ditutupi dengan jaring hitam yang dapat
memberikan 80% lindungan daripada cahaya matahari.
Tempat ini juga perlu dilengkapi dengan sistem renjisan
kabus ('mist').
Kotak atau petak semaian yang diperbuat daripada kayu
atau simen perlu juga diadakan di dalam rumah
pembiakan.
SUSUN ATUR STRUKTUR NURSERI
Struktur penting tapak nurseri (samb)
v. Rumah tumbuhan
Rumah ini adalah satu struktur untuk menyimpan pokok
yang memerlukan teduhan 25% - 75% di mana
lindungan adalah mengikut keperluan jenis tumbuhan
atau spesis pokok hiasan.
vi. Kawasan pengerasan
Tempat ini adalah untuk memantapkan pokok yang baru
ditanam di dalam pasu atau beg politena supaya menjadi
keras dan tahan kepada keadaan di ladang atau di tapak
landskap.
la juga adalah kawasan untuk menempatkan pokok
hiasan yang gemar cahaya matahari.
Lantai kawasan pengerasan biasanya diturap dengan
simen, ditabur batu kelikir ataupun mempunyai
hamparan plastik hitam yang berlubang.
PENYENGGARAAN NURSERI
Terbahagi kepada dua:
1. Penyenggaraan kawasan
2. Penyenggaraan tumbuhan


PENYENGGARAAN NURSERI
A. Penyenggaraan kawasan
i. Perlu diselenggara dengan baik untuk
mendapatkan pokok yang bermutu tinggi.
ii. Aktiviti yang biasa dilakukan:
a. merumput, menggembur, membaja
b. pembersihan kawasan sistem perparitan
c. pembaikan struktur



PENYENGGARAAN NURSERI
B. Penyenggaraan tumbuhan
i. Penyiraman secara manual
ii. Penyiraman sistem renjisan air
iii. Pembajaan
iv. Pemangkasan
v. Pemancangan
vi. Pengawalan penyakit dan perosak

PENYENGGARAAN NURSERI
Peralatan dan perkakasan penyenggaraan
i. Sudip tangan
ii. Serampang tangan
iii. Sekateur
iv. Parang atau pisau
v. Pungkis
vi. Cangkul
vii. Gunting dahan dan pagar
viii. Penyembur
ix. Baldi
x. Kereta sorong

PENYIMPANAN REKOD NURSERI
Aktiviti yang dilakukan di nurseri hendaklah direkodkan.
Antara rekod yang perlu disediakan dan diikuti adalah
seperti berikut:
a. Jadual kerja penyenggaraan tumbuhan dan nurseri.
b. Bilangan pekerja dan masa bekerja.
c. Senarai bahan dan peralatan yang ada dan
disimpan di nurseri.
d. Senarai spesis tanaman yang terdapat di nurseri.
e. Rekod jualan tanaman dan projek landskap yang
terlibat.
f. Belanjawan iaitu sumber pendapatan dan
perbelanjaan nurseri.
BEKAS TANAMAN DAN MEDIUM PENANAMAN
PENDAHULUAN:
- Anak pokok tumbuhan hiasan boleh ditanam
terus ke tanah atau di dalam bekas tanaman.
- Pemilihan bekas tanaman yang sesuai amat
penting dalam pertumbuhan anak pokok.
Pemilihan bekas tanaman
Ciri-ciri pemilihan bekas tanaman hendaklah:
i. Saiz yang bersesuaian dengan jenis tanaman.
ii. Ringan dan mudah dialihkan
iii. Mudah dibersihkan
iv. Tahan lasak dan tidak mudah pecah
v. Mempunyai lubang saliran kecuali bekas
tanaman akuatik.
vi. Kemas dan menarik
vii. Mudah didapati dan harganya berpatutan
Pelbagai jenis bekas tanaman
Medium penanaman
Komponen yang terdapat dalam medium penanaman:
i. Tanah loam, tanah peroi atau tanah kebun
berperanan menyerap air dan memegang akar
tumbuhan.

ii. Bahan organik seperti najis haiwan, kompos atau
humus
berperanan membekalkan nutrien kepada
tumbuhan

iii. Pasir sungai
berperanan memberikan ruang pengudaraan
dan memudahkan pengaliran air dalam tanah
Medium penanaman
Tanah loam
Bahan organik
Pasir
Campuran untuk medium penanaman
Nisbah campuran pemasuan John Innes Potting Mixture
(JIP) iaitu:
i. 7 bahagian tanah loam
3 bahagian baja organik
2 bahagian pasir
atau
ii. 3 bahagian tanah loam
2 bahagian bahan organik
1 bahagian pasir
- Ketiga-tiga bahagian ini hendaklah disukat mengikut
isipadu dan digaul dengan sekata
- Bagi 1 meter
3
campuran, tambahkan 4.2 kg baja
fosforus seperti Malameal, Gromeal atau CIRP serta
2.7 kg kapur untuk memperkayakan campuran dan
meneutralkan pH campuran.
mengikut isipadu
MENYEDIAKAN MEDIUM PENANAMAN
Sediakan bahan medium.
Tapis ketiga-tiga bahan
medium secara berasingan
MENYEDIAKAN MEDIUM PENANAMAN
Sukat ketiga-tiga bahan yang
telah ditapis dengan
menggunakan skop atau
pungkis mengikut nisbah 7:3:2
atau 3:2:1
Gaulkan ketiga-tiga medium
sehingga sekata
MENYEDIAKAN MEDIUM PENANAMAN
Simpan medium campuran beberapa hari
sebelum digunakan bagi membolehkan
bahannya bertindakbalas antara satu sama lain.
Ciri-ciri medium penanaman yang baik
i. Gembur dan memudahkan penembusan akar ke
dalamnya.

ii. Membekalkan nutrien yang seimbang kepada
tumbuhan

iii. Mengekalkan kelembapan kepada akar tanaman

iv. Mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik
MENANAM ANAK BENIH TUMBUHAN HIASAN
DALAM BEG POLITENA DAN PASU
PENDAHULUAN:
Pokok tanaman hiasan kebanyakannya
ditanam di dalam beg politena atau pasu
terutamanya utk hiasan dalaman atau
perkarangan bangunan.
Anak benih tumbuhan daripada semaian
diubah ke dalam beg politena dahulu
sebelum dipindahkan ke dalam pasu.
PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE
DALAM BEG POLITENA
Sediakan bahan dan peralatan seperti
beg politena, anak benih, sudip tangan,
medium campuran dan tong penyiram.
Pilih beg politena yang sesuai dengan
anak benih.
Masukkan medium sehingga 1/3
ke dalam beg politena. Lipat
masuk bucu bahagian bawah
beg politena supaya beg
tersebut stabil.
PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM BEG
POLITENA
Siram kotak semaian dahulu dan
keluarkan anak pokok atau anak
benih daripada kotak semaian
dengan cermat.
Masukkan anak benih ke dalam
beg politena yang berisi 1/3
medium tersebut
PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM BEG
POLITENA
Tambah medium campuran ke dalam
beg politena tersebut sehingga
hampir penuh. Pastikan anak benih
tidak terlalu tenggelam. Padatkan
pangkal anak benih.
Anak benih yang telah siap ditanam
ke dalam beg politena. Siram
secukupnya dan letakkan di bawah
teduhan.
Setelah 7 14 hari anak benih boleh
didedahkan kepada pancaran
matahari secara beransur-ansur
PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM PASU
Sediakan bahan dan peralatan
seperti pasu, anak benih, sudip
tangan, medium campuran dan
tong penyiram.
Pilih pasu yang sesuai dengan
anak benih.

Tutupkan lubang saliran dengan
batu atau serpihan pasu bagi
tujuan pengaliran air dan
pengudaraan . Jika pasu terlalu
kecil, gunakan jaring hijau untuk
menutup lubang saliran pasu.
PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM PASU
Masukkan medium penanaman (7:3:2
@ 3:2:1) ke dalam pasu sehingga
separuh penuh.
Siram kotak semaian dahulu dan
keluarkan anak pokok atau anak
benih daripada kotak semnaian
dengan cermat.
PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM BEG
POLITENA
Masukkan anak benih dan
letakkan anak benih di tengah-
tengah pasu.
Tambahkan medium campuran di
sekeliling pokok sehingga 2 cm
daripada permukaan pasu.
Pastikan anak pokok tidak
ditanam lebih dalam dari paras
asalnya. Padatkan tanah di
sekeliling anak pokok.
PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM PASU
Siram anak pokok sehingga
medium cukup basah
Letakkan pasu di tempat teduh
selama 4 10 hari bergantung
kepada jenis tanaman dan keadaan
pokok.
PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG
POLITENA KE PASU
Sediakan bahan dan peralatan seperti
pasu yang sesuai denbgan saiz anak
benih, anak benih, sudip tangan,
campuran medium pemasuan,
serpihan pasu dan tong penyiram.
Pilih beg politena yang sesuai dengan
anak benih.

Tutupkan lubang saliran
dengan batu atau serpihan
pasu yang bersesuaian.

PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG
POLITENA KE PASU
Masukkan campuran medium
pemasuan ke dalam pasu sehingga
separuh penuh
Potong bahagian bawah beg politena
dengan pisau
PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG
POLITENA KE PASU
Letakkan anak benih di tengah-
tengah pasu
Tambahkan campuran medium
sehingga 2 cm dari permukaan
pasu
PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG
POLITENA KE PASU
Keluarkan beg politena dari anak
benih
Padatkan pangkal anak benih
PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG
POLITENA KE PASU
Siram dan letakkan di bawah teduhan
Kelebihan menanam pokok hiasan dalam beg
politena dan pasu
i. Pokok boleh diangkat dan diubah
ii. Pokok boleh diletakkan dalam bangunan atau di
mana-mana.
iii. Pokok yang perlu diganti (semusim) mudah
diselenggara
iv. Keperluan cahaya, air dan sebagainya dapat
dikawal
v. Pengeluaran bunga tanaman boleh ditentukan
vi. Kerja membaja dan merumpai dapat dilakukan
dengan lebih selesa
vii. Kerja merumput tidak perlu dilakukan selalu
viii. Pengawalan penyakit dan perosak boleh dilakukan
dengan lebih mudah
Masalah menanam pokok hiasan dalam
beg politena dan pasu
Tumbuhan yang ditanam dalam beg politena
atau pasu menghadapi keadaan persekitaran
yang kurang menggalakkan kerana jumlah
medium tanamannya adalah terhad.
Kualiti medium tanaman bergantung kepada
saiz bekas tanaman dan ini mempengaruhi
pertumbuhan pokok tersebut.
Pemilihan jenis campuran medium perlu dibuat
dengan lebih teliti supaya tumbuhan tidak
mengalami tekanan yang boleh merencatkan
kadar pertumbuhan dan ketahanan terhadap
penyakit.
Masalah menanam pokok hiasan dalam
beg politena dan pasu
Antara masalah lain yang dihadapi ialah
seperti berikut:
a. Ruang yang terhad untuk akar berkembang.
b. Simpanan air yang terhad dan menyebabkan
tanaman kekurangan air jika tidak disiram
selalu.
c. Sumber nutrien adalah terhad.
d. Medium di dalam pasu atau beg politena
mudah kering.
Masalah menanam pokok hiasan dalam
beg politena dan pasu (samb....)
e. Tanaman di dalam bangunan menghadapi
kekurangan cahaya matahari.
f. Pertumbuhan pokok di dalam bilik berhawa
dingin boleh terencat disebabkan perbezaan
suhu sejuk dan panas.
g. Kelembapan medium yang rendah juga boleh
mengurangkan kadar pertumbuhan pokok
manakala kelembapan yang terlalu tinggi (>
85%) akan menggalakkan jangkitan penyakit.

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

You might also like