You are on page 1of 2

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK

NAMA PELAJAR : MOHAMAD NUR HAFIZZUDIN BIN MOHD ZAINUDIN


PROGRAM : PISMP BAHASA MELAYU (SJKC)/ PENDIDIKAN JASMANI/ REKA BENTUK
TEKNOLOGI
NAMA SEKOLAH : SJKC KARAK
NAMA PROJEK : Mural
TEMPOH PELAKSANAAN : 16 24 April 2014 ( 2 Minggu)

OBJEKTIF:
Menceriakan kawasan sekolah.
Membentuk kreativiti guru-guru pelatih.

STRATEGI PELAKSANAAN:
Pada mulanya, kami berempat telah diberikan tugasan guru besar iaitu Puan Gan Mooi Choo
untuk membuat satu projek mural pada praktikum kali ini. Kami telah bertemu dengan guru
yang menguruskan hal ini untuk berbincang dengan beliau mengenai projek mural ini. Beliau
telah memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami membuat mural di dinding tandas
aras tiga. Hal ini kerana dinding kosong dan perlu diisi dengan sesuatu yang ceria dan menarik.
Cikgu berkenaan telah memberi cadangan supaya membuat mural di dalam Bahasa Melayu
dan membekalkan kami dengan gambar yang perlu dilukis. Kami berempat telah berbincang
bagi membina mural berkenaan.

Seterusnya saya telah membuat lakaran pada dinding. Disebabkan oleh ketiadaan plak
untuk menggunakan projector LCD. Jadi kami terpaksa melakar menggunakan cara lama. Di
mana kami melihat kepada kertas dan melakar berdasarkan imaginasi sendiri. Seterusnya,
kami telah mula mewarnakan mural tersebut. Kami perlu bergilir-gilir untuk mewarnakan mural
tersebut kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab lain seperti kelas ganti dan
sebagainya.

Akhirnya mural tersebut disiapkan tepat tempoh yang dijangkakan. Mural kami mendapat pujian
daripada ramai warga sekolah termasuklah guru besar Puan Gan Mooi Choo. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada kami kerana berjaya menyiapkan mural berkenaan dengan
begitu cantik walaupun kami sibuk dengan tugasan lain. Diharapkan mural tersebut berguna
kepada sekolah khususnya dalam membentuk sahsiah murid-murid supaya menjadi insan
berbudi bahasa dan berakhlak mulia.
Sepintas Lalu

You might also like