You are on page 1of 12

MENGHURAIKAN SISTEM PENEBATAN DAN PERLINDUNGAN DIDALAM KABEL

4.0 LITAR PENGGUNA


Ianya berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna. Litar utama pemasangan pe
ngguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsimelindungi dari
arus lebihan seperti litar pintas dan beban lampau dan kebocoran aruske bumi bagi
mengelakkan dari terkena kejutan elektrik.
4.0.1 Litar Kawalan Turutan Pengguna
Ia berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar
utama pemasangan pengguna. Ia terdiri dari alat-
alat pengasingan dan pensuisan, alat perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus bocor
ke bumi. Komponen-komponentersebut adalah seperti yang ditunjukan oleh Rajah 4.1 di
bawah:

Rajah 4.1: Pemasangan Litar Kawalan Turutan
1.Fius pemutus dan perangkai neutral
- sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna.
2.Meter kWj
- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif.
3.Suis utama
- sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan
4.Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus
- alat pelindung kepada kebocoran arus ke bumi dan sebagai pengasing litar.
5.Papan agihan
5 4 3 1 2
kWj
- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.
4.0.2 Litar Akhir
Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus
kepada peralatan elektrik.Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah
;a)Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan bahawa aru
s kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak melebihi daripada
sepatutnya. b)Untuk memastikan bahawa bahagian-
bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian ata
u kerja-kerja membaiki tanpamengganggu litar lain.c)Untuk mengelakkan kerosakan yang
berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yanglain.
4.0.3Permintaan maksima
Permintaan maksima ialah arus terbesar yang perlu dialirkan ke dalam litar, suis dan
alat perlindungan pada sesuatu masa. Ianya boleh di tentukan daripada permintaan aruskeselur
uhan bagi semua punca perkakas elektrik dalam litar.
4.0.4Litar akhir bagi soket alur keluar
Ia boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
a)Litar jejari
litar yang di sambungkan kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar yang di
hujung sekali.
b)Litar gelang
litar yang di sambungkan kepada beberapa soket alur keluar dan berakhir pada
puncamasukannya di papan fius agihan.
c)Sulur
merupakan satu cabang kabel yang di sambungkan pada litar jejari dan litar gelang.
4.0.5Litar akhir lampu
Biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas. Bebanlain juga
disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan syarat arus beban penuh kurang
daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkandari papan fius agihan
akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu.
4.0.6Litar akhir alat pegun
Litar akhir alat pegun(tetap) yang berkadar lebih daripada 3 kW tidak bolehdisambungkan ke
soket alur keluar. Ini bermakna litar akhir yang berasingan perludipasang untuk beban tersebut.

4.1 AKSESORI PEMASANGAN DAN PERALATAN PERLINDUNGAN
Terdapat beberapa alat tambah (aksesori) dalam pemasangan elektrik. Antara yang paling bany
ak digunakan adalah palam 3 pin, soket alur keluar dan suis. Ada jugaaksesori digunakan untuk
tujuan perlindungan daripada kerosakan yang disebabkan litas pintas atau arus bocor.
4.1.1 Suis
Suis adalah suatu alat mekanikal yang digunakan untuk memutus danmenyambung bekalan kep
ada peralatan elektrik. Terdapat banyak jenis suisdiantaranya ialah suis togol, suis satu hala,
suis satu kutub dua hala, suis silingdan lain-lain

Rajah 4.2 : Suis
4.1.2Soket alur keluar dan palam .
Alat ini diperlukan untuk menyambungkan bekalan kepada peralatan elektrik mudah alih. Soket
alur keluar mempuyai dua atau tiga alur terminal
manakala palam pula merupakan bahagian yang boleh digerakkan yang mempunyai duaatau
tiga pin untuk dimasukkan ke dalam soket alur keluar. Saiz piawai bagi peralatan tersebut
adalah 2A, 5A, 15A dan 30A.

Rajah 4.3 : Contoh Soket Alur Keluar Dan Palam
4.1.3 Perlindungan Arus Lebihan.
Arus lebihan ialah nilai arus tinggi mengalir dalam sesuatu litar dan lebih daripada
kadar maksima yang dibenarkan. Ianya mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut
;a)
Lebihan arus beban
yang disebabkan oleh beban lampau(penambahan bebanlebih daripada yang dibenarkan)
atau permulaan beban (arus beban naik secaramengejut pada peringkat permulaan
penghidupan) b)
Litar pintas
- berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Inimenyebabkan pengalir
kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindunganmengambil masa yang lama untuk
memutuskan litar, kebakaran akan berlaku.
4.14Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan arus lebihan
a)Jenis beban b)Keupayaan unit perlindunganc)Suhu sekelilingd)Alat khase)Harga
4.1.5Jenis-jenis alat perlindungan
a)Fius b)Pemutus litar
4.1.6Jenis-jenis fius
a)Fius boleh dawai semula b)Fius katrijc)Fius kapasiti pemutus tinggi
(hrc)
Jadual 4.1 : Perbezaan antara Talian Atas dan Kabel Bawah Tanah

Talian Atas Kabel Bawah Tanah
1. Didirikan di kawasan luar bandar Kawasan bandar dan rumah pangsa
2. Menggunakan tiang kayu, besi dan konkrit Menggunakan kabel berpenebat yangditanam
dan tahan kerosakan mekanikal
3. Pengalir talian adalah tidak berpenebat Pengalir yang digunakan berpenebat
4. Penyelenggaraannya adalah mudah Penyelenggaraannya adalah rumit
5. Kos pembinaannya murah Kos pembinaannya tinggi

4.1.7 Fius Boleh Dawai Semula
Ia digunakan pada pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendahdi
perindustrian ciri-ciri :
a) terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang boleh
dikeluarkan dari tapak fius.
b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau
darikuprum tulin.
c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya elemen itu putus.
d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen fius.
e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.2.
Jadual 4.2 : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula.
Kebaikan Keburuka
1. Dawai elemen fius murah Menghasilkan arka dan mengeluarkan
bunyi yang kuat
2. Senang ditukar ganti Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius

4.1.8Fius Katrij
Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. Ia boleh dianggapsebagai fius
tambahan kepada fius dalam papan agihan. Ciri-ciri ;a)Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari
kaca atau seramik atau tembikar. b)Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3
A, 5A dan 13A.c)Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali.d)Kebaikan dan keburukan fius jenis
ini adalah seperti jadual 4.3
Jadual 4.3 : Kebaikan dan keburukan fius katrij
Kebaikan Keburukan
1. Kadar arus nominal diketahui dengan
tepat
2. Kapasiti pemutus tidak merosot
3. Mempunyai kod warna untuk kadaran
saiz yangtertentu.
4. Dapat mengelakkan terjadinya arka
dan bunyi yangkuat.
1. Jika elemen fius putus,
keseluruhanfius tidak boleh digunakan
2. Pemegang fius hanya sesuai
dengansaiz kartrij yang tertentu.

4.1.9 Fius Kapasiti Pemutus Tinggi
Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusanyang
tinggi. Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban yang tinggi.
Ciri-ciri ;
a) Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup hujungnya yang diperbuat dari logam.
b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan disokong oleh silikon sertadiselap
uti oleh serbuk mineral.
c) Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.
d) Faktor fiusan diantara 1.0 hingga 1.25 kali.
e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.4
Jadual 4.4 : Kebaikan dan keburukan fius pemutus tinggi
Kebaikan Keburukkan
1. Dapat mengelakkan terjadinya arkadan
bunyi yang kuat
2. Dapat mengawal arus yang tinggi
3. Kapasiti pemutusan yang tinggi
4. Mempunyai tanda pemutusan
Paling mahal
Mengambil masa untuk menggantikan
fius yang baru.
Hanya sesuai dengan penghubung fius
dan tapak fiusyang tertentu.
Sukar didapati.

4.1.10Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius ;
a) Elemen fius- adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus
yang berlebihan mengalir melaluinya b)
b) Arus nominal - arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka
masayang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau mencairkan
elemen fius.
c) Arus fiusan - arus minima yang boleh mencairkan elemen fius.d)
d) Faktor fiusan - nisbah arus fiusan dengan kadaran arus.
4.1.11Pemutus Litar
Ia merupakan peralatan mekanikal yang digunakan untuk membuka dan menutup litar dalam
keadaan biasa (untuk tujuan penyelenggaraan) dan juga dalam keadaan litar pintas. Bila
berlaku litar pintas ia akan terpelantik secara automatik.
4.2 KABEL
Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. Ia adalah suatu bahan yangmembentuk suatu
litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik. Kabel berupaya :a) mengalirkan arus
elektrik dari bekalan kuasa ke dalam peralatan-peralatan elektrik ataumesin elektrik dengan
selamat. b) menghalang berlakunya denyutan daya gerak elektrik apabila tersentuh padanya.
4.2.1 Binaan
Pada amnya ia mengandungi beberapa bahagian/lapisan seperti Rajah 4.4 di bawah.
4.2.1.1 Pengalir/Teras
a)Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat darialuminium
atau kuprum yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi. b)Pemilihan kuprum sebagai
pengalir kerana ia mempunyai nilai rintanganyang rendah, mudah di bentuk dan mudah untuk
proses pemetrian.c)Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah dilenturkan.
Contoh ukuran kabel,

7= 7 lembar 1.04 mm= garispusat setiap lembar pengalir

luas keratan rentas keseluruhan pengalir


4.2.1.2 Penebat.
Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang aruskeluar. Jenis-jenis
penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak,varnish cambric, vulcanised bitumen, PVC
dan getah.
4.2.1.3 Pelindung mekanikal.
7/1.04 mm

6.0 mm2
Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakanmekanikal pada kabel
semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya. Di antara bahan
yang digunakan ialah, salutan PVC, salutan getah, pita keluli (steel tape) atau galvanizes
steel wire, salutan plumbum/kuprum dan konduit atau sesalur.
2
1



Rajah 4.4 : Gambar rajah binaan kabel .
4.2.2Teras Kabel
Jenis-jenis teras kabel yang biasa digunakan dalam pemasangan ditunjukkan dalamRajah 4.5.

Rajah 4.5 : Jenis-jenis teras kabel
4.2.3Syarat-Syarat Pemilihan Kabel
Untuk menghantar tenaga elektrik dengan selamat, ekonomikal, beberapasyarat/peraturan
perlu diambil kira:
a) Mempunyai saiz pengalir yang berpatutan supaya tidak berlaku kepanasan
dansusutan voltan dalam had yang ditetapkan.
1. Teras tunggal

4. Kabel teras berbilang

2. Kabel 2 teras
3.Kabel 3 teras
b) Mempunyai penebat yang sempurna dan selamat.
c) Kabel mestilah mempunyai kestabilan dari segi fizikal pada keseluruhannya.
d) Mempunyai perlindungan mekanikal untuk mengelakkan daripada kerosakan yang teruk
e) Penggunaan kabel mestilah mengikut had/kelas tertentu sesuai dengan nilai voltanyang
digunakan.
4.2.4Faktor Pemilihan Jenis Kabel
a)Tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling b)Jenis pendawaian/jenis beban yang
digunakanc)Jangka masa ketahanan yang
dikehendakid)Kemungkinan kerosakan yang akan dihadapie)Perbelanjaan yang
dianggarkanf)Rupabentuk g)Mampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang
keterlaluan.
4.2.5Kord Dan Kabel Boleh Lentur
Ia merupakan suatu jenis kabel yang mempunyai lembaran pengalir yang banyak danhalus.Ia
lebih mudah dilenturkan berbanding dengan kabel biasa. Jadual 4.5 adalah perbandingan di
antara kord dan kabel boleh lentur.
Jadual 4.5 : Perbandingan kord dan kabel boleh lentur
Kord boleh lentur Kabel boleh lentur
1. Luas keratan rentas keseluruhan
pengalir bagi kord ialah 4.0 mm2 atau kurang
Luas keratan rentas keseluruhan pengalir
bagikabel ialah lebih 4.0 mm2
2. Disambung di antara siling ros
dan pemegang lampu anting-anting
Disambungkan untuk kadaran beban yang
lebih besar
3. Disambungkan antara plug atau
palam danalat-alat mudah alih
Disambungkan di antara palam dan alat-alat
tetap

Nama kabel adalah bergantung kepada;a)Perlindungan mekanikalnya b)Penebatan yang
digunakanc)Teras pengalir kabel tersebut
4.2.6Jenis-Jenis Kord Dan Kabel Boleh Lentur
1.Penebat PVC kembar selari
penebat pengalir
2.Penebat PVC kembar berpintal

3.Penebat PVC beranyam


i. pengalir
ii. salut PVC
iii. anyaman benang
iv. salut PVC
Rajah 4.6 Jenis-Jenis Kord dan Kabel Boleh Lentur.
4.2.7Fungsi Kabel dan Pengenalan Warna
Jadual 4.6 : Pengenalan warna kabe
FUNGSI KABEL PENGENALAN WARNA
Pengalir perlindungan Hijau dan kuning
Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biru
Fasa R bagi litar 3 fasa Merah
Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning
Fasa B bagi litar 3 fasa Biru
Positif bagi litar 2, 3 dawai arus terus (a.t) Merah
Negatif bagi litar 2 dawai arus terus (a.t) Hitam
Negatif bagi litar 3 dawai arus terus (a.t) Biru
Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a.t) Hitam

Jadual 4.7 : Kabel Yang Digunakan Oleh TNB
JENIS VOLTAN
PVC INSULATED
-Single core-
Twin core
-Multicore
LVLVLV
PAPER INSULATED 6.6kV, 11kV, 22kV,33kVLV, 6.6kV, 11kV22kV,
-Single core
-Belted
-Screened
33kV
OIL FILLED
-3 Core self contained
-Single core self contained
22kV, 33kV, 132kV132kV
XLPE
-Aerial cable
-Single core
-XLPE 3
core11kV, 33kV{SAXKA)11kV,
22kV,33kV,132kV11kV



















BIBLIOGRAFI
http://books.google.com.my/books?id=hxliIAsvDxgC&pg=PA2&dq=MENGHURAIKAN+SISTEM+PENEBAT
AN&hl=ms&sa=X&ei=rVeFUuDYFsLZigfbyYHgCw&redir_esc=y#v=onepage&q=MENGHURAIKAN%20SISTE
M%20PENEBATAN&f=false
http://www.ukm.my/jkees/images/pdf/buku%20panduan%20prasiswazah%20jkees%202010-2011.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2389/1/ALINAH_BINTI_SULAIMAN.pdf

You might also like