You are on page 1of 12

Bangsa – Konsep Pembinaan Dan Cabaran

Oleh :
Marzudi Bin Md Yunus
Program Doktor Falsafah
Fakulti Sains Sosial dan Persekitaran
Tarikh : 7 Ogos 2009

1
Bangsa – Konsep Pembinaan Dan Cabaran

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya.
Keperbagaian ini kadang-kala memcetuskan insiden yang tidak diingini akibat daripada
sikap prejudis dan ketidak-seimbangan sosial dalam negara. Malaysia pernah
mengalami tragedi hubungan kaum yang hampir mengugat kewibawaanya. Peristiwa
13 Mei 1969 itu merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara.Peistiwa itu juga
merupakan isyarat yang jelas kepada kita bahawa wujudnya jurang hubungan kaum
yang ketara dalam negara ini (Shamsul, 2007). Lantaran daripada kisah hitam tersebut
lahirlah edeologi kebangsaan iaitu Rukun negara dan juga program penyusunan
semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru. Pembinaan bangsa dibina
berdasarkan Rukun Negara melalui strategi penyusunan semula masyarakat dibawah
program Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970 (Ghazali, 1992). Setelah hampir 39
tahun berlalu apakah matlamat tersebut tercapai?. Apakah ciri-ciri bangsa yang hendak
dibina ini dan apakah cabaran kearah tujuan tersebut?

Untuk menjawab persoalan tersebut, pengertian tentang istilah bangsa haruslah


difahami dengan jelas terlebih dahulu. Dalam membicarakan bangsa, konsep etnik dan
ras perlu difahami supaya tidak terkeliru walaupun terdapat kaitan diantaranya. Jika
dirujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat terbahagi kepada
dua maksud yang utama. Pertama bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal
keturunan yang berdasarkan adat resam. Kedua bermaksud kumpulan manusia dalam
satu ikatan ketatanegaraan. Etnik pula bermaksud suatu yang berkaitan dengan bangsa
manusia, manakala ras pula bermaksud kaum dan keturunan.

Berdasarkan teori yang diutarakan oleh Anderson yang dibicarakan oleh Abd. Rahman
Embong (2006) dalam yang bertajuk Negara-Bangsa:Proses dan Perbahasan
menyatakan bangsa atau nation ialah suatu komoniti yang diimiginasikan berdasarkan
asas-asas sesuatu objektif. Anderson berpendapat bangsa atau nation lahir bersama
dengan kewujudan kapitalisme (kapitalisme cetak) yang menimbulkan imiginasi dan
kesedaran subjektif. Imiginasi dan kesedaran subjektif ini menimbulkan perasaan
kekitaan dan kesamaan nasib anggota dalam sesebuah negara. Abdul Rahman yang

2
lebih banyak menggunakan istilah nation bagi membicarakan bangsa sebagai satu
kelompok manusia yang terbentuk dalam sejarah, ditautkan dengan perkongsiaan
wilayah, ekonomi, bahasa dan psikologi bersama boleh terbentuk dengan wujudnya
kesedaran subjektif. Pengertian bangsa dikonsepsikan kepada dua konsep aspek
utama. Konsep bangsa yang petama ialah dari sudut politik yang berkaitan dengan
wilayah dan juga kenegaraan. Konsep kedua pula merujuk kepada konsep etnos atau
etnik yang berkait dengan salasilah budaya, adat resam dan sejarah sepunya kelompuk
etnik tersebut. Konsep bangsa yang pertama adalah relevan dengan pengertian bangsa
di era moden hari ini.

Abdul Rahman dalam artikel yang ditulis oleh Norsimah dan Kalthum (2005) yang
bertajuk Dialek atau Baku:Konflik antara Jati Diri dan Negara Bangsa mendifinisikan
bangsa adalah nation, iaitu susuatu komoniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang
mempunyai kesinambungan dan juga perubahan. Dipertatukan dengan perkongsiaan
wilayah, ekonomi dan unsur subjektif bersama seperti bahasa, budaya, sastera dan
nama bersama yang dikongsi.

Menurut Callistus Fernandez(1999), bangsa itu adalah gabungan kaum-kaum yang


mempunyai sejarah dan budaya serta diperkuatkan dengan satu persamaan tumpuan.
Perkataan gabungan menunjukkan bahawa bangsa boleh diwujudkan dengan
penyatuan kaum-kaum yang berbeza tetapi haruslah mempunyai sejarah dan budaya
yang sama. Pernyataan ini pula mempunyai persamaan dengan pendapat yang
diberikan oleh Tan Sri Ghazali Syafie (1989) yang mendefinisikan bangsa sebagai
suatu golongan manusia yang berasal dari keturunan yang sama. Tetapi beliau
menyatakan pembentukan bangsa dari keturunan berlainan seperti di negara ini tidak
mustahil untuk diwujudkan.

Bagi Ernest Gellner dalam artikel yang yang tulis oleh Jan Penrose dan Richard C.M.
(2008) menjelaskan nation atau bangsa adalah hasil nasionalisme masyarakat industri
moden yang berasaskan keseragaman bahasa, sejarah dan budaya bertujuan untuk
mewujudkan satu komuniti dalam sesuatu wilayah. Jan Penrose dan Richard
menegaskan pembentukan bangsa melalui konsep seperti ini penting dalam
membentuk kesetiaan dalam masyarakat, manakala keseragaman penting dalam

3
sebuah masyarakat industri moden. Pengertian bangsa bagi kedua-dua penulis ini
adalah terbuka dan luas kerana ia boleh berdasarkan kepada budaya atau politik dan
kedua-duanya. Beliau juga konsep bangsa (nation) seperti ini digunakan oleh oleh
negara (state) untuk kepentingan politik dan meningkatkan ekonomi sesebuah negara.

Aliran pendapat yang seakan serupa juga boleh dilihat daripada Hugh Seton-Watson
dalam buku David Storey (2001) menyatakan bahawa bangsa (nation) terhasil atau
terbentuk apabila sebilangan manusia (majoriti) dalam sesebuah komuniti mengangap
atau bersikap untuk bersatu dalam suatu ikatan dalam bentuk pemikiran yang kukuh.
Anthony D. Smith dalam buka yang sama juga menyatakan bahawa bangsa (nation)
adalah satu nama yang diberikan untuk suatu kelompok masyarakat yang berkongsi
wilayah, sejarah, budaya, ekonomi dan cara hidup. Bagi David Storey sendiri seperti
terpengaruh dengan pendapat kedua-dua tokoh yang menjadi rujukan beliau turut
mendifenisikan bangsa sebagai merujuk kepada kumpulan manusia yang berkongsi
sejarah dan budaya mengangap serta merelakan diri mereka sebagai satu kesatuan.

Daripada pemahaman yang boleh kita fahami daripada pengertian oleh sarjana-sarjana
dalam perenggan sebelum ini boleh kita rumuskan maksud bangsa kepada tiga
fahaman yang berbeza. Fahaman pertama yang mengketogorikan bangsa kepada dua
aspek iaitu berkaitan dengan politik dan yang kedua berkaitan dengan aspek keturunan
(etnik). Fahaman kedua pula mengangap bahawa bangsa itu wujud berdasarkan
pengaruh pihak lain (seperti state-pemerintah/penguasa) yang berkepentingan dalam
sesebuah komuniti bagi mencapai matlamat negara. Manakala fahaman ketiga pula
bangsa baru boleh wujud secara rela bagi berkongsi kepentingan berdasarkan ideologi
yang nyata (ikatan dalam bentuk pemikiran yang kukuh). Dalam era negara moden hari
ini, pada hemat saya pembinaan bangsa Malaysia haruslah didasarkan kepada
fahaman kedua dan ketiga kerana ia bersifat universal dan boleh diaplikasikan dalam
konteks masyarakat majmuk di negara ini. Fahaman pertama membawa taksiran
bangsa kepada dua aspek iaitu politik dan kelompok etnos yang melibatkan budaya dan
adat resam. Aspek politik tidak menimbulkan banyak masalah kerana melibatkan hal-
hal kenegaraan seperti wilayah dan undang-undang. Apabila dilihat dari sudut

4
kemompok etnos yang melibat salasilah, ras dan sejarah wujud perbezaan yang nyata
antara etnik pribumi (bumiputera) dan imigran (Cina dan India).

Konsep Asas Pembentukan Bangsa

Daripada perbincangan pengertian bangsa yang didapati dari sarjana dan tokoh pada
perenggan sebelum ini terdapat beberapa perkataan dan ayat yang boleh kita
sandarkan sebagai sebahagian daripada konsep-konsep asas yang dalam
pembentukan satu bangsa yang baru. Perlu dinyatakan disini sekali lagi bahawa apa
yang saya utarakan ini bukanlah suatu yang muktamat tetapi hanyalah berdasarkan
kepada kajian singkat daripada penulisan sarjana dan tokoh yang dirujuk sahaja.
Berikut adalah perkataan dan ayat yang didapati antaranya;

a) Adat resam
b) Ikatan ketatanegaraan
c) Diimiginasikan / imiginasi berdasarkan asas-asas suatu objektif
d) Kesedaran Subjektif
e) Kesinambungan dan perubahan
f) Satu persamaan tumpuan
g) Nasionalisme
h) Kesetiaan dalam masyarakat
i) Keseragaman
j) Ikatan dalam bentuk pemikiran yang kukuh
k) Mengangap serta merelakan

Adat resam adalah berkaitan dengan peraturan yang diamalkan dalam suatu
masyarakat yang merupakan yang diamalkan oleh suatu masyarakat sejak turun
temurun dan perlu dipatuhi (Kamus dewan, 2005). Adat merujuk kepada suatu
perbuatan yang baik dalam sesebuah masyarakat. Ia juga boleh dikaitkan dengan
kebudayaan sesuatu masyarakat atau bangsa. Adat resam serta budaya yang baik

5
dalam dalam setiap etnik diadaptasikan menjadi budaya baru yang dapat diterima oleh
semua ahli bangsa sebagai budaya nasiaonal (Abdul Rahman, 2006).

Ikatan Ketatanegaraan pula berkaitan dengan sistem bernegara yang diamalkan oleh
setiap ahli dalam sesebuah wilayah. Setiap individu dalam sesebuah negara terikat
dengan undang-undang yang sama berdasarkan kedaulatan undang-undang seperti
yang termaktub dalam prinsip Rukun Negara yang ke-empat. Ikatan ketatanegaraan ini
merupakan salah satu asas-asas objektif utama dalam dalam teori bangsa atau nation
yang dibawa oleh Anderson.

Imiginasi berdasarkan suatu yangt objektif merupakan membayangkan suatu yang


hendak dicapai oleh individu terhadap bangsanya iaitu bangsa yang mempunyai
perhubungan dan ikatan yang kuat diantara satu sama lain. Imiginasi tentang
perkongsian pemikiran dan perasaan sehingga melahirkan perasaan kekitaan.
Kesedaran objektif terhadap terhadap perkongsi wilayah, ekonomi, bahasa dan
psikologi membentuk ikatan yang kuat sebagai satu bangsa yang hidup dalam satu
wilayah. Kesedaran ini membentuk satu sikap teleransi dikalangan ahli suatu bangsa
supaya kekal harmoni.

Aspek sejarah, budaya dan amalan perlu mempunyai kesinambungan diantara kaum
yang menjadi anggota suatu bangsa dan perlukan perubahan yang signifikan bagi
mengharungi keadaan zaman yang sentiasa berubah dari masa kesemasa. Keupayaan
suatu bangsa menangani perubahan menjamin survival dan kekuatan bangsa. Hal ini
selari dengan dengan maksud penyusunan semula masyarakat dan saranan supaya
rakyat malaysia membina satu masyarakat Rukun Negara yang berkerja sama
menyahut wawasan 2020 (Ghazali, 1989).

Ideologi Rukun Negara merupakan konsep “satu persamaan tumpuan” yang


membolehkan rakyat Malaysia dari perbagai etnik yang berbeza sejarah, budaya dan
juga kepercayaan berfikir tentang ideologi yang sama. Rukun Negara merupakan salah
satu pusat tumpuan untuk seluruh individu di Malaysia kerana didalamnya terkandung
visi dan misi kearah pembetukan suatu bangsa baru berasaskan prinsip-prinsip tertentu
yang dapat dilakukan oleh semua individu (Shamsul, 2007). Ideologi kebangsaan ini

6
dimanifestasikan sebagai salah satu Ikatan dalam bentuk pemikiran yang kukuh bagi
segenap kaum di Malaysia (Ghazali, 1989).

Semangat nasionalisme iaitu semangat cintakan bangsa dan negara amat penting
dalam diri setiap individu. Individu yang mempunyai rasa sayang kepada negara tempat
tumpah darahnya akan mengetepikan kepentingan peribadi demi negara (David Storey,
2001). Perasaan ini meluas melewati individu, keluarga dan seterusnya hingga kepada
masyarakat. Manifestasi kepada semangat ini dijelmakan melalui nyanyian lagu
kebangsaan, bendera kebangsaan, dan lebih baik lagi jika seseorang itu bangga
mengakui diri bangsanya dengan nama negara berbanding mengenalkan diri
bangsanya berdasarkan nama etnik. Melalui instrumen yang menjadi simbol negara ini
mewujudkan keseragaman dalam sesebuah bangsa. Sebagai contoh disini, penyokong
bolasepak kebangsaan tanpa megira faktor etnik akan memakai pakaian berwarna
tertentu yang sama sebagai tanda penyatuan dalam memberi sokongan.

Dalam gagasan bangsa Malaysia, semua etnik harus mempunyai perasaan sebangsa
dangan nama kolektif (bangsa Malaysia) dengan kesudian untuk berkongsi wilayah,
ekonomi, budaya dan harapan yang sama harus membentuk kesetiaan. Nasionalisme
diperingkat etnik harus diganti dengan nasianalisme Malaysia yang lebih luas lagi
bersama (Abdul Rahman, 2006).

Keikhlasan dalam usaha kearah itu merupakan suatu yang penting dalam pembinaan
bangsa Malaysia yang baru. Ahli bangsa harus bersedia menerima kehadiran etnik lain
bersama dalam komoniti sebagai satu bangsa dangan penuh kerelaan dan mengangap
ia adalah satu reality yang harus dilalui pada era politik zaman moden ini (David Storey,
2001).

7
Cabaran Pembentukan Bangsa Malaysia

Walaupun pada perenggan terdahulu yang menyatakan sarjana-sarjana bahawa suatu


bangsa yang baru boleh dibina namun pada pendapat saya terdapat cabaran-cabaran
yang boleh menghalang proses pembentukan bangsa Malaysia ini. Bagi menjelaskan
perkara tersebut beberapa sarjana telah dirujuk melalui penulisan mereka. Tan Sri
Ghazali Shafie, dalam buku Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia Menjelang 2020
(2008) memberikan beberapa cabaran perlu diberi perhatian.

Perkara pertama ialah dari segi sejarah. Etnik pribumi (Melayu dan Bumiputera)
merupakan penduduk asal wilayah ini bermula sejak sebelum kerajaan Melaka lagi.
Sedangkan etnik pendatang seperti etnik Cina,India dan lain-lain dibawa masuk oleh
penjajah Inggeris dalam abad ke 19 untuk tujuan ekonomi. Perbezaan sejarah ini
merupakan faktor yang menjadi penghalang kearah penyatuan bangsa.

Soal identiti juga merupakan punca yang melambatkan kewujudan identiti bangsa
Malaysia kerana individu lebih senang dan cenderung untuk memperkenalkan dirinya
dari etnik tertentu berbanding mengatakan “saya bangsa Malaysia” di peringkat lokal.
Manakala di peringkat antarabangsa tidak timbul perkara ini. Masing-masing kelihatan
mempunyai semangat etnik melebihi semangat kebangsaan. Nilai-nilai asal etnik masih
kuat dipegang oleh kebanyakkan rakyat negara ini.

Perkembangan pesat ekonomi berasaskan perindustrian dan kebendaan mewujudkan


sikap pentingkan diri sendiri berbanding kepentingan masyarakat dan negara. Apa yang
baik kepada negara tidak dihiraukan oleh individu jika tidak melibatkan kepentingan
mereka.

Keperbagaian etnik secara tidak langsung melahirkan pengamalan bahasa pertuturan,


budaya dan adat resam yang kurang difahami oleh etnik yang lain. Setiap etnik
mengangap apa yang dimiliki oleh mereka lebih baik daripada apa yang dimiliki oleh
etnik lain. Mereka juga tidak bersedia dan mudah untuk menerima budaya daripada
etnik lain. Keadaan ini meyukarkan asimilasi budaya dan pembentukan sebuah budaya
kebangsaan yang boleh diterima oleh seluruh etnik yang menjadi ahli bangsa Malaysia.

8
Bagi Abdul Rahman (2006), walaupun terdapat perpaduan dikalangan rakyat negara ini,
didapati juga tanda-tanda wujud masalah dalam membina persefahaman dan
permafakatan antara kaum. Perpaduan yang wujud sebenarnya bersifat sementara dan
bersifat lahiriah atau luaran sahaja. Perpaduan yang hakiki sebenarnya belum lagi
terjadi kerana ia hanya berasaskan toleransi sahaja, bukan berdasarkan saling
menghormati dan menerima keperbagaian.

Tahap kesedaran perpaduan oleh generasi muda juga dipersoalkan dan tidak sekuat
hubungan antara kaum oleh generasi awal merdeka. Mereka dilihat tidak peka dan
terbuka dalam isu-isu yang melibatkan sensitiviti kaum kerana terdapat pemisahan
sosial antara mereka. Beliau memberi contoh peristiwa yang berlaku di kampung
Medan pada Mac 2001 dan isu Moorthy @ Muhamad Abdulah, pendaki Gunung
Everent yang melibatkan pertikaian agama.

Kesangsian kepada pengertian atau takrifan bangsa Malaysia juga berlaku. Ada
dikalangan masyarakat melihatnya sebagai persamaan dengan takrifan yang dibuat
oleh mantan perdana menteri Singapura, iaitu “Malaysian Malaysia”. Tanggapan negetif
tentang nasib pribumi menjadi isu yang hangat diperkatakan. Sebaliknya masyarakat
pendatang menerima dengan positif dan berangapan memjamin kedudukan mereka
sebagai rakan kongsi bangsa Malaysia ini.

Sebagai sebuah negara majmuk, peranan kerajaan dalam proses ini amat penting.
Dasar-dasar penting kearah penyatuan telah diperkenalkan. Namun disebalik dasar-
dasar yang baik itu, pendekatan dan pelaksanaannya pula dilihat tidak selaras dengan
semangat dasar tersebut. Sinario ini menimbulkan masalah kepada penyatuan kerana
terdapat pihak yang merasakan diri mereka diketepikan atau dipinggirkan.

Pengaruh luaran juga tidak terkecuali dalam keadaan dunia global yang sering bergolak
dan berubah dengan pesat. Isu-isu hak asasi manusia, hak etnik minoriti, keadilan dan
kesejahteraan memdapat tepat dan diperdebatkan secara terbuka tanpa menghiraukan
sensitiviti etnik tertentu. Ini menambahkan lagi perasaan perasangka yang
sememangnya masih menebal dan sikap enggan bertolak ansur yang boleh
mencetuskan konflik perkauman.

9
Kesimpulan

Daripada perbincangan teori tentang bangsa oleh sarjana-sarjana pada perenggan


terdahulu, perkataan bangsa boleh didefinisikan kepada dua konsep. Konsep pertama
melihat bangsa dari sudut etnos iaitu berasaskan salasilah keturunan dan ras yang
mempunyai persamaan sejarah, kebudayaan, adat resam dan juga sistem
kepercayaan. Konsep kedua mendefinisikan bangsa dalam kontek politik berasaskan
ruang lingkup wilayah, ekonomi dan pemikiran berasaskan objektif yang ditentukan
yang mewujudkan satu lagi istilah iaitu negara-bangsa.

Berbalik kita kepada persoalan yang diajukan pada awal perbincangan iaitu; apakah
matlamat tersebut tercapai?. Apakah cabaran kearah tujuan tersebut dan apakah ciri-
ciri bangsa yang hendak dibina ini?

Untuk menjawab persoalan pertama tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan


bahawa matlamat tersebut bukan sahaja tidak tercapai malah tiada sebarang usaha
yang serius dan ikhlas dalam pembentukan satu bangsa bernama Bangsa Malaysia.
Untuk mendapatkan bukti kepada kenyataan ini tidak perlula kita untuk membuat ujikaji
yang canggih, memadai hanya sekadar melihat senario politik tanah air yang setiap hari
disiarkan di media arus perdana. Pendekatan parti politik baik dari sebelah kerajaan
atau pembangkang masing-masing bertunjangkan kepentingan bangsa yang
diwakilinya. Didikkan kearah penyatuan bangsa melalui pendekatan politik kenegaraan
yang menghormati prinsip constitution dikesampingkan oleh politik berasaskan kuasa
dan kemenangan semata-mata. Akhirnya lahirlah sebuah masyarakat yang berwasasan
“jalan tar” dan “kain batik” semasa kempen pilihanraya yang tidak membawa sebarang
makna kepada penyatuan bangsa. Hal ini disokong oleh pandangan ahli sejarah, Prof.
Khoo Kay Kim yang membayangkan usaha memperjuangkan pembinaan bangsa
Malaysia sebagai usaha yang berseorangan tanpa dibantu pihak lain (Abdul Rahman,
2006).

Sistem pendidikan berbeza mengikut kaum juga merupakan penghalang kepada proses
pembinaan bangsa Malaysia. Setiap kaum mempunyai sekolah berbeza dengan

10
mengunakan bahasa ibunda masing-masing (Shamsul, 2007). Walaupun menggunakan
sukatan pelajaran yang sama, mereka tetap berasingan secara fizikal.

Terdapat banyak lagi fakta yang boleh dipersembahkan sebagai bukti maktamat
pembinaan bangsa Malaysia tidak tercapai seperti diskriminasi dalam iklan perkerjaan
di sektor swasta, penggunaan bahasa, penerbitan filem dan drama serta lain-lain yang
tidak dapat diperincikan disini.

Persoalan kedua mengenai ciri-ciri bangsa yang hendak dibina adalah seperti yang
terkandung dalam wawasan Rukun Negara seperti berikut;

Bangsa Malaysia yang ;

 Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;


 Memelihara satu cara hidup demokratik;
 Mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
 Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang
kaya dan berbagai corak;
 membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sain dan teknologi
moden.
Dengan berdasarkan prinsip seperti berikut:

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan.
Dan berlandarkan Wawasan 2020.

Sekian,

Marzudi Md Yunus

11
Program Doktor Falsafah, FSSK

Senarai Rujukan:

Abd. Rahman Embong. 2006. Negara Bangsa – Proses dan Perbahasan. Edisi
Kedua. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Callistus Fernandez. 1999. Colonial Knowledge, Invention and Reinvention of


Malay in Pre-Independence Malaya : A Retrospect. Jurnal Sains Kemasyarakatan dan
Kemanusiaan (55) : 39-60

Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ghazali Shafie. 1992. Melayu dan Masyarakat Malaysia Menjelang 2020. Dlm.
Ghazali Shafie. Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia Menjelang Tahun 2020, hlm. 20-
28. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ghazali Shafie. 1989. Pembinaan Bangsa Malaysia. Dlm. Ghazali Shafie.


Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia Menjelang Tahun 2020, hlm. 29-45. Bangi :
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norsimah & Kaithum. 2005. Dialek atau Baku. Konflik Antara Jati Diri dan Negara
Bangsa. Dlm. Khazriyati et al (pnyt.). Pembinaan Negara Bangsa : Perseptif, Reaksi &
Manifestasi, hlm. 85-95. Bangi : Fakulti Sains & Kemanusiaan.

David Storey. 2001. Territory : The Claiming of Space. London : Peason


Education Limited.

Shamsul Amri. 2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya : Pusat Pnerbitan


Universiti.

12

You might also like