You are on page 1of 10

TAMADUN MESOPOTAMIA

 
Pada zaman Empayar Ur Ketiga, sistem pemerintahan berpusat adalah kukuh. Raja
merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh sistem birokrasi yang amat
cekap. Di samping itu, urusan dan komunikasi yang melibatkan pelbagai unit
pentadbiran dikendali dengan lancar oleh satu rangkaran messengers.
 
Semasa pemerintahan Assyria, sistem pentadbiran pusat menjadi kompleks dan
birokratik. Raja merupakan pemerintah mutlak dan mempunyai tanggungjawab dalam
bidang keagamaan dan pentadbiran. Baginda dibantu oleh gabenor di peringkat
provinsi dan juga ambassador yang membantu menyampaikan maklumat. Raja adalah
ketua kerajaan dan dilantik melalui divine election. Walaupun raja merupakan ketua
kerajaan, baginda masih memerlukan pengiktirafan daripada golongan bangsawan
yang dikenali sebagai mar banuti (sons of creation). Tanpa sokongan golongan ini,
raja tidak dapat mentadbir negara dengan berkesan. Selepas raja, terdapat sekumpulan
pegawai tinggi seperti ketua komander, chief cup-bearer, pengawas istana, abarakku
dan shaknu yang bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan pusat. Selain itu,
terdapat ummane yang merupakan kumpulan profesional seperti pemilik bank,
pedagang, doktor dan sebagainya.

TAMADUN MESIR
 
Sistem pemerintahan pusat di Mesir diketuai oleh Firaun. Selepas Firaun, terdapat
pegawai tinggi seperti Wazir, Canselor dan Wizurai. Terdapat juga jabatan-jabatan
yang mempunyai fungsi yang khas di peringkat pusat.
 
Wazir
Wazir merupakan pegawai yang paling berpengaruh. Pada zaman Thinite dan
Kerajaan Lama, beliau dilantik di kalangan raja. Selepas itu, jawatan ini dilantik dari
kalangan bangsawan dan paderi. Menjelang zaman Kerajaan Baru, dua orang Wazir
dilantik bagi mentadbir Mesir Utara (kawasan menganjur dari Elephantine hingga
Cusae) dan Mesir Selatan (kawasan menganjur dari Delta hingga Cusae). Jawatan
Wazir ini boleh diwarisi. Tugas seorang Wazir adalah berat, iaitu:
a. Memeriksa laporan perangkaan binatang ternakan, mencatatkan pembekalan
barang makanan dan memeriksa tangki air.
b. Mengawasi kerja menebang pokok.
c. Membina terusan bagi tujuan pengairan.
d. Menyimpan rekod terperinci mengenai hujan dan banjir di Sungai Nil.
e. Menyelia ekspedisi raja, bengkel dan projek pembinaan.
f. Memilih dan melantik kaki tangan yang berkhidmat untuk keluarga di raja.
g. Memeriksa akaun mengenai cukai.
h. Merekrut pengawal keselamatan bagi raja.
Selain tugasan di atas, Wazir juga menjadi hakim. Dalam menjalankan tugas, Wazir
dibantu oleh Canselor.
 
Canselor
Tugas utama seorang Canselor ialah:
a. Menguruskan hal-ehwal ekonomi negara yang kompleks.
Urusniaga di Mesir dijalankan secara sistem barter. Canselor perlu menetapkan
cukai yang perlu dibayar. Oleh sebab cukai dibayar secara barangan seperti
tepung, ikan dan sebagainya, Canselor harus memastikan barang ini disimpan
dengan baik dan barang yang mudah rosak harus diedarkan dengan segera.
b. Menentukan gaji yang dibayar kepada pekerja di estet-estet raja.
c. Menjadi pengerusi hal-ehwal ekonomi rumah berhala.
d. Menentukan gaji yang dibayar kepada anggota tentera laut dan darat.
 
Wizurai
Jawatan ini diwujudkan semasa Dinasti ke-18 ekoran daripada kolonisasi Nubia yang
menganjur hingga ke Napata. Wizurai Nubia dikenali sebagai royal son of Kush.
Beliau adalah ketua bagi satu organisasi yang dibentuk berdasarkan jentera politik di
ibu kota. Bidang kuasanya tertumpu pada aspek polisi awam.
 
Jabatan-jabatan
Dalam pentadbiran pusat, Mesir dipercayai menubuhkan 6 jabatan kerajaan yang
dikenali sebagai six great houses. Di antara jabatan-jabatan ini, jabatan
perbendaharaan merupakan jabatan yang paling penting. Ia ditadbir oleh 2 orang
penyelia yang merupakan ejen kepada Wizurai. Dalam menguruskan perbendaharaan
di raja, terdapat hubungan dan kerjasama yang erat dengan pentadbir wilayah atau
provinsi.
 
Mahkamah
Dalam perundangan Mesir, mahkamah yang paling tinggi adalah mahkamah Wazir.
Dalam melaksanakan tugasan, Wazir dibantu oleh golongan eksekutif, pengarah
kabinet dan kerani-kerani (scribes). Dalam membuat keputusan penghakiman, Wazir
bertindak sebagai medium untuk menyampaikan idea firaun. Perlu ditekankan di sini
ialah Firaun merupakan ketua hakim yang sebenar. Dalam sistem perundangan Mesir,
terdapat satu majlis yang dikenali sebagai Kenbet yang merupakan badan penasihat
yang mengawasi dasar dan hukuman yang diamalkan oleh sebuah tribunal
perundangan yang dikenali sebagai Zazat.

TAMADUN INDIA
 
Zaman Klasik
Raja menjadi ketua kerajaan. Di bawah raja, terdapat Majlis Menteri-menteri, Mantri
Parishad dan jabatan-jabatan.
 
Raja
Raja merupakan ketua kerajaan. Baginda bertindak sebagai ketua dalam bidang
eksekutif, kehakiman dan ketenteraan. Lazimnya, jabatan ini diwarisi secara turun-
temurun. Raja ini dianggap suci dan bersifat ketuhanan tetapi baginda masih tidak
terlepas daripada hukuman sekiranya tidak menjalankan tugas dengan sempurna. Raja
dikehendaki menjalankan tugas dalam masa yang ditetapkan, di mana waktu siang
dan malam dibahagikan kepada 8 bahagian. Sebagai contoh, pada waktu siang ke-3,
raja dikehendaki mandi, makan dan belajar dan pada waktu malam bahagian ke-8,
baginda dikehendaki menjalankan tugas dalam negeri dan upacara keagamaan. Tugas
utama raja ialah melindungi rakyat jelata dan kebajikan mereka. Dalam melaksanakan
tugasnya, baginda dibantu oleh menteri-menteri. Menteri-menteri ini pula dilantik
berdasarkan kebolehan dan kelayakan mereka.
 
Majlis Menteri-menteri
Bilangan anggota berubah mengikut keadaan iaitu 3 hingga 12 orang. Salah seorang
menteri menjadi Perdana Menteri. Setiap menteri yang lain pula mengetuai sesebuah
kementerian seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Peperangan dan
Perdamaian dan sebagainya. Raja akan membandingkan pendapat para menteri dan
pendapat sendiri, biasanya baginda akan mempersetujui pandangan majlis ini.
 
Mantri Parishad
Majlis ini ditubuhkan untuk membantu raja dalam pentadbiran. Ia terdiri daripada 2
majlis iaitu Majlis Negeri dan Majlis Eksekutif. Anggota Majlis Negeri berubah
mengikut keperluan negara. Mengikut petikan dan Mahabaratha, majlis ini
mengandungi 37 orang ahli, iaitu 4 Brahman, 3 Khastriya, 21 Vaisya, 3 Sundra dan 1
Sutta. Majlis ini sangat penting. Raja harus mendapatkan pandangan daripada anggota
yang tidak hadir sebelum membuat keputusan. Mengikut petikan Mahabaratha juga, 8
orang dari majlis ini akan dipilih menjadi menteri.
 
Jabatan-jabatan
Mengikut Kautilnya, terdapat 28 jabatan kerajaan seperti perlombongan, akaun, emas,
perbendaharaan, gudang dan sebagainya. Setiap jabatan diketuai oleh seorang
penguasa. Mereka dibantu oleh sebilangan kakitangan sokongan. Penguasa ini
diwarisi oleh Komisioner yang dilantik oleh Collector General (Ketua Pemungut
Cukai). Penguasa-penguasa ini boleh ditukar antara jabatan ke jabatan.
 
Zaman Kesultanan Delhi
Sultan adalah ketua pentadbir dan juga ketua hakim. Sultan mempunyai kuasa untuk
menggubal undang-undang sivil dan politik demi kepentingan rakyat tetapi tidak
boleh bercanggah dengan Hukum Syariah.
 
Wazir
Wazir merupakan pegawai tertinggi. Beliau bertanggungjawab terhadap jabatan yang
dikenali sebagai Diwan-i-wizarat. Jabatan ini adalah untuk mengawasi pejatan
kewangan dan pejabat lain di kerajaan pusat.
 
Naib Wazir
Naib Wazir ialah pembantu Wazir. Beliau dibantu oleh pegawai penting iaitu
Mushrif-i-mumalik (akauntan jeneral) dan Mustaufi-i-mumalik (auditor jeneral).
 
Jabatan
Terdapat 3 jabatan utama iaitu:
1. Diwan-i-risalat Bertanggungjawab terhadap hal ehwal keagamaan.
2. Diwan-i-arz Berhubung dengan jabatan ketenteraan.
3. Diwan-i-insha Menguruskan surat-menyurat.
 
Keadilan
Urusan keadilan dijalankan oleh Kadi dengan bantuan Mufti. Kes-kes orang Hindu
pula diuruskan oleh Panchayat. Kotwal pula merupakan penaung keadilan dan
keamanan dalam negara. Muhtasib mengawasi tingkah laku rakyat, mengawal pasar-
pasar dan menetapkan ukuran dan timbangan.
 
Zaman Moghul
Maharaja adalah ketua bagi pentadbiran sivil dan ketenteraan. Baginda bertindak
sebagai komander angkatan tentera, penaung keadilan dan ketua perundangan.
Maharaja Moghul bersifat autokrat. Walau bagaimanapun, mereka sentiasa
mengambil berat terhadap kebajikan rakyatnya.
 
Vakil
Vakil merupakan timbalan kepada Maharaja. Beliau merupakan orang perantaraan
antara raja dan pengawai kerajaan yang lain.
 
Menteri-menteri
1. Diwan Diwan bertanggungjawab terhadap urusan kewangan dan
percukaian. Beliau dibantu oleh pegawai-pegawai seperti
Diwan-i-khalisah yang bertanggungjawab terdapat
pendapatan dari tanah, Diwan-i-tan yang bertanggungjawab
terhadap pembayaran gaji dan perlantikan Jagir, Mushrif-i-
mumalik sebagai akauntan umum dan Mushtaufi-i-mumalik
sebagai auditor umum.
2. Mir Bakshi Beliau bertanggungjawab terhadap hal ehwal ketenteraan.
Beliau juga bertanggungjawab melantik Mansab, iaitu
pemerintah pasukan tentera diraja, menguatkuasakan
peraturan diraja dalam tentera dan bertindak sebagai Pay-
master yang bertugas meluluskan gaji Mansabdar.
3. Mir Saman Juga dikenali sebagai Khan-i-saman. Beliau merupakan
menteri pembekalan dan perindustrian dan
bertanggungjawab menyediakan dan mengedarkan keperluan
kerajaan.
4. Sadr-us-sudur Menteri ini bertanggungjawab dalam hal-ehwal keagamaan
dan menguruskan pemberian bantuan kerajaan untuk tujuan
keagamaan. Beliau juga bertindak sebagai Ketua Kadi.
 
Keadilan
Tugasan keadilan diketuai oleh Quaziul-Quzat dengan bantuan Mufti, Kadi  dan
Mir'Adl. Mufti bertanggungjawab mentafsir undang-undang dan Kadi pula membuat
keputusan kes yang dibicarakan. Mir'adl pula bertanggungjawab membawa kedua-dua
pihak ke mahkamah dan menguatkuasakan undang-undang.
TAMADUN CHINA
 
Maharaja
Maharaja China mempunyai kuasa tertinggi seperti kuasa perundangan dan
kehakiman. Baginda juga bertindak sebagai ketua paderi.
 
San Kung (Three Lord)
1. Canselor Beliau merupakan orang kanan Maharaja. Beliau
mempunyai kuasa tertinggi selepas Maharaja dan
bertugas untuk mengetuai semua pegawai kerajaan.
Peranan dan fungsi Canselor ialah: (a) menyokong /
melantik calon bagi jawatan penting kerajaan, (b)
mengawasi prilaku dan menghukum pegawai yang
bersalah, (c) bertanggungjawab dalam hal ehwal
kewangan negara, (d) membuat persediaan ketika
melancarkan kempen ketenteraan, (e) mengetuai
mesyuarat dalam istana dan menghantar laporan kepada
Maharaja, dan (f) bertindak mengarahkan serta
memeriksa pegawai pentadbir di peringkat Provinsi.
2. Setiausaha Diraja Setiausaha Diraja membantu Canselor dalam bidang
(Vice Canselor) pentadbiran negara. Tugas utama beliau ialah: (a)
menyelia dan mengawasi pegawai kerajaan, (b)
memastikan tidak berlaku penyelewengan di kalangan
pegawai, (c) mengawal disiplin pegawai dan pekerja di
istana, dan (d) menyimpan peta, buku pendaftaran, buku-
buku suci dan menyimpan rekod tentang aktiviti
Maharaja.
3. Grand Commandant Pegawai ini bertanggungjawab dalam hal ehwal
ketenteraan. Jawatan ini tidak tetap.
 
Qiu Qing
1. Menteri Upacara dan Menteri ini menjalankan upacara perayaan tokong-tokong
Adat-istiadat (Minister kerabat diraja dan upacara penyembahan syurga dan
of Ceremonies) bumi. Beliau juga bertanggungjawab menyelia akademi
diraja. Anggota akademi terdiri daripada golongan
cendekiawan yang akan mengajar bakal pemegang
jawatan penting dalam kerajaan. Menteri ini turut
mengendalikan peperiksaan kerajaan dan melaporkan
kepada Maharaja sama ada pelajar ini layak memegang
jawatan atau tidak.
2. Penyelia Pembantu Pegawai ini bertanggungjawab terhadap pengawal
Diraja (Supervisor of keselamatan istana yang menjaga pintu masuk dewan dan
Attendants) istana.
3. Komandan Tentera Menteri ini bertanggungjawab mengawasi anggota tentera
(Commandant of yang mengawal pintu masuk istana. Beliau boleh juga
Guards) dianggap sebagai Ketua Pengawal Diraja - pengawal
diraja dipilih daripada kalangan orang awam.
4. Pambantu Kanan Pembantu Kanan bertanggungjawab terhadap kereta kuda
(Grant Servant) dan kuda. Beliau memastikan persiapan yang dilakukan
memuaskan. Beliau juga bertanggungjawab
memerhatikan kawasan padang rumput dan kuda-kuda
dipelihara.
5. Komandan Keadilan Menteri ini pula bertanggungjawab dalam bidang undang-
(Commandant of undang negara. Beliau menerima dan menyelesaikan kes-
Justice) kes rumit yang tidak dapat diselesaikan oleh Gabenor di
Provinsi.
6. Bentara Agung (Grand Pemegang jawatan ini bertanggungjawab terhadap orang
Herald) gasar yang menyerah diri. Beliau merupakan pengarah
ritual semasa upacara pengorbanan bagi syurga. Beliau
turut mempengerusikan majlis dalam majlis jamuan yang
diadakan oleh Maharaja untuk tetamu-tetamunya.
7. Pengarah Kerabat Pengarah ini bertanggungjawab terhadap anggota
Diraja (Director of keluarga diraja. Beliau turut menyimpan rekod mereka
Imperial Clan) dan menerima rekod saudara-mara mereka yang
disediakan oleh pihak berkuasa Provinsi.
8. Menteri Pertanian Menteri Pertanian bertanggungjawab membayar gaji
(Grand Minister of kakitangan kerajaan dan mengumpulkan cukai. Cukai
Agriculture) kepala, cukai tanah, hasil garam dan besi serta jualan arak
dimasukkan dalam perbendaharaan negara. Cukai
gunung, cukai laut dan tasik menjadi milik Maharaja.
9. Bendahari (Small Bendahari menjadi pengurus kewangan anggota kerabat
Treasurer) diraja.

TAMADUN ALAM MELAYU


 
Empayar Melaka
Raja atau Sultan menjadi ketua menteri. Baginda merupakan pemimpin dalam hal
peperangan, mengadakan hubungan luar dan menjadi lambang kesatuan dan
kebesaran negeri. Dari segi keturunan, Raja Melayu sering kali dikaitkan dengan
Iskandar Zulkarnain untuk meninggikan kedudukan raja.
 
Majlis Tertinggi
Majlis ini terdiri daripada 4 orang pembesar, iaitu:
1. Bendahara Bendahara merupakan orang yang paling kanan kepada raja.
Beliau memangku tugas raja ketika ketiadaan baginda.
Beliau juga bertindak sebagai ketua angkatan tentera darat
dan laut. Beliau menjadi ketua hakim ketika mengadili kes-
kes awam dan jenayah di peringkat negeri.
2. Penghulu Penghulu Bendahari merupakan ketua kepada bendahari raja.
Bendahari Beliau mengetuai pengawal yang menguruskan hasil
kerajaan. Beliau turut mengetuai semua Syahbandar dan
menjadi ketua adat-istiadat dan upacara di raja.
3. Laksamana Pembesar ini merupakan ketua angkatan laut. Beliau
mengiring raja semasa mengadakan lawatan ke luar negeri.
Beliau turut menjadi duta, pembawa berita atau utusan diraja.
4. Temenggung Temenggung bertanggungjawab menjaga keamanan dan
keselamatan dalam negeri.

Pentadbiran wilayah

TAMADUN MESIR
 
Normach
Terdapat lebih kurang 20 Nomes di Mesir Utara dan 22 Nomes di Mesir Selatan.
Nomes tersebut ditadbir oleh Normach. Mereka berasal dari keturunan ketua suku
kaum yang memerintah Lembah Nil pada zaman pra-dinasti. Peranan mereka ialah:
pemimpin material dan spiritual bagi sesebuah provinsi; pentadbir, hakim dan paderi
bagi provinsi. Normach menjadi berpengaruh pada zaman Dinasti ke-6 tetapi pada
Zaman Kerajaan Pertengahan, pengaruhnya luntur.
 
Mayor (Datuk Bandar)
Tugas penting bagi Mayor ialah mentaksir cukai, mengumpul dan menyimpan hasil
cukai serta menghantar laporan kepada Wazir.
Beliau juga bertanggungjawab menyelesaikan masalah kecil dan mewujudkan
keamanan di bandar.
 
Medjay
Medjay bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Mereka terdiri daripada
suku nomad dari Nubia yang pernah berkhidmat sebagai tentera dan membantu
Ahmosis menentang Hyksos.
 
Kapten
Kapten mengetuai pasukan polis dan tentera di sesebuah bandar. Mereka
bertanggungjawab meronda dan mengawal kubur-kubur diraja dan kawasan sempadan
negara.

TAMADUN INDIA
 
Zaman Klasik
 
Daerah
Terdapat seorang pegawai daerah yang dikenali sebagai Sthanika. Tugasnya ialah
mengawasi kerja-kerja yang dijalankan oleh Gapa (juru akaun di kampung).
 
Kampung
Ketua kampung dilantik oleh raja atau dipilih oleh penduduk kampung. Beliau
dibantu oleh assembly yang terdiri daripada penduduk kampung dalam menguruskan
hal ehwal dan memelihara keamanan kampung. Setiap kampung mesti menyediakan
bantuan ketenteraan dan tenaga buruh kepada raja dan membayar cukai dalam bentuk
ternakan, bijirin, emas atau bahan mentah.
 
Gopa ialah juru akaun. Beliau menyimpan akaun dan statistik bagi kampung. Beliau
turut menyimpan rekod mengenai tanah (sama ada diusahakan atau tidak), kebun,
hutan, kuil-kuil, kerja pengairan, tanah perkuburan dan jalan. Beliau menetapkan
sempadan kampung, tanah pertanian, hutan dan jalan. Beliau mendaftar penjualan
hasil, pemberian hadiah, sumbangan darma dan pengecualian dari membayar cukai.
Tanggungjawabnya turut meliputi menyimpan rekod mengenai bilangan petani,
gembala lembu, pedagang, tukang kraf tangan, buruh, hamba dan binatang. Akhir
sekali, Gopa menyimpan maklumat tentang bilangan anggota di rumah, sejarah
mereka, pekerjaan, pendapatan dan perbelanjaan.
 
Bandar
Pengawal tingginya ialah Nagaraka atau Penguasa Bandar. Bandar dibahagikan
kepada wad dan setiap wad didiami oleh beberapa keluarga. Terdapat majlis
perbandaran, contohnya: Bandar Pataliputra (Empayar Maurya) mempunyai majlis
perbandaran yang terdiri daripada 30 orang ahli. Tugas majlis perbandaran ialah: (1)
memelihara dan memperbaiki bangunan awam, (2) menetapkan peraturan harga
barangan, menyelia pasar, pelabuhan dan rumah ibadat, dan (3) menyediakan
kemudahan untuk memelihara kebersihan dan mengelakkan bencana seperti
kebakaran. Di bandar, terdapat pengintip atau ejen rahsia yang berkhidmat kepada
raja dan pengawai penting untuk mengawasi tindak-tanduk para pegawai.
 
Kesultanan Delhi
Pada zaman Kesultanan Delhi, empayarnya dibahagikan kepada beberapa provinsi.
Sebagai contoh, terdapat 12 provinsi pada pemerintahan Muhammad Bin Tughluq.
 
Gabenor
Gabenor juga dikenali sebagai Wali. Tugasnya ialah bertanggungjawab kepada hal-
hal sivil dan ketenteraan dan menyediakan bantuan ketenteraan kepada Sultan.
Jawatan ini tidak boleh diwarisi dan ia dilantik oleh Sultan. Sultan berkuasa
menamatkan perkhidmatan Gabenor atau memindahnya ke provinsi-provinsi yang
lain.
 
Zaman Moghul
Empayar Moghul dibahagikan kepada beberapa wilayah (Subas) dan setiap wilayah
pula dibahagikan kepada daerah (Sarkar) dan seterusnya mukim (Pargana, kampung.
 
Wilayah (Subas)
Ketua wilayah dikenali sebagai Gabenor. Pada zaman Akbar, ia dikenali sebagai
Sipah-Salar. Manakala, di bawah pengganti-penggantinya, ia dikenali sebagai
Subedar atau Nizam. Tugasnya ialah (1) memelihara keamanan wilayah, (2)
menguatkuasakan undang-undang, dan (3) membantu memungut cukai. Beliau
dibantu oleh menteri-menteri yang mengawasi jabatan kerajaan di wilayah.
 
Daerah (Sarkar)
Daerah ditadbir oleh Faujdar (Pegawai Daerah). Faujdar dilantik oleh Subedar.
Tugasnya ialah mengawasi kerja pentadbiran dan membantu mengutip cukai.
 
Mukim (Pargana)
Mukim diketuai oleh Amir atau Shiqdar (Ketua Hakim).
 
Kampung (Mahal)
Kampung merupakan unit pentadbiran yang paling kecil.

TAMADUN CHINA
 
Unit pentadbiran yang paling utama ialah Chun (Provinsi). Chun dibahagikan kepada
Hsien (Council), Hsiung (Districts) dan Li.
 
Chun (Provinsi)
Wizurai
Lazimnya dilantik untuk mentadbir 2 Provinsi, terdapat juga yang mentadbir 3
Provinsi. Ia tertakluk kepada Maharaja. Kuasanya seperti seorang raja di dalam
kawasan takluknya.
 
Gabenor Jeneral / Gabenor / Gabenor Leftenan
Beliau terletak di bawah Wizurai. Beliau mempunyai fungsi dan tugas yang sama
dengan Wizurai. Di Shantung, Honan dan Shansi, mereka terletak di bawah Wizurai.
 
Hsien (Counties), Hsiung (Districts) dan Li
Pegawai bagi unit pentadbiran ini berperanan sebagai hakim, polis dan mengetuai
upacara keagamaan dan mengumpul cukai. Sebahagian besar pegawai ini dilantik
oleh kerajaan pusat selama tempoh 3 tahun. Biasanya, pegawai ini tidak dapat
memegang jawatan di tempat kelahirannya untuk mengelakkan pemberontakan.
Pengintip atau wakil-wakil khas juga dihantar ke sini untuk mendapatkan maklumat
tentang perkembangan yang berlaku di sini.

TAMADUN MELAYU
 
Empayar Melaka
Pentadbir jajahan takluk terdiri daripada raja-raja tempatan yang menerima ketuanan
Melaka dan ada pula merupakan anak raja yang dihantar dari Melaka. Bagi kawasan
seperti Klang, Selangor, Bernam, Jugra dan sebagainya, ia ditadbir oleh Mandelika.
Beliau bertanggungjawab terus kepada Sultan Melaka. Jajahan takluk ini dikehendaki:
a. Menghantar ufti ke Melaka.
b. Mengerahkan tenaga manusia untuk menjalankan tugas awam dan ketenteraan.
c. Menghadap Sultan Melaka ketika sambutan hari kebesaran diraja, sambutan adat
dan perayaan agama.

You might also like